Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2015

Perlukah mengajar anak mengaji dengan rotan?

"Kerana saya makan ubat/produk inilah saya dapat kuruskan badan."
"Kerana saya beri anak saya booster inilah anak saya jadi pandai."
"Kerana anak saya guna kaedah inilah anak saya jadi cepat membaca."
"Kerana saya rotan anak-anaklah akhirnya anak-anak dapat menghafaz al-Quran dan semuanya menjadi al-hafiz. Terima kasih kepada rotan."


Rasa seperti ada yang tidak kena.

Masyarakat hari ini amat berbangga dengan hasil usahanya sendiri. Melalui produk yang digunakan. Hingga terlupa kepada satu sisi yang pasti.

Lain orang lain pendekatannya. Saya menghormatinya. Namun, perlu berhati-hati.

Apabila kita meletakkan kebendaan/material/produk sebagai penyelamat/penyelesaian/asbab kita beroleh satu kenikmatan/kejayaan ditakuti itu lebih jauh tersasar dari tidak merotan anak yang tidak bersolat.

Moga Allah ampunkan dosa saya dan dosa kita semua.

Segala apa perubahan yang berlaku atas muka bumi ini adalah disebabkan hadirnya Hidayah dan Taufiq dari Allah Ta&…

'Aqidah & Keyakinan Anak Kecil

Perbualan saya dan Fathi (5 tahun).

"Misalkata satu hari ada nenek tua nak minta tolong daripada abang, minta ambilkan buah atas pokok. Nenek tua tu cakap terus dengan abang minta tolong. Abang nak tolong tak?"

"Nak."

"Bagus..! Kita mesti tolong orang yg minta tolong dari kita. Ok, misalnya nenek `tu cakap kat kawan abang dulu lepastu kawan abang tu baru cakap kat abang suruh abang ambil buah atas pokok sebab nenek tu minta tolong. Abang nak tolong nenek tu tak?"

"Hmmm... Kat atas pokok ada banyak kerengga.. Nanti sakit pulak kena gigit. Hmm..."

"Abang rasa berat hati kan nak tolong sebab nenek tu tak cakap terus dengan abang? Dia gunakan kawan abang pulak. Abang tak kenal nenek tu macamana kita ada rasa nak tolong? Kan.. Kan.. Kan?"

"Hmm.. Betul juga tu mak!"

"Sebab tulah adab kita meminta tolong dengan berdoa kepada Allah kena direct cakap kat Allah. Tak elok kita berdoa melalui orang lain atau tulis kat tempat lain d…

Wahai wanita yang diuji!

Selalunya, apabila mendapat soalan mengenai isu "anak luar nikah" saya sudah tidak mampu lagi untuk menjawabnya. Tetapi, dari peti soalan kali ini benar-benar mengetuk hati dan akal saya untuk memberi respon walaupun sedikit. Sudah lama saya diamkan untuk tidak mahu menjawab tapi saya kira puan penanya soalan mungkin dalam keadaan sangat buntu lalu saya juga memohon petunjuk Allah terlebih dahulu sebelum menjawab soalan ini.

Soalan : Tanpa Nama berkata...
salam.. sy jd buntu kerana sy telah melahirkan ank luar nikah sedangkan sy sudah bersuami. mulanya saya berkawan dgn seorang singaporean dia adalah sahabat kawan dn teman plg rapat smpi direstu kedua keluarg. to sy berkahwin dgn rakan sekolh sy. sy dah pernah bercerAi disebabkan sy xboleh lupa singaporean tu. kemudian sy rujuk kembali dgn bekas suami krn family mendesak sy supaya kmbali pd bekas suami. suami di kl sy pula di jb. jd sy masih berkawan dgn singaporean smpi kami terlanjur. sekarang suami xtau anak yg sy lahirk…

ISBN untuk Ebook (e-ISBN)

Sejujurnya, manuskrip Mendorong Anak Suka Mengaji ini sudah tersimpan lama. Sejak 2013.

Lalu, nak dijadikan cerita, ada pihak yang meminta sumbangan saya untuk sharing cara mengajar mengaji dengan Teknik Nabi hujung minggu ini. Berfikir mahu sampaikan apa Sabtu ini, mahu tak mahu terpaksalah juga menyelak semula manuskrip lama yang sudah tersimpan ini.

Sejak Isnin, saya merombak semula manuskrip ini buat kali ke 6. Atau mungkin kali ke 7. Hehe..

Memurnikan beberapa ayat dan perenggan. Menambah, memotong ayat demi ayat di sana dan di sini. Tuan suami yang banyak menolong mendapatkan template Ebook. Belajar cara menulis dan menyusunatur Ebook mengikut sistem yang betul.

Lalu, menghubungi pelukis komik saya, Tuan Faisal Nordin untuk melukiskan cover ebook ini untuk disiapkan dalam masa 2 hari jika boleh. Kerja yang mantop! Jutaan terima kasih kepada beliau.

Alhamdulillah, pada hari Khamis cover ebook, susunatur dan isi tulisan semua sudah siap tersusun. Malah, nombor ISBN juga siap dapa…

RESEPI ROTI BERDAGING CHEESE

Ini adalah kali kedua percubaan membuat resepi ini. Kali pertama hanya menggunakan keju cheddar agak kering dan tidak berapa melekat. Kali ini sungguh moist dan melekat! Alhamdulillah.. Ibu mengandung dan orangtua juga suka makan ini.. Hehe.. Kecuali orang yang tidak suka cheese atau tidak minum susu seperti tuan suamiku yang tercinta maka, tidaklah suka memakan hidangan sebegini.. Kuikuikui..

*Tiada sukatan yang tetap. Saya tak tahu berapa. Main masukkan sesuka hati sahaja..*


(Inti)

Minyak untuk menumis
Daging kisar 1 plastik
Bawang merah
Bawang putih
Serbuk jintan manis - jangan banyak sangat
Serbuk kari daging - jangan banyak sangat
Garam - secukup rasa
Daun ketumbar