رَبِّ هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ

Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh

وَاجْعَلْ لِي لِسَانَ صِدْقٍ فِي الْآخِرِينَ

Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian

وَاجْعَلْنِي مِنْ وَرَثَةِ جَنَّةِ النَّعِيمِ

Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim

وَلَا تُخْزِنِي يَوْمَ يُبْعَثُونَ

Dan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula -

يَوْمَ لَا يَنْفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ

Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun

إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ

Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera

وَأُزْلِفَتِ الْجَنَّةُ لِلْمُتَّقِينَ

Dan (pada hari itu) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertaqwa

(Surah ash-shua'ra)

Sabtu, 9 Julai 2011

# keluarga # kesihatan

Hydrocele & Fathi part 2.


Ketika umur Fathi 2 setengah bulan saya sudah mengesan tumbesaran yang tak sepatutnya terjadi di situ. Setiap bulan saya bawa check up biasa di klinik kerajaan. Masa 2 setengah bulan itu juga saya sudah memberitahu tentang kebimbangan saya. Dan misi mencadangkan Fathi dibawa ke GH untuk check up yang detail. Itulah kali pertama saya mendengar perkataan hydrocele.

Petang itu juga saya dan suami ke HKL (semasa itu masih menetap di KL) tapi kami tak jadi jumpa pakar kanak-kanak kerana kami kena tunggu dekat 4 jam lebih walaupun nombor sudah dapat. Agaknya doktor tu sibuk sangat dan tiada doktor lain kot.

Seterusnya kami mendapat pandangan pertama daripada doktor peribadi kami a.k.a abang ipar saya a.k.a abang kepada suami yang juga doktor alternatif. Dia cadangkan supaya kami jumpa dengan pakar kanak-kanak yang biasa dengan kes kanak-kanak dan cool di Kluang (caranya tak menakutkan mak bapak seperti doktor pakar lain yang selalu salah penggunaan ayat jika anak kita sakit). Nama klinik tu Johor Maternity Specialist. Jumpa dengan Dr. Lokman. Doktor lain taknak! Kliniknya jika nak pergi harus awal dari waktu operasi. Biasanya klinik tu akan penuh dengan orang pelbagai bangsa! Penuh! Percayalah! Tiada tempat duduk..


Berjumpa dengan Dr. Lokman memang best! (pandangan kedua/ketiga tak berapa ingat sebab dah ramai pakar kanak-kanak kami jumpa untuk mendapatkan pandangan samada perlu pembedahan segera atau tidak). Dia terangkan pada kami sampai puas hati. Dia beritahu kami tentang perkara yang kami tak tahu dari internet ataupun dari pembacaan kami. Siap lukiskan lagi!


Setiap orang tak kira lelaki ke perempuan ada telur. Tapi perempuan, telurnya di dalam, tak keluar. Lelaki pula telurnya akan keluar melalui satu lubang kecil untuk sampai ke bawah (kantung). Semua budak lelaki ada lubang tu, kiri dan kanan, kalau tidak, telur tak boleh turun dan masuk dalam kantungnya. Tapi bila umur budak semakin meningkat lubang itu akan tertutup dengan sendirinya. Hanya bila telurnya sudah turun ke kantung sepenuhnya. Hydrocele jadi bila lubang itu tak dapat tertutup sepenuhnya maka, air boleh masuk melaluinya dan turun berkumpul di kantung.
Jangan operate dulu, budak kecik lagi kesian... Tunggu sampai dia 2-3 tahun, kalau besar jugak bawa sini check semula ok! Kebiasaannya sesetengah kes ada yang boleh kecik sendiri bila makin besar. Jangan risau! Tak payah letak apa-apa. Biarkan dia kecut sendiri.

Semasa berjumpa dengan Dr. Lokman pertama kali ketika itu Fathi 6 bulan. Dan kami pulang tanpa bayar apa-apa pun.. Sebab sekejap saja. Best! :)

Kerana itu saya tunggu hingga Fathi masuk 2 tahun. Saya lihat ianya semakin membesar dan saya sangat takut dan risau. Walaupun Doktor Lokman cakap jangan letak apa-apa saya masih tuamkan Fathi dengan daun mengkudulah, daun sirehlah termasuklah dengan timun (berdasarkan pengalaman seorang kawan mak yang dah berjaya dibuat pada anaknya). Tapi masih tetap tidak berubah.

