رَبِّ هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ

Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh

وَاجْعَلْ لِي لِسَانَ صِدْقٍ فِي الْآخِرِينَ

Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian

وَاجْعَلْنِي مِنْ وَرَثَةِ جَنَّةِ النَّعِيمِ

Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim

وَلَا تُخْزِنِي يَوْمَ يُبْعَثُونَ

Dan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula -

يَوْمَ لَا يَنْفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ

Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun

إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ

Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera

وَأُزْلِفَتِ الْجَنَّةُ لِلْمُتَّقِينَ

Dan (pada hari itu) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertaqwa

(Surah ash-shua'ra)

Rabu, 15 Januari 2014

# homeschooling # keibubapaan

Anak kecil dan Kad Imbas







Dari Peti Soalan : Bagaimana mula mengajar bayi menggunakan kad imbas?

Untuk bayi, saya baru mahu membuat eksperimen ke atas anak saya yg ketiga ini (10 bulan) apabila kad imbas khadijah sudah siap. Ini kerana bayi lebih tertarik dengan gambar yg berwarna-warni berbanding tulisan semata. Lihat saja kad imbas ABC banyak dibuat berserta gambar yg mewakili pangkal huruf. Memperkenalkan ABC kepada anak kecil juga dibuat dalam huruf tunggal bukan dengan sukukata.

Saya tak nafikan, mula-mula saya gunakan kad imbas Iqra' pada 2 orang anak saya pada usianya 2 tahun dan 3 tahun itu sudah agak terlambat. Namun, apabila diajar kad imbas (tanpa gambar) dengan gabungan latihan tulisan serentak bersama penceritaan atas imaginasi terhadap huruf-huruf tertentu (cara saya sendiri), ia menjadi menarik dan lebih mudah mereka ingat. Saya lihat prestasinya sangat cepat. Kini, anak sulong saya 4 tahun sudah lancar membaca Iqra' 1 tanpa kesalahan langsung.

Pada saya yg penting sekali, anak-anak kecil lebih mudah mengingat melalui gambar yg unik dan berwarna warni. Walaupun sudah terlambat mengajarnya tapi ingatannya cepat menangkap menyebabkan prestasinya meningkat dengan memberangsangkan!




Penggunaan kad imbas yg memperkenalkan huruf tunggal perlu disertai dengan fungsi baris. Ini penting supaya anak kecil tidak tersalah maklumat antara keduanya. Kerana itu bagi saya mengajar bayi boleh dimulakan dengan asasnya iaitu huruf tunggal melalui gambar-gambar yg comel dan kemudian baris diperkenalkan bersama fungsinya.

Saya ada kongsikan bagaimana saya mengajar fungsi baris setelah anak dapat kenal huruf tanpa hafalan. http://khadijahgani.blogspot.com/2013/11/mendorong-anak-cilik-mengaji-2.html

Ramai juga anak mengaji saya yg sudah membaca Iqra' 5 dan 6 mempunyai satu masalah yg berulang. Mereka tidak dapat bezakan huruf tunggal (semuanya dibaca dengan baris atas) dan tidak kenal sebutan huruf tunggal. Habis satu ayat dibacanya dengan baris atas. Dan saya kerapkali akan mengingatkan, "Barisnya apa?"

Sistem Iqra' memang bagus untuk anak yg sudah berusia 6-7 tahun di mana ketika itu mereka sudah boleh mengenal huruf dengan cepat dan boleh membaca dengan cepat. Kad imbas termasuk buku-buku yg semua huruf dimulakan dengan baris atas memang sangat baik untuk mereka yg mahu anak-anak cepat membaca al-Quran.

Namun, saya berfikir begini. Dengan silibus sekolah yg semakin mencabar lagi pada masa akan datang, ada baiknya anak kecil seawal usia bayi hingga ke pra-sekolah (4-5 tahun) dipupuk dan diajar dengan sesuatu yg bersifat asas sebelum mereka melangkah dengan laju kepada bacaan yg berbaris.

Di usia awal kanak-kanak, kenalkan dan mantopkan mereka dengan asas huruf hijaiyyah yg tunggal hingga mereka tiada masalah lagi apabila melihat hurufnya. Bermakna tanpa perlu menghafal turutan, mereka mampu menyebut itu huruf apa. Setelah kenal hurufnya barulah kenalkan baris-baris asas pula. Di sinilah letak nilainya maklumat yg paling penting bila mana kita mengajar mereka dengan menulis. Berikan mereka pengalaman. Berikan mereka ruang untuk bereksperimentasi dengan fungsi 3 baris yg asas. Supaya mereka tidak terikat kepada satu baris sahaja. Bermakna, akan datang mereka bukan sekadar menyebut huruf berbaris atas sahaja tapi mereka menjadi sangat alert pada baris-baris lain.

Apabila mereka sudah masuk sekolah, sistem Iqra' atau Furqan atau apa saja kad imbas dan buku mengaji boleh digunapakai untuk menambah dos yg asas ini.

Jika dilihat pada kad imbas ABC ia tidak diajar dengan sukukata bagi bacaan anak kecil. Apabila sudah sampai umur tertentu barulah kita mengajarnya mengeja melalui sukukata.

Demikian juga huruf hijaiyyah. Ia adalah pengenalan kepada Bahasa Arab. Huruf hijaiyyah yg berbaris samalah dengan sukukata. Mengajar sukukata di usia awal anak-anak hanya akan menjadikannya tidak kenal apa yg asas.

Situasi yg kerap saya lamai ketika mencari alat bantu mengajar bagi anak kecil huruf hijaiyyah/bahasa arab tanpa baris supaya anak-anak kenal asas huruf sebelum pergi kepada sukukata, namun tiada satupun yg menepati permintaan saya.

Ada yg tanpa baris tapi ia adalah pengenalan kepada huruf jawi pula. Huruf hijaiyyah dan Jawi sama tapi tidak serupa. Ada beberapa huruf yg tidak ada di dalam al-Quran. Ini hanya memberi kekeliruan kepada anak kecil lagi apabila disangkanya Ca Ga Pa Nya turut ada di dalam al-Quran. Kerana itu, saya mahu membezakan huruf hijaiyyah dan jawi pada peringkat ini.

Mengaji seterusnya membaca al-Quran bukan mengenai hanya membunyikan huruf semata-mata. Setiap huruf dan sukukata mempunyai makna. Anak kecil di awal usia harus diperkenalkan kepada yg asas dan bagaimana fungsinya terlebih dahulu sebelum mereka melangkah laju di masa akan datang.

Jika mereka laju sekarang, untuk berpatah semula kepada yg asas di masa hadapan akan memutuskan semangatnya untuk terus membaca al-Quran dan mereka tidak faham lagi tidak tahu mengapa mereka perlu membaca al-Quran.

Wallahu a'lam..


Tiada ulasan:

#jdtblogger #teambloggerjohor