Jumaat, 9 Januari 2015

ISBN untuk Ebook (e-ISBN)



Sejujurnya, manuskrip Mendorong Anak Suka Mengaji ini sudah tersimpan lama. Sejak 2013.

Lalu, nak dijadikan cerita, ada pihak yang meminta sumbangan saya untuk sharing cara mengajar mengaji dengan Teknik Nabi hujung minggu ini. Berfikir mahu sampaikan apa Sabtu ini, mahu tak mahu terpaksalah juga menyelak semula manuskrip lama yang sudah tersimpan ini.

Sejak Isnin, saya merombak semula manuskrip ini buat kali ke 6. Atau mungkin kali ke 7. Hehe..

Memurnikan beberapa ayat dan perenggan. Menambah, memotong ayat demi ayat di sana dan di sini. Tuan suami yang banyak menolong mendapatkan template Ebook. Belajar cara menulis dan menyusunatur Ebook mengikut sistem yang betul.

Lalu, menghubungi pelukis komik saya, Tuan Faisal Nordin untuk melukiskan cover ebook ini untuk disiapkan dalam masa 2 hari jika boleh. Kerja yang mantop! Jutaan terima kasih kepada beliau.

Alhamdulillah, pada hari Khamis cover ebook, susunatur dan isi tulisan semua sudah siap tersusun. Malah, nombor ISBN juga siap dapat pada hari yang sama.




Sebelum ini, saya sudahpun mendaftar sebagai Penerbit semasa menerbitkan Kad Imbas Khadijah buat kali pertama pada Januari 2014. Makanya, untuk urusan kali kedua ini menjadi lebih mudah kerana menggunakan title Penerbit Sedia Ada.


Cara-caranya :

1. Masuk ke laman web Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) > http://www.pnm.gov.my/
Tahun lepas, ada ruangan untuk masukkan nama ID dan password bagi permohonan ISBN ini tapi tahun ini saya lihat sudah tiada lagi.

2. Pergi ke pautan PENERBIT. Anda akan nampak pautan  Permohonan International Standard Book Number (ISBN). Klik di situ.

3. Anda akan membaca borang-borang yang diperlukan untuk diisi bagi Penerbit Baru (2 borang) atau Penerbit Sedia Ada (1 borang).

Bagi Penerbit Baru, selain 2 borang yang perlu diisi, ada beberapa salinan juga yang perlu dilampirkan sekali. Boleh rujuk tulisan saya sebelum ini di http://khadijahgani.blogspot.com/2014/01/cara-memohon-isbn-bagi-penerbit-baru.html

4. Bagi Ebook, salinan yang diperlukan adalah salinan kaver ebook dan salinan yang tertulis hakcipta serta laman web / link Ebook akan dijual/didapati.

Contoh salinan Hakcipta & Laman web Ebook.


5. Download terlebih dahulu borang yang perlu diisi. Sempurnakan. Bersama dengan salinan kaver dan salinan Hakcipta & laman web Ebook barulah emelkan kepada >  isbn@pnm.gov.my

6. Tuliskan tajuk emel "Permohonan ISBN bagi Ebook (*Penerbit Sedia Ada / *Penerbit Baru)" *Pilih salah satu. Sertakan semua salinan dan borang yang siap diisi dan ditandatangan tadi. Boleh scan/fax. 
{Saya isi - tandatangan - cop - scan - save} Email sent. 

Oh ya! Jangan lupa nyatakan sekali jumlah mukasurat Ebook.

7. Bagi Penerbit Sedia Ada, dalam sehari sudah boleh dapat nombor e-ISBN. Anda akan mendapat surat pengesahan dengan nombor ISBN melalui emel. Tunggu saja di hadapan komputer anda.
{Saya hantar pada jam 12.30 tengahari - dapat e-ISBN pada jam 3.15 petang}






8. Selesai. Alhamdulillah..

9. Ingat! Convert Ebook ke dalam CD. Perlu serahkan 2 keping CD kepada PNM untuk simpanan mereka. Ini WAJIB!


Jika anda sudah ada tulisan/manuskrip dan yang lebih penting sudah ada followers (tribe / grup) yang sudah lama menanti-nantikan penulisan anda, ada baiknya anda terbitkan sendiri produk anda. Jangan tunggu orang lain.

Selamat menjadi Penerbit Persendirian! Moga terus sukses tak kira apa jua lapangan anda.. :)


Tiada ulasan:

Hidup di dunia untuk bersusah.

Mak siap basuh baju pagi tadi. Petang baru mak sempat nak sidai. Mak pun keluarkanlah baju bawa ke ampai. Rasanya macam tak sempat juga me...