رَبِّ هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ

Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh

وَاجْعَلْ لِي لِسَانَ صِدْقٍ فِي الْآخِرِينَ

Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian

وَاجْعَلْنِي مِنْ وَرَثَةِ جَنَّةِ النَّعِيمِ

Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim

وَلَا تُخْزِنِي يَوْمَ يُبْعَثُونَ

Dan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula -

يَوْمَ لَا يَنْفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ

Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun

إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ

Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera

وَأُزْلِفَتِ الْجَنَّةُ لِلْمُتَّقِينَ

Dan (pada hari itu) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertaqwa

(Surah ash-shua'ra)

Jumaat, 8 November 2013

# homeschooling # keibubapaan

Mendorong Anak Cilik Mengaji 2

Sebelum ini saya sudah berkongsi cara bagaimana saya memperkenalkan huruf hijaiyyah kepada anak-anak saya di sini.

Setelah satu tahun berlalu saya nampak perkembangan mereka dengan ketara. Perlu diingat, saya lebih suka tidak menggunapakai kemarahan atau paksaan dalam pembelajaran anak-anak.

Satu perkara yg menjadi isu besar kesan daripada sistem Iqra' yg digunapakai secara meluas sekarang adalah huruf tunggal yg sudah sedia berbaris atas. Di dalam kad imbas yg digunakan juga terdapat huruf yg sudah berbaris atas.

Akibatnya, anak-anak konfius antara huruf tunggal dengan huruf berbaris.

Lalu, saya berijtihad sendiri mahu mengeluarkan kad imbas sendiri yg diberi nama 'Kad Imbas Khadijah'. Sekarang, sedang dalam proses insha Allah. Selain kekangan tertentu, saya sangat mengalu-alukan penyumbang dana lagi bagi penerbitan Kad Imbas Khadijah. Saya tidak dapat menjanjikan sebarang keuntungan di dunia ini. Saya berdoa supaya keuntungannya boleh kita sama-sama nikmati di akhirat kelak, insha Allah..




Di dalam al-Quran, tidak semua huruf berbaris. Pada saya, untuk memperkenalkan huruf-hurf hijaiyyah kepada anak kecil tidak perlu diperkenalkan dengan baris. Apabila sudah kenal huruf barulah diperkenalkan fungsi baris asas. Tujuannya :

1. Untuk mengelakkan mereka tersalah baca samada mahu sebut Jim atau Ja.

2. Untuk mengelakkan daripada mereka tidak faham untuk mengeja.

Konsepnya sama seperti saya belajar Alif Ba Ta zaman 80-an dahulu semasa Muqaddam kuning digunakan. Belajar tentang huruf tunggal dahulu tanpa baris. Apabila sudah hafal dan tahu barulah belajar baris atas, bawah, depan dan tanwin.

Cuma sebagai langkah pertama dan kedua saya modenkan dalam bentuk Flash-Card.

Semasa saya memperkenalkan Alif Ba Ta kepada anak-anak menggunakan Flash Card yg biasa sebelum ini, saya terpaksa menutup barisnya dengan tangan sendiri namun, masih tak berjaya. Mereka tak dapat bezakan antara Jim atau Ja.

Lalu, saya terpaksa membuat secara manual.

Saya tulis di whiteboard sehari 3-5 huruf. Fathi dan Fatihah suka sangat ikut menulis di whiteboard. Mereka akan ikut tulisan saya. Hanya huruf tunggal.

Selain itu, saya juga kawal apa yg mereka lihat di tab (satu syarat sebelum saya membenarkannya menonton kartun kegemarannya ialah mengaji dahulu iaitu melihat Alif Ba Ta di Youtube). Saya biasakan mereka dengan huruf tunggal SAHAJA dahulu.

Saya ini ortodoks orangnya. Saya tahu walaupun zaman ini punya banyak bahan bantu mengajar seperti magic pen, buku jawi dan yg sewaktu dengannya namun saya pilih untuk mengajar anak-anak sendiri dengan kedua-dua tangan saya dan biarkan tubuh dan minda saya sendiri sebagai bukunya. Saya lebih puas dengan cara sebegini kerana memikirkan apa yg saya boleh perolehi di akhirat kelak. Biarlah ianya datang melalui nikmat yg Allah Taala berikan kepada kita ini dijadikan modal untuk anak-anak sendiri.

Setelah saya lihat mereka sudah tidak menghafal Alif Ba Ta lagi (maksudnya walau ditunjuk huruf apa sekalipun mereka tidak perlu mengulanginya bermula dari Alif untuk mengingat huruf yg jauh ke belakang) barulah saya datangkan baris kepadanya.

Saya wakilkan baris dengan mimik muka tertentu (juga saya sudah ringkaskan dan jadikan dalam bentuk kad imbas).

Sekarang, Fathi 4 tahun dan Fatihah 3 tahun sudah mula mahir menggunakan baris. Fathi tulis huruf yg dia mahu dan baris yg dia mahu dan kemudian saya suruh dia bunyikan baru eja (sengaja saya buat proses pengulangan terbalik supaya saya dapat pastikan yg itu memang ilmu yg dia ada bukan daripada hafalan).

Bi Aa Tha (gigit lidah)

Ba AA Ti

"Betul! Bagus abang! 30 bintang untuk abang! Huruf dan baris abang makin jelas dan cantik. Abang bunyi dan eja dengan betul. (USAHA) Kalau abang rajin menulis macamni nanti abang cepat dapat baca al-Quran macam mak (KESAN),  cepatlah abang hafal al-Quran kan?! (IMPAK)"

Fathi mengangguk dengan semangat sekali. Dia mahu menulis lagi.

Fatihah duduk di tepinya dan melihat saja abangnya menulis dan kemudian dia pun mahu menulis (menconteng) sama.

Biarkan mereka menulis (menconteng sebagai permulaan). Jangan ditegur senget bengetnya. Tulisan anak kecil akan semakin cantik hari demi hari. Ia perlukan masa.






Kemudian, Fathi menulis hingga penuh whiteboardnya. Yang memeranjatkan saya, dia mengaku yg dia tersalah menulis huruf Jim terbalik. Sepatutnya dia menulis sama seperti Ha dan Kho (di sebelahnya).

Yang menggelikan hati saya, apabila saya menyuruhnya sebut dan eja semua huruf yg ditulisnya itu sampai kepada Ha (di sebelah F) dia mengeja, "Ha di tengah Hi"..

Saya tak dapat tahan, HAHAHAHA!

Saya bertanya bagaimana datangnya baris di tengah itu? Dan dia menjawab, "Sebab Ha takde titik jadi abang letaklah baris dia kat tengah. Kalau dia ada titik macam Kho dengan Jim abang taklah letak titik ni kat tengah"..

Hahahaha... Memang saya tak boleh tahan!

Tapi tak mengapa, salah itu bagus untuk dia lebih tahu dan boleh belajar lagi. Orang mahu belajar tak bolehlah jadi pandai terus dan perfect semuanya. Betul tak?

Jom kita belajar lagi! ;)




Tiada ulasan:

#jdtblogger #teambloggerjohor