Jumaat, 15 April 2016

Permohonan tauliah guru al-Quran negeri Johor

Kerana makcik itu.......

(Al fatihah).




Stage 1.

Alkisah, satu masa dahulu selepas sessi rehearsal dengan seorang ketua kumpulan yasin di Taman Universiti ini untuk majlis khatam al Quran sehari sebelum majlis pernikahan pada 16 Mei 2008, makcik ini menyuruh saya segera mendapatkan tauliah untuk mengajar ngaji.

Ketika itu pada usia 26 tahun, saya hanya tertawa kecil dan berfikir yang tauliah mengajar ngaji tidak termasuk langsung dalam senarai kerjaya idaman saya. Maklumlah, graduate UIAM. (Moga Allah ampunkan dosa-dosa saya).

Lagipula, saya membayangkan tauliah sebegitu hanya untuk makcik makcik veteran sahaja. Saya tidak nampak keperluan saya berbuat seperti yg disarankan beliau. Lalu, saya diamkan saja.

Allah Maha Berkuasa.



Selepas beberapa tahun saya mendapat perkhabaran makcik tersebut meninggal dunia, hati saya tersentak.

Ajakan dan kata katanya satu masa dulu seperti masih kedengaran segar di telinga.

Selepas 7 tahun berlalu, Allah dorongkan saya memilih jalan ini sekaligus membenarkan niat dan mengangkat doa seorang makcik yang mulia ini.

Semoga beliau tersenyum dan gembira bersama para shuhada dan solihat, diluaskan kuburnya dan jadikan tempat kediamannya terang benderang lagi indah dengan nuur al Quran. Ameen.



Membina kerjaya dari rumah bukan terhad hanya apa bisnes yang boleh dilakukan untuk menambah pendapatan keluarga semata-mata.

Ada satu nilai tambah yang perlu difikirkan jika mahukan satu kerjaya utuh yang kita cipta sendiri ini dari rumah. Apa jua yg kita lakukan dan pilih dalam hidup ini, kitalah yg meletakkan nilainya. Barulah orang lain dapat menilai kita kembali dengan satu nilaian yg positif.

Maka, nilaian Allah jualah yg teragung dan terpenting dari segalanya. Tidak rugi jika mengejar ilmu Allah kerana nilaiannya infiniti.

Langkah baru bermula, insha Allah.

‪#‎diaribinakerjayadarirumah‬



Stage 2.




Surat ini membuatkan saya tersenyum.

Alhamdulillah. Second stage.

Ingatkan sudah tidak lepas ujian peperiksaan bertulis tempohari disebabkan soalannya terlalu ekstremnya susah belaka!

Banyak mengenai makhraj huruf, dan tajwid. Sedikit mengenai pengetahuan am pendidikan Islam dan jawi.

Melihatkan rata rata calon yang hadir juga adalah lepasan jurusan STAM dan diploma pendidikan Islam serta guru-guru agama. Terasa kerdil juga diri ini. Iyalah, saya ini hanya lepasan jurusan Sains Kemanusiaan. Belajar asas saja dengan al fadhil Ustaz Abdullah Bukhari semasa tahun 1 di UIA dulu.

Untuk adik adik yang masih belajar, tak rugi sedikitpun jika kita tanamkan minat untuk belajar ilmu tajwid dan tilawah al Quran. Bukan jua sekadar menghafaznya.

Walaupun di masa akan datang kita sambung belajar dalam bidang sains atau selainnya namun, sampai satu ketika ilmu ini akan berbakti semula kepada kita dalam pelbagai cara.

Tidak akan hilang ditelan zaman. Satu satunya ilmu yang unik. 'Ulumul quran.

Tajwid al Quran bukan untuk dihafal tetapi untuk ditanamkan terbenam jauh ke dasar hati supaya ia dapat dipraktikkan.

Mudah mudahan ia terus subur dan hidup kekal sebagai bekalan bukan sekadar di atas kertas peperiksaan.

*Ke arah memperkasakan kerjaya surirumahtangga profesional.*
‪#‎hiduppenuhpilihan‬




Stage 3.







Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.

Satu satunya perkara yang sudah lama ingin saya lakukan akhirnya berjaya memperolehinya. Syukur tidak terkira! Hidayah dan Taufiq Allah tidak mengenal sesiapa.

Sijil pentauliahan mengajar al Quran (sementara) sebelum mendapat pentauliahan yang penuh dari Majlis Agama Negeri Johor. Tak sangka pula ada kod dan etika yang digarispandukan walaupun menjadi guru al Quran.

Dengan seribu satu dugaan dan cabaran yang ditempuh, saya ingat sudah tiada peluang lagi apabila terlepas tarikh temuduga tempohari atas masalah kesihatan.

Terima kasih sahabatku Norazilah Taib. Moga lebih banyak berita baik juga akan mendampingimu kelak.

