Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2015

Bagaimana untuk mengajar anak kecil mengaji tanpa bantuan suami?

Assalamualaikum puan khadijah..
Sy dh lama duk baca post puan kt fb..hari ni sy tergerak nk msg puan..

Sy nk tnya pendapat puan..anak sy yg sulung umur 3 tahun,kedua 1tahun 7bulan n yg ketiga 6 bulan..agak rapat ank2 sy ni..kdg2 buat sy penat melayan diorg smpaikn xsempat nk ajar ank2 iqra'..sy full housewife tp berjauhan dgn suami..suami kerja di.kawasan pendalaman dan balik hari mnggu n time cuti sekolah je


Hmm..sy nk sgt ajar ank..tp ank sulung sy dia suka meragam..xsmpai semint buka iqra dh xnk duduk diam..sy perlukan pendapat puan..mcm mn caranya sy nk ajar ank sy secara konsisten..perlukah sy buat jadual ?
Sy harap puan sudi tunjuk ajar sy yg kekurangan ilmu ini..t.kasih puan


Wa 'Alaikumussalam puan yg gigih.

Saya akui PJJ memang bukan mudah. Apalagi punya anak rapat lagi tidak mudah. Saya pernah membaca tulisan Ustaz Hasrizal satu masa dulu, katanya, usahakanlah secepat mungkin untuk TIDAK lagi berPJJ. Kerana ia punya impak yg besar ke atas rumahtangga juga anak-anak d…

Sentiasa beri solusi , terangkan peraturan asas

Sejak 3 tahun yang lalu mempelajari Teknik Nabi daripada Puan Guru Khairulaniza Khairuddin, adakala tak dinafikan terkucil ke tabiat lama tapi banyak masa cuba mengaplikasikan teknik sebaik mungkin.
Hasilnya, anak anak semakin serasi dan semakin mahir menggunapakai teknik yang serupa macam emaknya buat..hehe..

Ada beberapa dialog yang saya perasan diolah baik oleh Fathi (6 tahun) bagi tujuan mendorong adik adiknya (5 & 2 tahun) berkelakuan yang baik tanpa menyebut kesalahan yang dilakukan.
Tidak perlu menggunakan perkataan "jangan" atau memperbesarkan kesalahan.
 Hanya sebut yang betul atau menyebut peraturan secara general.
Di satu maghrib,
(Bagi menggantikan jangan menconteng)
"Eh, buku iqra ni untuk dibaca bukan untuk diconteng. Bila kita jaga elok elok iqra ni, baca baik baik nanti Allah suka. Barulah Allah bagi kita apa yang kita mintak."
Fahmi 2 tahun menjawab, "Oooooooo..." (dengan kudusnya).
Tak khusyuk saya berdoa ketika itu! Aduhaiii.... kih…

Apabila anak kecil berebut mainan

Fahmi dan Zaid (anak susuan saya) adalah sebaya. Berumur 2 tahun lebih.

Apabila bermain wajiblah ada insiden bergaduh atau berebut. Sama gayanya seperti kembar. Hihi..
Tidak perlu mengharap mereka berkelakuan baik sepanjang masa. Hanya perlu mendorong mereka dengan lebih baik.

Berhadapan anak sekecil 2 tahun di kala tidak puas hati bila salah seorangnya tidak mahu melepaskan mainan di tangan dan seorang lagi berkeras mahukan mainan yg sama bukanlah boleh dileraikan dengan kata kata saja.

Langkah paling efektif :

1. Divert perhatian mereka dari berebutkan mainan yg sama.

2. Terus mainkan watak lain yg lebih menarik menggunakan barang mainan lain.

3. Skrip kita perlu setanding atau lebih best dari dialog kesukaan mereka. Ada ayat "heroism".


************************

(Kedua duanya mula menangis dan bergaduh mahukan poli).

Saya : Eh, tengok tu heli tercedera akibat terhempas ke lantai! Kesiannya heli. Mana heli? Kita cari heli. Amber mesti datang dengan segera untuk menyelamatka…