Langkau ke kandungan utama

Fathi 3 tahun hari ini.

Alhamdulillah. Sudah 3 tahun Fathi dipinjamkan oleh Allah s.w.t. untuk saya dan suami. Tak tahu berapa lama lagi Allah memberi pinjaman ini kepada saya. Bila-bila masa saya atau dia atau sesiapa sahaja boleh diambil semula oleh Allah yang menciptakan kita. Tidak dicepatkan tidak pula dilambatkan.

Mengingati hari kelahirannya adalah suatu detik yang sangat indah walaupun sakit. Betapa semua kesakitan itu sebenarnya sangat indah untuk dikenang.

Mula-mula ingat nak tulis pasal Fathi dan betapa cerewetnya dia tentang makanan dan revolusi pemakanannya sepanjang 3 tahun ini. Tapi bila selak balik album lama kat facebook tu fikir nak tukar cerita la pulak. Takyah tulis panjang-panjang. Mengenang kembali revolusi tumbesaran dan perkembangan Fathi. Bab makanan tu nanti saya akan kongsikan di lain waktu ya.

Jadi, silakan tersenyum! :)























Momen penting dalam hidup Fathi. (tak ikut susunan gambar)

1. Lahir pada 21 Februari 2009 (tahun Islam : 25 Safar 1430H) di HSI JB pada jam 12.05 tengahmalam secara normal, berat 2.47 kg.

2. Jaundis selama seminggu masuk NICU HSI JB (saat paling menyedihkan bagi saya maklumlah anak pertama menangis memanjang). Dan jaundis berpanjangan selama sebulan lebih.

3. Umur 5 bulan setengah dah boleh meniarap angkat kepala dan mula merangkak.

4. Mula bertukar kulit (jadi putih) dan semakin gebu (sangat kuat menyusu) pada 4-5 bulan.

5. Dah boleh duduk tegak 8 bulan.

6. Mula makan semasa 6 bulan. Dan mula keluar gigi pada usia 4 bulan.

7. Mula berjalan pada umur 1 tahun 2 bulan.

8. Sangat serius dan takut pada orang yang tak dikenali atau jarang berjumpa.

9. Dapat adik Fatihah semasa berumur 1 tahun setengah (mula mengandung anak kedua semasa Fathi 8-9 bulan). Pandai jaga adik. Boleh terima arahan.

10. Umur 2 tahun sudah mula bercakap, mengira, kenal huruf dan pandai suaikan bentuk huruf dan nombor (paling suka masuk kedai buku). Dah memahami konsep 'semua ciptaan Allah yang buat'. Pandai ambil air sembahyang (konseptual) dan mengikut orang sembahyang. Juga ingat dan boleh baca sebahagian alif ba ta.

11. Umur 2 setengah tahun sudah banyak cakap. Pandai guna perkataan, buat ayat yang lengkap. Pandai mengajuk, bergurau. Dah pass berak dalam tandas (tak pernah terbabas cuma sekarang nak ajar kencing dalam tandas saja asyik terbabas dulu sebelum sampai tandas tapi sempat cakap). Pandai jaga adik. Pandai pujuk adik nangis suruh diam. Pandai marah adik tiru gaya saya "Bertuah punya budakk!!"

12. Menjelang 3 tahun Fathi sudah mula ingat nombor secara teratur. 1-10. Ingat dan boleh hafal sebahagian alif ba ta. Pandai menjawab, mengomel, mengemas, melipat, menyampuk orangtua bercakap dan lain-lain 'me' seterusnya... Semua dah pandai..

13. Mula mengalami hidrosil (hydrocele) seawal umur 2 setengah bulan. Alhamdulillah, hidrosilnya hilang dan sembuh 100% pada usia 2 setengah tahun. Boleh baca di sini, di sini dan di sini. (3 tahap pencarian dalam proses penyembuhan yang saya alami sendiri).

Untuk catatan, saya sedang berusaha mengumpulkan, merangka dan bercadang dan teringin untuk membukukan modul home schooling saya sendiri. Setakat ini hanya 3 modul untuk 3 tahun pertama kanak-kanak. Berdasarkan pengalaman sendiri. Umur Fathi 5-6 tahun saya bercadang untuk membolehkannya membaca atau mana tahu boleh terus menghafaz al-Quran. Semuanya atas keizinan Allah, insyaAllah..

