Langkau ke kandungan utama

Coklat Loli (Lollychoc)



Sesiapa yang mengikuti blog saya pasti sudah sedia maklum dengan 'situasi' saya dan bisnes coklat ini melalui entri saya sebelum ini. Alhamdulillah.. Kesihatan mak dah makin baik. Jadi, saya boleh teruskan bisnes coklat saya ini seperti biasa.

Ya, untuk coklat dalam kotak hantaran memang agak mahal. Saya tak nafikan. Begitu juga coklat yang saya letak di JUSCO itu juga agak mahal setelah pekedai meletakkan harga untuk keuntungan tempatnya juga. Saya lebih suka jika anda tempah direct dengan saya kerana kebiasaannya saya akan lebihkan coklat anda dan jika minta kurang harga, saya akan faham dengan keadaan itu.



Untuk yang terbaharu, saya ada menjual coklat loli berharga 50 sen sebatang. Dalam bentuk smiley face dan salji krismas sahaja. Ianya agak kecil sikit berbanding coklat loli RM1 (bentuk bunga) dan lebih comel. Untuk coklat 50 sen sebatang ini hanya 1 warna saja. Tiada warna-warni ye. Boleh minta untuk rasa apa saja. Seperti dalam gambar ialah coklat dark, coklat putih dan coklat mangga. Boleh minta coklat strawberi kalau suka. Of course warna pink lah kan. Lebih meriah!

Untuk Lollychoc yang lain dengan bentuk bunga ros, LOVE dan banyak lagi pilihan warna dan bentuk saya cuma tolak RM 1 saja pun. Lollychoc yang bergambar pula RM 2.50. Boleh dilihat dalam entri sebelum ini dalam file 'COKLAT'.


Cadangan saya juga lolichoc 50 sen sgt sesuai diletak di koperasi-koperasi sekolah atau untuk cari duit tabung kelas (jika anda seorang guru atau pelajar) sebab ianya lebih murah dan tak membebankan pelajar membelinya. Budak nak makan pun senang. Tapi nak jual berapa tu terpulang pada koperasi sekolah atau anda sendirilah. Cuma saya memang punya kelemahan dari segi nak bergerak dari satu sekolah ke sekolah lain dan mempromosikannya di luar. Saya harap jika ada sesiapa yang mahu cari duit lebih dan berkemampuan menjadi pengurus coklat saya ini boleh juga hubungi saya. Banyak tempat berpotensi sebenarnya.




Dan yang terbaharu juga saya mahu ofer di sini ialah coklat bundle berbentuk huruf ABC sampai Z dan dari nombor 0 hingga 9 yang semuanya berjumlah 36 keping kecil ini. Sesuai untuk buat makan anak-anak atau sekadar nak belanja orang 'rasa' coklat bukan 'makan' coklat. Satu pakej ini cuma RM 2.50.

Seperti di dalam gambar saya buat perisa dark choc dan mango choc bermaksud 2 pakej.. Kesemua ini RM 5. Jadi, bolehlah diratah beramai-ramai sikit sama sikit ye tak? Kalau berkemampuan lebih banyak lagi bagus!


Baru-baru ini saya letakkan untuk hidangan pencuci mulut saja (perjumpaan sempena Hari Raya Aidiladha) bersama jiran tetangga lebih kurang 80 orang termasuk kanak-kanak. 18 batang lollychoc dan 2 pakej coklat ABC ini. Saya rasa macam tak cukup tapi rupanya cukup-cukup menampung semua kanak-kanak dan orang dewasa meratah sikit-sikit saja. Ok la tu.. (Yang datang lambat mungkin tak dapat kot..hehe..)


Untuk tempahan boleh direct emel kepada saya di > khadijahgani@gmail.com < ATAU  di > zigma137@yahoo.com< ATAU tinggalkan mesej pada inbox facebook saya. Terima kasih!

Nota penting : Nombor telefon tak berani saya nak siarkan di alam maya ini ye.. Harap maklum..


Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Terima kasih untuk blog yang menarik

Catatan popular daripada blog ini

Mengandung anak luar nikah?

Nota : Pengalaman saya berjumpa dan menolong seorang remaja terlanjur adalah pengalaman yang harus saya kongsikan bersama agar ia menjadi iktibar buat semua. Apa yang tidak boleh saya lupakan di mana setelah dia melahirkan, anak luar nikah tersebut terpaksa ditinggalkan di wad NICU berikutan masalah jantung yang mengembang. Sepanjang bayi yang tidak dapat disusukan seperti biasa, remaja ini mengalami bengkak susu yang sangat teruk tapi tidak diketahui olehnya juga ibunya. Betapa bengkak susu itu sangat menyeksakan bagi ibu selepas melahirkan, percayalah, menjadi seorang ibu harus punya banyak informasi. Akhirnya, genap 14 hari anak luar nikah ini meninggal dunia. Boleh baca kisahnya di sini.  Berikutan pengalaman berharga ini saya terinspirasi untuk membuka pusat perlindungan remaja terlanjur dan anak terbuang satu hari nanti. Doakan saya. Mudah-mudahan dengan sedikit perkongsian di sini bermanfaat untuk mereka yang sedang tercari-cari jalan yang benar apabila sudah terlanjur...

Permohonan tauliah guru al-Quran negeri Johor

Kerana makcik itu....... (Al fatihah). Stage 1. Alkisah, satu masa dahulu selepas sessi rehearsal dengan seorang ketua kumpulan yasin di Taman Universiti ini untuk majlis khatam al Quran sehari sebelum majlis pernikahan pada 16 Mei 2008, makcik ini menyuruh saya segera mendapatkan tauliah untuk mengajar ngaji. Ketika itu pada usia 26 tahun, saya hanya tertawa kecil dan berfikir yang tauliah mengajar ngaji tidak termasuk langsung dalam senarai kerjaya idaman saya. Maklumlah, graduate UIAM. (Moga Allah ampunkan dosa-dosa saya). Lagipula, saya membayangkan tauliah sebegitu hanya untuk makcik makcik veteran sahaja. Saya tidak nampak keperluan saya berbuat seperti yg disarankan beliau. Lalu, saya diamkan saja. Allah Maha Berkuasa.

Pendaftaran anak luar nikah

Dari peti soalan. Nota khas untuk Atty yg sudi bertanya. Sudah dihantar emel namun "Mail Delivery Failed".   Salam kak khadijah. Saya nak Tanya.. anak luar nikah yg dah hampir setahun tapi tak ada sebarang dokumen. Apa pekara terbaik yg boleh saya buat sebagai mak sedara Anak ni. Ibu kandung dia masih menjaga anak ni. Tapi dia xberani nk gi buat Surat beranak. Dia lahirkan baby ni kat Hospital private lepas tu lari. Semua doc termasuk ic ibu ditahan kat hospital tu. Sebagai makcik bdk ni. Saya mmg kesian. Apa boleh saya buat utk tlg. Sbb ibu kandung dia mcm xkisah. Akak tlg reply kat email saya attysqz@gmail.com. 27 Oktober 2013 3:24 PTG Assalamualaikum Atty. Didoakan moga tetap berada dalam keadaan yg sihat dan tenang. Maaf lambat relpy disebabkan keadaan akak kurang sihat. Berkenaan soalan atty mengenai anak saudara yg luar nikah. Sebenarnya, akak ada dapatkan pandangan dari seorang yg berpengalaman dan dah banyak tolong wanita mengandung luar nikah. Panggilnya M...