Jumaat, 18 Mac 2011

Kecek-kecek di malam hari.

Kenapa saya sayang dan jatuh cinta pada suami saya? Biar keadaan ini yang menerangkan sebabnya.

Saya : Yang, semalam saya baca blog balu arwah kawan saya yang baru meninggal dunia hari tu. Emosi saya jadi sangat-sangat terganggu. Sedih sangat.. Pastu, berita kat tv tadi saya tengok ada cerita pasal bayi kena buang. Pun sangat terganggu! Kalau cerita buang bayi yang biasa-biasa tu memanglah saya terusik tapi kali ni buangnya sampai bayi dibuang tu dimakan haiwan liar, hilang kemaluan, kaki dengan tangan! Itu yang saya jadi lagi terganggu! Perempuan yang lahirkan budak tu takde otak ke, pikir panjang sikit kot ye pun nak buang janganlah kat tempat sunyi yang banyak anjing. Alangkah mayat orang pun kita kena hormati, ni kan pulak bayi yang takde dosa langsung tu dibiarkan macam tu aje! Awak rasa dengan kejadian-kejadian yang mengusik jiwa saya sekarang ni semua ada petanda tak apa sebenarnya Allah nak tunjukkan? Apa kaitan cerita-cerita tu semua agaknya? (Walaupun saya sebenarnya sudah ada pendapat sendiri ketika itu tapi saya mahu check and balanced dengan pendapat suami pula.)

Suami : Agak-agak remaja kat Amerika sana ada tak yang buang bayi?

Saya : Hah, haritu saya tengok channel DH&H, I didn't know I'm pregnant. Ada budak ni 19 tahun. Dia tak tahu pun dia mengandung. Sampailah dia berdarah gi hospital, doktor check, "You're pregnant. You're about having a baby now!" Pastu dia terus terkejut! Dia tak percaya. Dia kata tak, dia tak mungkin ngandung! Sampailah baby tu dah keluar, misi tu bagi dia peluk baby dia, dia taknak sambil pandang jijik kat baby tu. Pastu sekali lagi misi bagi dia lepas dia dah bertenang sikit, dia taknak jugak cakap tu bukan anak dia. Pastu misi tu letak je baby tu atas perut dia. Dia pun terpegang la. Pastu baby tu comel je pandang dia terus budak tu baru tersenyum dan boleh terima baby tu anak dia. Dia jagalah sampai babynya dah besar dah sekarang. Tapi dengan mak bapak angkat dialah.

Suami : Kalau kat Malaysia, orang ngandung anak luar nikah pun mak bapak tak terima. Ok. Misalkata budak tu tak buang anak jadi macam budak kat Amerika tu, agak-agak ada orang ngata dia tak? Sape?

Saya : Kalau simpan anak luar nikah mestilah masyarakat keliling dia pulak ngata dia. Mana tahu dia sebenarnya dah bertaubat tapi mesti orang tetap cakap-cakap pasal dia.

Suami : Kalau kita tolong budak yang lahirkan anak luar nikah ni dikata pulak galakkan zinalah, takpekan orang buat anak haramlah. Kenapa pulak kat Amerika, masyarakat dia takde pulak cakap-cakap macamtu?

Saya : Hmmmmmmmmmmmmmmm (agak lama jugak berpikir mencari jawapannya)...... Sebab kita ni dah terbiasa untuk hukum orang. Masyarakat yang menghukum. Kita diajar untuk menghukum atau menentukan hukum samada halal atau haram je bukan membetulkan.

Suami : Masalah kat Malaysia ni sekarang bukan sekadar isu buang bayi je. Lebih dari tu. Ramai orang sekarang ni nak tunjuk lebih pandai dari Tuhan.

Saya : Maksudnya?

Suami : Cuba tengok pasal Hudud. Sepatutnya hukum hudud tu bukan ditengok berdasarkan logik! Ni baru nak laksanakan hudud sikit terus cakap, "Ha nanti kalau dah potong kaki tangan camna orang tu nak bekerja takde kaki tangan camna dia nak hidup." Pastu laksanakan hukum berdasarkan perkiraan dan logik akal manusia. Tu namanya nak tunjuk pandai. Kalau dalam Islam orang yang dituduh zina / liwat mestilah dihadirkan bersama 4 orang saksi. Kalau takde saksi, kes mesti digugurkan. Takde kes! Mudah. Habis cerita. Malah, orang yang menuduh tanpa bagi saksi tu yang kena sebat balik sebab menuduh! Kalau ikut hukum tu kan senang. Banyak kerja lain boleh buat.