Saya memberitahu misi semasa check up rutin di klinik kerajaan. Misi menyarankan kami ke HSA ke klinik pesakit luar (semasa ini kami sudah berpindah ke Johor).

Kami ke sana pada bulan 8, 2010. Semasa itu Fathi dalam setahun setengah++. Tiha baru dalam 2 bulan.

Masuk bilik rawatan, saya berjumpa dengan doktor muda, India. Dalam bilik itu ada lagi 2 meja dengan 2 pesakit lain. Saya minta dia sahkan samada hidrosil atau ususnya sudah jatuh dan jadi hernia (kerana saya lihat sudah besar sangat!). Dia padamkan lampu dan suluh. Dia kemudiannya memanggil lagi seorang kawan doktornya di sebelah meja dan bercakap dalam bahasa Inggeris (gamaknya dia sangka saya jahil English kot. Dia bercakap dengan nada yang agak berbisik tapi, hello... i can hear uuu!!)

Sebenarnya dia sendiri tak pasti bagaimana mahu pastikan yang itu hidrosil ataupun hernia. Agaknya susah kot soalan saya itu. Kawan doktornya itu menjawab biasa saja tanpa bisik-bisik pun. "If u see the light can get through then it's hydrocele. If hernia, something's block there."

Itu saya sudah tahu wahai tuan doktor. Dr. Lokman dah ajar saya tentang itu. Sila beritahu saya tentang perkara lain. (Cakap dalam hati sajalah. Saya juga menghormati doktor baru itu sebagai manusia baru belajar).

Kemudian, dia terus cadangkan saya untuk buat operation dengan segera kerana Fathi punya ni sudah sangat besar bagi umur sebayanya. Dia bukak buku appointment untuk operation date Fathi sambil berkata, "Banyak betullah kes hidrosil tahun ni! Penuh operation room. Apasal ha budak-budak sekarang banyak dapat kes ni?!". Saya hanya tersenyum sinis (buat apa tanya saya, saya bukan doktor). Dan dia berkata lagi, "Bulan 2 tahun depan boleh? Tahun ni dah penuh la." Saya cakap, "Aik, ni baru bulan 8 doktor, takde tarikh yang lagi dekat ke? Kata kena buat segera." Dia jawab, "Memang tak boleh. Awak tengok nama-nama dalam buku ni. Setiap hari dah ada orang operate hidrosil. Memang full!"

Dan akhirnya, "Ok." Di situlah saya dapat tarikh 9/2/10 untuk operation Fathi dan 8/2/10 untuk admit wad kanak-kanak dan berjumpa anesthetist terlebih dahulu.

(Selepas pergi HSA saya berjumpa kembali Dr. Lokman di Kluang. Dan juga seorang doktor pakar lain di Tebrau. Semua tu untuk betul-betul mendapatkan kepastian samada adakah betul Fathi perlukan pembedahan buang hidrosil ini atau punya cara lain. Itu saja.) Semuanya mengatakan operation hydrocele ini hanya minor. Tak ada apa-apa risiko lain yang nak ditakutkan.

Cerita selanjutnya saya sudah pun ceritakan di sini.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Setelah operation kali pertama di Puteri dahulu, Dr. Lai (yang tidak ramah itu) ada memberitahu possibility untuk kena hidrosil di sebelah lagi satu adalah tinggi, 70%. Jadi dia suruh saya sentiasa memantau.

Selepas 3 minggu operation semuanya ok. Cantik tiada masalah. Tetapi minggu berikutnya tiba-tiba buah sebelah lagi kembang mendadak! Sebelum ini tidak ada apa-apa pun. Lega sebentar. Dan kini, saya kembali takut. Takkan nak operate lagi sebelah.. Oh tidakkkk!!

Seperti biasa saya akan memberitahu abang ipar terlebih dahulu dan meminta pandangannya. Saya katakan saya dah taknak Fathi kena operate lagi!

