رَبِّ هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ

Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh

وَاجْعَلْ لِي لِسَانَ صِدْقٍ فِي الْآخِرِينَ

Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian

وَاجْعَلْنِي مِنْ وَرَثَةِ جَنَّةِ النَّعِيمِ

Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim

وَلَا تُخْزِنِي يَوْمَ يُبْعَثُونَ

Dan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula -

يَوْمَ لَا يَنْفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ

Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun

إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ

Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera

وَأُزْلِفَتِ الْجَنَّةُ لِلْمُتَّقِينَ

Dan (pada hari itu) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertaqwa

(Surah ash-shua'ra)

Jumaat, 29 Julai 2011

# kesihatan # sudut pandang

Ramadhan Kareem : Kullu 'Aam Waantum Bikhair..

Pasangan yang akan melahirkan zuriat pasti akan melakukan persediaan untuk menyambut si anak. Pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan besar juga sudah pasti akan melakukan persediaan sejak awal tahun lagi. Pekerja yang mahu mendapatkan pekerjaan yang baik pasti akan melalui sessi 'interview' terlebih dahulu. Sebelum pulang ke kampung menaiki kenderaan juga memerlukan kita memeriksa terlebih dahulu persediaan kereta itu untuk berjalan jauh. Semua perkara besar mahupun yang kecil dalam hidup kita memerlukan persiapan sebelum kita memulakan sesuatu. Agar apa yang kita buat itu punya momentumnya tersendiri dan bakal berpanjangan seterusnya menjadikannya sebagai salah satu cara hidup..

Sesuatu yang baik dan tidak tersusun pasti akan dikalahkan dengan sesuatu yang tidak baik tapi tersusun.

Oleh itu, mari kita sama-sama merebut peluang yang Allah beri dalam satu bulan khas untuk umat seluruhnya namun yang membezakan kita dan orang lain adalah PUASA YANG TERSUSUN. Saya menyeru juga kepada diri saya dan pembaca sekalian untuk berubah melalui Ramadhan tahun ini demi mencapai tahap kesihatan yang lebih baik dari sebelumnya. InsyaAllah..