Saya : A ah.. Takyah la turun naik mahkamah muka yang sama sampai kes orang yang teraniyai lain tergendala. Takyah la susah-susah nak buat demo mintak serah DNA la segala macam la. Buat demo tu je dah ganggu orang lalu lalang. Kerja sepatutnya buat tak buat. Dok sibuk kes orang lain yang takde kena mengena dengan diri dia. Macamanalah Malaysia ni nak produktif.

Suami : Tau pun. Itu semua pasal nak tunjuk pandai dari Tuhan. Hukuman yang manusia buat ni lebih bagus dan sesuai dengan zaman kita je sekarang. Tapi dia tak pernah nampak hukum Tuhan ni tak boleh dilihat ikut logik walaupun nampak tak ikut zaman. Macam keamanan. Ingat keamanan tu kerajaan ke yang tentukan? Keamanan, bersatu hati semuanya kerja Allah. Kita tak usah cuba nak ambil alih kerja Allah. Tapi macamana Allah nak bagi kalau basic guideline yang Dia bagi tu taknak ikut? Malah diperlekehkan. Patutnya ikut je guideline yang Allah dah tentukan. Barulah negara kita ni ada keberkatannya. Rahmat Allah akan sampai dalam bentuk keamanan.

Saya : Tapi macamana nak praktikkan hudud tu kalau orang yang tidak bertuhan pulak buat demo bantah taknak hudud? Kalau orang yang percaya pada Tuhan mungkin boleh faham. Dia mungkin akan cakap, "Itu awak punya Tuhan punya undang-undang. Saya tak percaya tuhan jadi saya tak setuju!"..

Suami : Itulah masalahnya bukan pada orang yang tak percaya Tuhan. Masalahnya nak memahamkan orang yang sama-sama percaya pada Tuhan yang sama tu pun failed! Macamana nak memahamkan orang yang tak percaya pada Tuhan?

Saya : Hmmmm.... Itu dah jadi tanggungjawab pemerintah la. Kita sebagai rakyat mana ada kuasa untuk tu semua?

Suami : Itu dari sekala yang besar, Malaysia. Tengok sekala kecil pulak. Keluarga, anak-anak kita. Masalah sosial sekarang ni macam awak cakap haritu, nampak orang pakai tudung tapi merokok termasuklah buang bayi tu tadi semuanya pasal kita nak tunjuk pandai pada Tuhan. Kenapa orang masih persoalkan kenapa dia kena pakai tudung? (Ini akan saya ceritakan di bab yang lain sebab perbincangan kami tentang ini juga agak panjang.)

Saya : Hmmm, anak-anak leka terbiar tiada pendidikan sampai terlanjur buat kesalahan pun buat kesalahan yang lain lagi. Tak pandai nak pikir panjang. Abis nak buat camna, boring dok rumah. Samada maknya suka membebel dan suka menghukum sepanjang masa kat rumah atau takde sapa kat rumah nak ambil berat pasal dia sebab semuanya bekerja. Yelah, jadi anak pun kenalah faham mak bapak diorang kerja untuk sekolahkan dia, untuk kemudahan anak-anak jugak. Kalau tak keje macamana nak dapat duit? Kalau takde duit nak tanggung anak isteri makan apa?

Suami : Masalahnya, betul ke dengan bekerja je kita boleh dapat duit, dapat survive hidup anak beranak?

Saya : Betullah! Abis, camna nak dapat duit kalau tak keje? Bukan turun dari langit pun!

Suami : Betul ke bila kita keje tu mesti dapat duit, dapat gaji? Pernah tak terpikir, buat keje bagai nak rak tapi tetiba bos tak bagi gaji pun? Abis camna?

Saya : Ooooo itu dah nasib kalau keje swasta. Kena tengok company dia. Tapi kalau keje kerajaan konfem dapat gaji. Tiap-tiap tahun naik gaji lagi. Mana boleh kerajaan tak bagi gaji. Kang sape nak undi diorang.. Sebab tu ramai graduate lumba-lumba nak keje kerajaan ni, ada jaminan!

