Langkau ke kandungan utama

Anak makan berjalan?


Soalan : Mohon nasihat dan pandangan macam mane nak ajar anak duduk makan tidak berjalan2 terutamanya di hentian r&r.anak2 sya berumur 1 dan 3 tahun..

Jawapan : Anak-anak saya pun makan berjalan juga puan...hehe.. Cuma, kalau di tempat orang ramai saja dia boleh makan senyap dan tidak bergerak. Selalunya, bila sudah habis makan, saya yg galakkan mereka berlari dan main kejar-kejar dalam kawasan yg berhampiran. Mereka main kejap kemudian lari semula ke arah saya.. Saya suruh lari jauh-jauh sikit, mereka tak mahu pula..hihi..

Bagi saya, adalah normal anak-anak berjalan-jalan / berlari-larian ke sana sini seluas alam yg terbentang ini puan. Itu tandanya mereka kanak-kanak normal kerana adanya keinginan meneroka tempat baru melalui pergerakan. Kanak-kanak penuh dengan imaginasi dan eksperimentasi. Mereka akan gunakan keseluruhan deria yg ada.

Apa yg perlu hanyalah pantauan dan sedikit kawalan daripada kita supaya mereka tidak berlari / berjalan ke tengah jalanraya yg sesak atau boleh mengganggu meja makan atau terlanggar kerusi orang lain. Itu saja.

Puan hanya perlu menunjukkan pada mereka bagaimana untuk duduk yg baik di meja makan. Bukan melalui arahan tapi perbuatan. Ini kerana anak kecil tidak faham bagaimana yg dimaksudkan dengan duduk diam atau duduk yg baik di meja makan walhal yg dia nampak adalah kerusi dan meja yg boleh dibuat bermain atau dipanjat.

Semasa saya mula memperkenalkan mereka dengan meja makan, saya katakan begini, "Abang, Tiha tengok mak dan abah duduk macamana. Tengok eh tengok eh.. Duduk kat sini, kaki kat bawah, tangan letak kat sini. Ni namanya duduk baik-baik. Semua orang makan duduk baik-baik supaya nanti makanan tak tumpah, air tak tumpah, rumah pun bersih."

Mereka memang senang dibawa keluar kerana mereka mampu duduk dengan baik dan makan sendiri hingga kini. Cuma, di rumah mereka juga sama seperti orang lain. Berjalan dan bermain semasa makan.

Adalah lumrah anak kecil tidak boleh duduk diam. Itu semulajadi dan semua kanak-kanak memang begitu. Walaupun marah berulangkali ia tidak membantu sedikitpun. Mereka akan terus buat lagi. Tak kira di luar atau di dalam rumah. Dengan memarahinya atau mencubitnya hanya akan menambah stres kepada kita. Mereka akan tetap melakukannya berulangkali. Dan akhirnya, kasihan mereka badan berbirat.

Mereka akan lebih terseksa jika duduk diam. Tapi, ada beberapa perkara yg boleh mengembalikan fokus ke atas meja makan atau apa jua situasi yg kita mahukan jika mereka tidak mahu duduk diam.

Secara asasnya, walau apa jua situasinya, untuk mengembalikan fokus sesuatu kepada anak-anak adalah dengan bercerita. Berbual apa saja. Seperti yg saya ceritakan bagaimana saya 'duduk bersama anak dalam kereta' dengan tujuan mahu mereka duduk diam dalam kereta, kita tidak boleh hanya dengan memberikannya arahan dan marah-marah. Memang tak jalan.

Sama juga situasinya jika puan mahu anak-anak duduk diam makan di meja, puan juga harus 'duduk bersama anak di meja'. Maksudnya, puan boleh bercerita apa saja atau bermain apa saja diatas meja bersama anak-anak supaya apa yg puan main itu lebih menarik daripada daya tarikan tanah di sekelilingnya..

Apa sahaja mengikut kreativiti dan kesukaan anak-anak puan.