Dia mencadangkan saya sesuatu. Apa saja asalkan jangan dibedah lagi! (Ketika ini saya sengaja untuk tidak mendapatkan pandangan doktor dari mana-mana hospital dan klinik kerajaan mahupun swasta aliran perdana yang lain lagi kerana saya sudah tahu jawapan yang mereka akan beri).

Pada mulanya dia menyuruh saya untuk tuam dengan daun sireh setiap kali selepas mandi. Kerana daun sireh bersifat alkali sangat tinggi berbanding daun mengkudu atau daun lain.

Tuam untuk mendapatkan abstrak (boleh secara panas atau sejuk iaitu dengan ais) alkali daun sireh untuk dikenakan ke atasnya. Bengkak itu sendiri bersifat asid.. 

Tidak lama selepas itu, saya menerima emel dari seorang pembaca senyap dari blog ini. Masalah anaknya sama seperti Fathi. Dan kami berkongsi maklumat berguna. Puan tersebut ada membuat rujukan dengan pakar sakit tuan, Dr. Rahim Thamby Chik yang mengatakan tuam panas yang berlanjutan tidak elok untuk budak lelaki kerana dikhuatiri akan mandul apabila dewasa. Terima kasih atas perkongsian puan.

Patutlah saya tak berapa sedap hati untuk membiarkan cara tuaman panas untuk jangkamasa yang lama. Tapi, oleh kerana emak dah bising setiap hari untuk saya berbuat sesuatu dengan cucunya ini maka, saya buat saja apa yang saya tahu ketika itu.

Saya utarakan perkara ini kepada abang ipar sekali lagi. Ada tidak cara lain selain dari tuam panas tapi masih gunapakai sireh?

Barulah dia teringat yang dia ada formulasikan pembersih wanita yang berasaskan pati sireh. Tidak perlu dituam. Diluarnya tertulis pembersih wanita XY. Diformulasikan secara teknologi nano. Abang ipar hanya mencadangkan, kalau nak, boleh lah dicuba kerana di dalamnya ada pati sireh yang pekat (abstrak secara cool process, khasiatnya lebih terjamin dari abstrak secara panas cuma ianya tidak komersial sebab tu ramai yang tak buat abstrak sireh secara cool process) kalau nak dibandingkan dengan produk lain yang berasaskan pati sireh di luar sana kerana kebanyakannya ada campuran kimia lain yang mungkin mematikan khasiat sebenar sireh itu. Atau produk yang mengaku dari pati sireh tapi peratusan pati sirehnya sangat sedikit dan tidak pekat.

Tidak ada testimoni khas untuk hydrocele sebelumnya. Saya hanya mahu mencuba dan mengubatinya. Saya betul-betul mahu. Hanya disapu di kawasan bengkak itu seperti memakai krim. Sedikit dan nipis sahaja.

Selepas itu, mak mencadangkan agar Fathi dibawa berurut. Kerana masih tak berpuas hati dengan cara saya yang sedikit itu. Saya agak keberatan sebenarnya. Tak tahu kenapa hanya gerak hati saya begitu.
-------------------------------------------------------------------------------------------

Pertama kali percubaan untuk berurut, ke Pontian. Mak hanya mendengar dari orang lain ada seorang tukang urut yang pandai dan dapat baik hidrosilnya selepas dia berurut dengan Pak (apa ntah namanya saya lupa) di Pt. Sikom. Tapi, dia sudah meninggal dunia. Sekarang diganti dengan anaknya. Mendengarkan itu saya terus menggelabah dan hati bertambah berat sebenarnya. Saya beritahu suami, dan suami dengan coolnya menjawab, "Takpe, kita pergi je. Tak semestinya jumpa." Ya, saya rasakan itu cara lebih berhikmah terhadap cara orangtua.

Sepanjang perjalanan hati saya tak tenteram. Semasa sampai di Pt. Sikom, emak tak tahu alamat sebenar, hanya mendengar orang kata sebelah itu dan sebelah ini. Kami berulang alik 3 kali tapi masih tak jumpa jalannya. Emak minta berhenti sebentar di satu gerai makan orang Melayu untuk bertanyakan rumah tukang urut itu. Semasa emak turun, saya terus berdoa, "Ya Allah, jika betul caranya ini untuk anakku, Kau permudahkanlah. Jika tidak betul caranya ini maka tutupkanlah mata dan hati kami."

