Langkau ke kandungan utama

Ibrah sakit.


Saya memang kurang membaca sejak menamatkan pengajian dulu. Tapi suami saya seorang 'kaki buku'. Buku terbaru dia habis baca ketika di dalam keretapi untuk ke KL ialah "Maryamah Karpov". Kesinambungan cerita "Laskar Pelangi". Oleh sebab itu, saya akui kekurangan tatabahasa saya yang agak lemah daripada tatabahasa suami.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya : Pagi tadi melawat 'sepupu' bersalin. Masa datang tu dia tengah mengurut. Lepas habis tu, saya berbual panjang dengan makcik urut tu. Banyak jugak kisah sedih dia. Dari kisah dia lumpuh masa mengandungkan anak ke-6 lah sampai dia sihat walafiat balik walaupun anak dia sindrom down. Anak dia tu betul-betul istimewa! Macam-macam yang dia lalui. Dia kata sebab nak dapat ilmu. Kan orang tua-tua percaya, kalau kita nak dapat 'sesuatu' tu ujiannya mesti ada. Apalagi nak dapat ilmu yang tinggi!

Suami : Hmmm...

Saya : Pastu, tiba-tiba mak suruh makcik tu urutkan Fathi ni. Saya pun 'redha' jelah. Dia cakap, nama Fathi ni kena tukor. Nama dia tak kena. Kena tukor masa sakit je.. Dia cadangkan bagi nama nabi ke-2. Idris. Dia cakap, nabi Idris tak mati. Dia doa untuk masuk syurga, Allah angkat dia ke syurga macam nabi Isa. Dia tanya saya betul tak? Saya cakap kurang pasti pulak cerita versi tu. Balik tadi tanya abah, abah cakap itu cerita Israilliyyat jek.. Dia banyak sangat baca buku Israilliyyat kot.

Suami : Hmmm...

Saya : Pastu, dia cakap la jangan bagi Fathi makan benda-benda sejuk. Tu yang buah dia besor sebelah. Jangan sentuh langsung jantung pisang. Banyak jugaklah pantangnya! Pastu, air sejuk pun tak boleh bagi! Padahal, saya tak cerita lagi bab budak-budak ni mandi ais dari kecik.

Suami : Kalau makan nasi yang dah masak lama pastu simpan kat dalam peti sejuk tu memang la tak bagus. Bagi sesiapa pun memang tak bagus dah untuk dimakan. Kalau sebab bagi ais tu penyebabnya, kalau macam tu kawan saya yang anak dia kena jugak hydrocele tu tak bagi sentuh ais langsung, dari kecik mandi air panas, minum susu panas pun boleh kena jugak, macamana tu?

Saya : Awak memang tak percayakan cara tradisional langsung ke?

Suami : Kalau dia ada ilmu tu, kita percaya itu baik untuk dialah. Kita ada ilmu lain kenalah ikut ilmu kita. Bukan taknak ikut cakap orang tua.. Masalahnya orang sekarang ni, dua-dua ilmu pun takde! Ilmu tradisional pun takde, ilmu moden pun takde. Main ikut membuta-tuli aje! Lepas tu sakit, kejap sana, kejap sini.

Saya : Abis, macam ngurut ni? Saya tengok makcik tu urut Fathi ni ada perubahan. Dia tunjuk kat saya urut macamana, kat mana kena tekankan, dia suruh urut tiap hari lepas mandi. Siap dia boleh 'rasa' lagi kat mana Fathi rasa sakit tuh. Sepanjang dia urut Fathi tu saya perati betul-betul.. Sama jek macam saya urut Fathi masa dia kecik-kecik dulu. Tetiba saya insaf. Saya cakap kat diri saya. Macamana orang lain boleh rasa 'kesakitan' anak yang saya lahirkan sendiri? Macamana saya boleh terlepas pandang, saya berhenti urut Fathi lepas dia masuk 1 tahun dulu padahal dia masih lagi kecik. Saya dah fikir dia dah besar! Saya rasa alangkah baiknya, kalau mak sendiri yang dapat urut anak-anak tiap hari. Dengan tangan mak sendiri dapat jugak rasa di mana 'kesakitan' anak tu walaupun hentam keromo je. Saya lebih percaya pada bonding mak-anak yang dilahirkan sendiri daripada orang lain punya 'bonding' yang kita tak tahu dari mana datangnya. Lepas tu saya terus nekad nak urut Fathi tiap-tiap hari lepas mandi macam dulu-dulu lepas dia lahir. Salah saya sebab abaikan dia. Saya tengok sekarang pun ada perubahan. Saya taknaklah percaya disebabkan 'urutan magik' yang makcik tu buat sebabkan Fathi sembuh. Saya tahu itu semua salah satu cara Allah nak ingatkan saya semula tentang apa yang saya dah abaikan lepas macam-macam cara saya dah cuba. Rupa-rupanya, dengan urutan je, berbual dengan Fathi, usap-usap lepas mandi dah cukup beri dia 'kepanasan' untuk buang semua yang sejuk. Yang lebihnya kerja Allah nak sembuhkan anak kita atau tak. Saya rasa ada bagusnya jugak saya jumpa makcik tu.

