Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2011

Bahagiakah anak kita?

Petang tadi saya tertengok pula satu dokumentari yang sangat menarik lagi berinformasi! Saya mengikut gerak hati untuk melihat channel #731 Astro BioChannel. Tajuknya saya lupa pula. Saya tengok pun sudah separuh jalan. Tapi saya tak sabar untuk berkongsi dengan ibubapa lain di luar sana apa yang saya peroleh.

Dalam rancangan tu, mereka menemubual beberapa jenis keluarga dengan masalah anak-anak serta pengurusan rumahtangga masing-masing. Mereka membuat penyelidikan untuk melihat sejauh mana kebahagiaan anak kecil itu dapat dilihat dan dikesan sejak awal. Saya kongsikan apa yang saya dapat.

Keluarga ini pada awalnya (semasa anak 2 dan sedang mengandung yang ke-3) sangat bahagia walaupun suaminya seorang disleksia dan kedua-duanya tidak bekerja. Semasa temubual si isteri baru saja mendapat pekerjaan. Selang beberapa bulan setelah bayi ketiga dilahirkan baby Charlotte, berusia 5 bulan, mereka melihat kembali kondisi keluarga ini.

Si ibu ini seorang yang suka bekerja di luar. Katanya, de…

Istighfar dan teruskan berdoa.

Petang tadi secara tidak sengaja saya terbuka Astro Oasis rancangan Ar-Rayyan bersama Dr. Fatma El-Zahra. Sudah bertukar wajah. Sudah musim ke-3. Saya tahu itulah yang terbaharu.

Saya ni bukanlah punya masa yang banyak sangat untuk menonton tv walaupun saya bekerja di rumah. Namun, tiap kali saya punya kemusykilan atau ada ketika saya perlukan 'refreshment' untuk diri saya tiap kali tu jugak bagai ada seru untuk bertindak atau berbuat sesuatu ke arah apa yang saya perlukan.

Jadi, saya tertengok Ar-Rayyan tu pun sudah separuh jalan barangkali. Saya tak pasti. Ayat pertama yang menangkap saya untuk terus khusyuk mendengar baris ayat seterusnya ialah (sila baca ikut intonasi Dr. Fatma bercakap ye) ;

"Kalau ada benda yang kita mahu tapi tak dapat, bermakna kita ada dosa dengan Allah yang kita tak selesaikan lagi. Atau kita ada dosa dengan makbapak kita. Kerana itu Nabi Muhammad s.a.w. ajarkan kita istighfar untuk kita amalkan iaitu dipanggil Penghulu Istighfar.

Kena tahu maksud…

Mencari Kasih Sempurna.

"Fathi, jangan main pisau ni! Nanti luka, sakit!!!""Tiha, jangan diri kat situ nanti jatuh baru tau!!!"Ibu mana dalam dunia ni yang mahu anak-anaknya berada dalam kesakitan? Itulah naluri seorang ibu. Begitu juga naluri seorang ayah.

Perkataan JANGAN memang negatif tapi perkataan itu saja yang mampu memberhentikan si anak agar tidak meneruskan langkah yang salah.

Bagi seorang anak pula dia takkan tahu betapa tajamnya pisau sehingga akan membuatkannya sakit. Dia juga masih naif untuk menjangkakan jikalau dia cuba berdiri dengan sebelah kaki di dalam besen yang di bawahnya ada air, maka dia akan tergelincir dan jatuh. Bukan tidak pernah dia jatuh terduduk atau luka di tangan sebelum ini akibat perbuatannya yang lain, namun hakikatnya dia tak pernah menduga perkara yang sama bakal berulang walaupun langkah berbeza yang dibuat.

Di sinilah maksud sebenar tentang ilmu kehidupan dan kematangan.

Setiap orang punya ilmu berbeza. Punya pandangan berbeza. Punya tahap kematang…