Dalam 5 minit selepas itu, emak masuk kereta. Dan berkata, "Kita balik jelah kakda." Dalam hati saya, "Dah tau dah.." --- Rupa-rupanya semasa mak bertanya di restoran itu ada jiran sebelah rumahnya sedang makan di situ. Dia memberitahu supaya mak batalkan saja niat itu. Kerana dia sudah lama tinggal di situ dan kenal benar siapa orang itu. Di samping ada 'sesuatu' yang dia bela untuk bertahan dengan ilmu mengurut tinggalan bapanya itu. Mak pun terpaksa bersetuju kerana 3-4 kali kami berulang alik masih tidak nampak langsung rumahnya padahal katanya memang betul-betul di tepi jalan.

-----------------------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah.. Allah selamatkan saya dari sebarang bentuk penyelewengan aqidah.

Nak dijadikan cerita saya terjumpa pula seorang tukang urut semasa melawat sepupu yang sedang berpantang. Cerita beliau sangat mengagumkan. Itu cara beliau untuk mendapatkan ilmu urut-mengurut ini.

Secara tiba-tiba, mak menyuruh dia urut Fathi. Saya merelakan. Saya tengok bagaimana dia urut sama saja seperti saya urut Fathi ketika masih kecil dulu. Cuma dia lebih tekankan di bahagian paha dan tundun. Dan akhir sekali, dia ambil kapur dan memangkah di bahagian tundun Fathi. Katanya, orang tua dulu buat 'pangkah-memangkah' ni macam tanda untuk halang penyakit dari terus jadi. Kalau sakit kepala, dipangkahnya kat kepala gitu... Saya cuma memerhati saja. Apa yang paling penting perjumpaan ini telah memberikan ibrah yang berharga buat saya. Saya ada ceritakan sebelum ini.

Sejak itu, saya teruskan mengurut Fathi dan menyapu pembersih XY itu di buahnya saja setiap kali selepas mandi. Dan saya akhiri memangkah di tundun 'X' dengan pembersih XY itu setiap kali mandi dan menukar pampersnya. Sambil menyapu dan memangkah saya membaca selawat syifa' sekali.

Saya nekad untuk mengubatinya sendiri. Tidak berfikir langsung tentang mahu operate sekali lagi. Saya buat dengan penuh pengharapan tapi saya sedar yang bukan kerja saya untuk menentukan hasilnya.

Betul juga sebagaimana nasihat abang ipar saya, Dr. Norhissam Mustafa.

Buat masa ini yang penting apa usaha yang boleh kita buat bukannya memikirkan masalah yang telah berlaku atau kesilapan lampau. Usaha mesti diteruskan dalam apa jua keadaan. Cuma mana satu yang kita ingin pilih. Semuanya benar selagi ianya tiada melibat khurafat, cara yang terbukti salah, tiada ilmu langsung tentang apa yang nak dibuat dan TIDAK ISTIQAMAH. Semua cara darjatnya sama di sisi Allah cuma yang membezakan kita, Allah tidak memerlukan apapun untuk menyembuhkannya tapi sebagai membuktikan kita hamba yang berkehendakkan pada penyembuhan maka kena buat sesuatu seperti terapi atau operation. Cuma, setelah kita melakukan usaha, kita kena letakkan sepenuhnya keyakinan bahawa pastinya ada penyembuhan. Bila sembuhnya, kita tak tahu. Jangan tunggu dan tanya bila boleh sembuh tapi amat berharap...

Saya mula mencuba XY itu dalam bulan Mac. Dan sekarang, Julai 2011 barulah ianya menampakkan hasil.

Alhamdulillah, buahnya tidak keras lagi. Dan ianya sudah mengecut seperti biasa. Jadi, bolehlah dikatakan saya testimoni pertama yang mencuba Pembersih XY ini untuk dijadikan ubat kepada masalah Hydrocele ini.. Cuma kalau anda beritahu pada doktor pakar lain, mungkin mereka tidak pernah mendengarnya. Kerana ianya belum ternama lagi.

Jika anda mahu mencubanya juga boleh hubungi saya dan kita berkongsi pengalaman dan ilmu. No offence. Saya tiada masalah dengan sebarang cara sekalipun.



