Langkau ke kandungan utama

Coklat Bukan Ori - Warna warni Aidilfitri.

Coklat buatan saya tidak bermusim. Kesemua coklat di bawah ini berdasarkan permintaan dan saya cuba membuat penawaran semampunya.

Silakan belek membelek!





Coklat Tulen Strawberry Badam.
Pure Almond Strawberry Choc.


Secara peribadi, saya sangat suka coklat strawberi ini kerana coklat ini betul-betul rasa strawberi ori dan tidak terlalu manis. Apabila tergigit badam di tengahnya menimbulkan rasa yang sangat melemaskan anda dalam rasa coklat! Saya pasti dapat merubah mood anda bila memakannya.. ;))



Bekas besar - 50 biji.

Coklat Mangga Tulen Kosong.
Plain Pure Mango Choc.

Bekas besar - 50 biji.

Agak manis. Rasa asli buah mangga.



Coklat Putih Perisa Oren.
Orange White Choc.


Warna pink itu hanya pewarna sahaja (untuk cantik). Kosong. Rasa Oren.

Agak mengujakan rasanya! Orang ingat rasa strawberi berdasarkan warna tapi bila makan rasa oren pula!


Bekas kecil - 40 biji.



Coklat campur-campur - Pure Almond Strawberry Choc & Pure Mango Choc.

Bekas kecil - 20 biji.




Coklat Ketupat Badam Mangga.
Almond Mango Choc.

Bekas kecil - 20 biji.

P/S : Saya sangat rekomenkan coklat ini kepada penggemar coklat yang suka manis.. Coklat Badam Mangga sangat manis!






Nota : Kesemua coklat-coklat ini boleh ditempah terus daripada saya melalui emel
> khadijahgani@gmail.com <

ATAU

Boleh terus membelinya di JUSCO Taman Universiti, Skudai. Sila cari booth 'Meh Rasa Johor' yang menjual bahulu & kuih muih tradisional betul-betul berhadapan Lovely Lace. Tiada di tempat lain. Esklusif. Edisi terhad.

P/S : Sila minta tester. Anda boleh rasa dulu sebelum membeli.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Permohonan tauliah guru al-Quran negeri Johor

Kerana makcik itu....... (Al fatihah). Stage 1. Alkisah, satu masa dahulu selepas sessi rehearsal dengan seorang ketua kumpulan yasin di Taman Universiti ini untuk majlis khatam al Quran sehari sebelum majlis pernikahan pada 16 Mei 2008, makcik ini menyuruh saya segera mendapatkan tauliah untuk mengajar ngaji. Ketika itu pada usia 26 tahun, saya hanya tertawa kecil dan berfikir yang tauliah mengajar ngaji tidak termasuk langsung dalam senarai kerjaya idaman saya. Maklumlah, graduate UIAM. (Moga Allah ampunkan dosa-dosa saya). Lagipula, saya membayangkan tauliah sebegitu hanya untuk makcik makcik veteran sahaja. Saya tidak nampak keperluan saya berbuat seperti yg disarankan beliau. Lalu, saya diamkan saja. Allah Maha Berkuasa.

Bagaimana nak daftar pertubuhan alumni di ROS?

Semuanya bermula daripada satu idea. Semasa kami mendapat perkhabaran yang sekolah lama kami menghadapi sedikit kekangan untuk membaikpulih fasiliti, ada beberapa suara yang berbunyi "Sekolah dah tak ada duit ke?" - "Duit kerajaan pergi mana sampai semua dana dipotong?" Ini fenomena biasa. Semua orang berhak bertanya begitu dan begini. Itu hak mereka. Namun, saya tidak mahu memberi banyak alasan dengan hanya bertanya ke sana ke sini mengenai sesuatu yang kita sendiri tidak pasti malah tiada jawapan mengenainya. Jauh sekali mahu berspekulasi serta membawa sisi pandang ke arah 'mencari kesalahan orang lain'. Ia tidak membawa apa-apapun manfaat. Tiada hasil. Lalu, saya mendapat mesej daripada salah seorang kawan lama yang menyatakan hasrat jika boleh diwujudkan satu akaun khas bagi alumni menyalurkan semua sumbangan dana berbanding mengumpul melalui akaun persendirian, itu adalah lebih baik. Kelak, mana tahu sumbangan itu boleh dimanfaatkan me...

Mengandung anak luar nikah?

Nota : Pengalaman saya berjumpa dan menolong seorang remaja terlanjur adalah pengalaman yang harus saya kongsikan bersama agar ia menjadi iktibar buat semua. Apa yang tidak boleh saya lupakan di mana setelah dia melahirkan, anak luar nikah tersebut terpaksa ditinggalkan di wad NICU berikutan masalah jantung yang mengembang. Sepanjang bayi yang tidak dapat disusukan seperti biasa, remaja ini mengalami bengkak susu yang sangat teruk tapi tidak diketahui olehnya juga ibunya. Betapa bengkak susu itu sangat menyeksakan bagi ibu selepas melahirkan, percayalah, menjadi seorang ibu harus punya banyak informasi. Akhirnya, genap 14 hari anak luar nikah ini meninggal dunia. Boleh baca kisahnya di sini.  Berikutan pengalaman berharga ini saya terinspirasi untuk membuka pusat perlindungan remaja terlanjur dan anak terbuang satu hari nanti. Doakan saya. Mudah-mudahan dengan sedikit perkongsian di sini bermanfaat untuk mereka yang sedang tercari-cari jalan yang benar apabila sudah terlanjur...