Jika tidak mampu juga, suapkan saja anak-anak makan sambil mereka bermain yg ringan-ringan. Yang penting, mereka mahu makan, itu sudah cukup bagus.

Saya teringat kata-kata emak saya.  "Dah nama pun budak-budak. Memanglah kena bergerak aktif. Kalau dapat  anak tak boleh bergerak, lain dah jadinya.. Kan kesian tengok anak-anak kecil yg tak boleh bergerak tu. Tak dapat rasa nikmatnya berjalan/berlari.. "

Dan apabila saya bertanya kepada anak saya, "Fatihah, masa makan kita kena duduk diam ke lari-lari?"

Dia beri jawapan menyakat, "Lari!"

"Kenapa kena lari? Kan tak bagus makan lari-lari kan? Nanti muntah, wek...!"

"Sebab..... Tiha nak main!"

Benar puan. Bagi anak-anak kecil, masa adalah emas. Pada waktu bila saja mereka tidak bermain, hingga makan pun mereka terpaksa bermain.. hehe...



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Permohonan tauliah guru al-Quran negeri Johor

Kerana makcik itu....... (Al fatihah). Stage 1. Alkisah, satu masa dahulu selepas sessi rehearsal dengan seorang ketua kumpulan yasin di Taman Universiti ini untuk majlis khatam al Quran sehari sebelum majlis pernikahan pada 16 Mei 2008, makcik ini menyuruh saya segera mendapatkan tauliah untuk mengajar ngaji. Ketika itu pada usia 26 tahun, saya hanya tertawa kecil dan berfikir yang tauliah mengajar ngaji tidak termasuk langsung dalam senarai kerjaya idaman saya. Maklumlah, graduate UIAM. (Moga Allah ampunkan dosa-dosa saya). Lagipula, saya membayangkan tauliah sebegitu hanya untuk makcik makcik veteran sahaja. Saya tidak nampak keperluan saya berbuat seperti yg disarankan beliau. Lalu, saya diamkan saja. Allah Maha Berkuasa.

Bagaimana nak daftar pertubuhan alumni di ROS?

Semuanya bermula daripada satu idea. Semasa kami mendapat perkhabaran yang sekolah lama kami menghadapi sedikit kekangan untuk membaikpulih fasiliti, ada beberapa suara yang berbunyi "Sekolah dah tak ada duit ke?" - "Duit kerajaan pergi mana sampai semua dana dipotong?" Ini fenomena biasa. Semua orang berhak bertanya begitu dan begini. Itu hak mereka. Namun, saya tidak mahu memberi banyak alasan dengan hanya bertanya ke sana ke sini mengenai sesuatu yang kita sendiri tidak pasti malah tiada jawapan mengenainya. Jauh sekali mahu berspekulasi serta membawa sisi pandang ke arah 'mencari kesalahan orang lain'. Ia tidak membawa apa-apapun manfaat. Tiada hasil. Lalu, saya mendapat mesej daripada salah seorang kawan lama yang menyatakan hasrat jika boleh diwujudkan satu akaun khas bagi alumni menyalurkan semua sumbangan dana berbanding mengumpul melalui akaun persendirian, itu adalah lebih baik. Kelak, mana tahu sumbangan itu boleh dimanfaatkan me...

99 hari emak yang kuat - Krukenberg

Sejak Julai lalu tak update blog ni. Entry terakhir pada bulan terakhir sambut birthday sama-sama dengan mak buat kali terakhir - 13 & 14 Julai 2019. Dan kemudian Allah izinkan saya mengadakan bengkel bedah buku yang terakhir sebelum saya nekad melepaskan semuanya demi menjaga dan merawat emak sepenuh masa dengan tenang. Alhamdulillah. Kita diberi pelbagai nikmat dan kegembiraan bersama-sama sekeluarga. Alhamdulillahi 'ala kulli haal. Akhir bulan Ogos 2019, semuanya bermula. Emak disahkan mengalami kanser ovari terlebih dahulu. 8 September, barulah disahkan bacaan tinggi Cancer Marker pada ovari DAN usus. Stage 4.