Selasa, 21 Januari 2014

Cara memohon ISBN bagi Penerbit Baru


Sejak mengeluarkan dan menerbitkan sendiri produk saya sendiri iaitu Kad Imbas Khadijah, saya mempunyai kekangan masa untuk mengemaskini blog ini serta menjawab semua persoalan yang singgah melalui blog ini.

Maafkan saya kerana tidak dapat menjawab persoalan anda. Dari jauh, saya mendoakan anda terus diberi jawapan dan bimbingan daripada Allah Ta'ala Yang Maha Bijaksana. Kadangkala, jawapan yang Allah berikan ke atas hati-hati manusia adalah dalam cara yang unik dan misteri. Tabarakallah..

Hari ini saya ingin berkongsi kegembiraan di atas pengalaman yg sangat berharga ini. Memohon ISBN untuk produk ciptaan sendiri. Tak kira anda ingin mengeluarkan atau menerbitkan karya hasil ciptaan anda sendiri, ada baiknya ia dimasukkan ke dalam Data Pengkatalogan - Dalam - Penerbitan yg hanya dikeluarkan daripada Perpustakaan Negara Malaysia.

Pada asalnya, saya merujuk kepada laman web seorang Penulis yg prolifik di tanahair iaitu Puan Nisah Haron di sini. Tulisannya mengenai apa itu ISBN lebih cerah dan dapat difahami dari sini.



Namun, tulisan beliau sudah bertahun lamanya. Apabila saya membuka laman web Perpustakaan Negara Malaysia, saya dapati sekarang (tahun 2014) sudah dibuat secara online bagi semua jenis permohonan samada ISBN/ISSN/PDP. Dan jika anda mahu memohonnya secara 'by-hand' sekalipun, anda akan disuruh untuk mengisi borangnya secara online juga.

1. Masuk ke laman web rasmi Perpustakaan Negara Malaysia (http://www.pnm.gov.my/main.php).

2. Klik di bahagian "Perkhidmatan".

3. Plih "Untuk Penerbit". Pilih ISSN/ISBN.

4. Di sini akan di'ceritakan' segala-galanya mengenai ISBN/ISSN/PDP. Dan menjelang akhirnya, ada dinyatakan "Cara memohon".

5. Setelah anda faham, klik link ini untuk mendaftar akaun emel seterusnya untuk memohon secara online (http://e-penerbit.pnm.gov.my/login.php)

6. Pilih dan klik samada anda "Penerbit baru" baca : Pertama kali atau "Penerbit sedia ada".

7. Daftar.

Selepas lebih 24 jam saya mendaftar online di sini, saya masih tidak dapat masuk ke dalam sistem. Kata  laluan saya sentiasa "SALAH". Lalu, saya menghantar emel kepada mereka melalui "Hubungi kami" (http://e-penerbit.pnm.gov.my/publisher/hubungi.php).

Dengan pantas, mereka menjawab kembali emel saya dan bertanyakan apakah yg mahu diterbitkan oleh saya dan siapakah penerbitnya yg asal?

Kami berbalas emel untuk seketika dan mereka memohon maaf kerana tidak dapat memproses permohonan saya secara online (ikut sistem) malah, mereka memproses permohonan saya ini secara manual melalui emel.

Dokumen apa yg perlu diisi?

1. Borang Pendaftaran Program ISBN.
2. Borang Permohonan ISBN.
3. Senarai Semakan Daftar ISBN.

Ini adalah dokumen yg diberikan melalui emel kepada saya.

Oleh kerana saya masih belum sempat medaftarkan perniagaan, maka saya tiada nama syarikat lagi. Saya hanya menggunakan nama saya sendiri sebagai penerbit.

Bagi individu perseorangan sebagai penerbit, yg paling penting sekali adalah salinan Kad Pengenalan depan dan belakang perlu disimpan terlebih dahulu.

Jika anda sudah ada nama syarikat, perlu dikemukakan salinan pendaftaran perniagaan bersama borang.