Moral : Berhati-hati jika ingin berurut. Tak semua boleh dipercayai secara aqidahnya. Peliharalah aqidah dan iman kita dengan meletakkan penyembuhan yang tak nampak melalui rahmat Allah itu lebih baik dari kita bulat-bulat meletak harapan atas ubatan tertentu atau orang tertentu.


19 ulasan:

mummy hadif berkata...

salam..sis...anak sy pun alami perkara yang sama..tp umurnya barru 2 bln...boleh ke sy cuba pembersih tu?kt mane saya nk beli?

mummy hadif berkata...

salam sis...anak sy pun alami perkara yg sama...umur dia 2 bln..sy ade tuam baru2 nie...tp bile bc kt ade blog dia ckp jgn tuam takut hernia.nanti usus mati terus kt situ..skang nie mak saya bwk berubat..dia suruh letakkan kapur campur air limau nipis dekat tundun n buahnya..td sy g check dgn doktor dia ckp hydrocele..dia ckp jgn buat ape2..tggu sehingga umur staun...kalo masih mbesar mgkin kene operate...tp sis kalo sy cube pembersih tu skang boleh tak?anak sis selalu muntah n menangis tak?

Khadijah Gani berkata...

Salam kembali buat mummy hadif. Pembersih XY ni ada di klinik RKi di tmn teratai, jb. Mummy hadif tinggal di mana ya?

Boleh telefon 07-5216431 dan cakap dgn ita. Beritahu ita, kakjah bg no ni dan mintak dia buat penghantaran pos (skynet) ke rmh. Pastu bg nama, alamat nnti dia pos. Mintak skali no akaun la utk pembayaran. Berurusan dgn ita. Klu mummy hadif tinggal di jb boleh terus dtg je ke tmn teratai.

Pd pendpt peribadi sy la [hehe sori klu menyibuk pula], kapur+air limau tu tajam dan panas sbb sy pernah guna tu masa dlm pantang dulu. Kejap je pakai sy buang, basuh sbb sgt panas dan rasa ketajamannya menusuk ke dlm perut. Inikan pula bdk kecik sbb tu agaknya dia kerap nangis dan muntah [klu panas keterlaluan bdn akan bg respon dan blh jd muntah mcm kita demam la].

Fathi tak muntah tp awal2 dl kena dia selalu merengek. Sy rasa anak tu nangis mungkin tak selesa dan rsa panas ketrlaluan kot. Hydrocele ni TAK SAKIT, cuma bdk jd tak selesa sbb bwh tu besor! Sbb tu selalu merengek klu tak selesa sgt menangislah dia. Tu je. Dan bila membengkak mmg rasa panas.

Tujuannya [kapur+air limau ni] utk mengecutkan rahim betul tak? Yg ni cara yg digunapakai org tua secara logik utk mengecutkan sesuatu. Saya hormat ilmu mereka. Tapi logiknya sy takut lain jadinya. Hydrocele ni mengenai keupayaan otot 'di situ' mengawal lubang kecil yg belum dpt berfungsi secara total lg. Sbb tu smua doktor pakar srh tunggu smpi anak besar sket utk tgk tahap keseriusannya.

Konsepnya bkn utk mengecutkan secara paksaan spt mahu mengecutkan rahim dgn segera. Kena bezakan di situ.

Melalui pengalaman sy, sy tekankan di sini yg produk/ubatan bukanlah semestinya penyembuh kpd hydrocele ni. Cuma guna pembersih XY ni hanyalah usaha sy dgn sandaran penuh mengharapkan hidayah Allah dlm bentuk penyembuhan kpd anak sy. Jd, nak cuba XY ni silakan. Tp jangan tunggu atau tertanya2 bila nak baik cuma amat berharap yg Allah perkenankan usaha kita ni.

Letakkan sikit saja di tmpt 'pembesaran' tu, nipis2 je jgn byk2... Boleh pakai lama. Boleh juga buat basuh anak 'punya' masa dia mandi juga. XY ni cuma abstrak sireh pekat saja tiada apa2 bahan kimia yg bercampur. Tak bahaya apa2..