Semoga Fathi bin Mohd. Kamal menjadi umat Muhammad yang baik dan sentiasa hidup dalam ruh Islam hingga akhir nyawa di dunia ini. Walau apapun takdirnya kemudian hari mak selalu doakan anak-anak mak sentiasa ingat dan semat dalam lubuk hati segala ajaran mak sejak dari hari pertama kamu dilahirkan. Gunakan 'nilai' itu untuk kamu mendepani hari-hari mendatang. InsyaAllah jika kamu jaga Allah, Allah akan jaga kamu walau hanya kamu seorang yang hidup dalam alam maya ini..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mengandung anak luar nikah?

Nota : Pengalaman saya berjumpa dan menolong seorang remaja terlanjur adalah pengalaman yang harus saya kongsikan bersama agar ia menjadi iktibar buat semua. Apa yang tidak boleh saya lupakan di mana setelah dia melahirkan, anak luar nikah tersebut terpaksa ditinggalkan di wad NICU berikutan masalah jantung yang mengembang. Sepanjang bayi yang tidak dapat disusukan seperti biasa, remaja ini mengalami bengkak susu yang sangat teruk tapi tidak diketahui olehnya juga ibunya. Betapa bengkak susu itu sangat menyeksakan bagi ibu selepas melahirkan, percayalah, menjadi seorang ibu harus punya banyak informasi. Akhirnya, genap 14 hari anak luar nikah ini meninggal dunia. Boleh baca kisahnya di sini.  Berikutan pengalaman berharga ini saya terinspirasi untuk membuka pusat perlindungan remaja terlanjur dan anak terbuang satu hari nanti. Doakan saya. Mudah-mudahan dengan sedikit perkongsian di sini bermanfaat untuk mereka yang sedang tercari-cari jalan yang benar apabila sudah terlanjur...

Pendaftaran anak luar nikah

Dari peti soalan. Nota khas untuk Atty yg sudi bertanya. Sudah dihantar emel namun "Mail Delivery Failed".   Salam kak khadijah. Saya nak Tanya.. anak luar nikah yg dah hampir setahun tapi tak ada sebarang dokumen. Apa pekara terbaik yg boleh saya buat sebagai mak sedara Anak ni. Ibu kandung dia masih menjaga anak ni. Tapi dia xberani nk gi buat Surat beranak. Dia lahirkan baby ni kat Hospital private lepas tu lari. Semua doc termasuk ic ibu ditahan kat hospital tu. Sebagai makcik bdk ni. Saya mmg kesian. Apa boleh saya buat utk tlg. Sbb ibu kandung dia mcm xkisah. Akak tlg reply kat email saya attysqz@gmail.com. 27 Oktober 2013 3:24 PTG Assalamualaikum Atty. Didoakan moga tetap berada dalam keadaan yg sihat dan tenang. Maaf lambat relpy disebabkan keadaan akak kurang sihat. Berkenaan soalan atty mengenai anak saudara yg luar nikah. Sebenarnya, akak ada dapatkan pandangan dari seorang yg berpengalaman dan dah banyak tolong wanita mengandung luar nikah. Panggilnya M...

Permohonan tauliah guru al-Quran negeri Johor

Kerana makcik itu....... (Al fatihah). Stage 1. Alkisah, satu masa dahulu selepas sessi rehearsal dengan seorang ketua kumpulan yasin di Taman Universiti ini untuk majlis khatam al Quran sehari sebelum majlis pernikahan pada 16 Mei 2008, makcik ini menyuruh saya segera mendapatkan tauliah untuk mengajar ngaji. Ketika itu pada usia 26 tahun, saya hanya tertawa kecil dan berfikir yang tauliah mengajar ngaji tidak termasuk langsung dalam senarai kerjaya idaman saya. Maklumlah, graduate UIAM. (Moga Allah ampunkan dosa-dosa saya). Lagipula, saya membayangkan tauliah sebegitu hanya untuk makcik makcik veteran sahaja. Saya tidak nampak keperluan saya berbuat seperti yg disarankan beliau. Lalu, saya diamkan saja. Allah Maha Berkuasa.