Di dalam senarai semakan, ada tertulis beberapa salinan mukasurat yg diperlukan yg harus disertakan bersama-sama borang yg diisi. Ini lebih memudahkan.

Dokumen yg saya hantar adalah  :

1. Borang Pendaftaran ISBN (sudah diisi dan ditandatangan)

2. Borang Permohonan ISBN (sudah diisi dan ditandatangan)

3. Senarai semakan Daftar ISBN (sahaja)

4. Salinan Kad Pengenalan Penerbit/Pemilik (hadapan)

5. Salinan Kad Pengenalan Penerbit/Pemilik (belakang)

6. Judul muka hadapan (Cover depan)

7. Judul muka belakang (Cover belakang dengan nama penerbit)

8. Mukasurat yang mengandungi perkataan Hak Cipta Terpelihara, tahun terbitan, tahun cetakan, nama dan alamat penerbit, nama dan alamat pencetak dan nombor ISBN (akan datang sekiranya lulus).

9. Salinan 30 keping kad hadapan (Kad Imbas Khadijah).

10. Salinan 30 keping kad belakang (Kad Imbas Khadijah).

Akhirnya, proses untuk permohonan saya ini memakan masa 2 hari bekerja untuk disahkan. Bagi penerbit baru, ia mengambil masa 2 hari bukan 1 hari.

Permohonan pada 17 Januari 2014 (Jumaat), saya menerima surat pengesahan ISBN bersama kod ISBN pada tarikh 21 Januari 2014 (Selasa).

Selepas ini, saya perlu memberikan 2 naskhah tidak bercetak dan 5 naskhah bercetak kepada mereka kembali sebagai rekod. Itu adalah proses yg terakhir.

.
.
.

Alhamdulillah!

Tiada perkataan yg boleh menggantikan kegembiraan ini. Maklum sajalah ini kali pertama berusaha sendiri setelah melalui pelbagai ujian dan mehnah diri.

Alhamdulillah.. Syukur hanya kepada Allah Ta'ala yg mengizinkan semua urusan ini dipermudahkan.. Alhamdulillah.


7 ulasan:

Syasya Bellyna berkata...

Assalamualaikum,
Bolehkah saya menerbitkan buku tanpa syarikat menggunakan nama pena? Saya pernah berbincang dengan rakan penulis tentang memohon isbn tanpa syarikat, mereka menyatakan saya harus menggunakan nama sebenar.

terima kasih

Khadijah Gani berkata...

Wa alaikumussalam.

Untuk nama pena hanyalah boleh digunakan untuk penulisan buku sahaja. Tapi untuk menerbitkan sendiri perlulah ikut nama sebagaimana di dalam kad pengenalan.

Samada nama syarikat atau nama di dalam ic. Itu saja.

Syasya Bellyna berkata...

Terima kasih untuk jawapan itu. Sekarang saya sudah faham. :)

Tanpa Nama berkata...

Salam puan..sy buat printing buku/majalah..client saya mnta sy tlg buat isbn..slma ni xpnh pula tlg buat..blh ke kmi buat kn?dn kmi kena ada lesen kdn ke kalau nk print buku yg ada isbn.slama ni client xpnh pon..tau2 dh ada kod isbn je masa cetak...harap puan blh whtaspp sy utk bntu saya 012-2689447 z
tq puan.

Tanpa Nama berkata...

Salam Puan, untuk dapatkan no ISBN berapa kos yang perlu dibayar?

Khadijah Gani berkata...

Boleh WhatsApp saya terlebih dahulu seperti nombor yg tertera di sebelah kanan blog ini.

Khadijah Gani berkata...

Tiada kos untuk mendapatkan ISBN.

Kecuali kos masa dan pos untuk 5 salinan bahan bercetak atau 2 salinan CD jika diterbitkan secara elektronik.

Hidup di dunia untuk bersusah.

Mak siap basuh baju pagi tadi. Petang baru mak sempat nak sidai. Mak pun keluarkanlah baju bawa ke ampai. Rasanya macam tak sempat juga me...