Elok jika dibiarkan saja jgn dituam. Tunggu smpi anak plg lambat pun 2 thn utk buat kptsn samada operate atau tak sbb sy pernah jumpa jugak bdk bila dah besar dlm 3 thn boleh hilang sendiri.. TANPA BUAT APA2... wallahua'lam...

Tanpa Nama berkata...

salam sis...anak sy bru masuk 2thn dan bru dpt tahu bln lps terdapat cecair dlm testis anak sy.ms mula2 check kt klinik swasta, die ade suluh dan mmg ade bendalir n ckp kne operate walaupun x bhy.sy da mula risau...sy x puas hati n pergi jumpa pakar kanak-kanak kt hospital pusrawi tp dr anak sy x de(anak sy x ckp bulan n mendapat rawatan rapi semasa baru lahir) terpaksalah jumpe dr lain n die ckp x de pape n x perlu risau.jika makin besar kne jumpe dia balik.lepas tu mak mertua sy cdgkan supaya pergi ke HKL n appoimentnya 3 mggu kemudian.pada masa ni sy kerap pantau keadaan ank sy n dapati benjolan 2 kadang-kadang ade, kadang-kadang normal.sy keliru....apa pendapat sis?tq

Khadijah Gani berkata...

Salam kembali.

Memang begitulah puan, risau dan kasihan anak yg kecil perlu di operate. Apa yg boleh saya katakan, ikut sajalah nasihat doktor pakar kanak-kanak samada di HKL ataupun Pusrawi kedua-duanya akan bercakap perkara yg sama iaitu operate.

1. Dengan operate, semuanya akan ok. Memanglah sakit tapi akhirnya anak akan ok-ok saja puan. Sikit saja potongnya. Perkara paling penting, puan harus kuat terlebih dahulu sebelum memberi semangat utk anak menjadi 'kuat' mengahadapi operation itu.

2. Jika tak mahu operate dan masih mahu menunggu ianya hilang sendiri, ia akan menjadi lebih rumit apabila anak sudah besar. Jika anak sudah besar, ianya masih begitu tidak surut-surut bermaksud anak akan terpaksa menjalani operation juga akhirnya. Tentu anak akan lebih malu.

3. Kemungkinan jika tidak operate, ditakuti usus akan terjatuh ke dalam lubang yg terbuka dan inilah puncanya hernia (angin pasang).

Operation harus dibuat supaya posibility menjadi hernia (usus jatuh dalam lubang yg tidak boleh tutup dengan sendiri) dapat dielakkan.

Hydrocele memang begitu puan. Kejap nampak besar sangat. Kejap lagi nampak tak besar pun, macam biasa. Terutamanya lepas mandi, badan sejuk, hydrocele takkan nampak. Ada baiknya puan ikut saja dapatan doktor pakar.

Wallahu a'lam..

noor berkata...

Salam.....maaf kerana saya mencelah dsini. Cuma nak berkongsi pengalaman dn apa yg diberitahu dgn saya oleh seorg bidan lama yang banyak membantu saya. Penyakit ini @ dikenali sbg angin pasang bagi lelaki.....semasa saya mengandung bidan ni begitu mengambik berat pasal saya sebab saya sorg, dia bgtau ibu2 hamil kalau boleh elakkan minum air teh o ais limau kerana ia banyak memberikan kemudaratan pd anak dlm kandungan, begitu juga si lelaki......sebabnya sekiranya baby lelaki...kebarangkalian utk dpt angin pasang tinggi....begitu juga yg dh baik......tetapi terpulang lah kpd kita nak amalkan.....tapi utk langkah berjaga2 boleh la buat...sekiranya dh sembuh pun kena berhati2 agar tak berulang semula.....kepada mereka yg mengalami masalah ini, saya doakan semoga cept pulih dn sihat..insyallah setiap penyakit ada ubatnya yg Allah turunkan cuma jgn putus asa.........anda semua ibu2 yg istimewa kerana sabar mengharunginya.....

Khadijah Gani berkata...

Salam kembali.

Puan Noor, terima kasih atas pandangan puan.