Suami : Ibrah tu ada kat mana-mana je. Boleh jugak datang daripada sesiapa je. Yang pentingnya, kita jangan ambil kata-kata seseorang tu secara literally.. Tu je.

------------------------------------------------------------------------------------------------
That's the word!

IBRAH.... (Perkataan yang saya tahu, dah lama tahu tapi tak terlintas langsung penggunaannya..)

Ya, saya merasakan yang saya masih lagi seorang yang naif.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Permohonan tauliah guru al-Quran negeri Johor

Kerana makcik itu....... (Al fatihah). Stage 1. Alkisah, satu masa dahulu selepas sessi rehearsal dengan seorang ketua kumpulan yasin di Taman Universiti ini untuk majlis khatam al Quran sehari sebelum majlis pernikahan pada 16 Mei 2008, makcik ini menyuruh saya segera mendapatkan tauliah untuk mengajar ngaji. Ketika itu pada usia 26 tahun, saya hanya tertawa kecil dan berfikir yang tauliah mengajar ngaji tidak termasuk langsung dalam senarai kerjaya idaman saya. Maklumlah, graduate UIAM. (Moga Allah ampunkan dosa-dosa saya). Lagipula, saya membayangkan tauliah sebegitu hanya untuk makcik makcik veteran sahaja. Saya tidak nampak keperluan saya berbuat seperti yg disarankan beliau. Lalu, saya diamkan saja. Allah Maha Berkuasa.

Bagaimana nak daftar pertubuhan alumni di ROS?

Semuanya bermula daripada satu idea. Semasa kami mendapat perkhabaran yang sekolah lama kami menghadapi sedikit kekangan untuk membaikpulih fasiliti, ada beberapa suara yang berbunyi "Sekolah dah tak ada duit ke?" - "Duit kerajaan pergi mana sampai semua dana dipotong?" Ini fenomena biasa. Semua orang berhak bertanya begitu dan begini. Itu hak mereka. Namun, saya tidak mahu memberi banyak alasan dengan hanya bertanya ke sana ke sini mengenai sesuatu yang kita sendiri tidak pasti malah tiada jawapan mengenainya. Jauh sekali mahu berspekulasi serta membawa sisi pandang ke arah 'mencari kesalahan orang lain'. Ia tidak membawa apa-apapun manfaat. Tiada hasil. Lalu, saya mendapat mesej daripada salah seorang kawan lama yang menyatakan hasrat jika boleh diwujudkan satu akaun khas bagi alumni menyalurkan semua sumbangan dana berbanding mengumpul melalui akaun persendirian, itu adalah lebih baik. Kelak, mana tahu sumbangan itu boleh dimanfaatkan me...

Mengandung anak luar nikah?

Nota : Pengalaman saya berjumpa dan menolong seorang remaja terlanjur adalah pengalaman yang harus saya kongsikan bersama agar ia menjadi iktibar buat semua. Apa yang tidak boleh saya lupakan di mana setelah dia melahirkan, anak luar nikah tersebut terpaksa ditinggalkan di wad NICU berikutan masalah jantung yang mengembang. Sepanjang bayi yang tidak dapat disusukan seperti biasa, remaja ini mengalami bengkak susu yang sangat teruk tapi tidak diketahui olehnya juga ibunya. Betapa bengkak susu itu sangat menyeksakan bagi ibu selepas melahirkan, percayalah, menjadi seorang ibu harus punya banyak informasi. Akhirnya, genap 14 hari anak luar nikah ini meninggal dunia. Boleh baca kisahnya di sini.  Berikutan pengalaman berharga ini saya terinspirasi untuk membuka pusat perlindungan remaja terlanjur dan anak terbuang satu hari nanti. Doakan saya. Mudah-mudahan dengan sedikit perkongsian di sini bermanfaat untuk mereka yang sedang tercari-cari jalan yang benar apabila sudah terlanjur...