Tak sabar untuk sambung belajar lagi 'ulumul quran. Dalam masa yang sama juga dapat belajar semula bahasa arab yang menjadi subjek kegemaran sejak dulu. Kelas wajib tahsin al Quran ini akan saya ikuti setiap hari Sabtu. Dan akan bermula esok. Lepas ni tak dapat lah lagi buat program hari Sabtu. Sudah terikat.
.
.
.

Sentiasa mahu menjadi seorang pelajar. Tak kira walaupun kita sudah boleh mengajar hakikatnya kita harus terus belajar.

Jangan berhenti belajar walaupun kita mengajar.

Suatu ilmu itu datang dalam bentuk hakikat hanya apabila kita bertalaqqi dengan seorang guru.

Sesuatu yang datang secara viral / pembacaan semata apalagi tanpa guru di hadapannya bukanlah termasuk dalam hakikat ilmu.

Pokok pangkalnya, bergurulah dengan seseorang dalam bidangnya. Bukan melalui cebisan cebisan maklumat di alam maya yang belum tentu benar dalam pendekatannya. Juga terlalu jauh mengetahui teknikalnya.

Dan jangan suka memviralkan sesuatu atas nama ilmu sebelum kita tahu kesohihannya.
.
.
.
.

* Moga anakku Fathi, dapat keluar hospital hari ini. Esok mak nak masuk kelas nak...

Alhamdulillahi 'ala kulli haal.

Terima kasih atas doa semua. Yang tersurat mahupun tersirat.


Stage 4.





Selepas mendapat tauliah sementara sebagai guru al Quran terlatih dari Majlis Agama Johor, sepatutnya majlis pentauliahan penuh berlangsung pada 26 Disember lalu. Namun, saya terpaksa menolaknya buat tahun ini (2015) kerana masih di dalam pantang.

Tidaklah saya kejarkan tauliah itu sebenarnya. 

Seperti yg saya katakan kepada ustaz yg menemuduga saya tempohari, saya hanya mahu belajar lagi ilmu al Quran. Rasa seperti ada yg tak kena apabila saya hanya mengajar sahaja tapi tidak cuba belajar lagi untuk memperdalami ilmu yg satu ini. Lagi banyak kita belajar, lebih banyak yg kita tak tahu.

Untuk memperolehi tauliah ini, diwajibkan masuk kelas mingguan yg melibatkan tajwid, tarannum, tafsir dan bahasa arab. Termasuk juga fardhu ain.

Ya, fokus saya untuk terus belajar lagi. Selain inilah KPI yg saya tetapkan sendiri dalam proses profesionalisasikan kerjaya surirumahtangga mengikut cara saya.

Tidak mahu asyik mengajar. Dengan belajar secara berguru lebih menenangkan. Belajar sedikit, mengajar sedikit.

"Ke arah kerjaya surirumah yg profesional".



Cara-cara mendapatkan tauliah mengajar al-Quran bagi kawasan Johor Bahru.

1. Ambil borang mohon tauliah di tingkat 2 Pejabat Agama Johor (sebelah dalam bahagian pengurusan Masjid dan Surau). Satu tingkat dengan pejabat mohon kebenaran nikah. Masuk ikut pintu sebelah kanan sekali dan terus ke dalam pejabat.

2. Isi borang dan serahkan sekali sijil akademik dan yg berkaitan.
Tunggu sehingga dapat surat panggilan ujian bertulis. Rujuk stage 1.

* Bersedia dengan segala ilmu dan kefahaman. Soalannya memang sangat menduga segenap ceruk fikiran. Subhanallah!

3. Tunggu surat yg menyatakan samada kita lulus ujian tersebut atau tidak.
Jika tidak lulus, jangan putus asa! Belajar lagi dan ambil ujian bertulis semula kelak.
Jika lulus, surat panggilan temuduga akan diberikan menyatakan masa dan tarikh temuduga.
Rujuk stage 2.

4. Tunggu surat seterusnya lagi.
Jika tidak lulus, berusahalah lagi! Jangan putus asa.
Jika lulus, surat pentauliahan sementara akan diberikan dan peluang untuk mengikuti kelas tahsinul quran bagi semua guru al Quran Johor dan Imam di Johor mengikut zon yg diadakan setiap Sabtu ini perlu dihadiri.  Rujuk stage 3.

5. Tunggu surat panggilan untuk kursus 3 hari penuh dari pagi hingga malam pada hujung tahun. Hanya selepas selesai kursus 3 hari ini majlis pentauliahan bagi guru-guru al Quran Johor akan berlangsung secara serentak bagi seluruh Johor. Rujuk stage 4.


Alhamdulillah atas segala nikmat dan keizinan dari Allah.

#tuntutilmuhinggakelianglahad
#surirumahprofesional
#bukansurirumahbiasa





Tiada ulasan:

Hidup di dunia untuk bersusah.

Mak siap basuh baju pagi tadi. Petang baru mak sempat nak sidai. Mak pun keluarkanlah baju bawa ke ampai. Rasanya macam tak sempat juga me...