Suami : Abis tak pernah pikir ke tetiba satu hari nanti dibuatnya kerajaan pun tak mampu bayar gaji pekerja padahal dah keje bagai nak gila nih? Tengok macam kat Jepun ni. Orang Jepun ambil masa bertahun-tahun lamanya nak bina negara dia sampailah jadi negara membangun sekarang. Kalah Malaysia! Bos saya cakap sekarang kat Jepun elektrik kena catu. Misalnya kat Tokyo elektrik ada dari waktu pagi sampai petang je. Malam semua guna lilin sebab nak bagi elektrik kat kawasan yang lain pulak.

Saya : A ah ek.. Padahal orang Jepun yang paling kuat keje. Sape yang takde keje tu dah bunuh diri sampaikan.

Suami : Itulah manusia lupa. Walau macamana kita ni kuat bekerja sekalipun tapi Allah sapu bersih Jepun tu dalam 6 minit je (ikut cerita bos suami semasa kejadian dia ada di tingkat 47, gegaran berlaku dalam 6 minit), abis dah semua yang bertahun-tahun diorang keje. Cuma 6 minit je! Sekarang apa yang tinggal? Kerajaan pun tak boleh beri apa-apa jaminan dah.

Saya : Hmmmmmm.... Subhanallah!


Kerana kita terlalu leka dengan urusan dunia (harta dan anak itu perhiasan dunia), kita tak sedar bahawa keyakinan kita terhadap kekuasaan Allah itu mula terhakis. Bukan tak tahu tapi terlupa. Kita terlalu bergantung pada daya manusia untuk bekerja, berfikir berlandaskan akal dan logik semata sehingga hukum Allah itu terhapus dari dunia. Kita, manusia ciptaanNya berfikir untuk menunjuk pandai dengan mengabaikan kewujudanNya dan cuba mengambil alih kerja Allah sehingga segala keputusan dan hukuman jatuh atas tangan manusia.

Maka, di akhirnya bersedialah untuk Allah ambil semua yang kita usahakan itu dengan sekelip mata saja.

Manakala, jika kita diambil Allah dan pada saat itu kita menaruh segenap kepercayaan dan memuji kebesaranNya, berbahagialah orang yang terpilih untuk berhadapan dengan ujian kehilangan itu. Kerana kita yang masih hidup ini Allah pilih agar menjadi contoh dan ikon kepada umat nabi Muhammad yang lain seluruhnya. Masuk ke syurga itu bukan berdasarkan amalan tapi dengan rahmat Allah.

Semoga saya dan pembaca artikel ini sekalian akan ditetapkan iman dan Islam sehingga 'masa' kita tiba jua satu hari nanti. Jika anda bukan Islam, saya doakan semoga lambat laun hidayah Allah akan sampai juga ke dalam hati anda.

-------------------------------------

Belasungkawa...

Secara peribadi, saya sangat terkesan dengan berita kehilangan kenalan saya di UIA, Ahmad Fadzil (Jay). Tulisan isterinya sangat menyentuh perasaan saya. Lama saya terpaku setelah membaca tulisannya. Sesungguhnya saya juga amat takut dan sedih jika berada di tempat dia. Itu hakikatnya. Saya juga tidak layak untuk memberi nasihat untuk orang setabah dia.

Cuma apa yang perlu kita ingat bahawa, bukan menjadi persoalan samada Allah lebih menyayanginya siapa yang pergi dahulu ataupun kendian. Kasih sayang dah rahmat Allah tetap ada walaupun dalam keterpaksaan dan kesedihan. Persoalannya hanya mengenai masa. Dan setiap 'masa' kita juga pasti akan tiba. Berbahagialah mereka yang bersedih-sedihan di dunia dahulu kerana bahagia itu pasti akan menantinya di akhirat sana bersama orang yang kita redha akan pemergiannya terlebih dahulu. Hanya masa dalam ilmu Allah saja yang menentukan segalanya dan dapat mengubati segala kesedihannya. Al-fatihah.




2 ulasan:

chekgu Moe berkata...

suke bace..buat jiwaku tenang~ :)

Khadijah Gani berkata...

eh eh... moli ada blog rupanya.. kenapa kda baru tau nih?? hehe.. ketinggalan..

Hidup di dunia untuk bersusah.

Mak siap basuh baju pagi tadi. Petang baru mak sempat nak sidai. Mak pun keluarkanlah baju bawa ke ampai. Rasanya macam tak sempat juga me...