Untuk pengetahuan puan, hydrocele bukan angin pasang. Inilah yg selalu disalah anggap oleh kebanyakan bidan kampung atau bidan lama. Mereka tidak tahu dan tidak faham beza antara keduanya. Yang mereka tahu hanyalah angin pasang saja terjadi kpd anak lelaki.

Semasa anak sulung saya kena hydrocele, saya banyak mencari maklumat, membaca termasuk bertanya kepada ramai doktor pakar dan separuh pakar. Jelas, hydrocele dan angin pasang TIDAK SAMA.

Hydrocele adalah keadaan apabila berlakunya kegagalan fungsi lubang dalam saluran dari usus ke testis tidak dapat atau belum dapat berfungsi sepenuhnya yg mengakibatkan cecair terkumpul di dalam kantung.

Angin pasang atau dikenali sebagai Hernia berlaku apabila usus sudah termasuk ke dalam lubang yang gagal berfungsi sepenuhnya tadi. Kebiasaanya, hanya cecair yg boleh melaluinya jika lubang itu gagal tertutup dgn sendiri. Tapi apabila usus sudah terjatuh masuk ke dalam lubang itu (sebab itu apabila disuluh dengan lampu picit di kantung yg nampak gelap dan cahaya lampu tidak menembusinya) maka itulah Hernia iaitulah angin pasang. Ia sakit dan membuatkan si bayi tidak selesa setiap masa.

Manakala hydrocele tidak sakit. Ia hanyalah cecair. Apabila panas,banyak menangis dan menjerit, dia akan mengembang dengan besarnya. Apabila sejuk, ia menguncup elok seperti tiada apa2 di situ.

Pada awal dahulu, saya selalu menyalahkan diri sendiri juga kerana meminum ais ketika mengandung. Mungkin inilah penyebab anak terkena hydrocele (pendapat bidan lama dan orang tua yg saya selalu jumpa) namun, pernah sekali saya berjumpa seorang ibu yg anaknya ada terkena hydrocele. Menurut beliau, dia tidak langsung minum ais. Dan sentiasa malah tanpa jemu dan terlepas walau hanya sekali menuam panas di 'buah' anaknya. Namun, hari ini beliau di situ kerana anaknya hydrocele.

Sekarang, anak ketiga saya juga ada hydrocele. Saya masih menyalahkan diri saya juga. Dan kehamilan ketiga ini saya tidak menyentuh ais langsung.

Namun, kata2 seorang pakar kanak2 berbangsa cina menyentakkan saya.

Kata beliau, "Ini bukan salah sesiapa. U dapat anak hydrocele sama macam u dapat anak lelaki atau perempuan. U tak boleh pilih. Dia mau jadi, jadi jugak. Kajian pun takde yg cakap punca hydrocele masa ibu mengandung. So, u jgn susah hati.."

Khadijah Gani berkata...

** saluran dari perut ke testis **

Nurul berkata...

Assalam puan..anak saye pon ade terkena hydrocel..mak cik bidan ckp buah die x boleh kne air sejuk.mandi pon dengan air suam.time ujan, x boleh mandikn.betul ke mcm tu? bkn pe saye risau bile musim ujan nnt, xkn la xmandi berhari-hari..?Anak saye sudah dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah.dan doktor menyuruh saye tunggu sampai umor anak setahun. setakat ni, anak xde menangis sgt. misi ckp kalu anak menagis sampai biru, kene bawa ke hospital.sebab katenye baby jadi biru tu sebab die sesak nafas kerana kate misi tu lagi hydrocel ni lh menyebabkn baby sesak nafas bile terlalu meneran menangis. iye ke macam tu?

Khadijah Gani berkata...

Salam Puan Nurul.

1. Mandikan anak kecil puan seperti biasa setiap hari. Kebersihan sebahagian daripada iman.

2. Air sejuk tiada kaitan dengan hydrocele. Ada yg mandikan anak dengan air suam pun masih ada hydrocele juga. Saya mandikan anak dengan air biasa saja.

3. Bila sejuk (lps mandi) hydrocele akan menguncup dan nampak normal saja. Bila panas dan anak kerap menangis barulah hydrocele nampak mengembang dan lebih besar.

