Langkau ke kandungan utama

Coklat putih


Ada beberapa jenis yang boleh dibuat menggunakan coklat putih. Setengah orang hanya suka kepada coklat putih saja, ada yang tidak. Coklat putih ini lebih kepada rasa susu dan sangat manis. Orang yang kuat makan manis bolehlah. Biasanya saya gunakan olive oil untuk stabilkan rasa dan khasiat di dalamnya.

Coklat hitam yang saya buat ini tidaklah berapa manisnya kerana saya campurkan dengan dark choc. Jika ada yang mahukan rasa yang pahit saja dan tidak manis, bolehlah buat permintaan untuk dark choc sahaja. Harga masih tetap sama.

Dan sesiapa yang mementingkan kesihatan, saya syorkan permintaan anda adalah coklat olive oil yang saya buat ini. Sebabnya, kebanyakan coklat yang ada di kedai-kedai dan kebanyakan homemade choc juga menggunakan mentega untuk dicampurkan dengan coklat.

Saya tidak berapa suka rasa mentega walaupun lebih rasa lemak di samping tidak elok memakan mentega terlalu banyak. Tambahan, ada satu lagi bahan yang saya gunakan (di samping olive oil) untuk stabilkan rasa coklat saya. Iaitu......... adalah! ;p


Huruf-huruf dan nombor-nombor memang saya gunakan coklat putih ini supaya perkataan itu dapat di exposekan. Saya hanya perlukan warna kegemaran / tema anda. Biasanya saya buat coklat putih bentuk huruf ini Fathi yang habiskan.. Letak dalam plastik banyak-banyak, dia akan bawa plastik dan makan sambil bermain di depan. Kalau ada geng makan coklat (anak-anak kak misah) diorang akan berebut-rebut sambil membunyikan vokal huruf yang diorang 'pancing' dari dalam plastik tu.hehe..


Untuk membuat coklat yang berbagai bentuk dan warna sebegini seharusnya lah digunakan coklat putih saja. Kemudian dicampurkan dengan pewarna sedikit sahaja. Pewarna apa tu pepandai sendirilah mengikut kreativiti dan kesukaan anda (boleh minta dari saya). Gabungan warna yang betul barulah dapat menaikkan keterujaan terhadap coklat tuh.

Dan ini adalah permintaan sahabat baik saya untuk hantaran bertunang sepupunya tempohari. Dia nak coklat sahaja untuk dipenuhkan dalam bakul ni. Tapi saya tambahkan sedikit bunga untuk berseri lagi. Sikit saja. Bawahnya tu penuh dengan coklat bulat-bulat. Coklat hitamlah. Kemudian, di atas tu semuanya jenis coklat loli 2 bentuk saja. Dia taknak macam-macam bentuk nampak. Simple.


Coklat loli sebegini sebatang hanya RM 1 saja tak kiralah warna apa yang anda minta. Jika anda cakap terus terang dengan saya seperti kawan saya ini yang dia order untuk hantaran perkahwinan jadi, saya hiaskan sikit di belakang coklat loli itu untuk exposekan warnanya supaya lebih ceria! Satu bakul ini saya dapat muatkan 100 biji coklat bulat = RM 10 dan 40 batang coklat loli bentuk bunga dan LOVE = RM 40. Hiasan termasuk bakul = RM 10. Jadi, bakul coklat ini semuanya RM 60 termasuk penghantaran ke rumah.

Ini merupakan pertama kali saya mengambil tempahan untuk hantaran. Terima kasih kepada Cik Norazilah Taib kerana mempercayai saya dan bagi saya peluang untuk meluaskan bakat yang ada. Thank you so much to you! Semoga segala urusan Nora juga dipercepatkan dan dipermudahkan hendaknya...



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Permohonan tauliah guru al-Quran negeri Johor

Kerana makcik itu....... (Al fatihah). Stage 1. Alkisah, satu masa dahulu selepas sessi rehearsal dengan seorang ketua kumpulan yasin di Taman Universiti ini untuk majlis khatam al Quran sehari sebelum majlis pernikahan pada 16 Mei 2008, makcik ini menyuruh saya segera mendapatkan tauliah untuk mengajar ngaji. Ketika itu pada usia 26 tahun, saya hanya tertawa kecil dan berfikir yang tauliah mengajar ngaji tidak termasuk langsung dalam senarai kerjaya idaman saya. Maklumlah, graduate UIAM. (Moga Allah ampunkan dosa-dosa saya). Lagipula, saya membayangkan tauliah sebegitu hanya untuk makcik makcik veteran sahaja. Saya tidak nampak keperluan saya berbuat seperti yg disarankan beliau. Lalu, saya diamkan saja. Allah Maha Berkuasa.

Bagaimana nak daftar pertubuhan alumni di ROS?

Semuanya bermula daripada satu idea. Semasa kami mendapat perkhabaran yang sekolah lama kami menghadapi sedikit kekangan untuk membaikpulih fasiliti, ada beberapa suara yang berbunyi "Sekolah dah tak ada duit ke?" - "Duit kerajaan pergi mana sampai semua dana dipotong?" Ini fenomena biasa. Semua orang berhak bertanya begitu dan begini. Itu hak mereka. Namun, saya tidak mahu memberi banyak alasan dengan hanya bertanya ke sana ke sini mengenai sesuatu yang kita sendiri tidak pasti malah tiada jawapan mengenainya. Jauh sekali mahu berspekulasi serta membawa sisi pandang ke arah 'mencari kesalahan orang lain'. Ia tidak membawa apa-apapun manfaat. Tiada hasil. Lalu, saya mendapat mesej daripada salah seorang kawan lama yang menyatakan hasrat jika boleh diwujudkan satu akaun khas bagi alumni menyalurkan semua sumbangan dana berbanding mengumpul melalui akaun persendirian, itu adalah lebih baik. Kelak, mana tahu sumbangan itu boleh dimanfaatkan me...

Mengandung anak luar nikah?

Nota : Pengalaman saya berjumpa dan menolong seorang remaja terlanjur adalah pengalaman yang harus saya kongsikan bersama agar ia menjadi iktibar buat semua. Apa yang tidak boleh saya lupakan di mana setelah dia melahirkan, anak luar nikah tersebut terpaksa ditinggalkan di wad NICU berikutan masalah jantung yang mengembang. Sepanjang bayi yang tidak dapat disusukan seperti biasa, remaja ini mengalami bengkak susu yang sangat teruk tapi tidak diketahui olehnya juga ibunya. Betapa bengkak susu itu sangat menyeksakan bagi ibu selepas melahirkan, percayalah, menjadi seorang ibu harus punya banyak informasi. Akhirnya, genap 14 hari anak luar nikah ini meninggal dunia. Boleh baca kisahnya di sini.  Berikutan pengalaman berharga ini saya terinspirasi untuk membuka pusat perlindungan remaja terlanjur dan anak terbuang satu hari nanti. Doakan saya. Mudah-mudahan dengan sedikit perkongsian di sini bermanfaat untuk mereka yang sedang tercari-cari jalan yang benar apabila sudah terlanjur...