4. Hydrocele TIDAK SAKIT. Anak lelaki mmg lebih kerap meneran. Nak 'tumbuh deaging' berbeza dgn anak perempuan kurang meneran. Jadi, apabila dengar anak seperti meneran jangan risau. Itu biasa saja.

5. Anak kecil mmg kerap menangis. Pujuk anak bila dia mula mahu menangis. Jangan biar dia menangis lebih 5 minit. Anak menangis ada sebab lain bukan sebab hydrocele. Anak ketiga saya ini juga ada hydrocele. Dia tidak menangis. Anak meneran menangis bagi anak lelaki biasa. Tapi jangan biarkan dia menangis lama. Bila sudah menangis lama memang akan sesak nafas seterusnya muka boleh jadi biru. Bukan sebab hydrocele.

6. Hydrocele TIDAK SAKIT. BUKAN kerana air sejuk atau tidak. Malah, air sejuk lebih baik untuk dia.

7. Kerap menuam panas pada buah anak berisiko mengalami kemandulan bila dewasa kelak. Ini saya dapat tahu darioada Dr. Rahim Thamby Chik.

8. Hydrocele BUKAN Hernia (Angin pasang). Dan Hydrocele tak menyebabkan anak sesak nafas. Bila menangis banyak tak berhenti menyebabkan nafas anak pendek.

asrmarh berkata...

Salam puan.mesej sms saya 0195604382 asrof/marhanies.anak sya umur 2 tahun.saya nak dgr sendiri dari pengalaman puan.mgkin hal yg sama terjadi pada anak saya.

Khadijah Gani berkata...

Maaf Puan Asmarh, saya tak dapat hubungi puan buat masa ini. Puan boleh emel terus pertanyaan puan.

Secara asasnya, puan harus bawa anak berjumpa Pakar Bedah Kanak2 di hospital dan bukan doktor pakar kanak2 di klinik biasa.

kicapkopio berkata...

salam puan..adakah masih available utk sy kol tmpt yg puan beli pembersih xy tersebut...

kicapkopio berkata...

salam..puan..sy nk beli pembersih xy tersebut... msh available lgi ke skng..

Khadijah Gani berkata...

Boleh baca sambungan sebelum dan selepas artikel ini ditulis.

Bahagian 1:
http://khadijahgani.blogspot.com/2011/02/hydrocele-hidrosil.html

Bahagian 3 (akhir):
http://khadijahgani.blogspot.com/2012/01/hydrocele-fathi-episod-akhir.html

Nombor telefon untuk dihubungi untuk dapatkan pembersih XY ini ada saya sertakan di dalam artikel Bahagian 3 ini.

syawal rahmat berkata...

Salam.. sis terima kasih atas perkongsian ni .. anak saya hidrosil sejak lahir.. saya refer kat hkl.. sama lah diorang akan jumpe setahun dari sekarang.. katanya boleh baik sendiri kalau tidak operate.. huhuhu.. anak baru 2 bulan..huhu

TeemCheSaad berkata...

Salam puan, saya rasa pengalaman puan lebih kurang sama dengan saya. beza nya saya sekarang sedang tunggu untuk operation anak saya pd bulan 6 ni. cuma anak sy akan buat 2 operation sekaligus sbb dia ade hydrocele sebelah & sebelah satu lagi undescended testicles iaitu telur nya x turun ke dalam kantung buah zakar. Skrg ni sy risau jgk bila puan cerita yg slps operation pn kemungkinann untuk bengkak semula tu ade. Kalau blh sy nk mintak pendapat puan ttg hal ni. Pmebersih tu pula msh boleh ke sy dpt kn?

Amalina Teteyh berkata...

Salam puan...sya org sarawak..anak sya bru 2 bulan..mcm mna sya nx dptkn pmbrsih wnta tu..bmbng jgak dngr pktaan operation nie..blh puan bntu sya..

Unknown berkata...

salam sis khadijah. kat mana saya boleh dptkan pembersih xy ni ya.. ank.saya berusia 2thn.. baru2 ni die didapati menghidapi hidrosil ttpi Alhamdulilah tidak serius... sejak lahir mmg xde mslh.. bru2 ni je akibat lebam mgkin kerana terhentaj.sesuatu die jdi bengkak dan alami hidrosil....

#jdtblogger #teambloggerjohor