Globalisasi kapitalis telah menyumbang kepada komersialisasi dan kehilangan nilai-nilai kerohanian yang merangkumi segala aspek kehidupan, termasuklah amalan keagamaan. Bagi orang Islam kehadiran bulan Ramadhan amat penting kerana ayat suci Al-Quran pertama kali diturunkan kepada Rasulullah S.A.W dalam bulan yang mulia ini. Umat Islam berpuasa pada siang hari sambil mengisi bulan ini dengan pelbagai amalan yang mulia seperti memperbanyakkan solat, bacaan Al-Quran dan juga zikir serta bersedekah.
Sudah menjadi kelaziman umat Islam berbuka puasa sama ada di masjid atau di rumah bersama anggota keluarga dalam persekitaran yang penuh dengan nilai kerohanian. Tetapi kini, semakin ramai golongan elit dan pertengahan yang tinggal di bandar-bandar besar berbuka puasa di hotel yang menawarkan juadah yang lazat serta amat membuka selera. Sudah menjadi kebiasaan bagi mereka menjamu pegawai-pegawai kerajaan, pelanggan, rakan niaga dan tidak kurang juga kaum keluarga.
Kini, Ramadhan telah menjadi sama seperti menyambut Krismas, telah dimanafaatkan sepenuhnya oleh industri pengiklanan untuk menggalakkan pengambilan makanan dan perkhidmatan yang berlebihan malah melampui batas. Ramadhan yang suatu ketika dulu menjadi satu bulan yang penuh dengan amalan kerohanian telah menjadi bulan pesta makanan, apa sahaja makanan yang sukar di dapati pada bulan lain, pastinya ada pada bulan Ramadhan.
Kini, lihatlah bagaimana pengaruh usaha yang berterusan kaum Yahudi dan Nasrani telah tidak mampu lagi dibendung oleh umat Islam sehinggakan pada bulan yang begitu mulia ini pun kita masih lagi tewas, apatah lagi pada bulan-bulan yang lain. Ya Allah hanya padaMu keluhanku ini…
Sejarah telah membuktikan bahawa salah satu usaha yang sedang dan berterusan oleh Yahudi dan Nasrani ialah berusaha untuk memastikan umat Islam seluruhnya hidup dalam keadaan kekeliruan, di mana amat membesarkan perkara yang kecil dan remeh dan memperkecilkan perkara-perkara yang besar.
Salah satu senjata yang sedang digiatkan oleh dua golongan musuh Islam itu ialah melalui pemakanan. Suatu ketika dulu kita memakan makanan yang diusahakan oleh petani-petani kecil yang mengunakan cara dan kaedah pertanian yang mampan dan bersifat alamiah, namun kini sebaliknya, hasil daripada didikan dunia barat yang kononnya moden dan saintifik, pada hari ini makanan yang kita makan hasil pertanian semasa sudah lagi tidak selamat. Sayur-sayuran hijau yang suatu ketika dulu membekalkan zat dan mineral yang bersifat anti-oksidan telah bertukar menjadi bahan penyebab utama kepada beberapa penyakit kronik seperti kanser, asidifikasi darah malah kerosakan genetik.
Begitu juga dengan dunia penternakkan haiwan seperti ayam, daging, lembu, kambing dan sebagainya. Kegilaan pakar dan penyelidikkan yang hanya melihat hidup daripada satu aspek sahaja, iaitu keperluan fizikal semata-mata, akhirnya mereka sudah tidak lagi melihat apakah bahan dan kaedah yang digunakan suci dan baik malah yang pentingnya bagi mereka ialah hasil yang pantas, banyak dan menguntungkan semata-mata.
Para pengusaha pemprosesan makanan pula amat mementingkan rupa bentuk, rasa dan ketahanan makanan yang mereka proses semata-mata, kerana kesemua faktor ini menyumbang kepada kepentingan ekonomi mereka, cara ini yang diajarkan kepada mereka oleh musuh-musuh kita (Yahudi dan Nasrani) yang merupakan guru kepada mereka, di mana tempat mereka merujuk.
Ramadhan seringkali dikaitkan dengan keletihan dan kelesuan kerana perubahan pola makan yang ketara, biasanya ini berlaku kepada kebanyakan orang semasa menjalani ibadah puasa, namun begitu jika ianya terlalu mengganggu ditakuti mencacatkan kesungguhan ibadat puasa itu sendiri.
Sebagai satu cara yang boleh diambil bagi sesiapa yang sihat untuk mengimbangan keletihan akibat puasa, dicadangkan mengambil langkah-langkah berikut :-
  • Sebaik-baiknya masak juadah untuk berbuka sendiri dirumah, jika ada keperluan boleh dibeli di Pasar Ramadhan namun tidak digalakkan. Masak/beli juadah berbuka mengikut keperluan sahaja, jangan berlebihan. Bagi yang memasak sendiri dirumah kaedah memasak dan penggunaan bahan makanan aktif sangat digalakkan seperti gula perang, garam bukit, sayur-sayuran segar dan sebagainya.
    • Pemilihan juadah yang berlebihan adalah merupakan tanda kelemahan Hipotalamus yang bakal mengakibatkan gangguan pada daya tumpuan seseorang. Hipotalamus juga merupakan bahagian otak yang mengawal nafsu makan, jadi jika juadah berbuka terlalu banyak ianya akan mengganggu/membebankan Hipotalamus. Disni bermula kita hilang daya fokus/tumpuan/khusyuk semasa solat maghrib/isyak/terawikh nanti. Tandanya semasa solat fikiran kita akan menerawang kepada aktiviti/perkara lain seperti kerja-kerja yang masih belum siap dan sebagainya. Lebih teruk lagi jika sampai kita mengantuk atau menguap semasa dalam solat. Jadi adalah wajar disarankan kepada semua muslimin/muslimat untuk mengurangkan bilangan jenis juadah berbuka dan adalah baik memasak sendiri dirumah dengan seringkas yang mungkin. Ingat juadah yang ringan adalah asas keberkatan berbuka puasa,malah pada ketika ini elakkan membazir dengan cara proaktif iaitu dengan cara mengurangkan juadah.
  • Amalkan berbuka Puasa dengan 3 biji Kurma dan Air Mineral sahaja. Jangan makan nasi, makanan yang berat semasa berbuka, juga elakkan makanan yang terlalu banyak gula. Jika ada keperluan makanan manis disini adalah manis dalam bentuk yang ringan seperti manis asli kurma. Sebaik-baiknya tidak menghidangkan kesemua juadah makanan di atas meja makan semasa berbuka, jadikan amalan dengan hanya meletakkan kurma dan air mineral sahaja.
    • Kurma mengandungi mineral Potassium yang tinggi yang mana memulakan berbuka puasa dengan memakannya akan membantu mengaktif kerja pra-metabolisma oleh tiroid. Dimana Tiroid yang aktif akan menyusun serta mengatur keperluan zat, vitamin, nutrisi, mineral dan unsur surihan dalam makanan yang kita makan untuk dicernakan dengan sempurna oleh perut. Tiroid yang seimbang akan merembeskan cecair iodin dan kalsium pada makanan yang ditelan agar tepat dengan tanda/label sasaran bahagian sistem organ yang memerlukan makanan tersebut. Berdasarkan tanda/label inilah jus pencernaan dirembeskan setelah makanan sampai ke perut. Kurma juga mengandungi nutrien glukosa dan sukrosa yang ringan dan mudah hadam untuk terus ditukar menjadi tenaga, sehinggakan ianya membuat kita terus rasa kenyang dan menyegarkan. Dalam kitab "al-Maktuubaat" hasil tulisan Siir al-Hindi menyatakan bahawa biji kurma pada asal dicipta daripada sisa tanah kejadian Nabi Adam a.s, sebab itu sesiapa yang memakannya akan terus menjadi darah daging dan rasa kenyang serta merta.
  • Lakukan dengan segera Solat Maghrib, bagi lelaki berjemaah di Masjid/Surau terdekat dan Perempuan lakukan dengan segera dirumah.
    • Puasa adalah rahsia akal, dimana mengawal makan akan membuatkan akal kita seimbang, bijak memilih, sangat kreatif serta menguatkan memori. Namun lebih besar daripada itu ialah Solat, Solat adalah rahsia akhlak, dimana terganggu solat akan terganggu akhlak kita. Solat adalah proses transformasi penyerapan tenaga semulajadi daripada alam kepada organ-organ tertentu dalam tubuh kita. Ini bermakna dengan melewatkan solat maka kadar punca tenaga akibat daripada penganjakan matahari ke satah yang lain menjadi semakin kurang,akibatnya kadar penyerapan tenaga alam kepada organ tertentu pada waktu itu makin berkurangan. inilah hikmahnya solat perlu disegerakan. Janganlah mengutamakan/berlebihan dalam berbuka puasa sehinggakan Solat Maghrib di lewat-lewatkan. Sebaik-baiknya berbuka dengan 3 biji kurma dan sedikit air mineral dan terus mengerja Solat, yang terbaik dan sangat dituntut lelaki yang baligh di Masjid/Surau manakala wanita dirumah masing-masing. Namum begitu ini tidak akan berlaku jika diatas meja penuh dengan juadah yang pelbagai rasa, rupa dan bau. Jadi semua muslimin dan muslimat sekalian, berubahlah pada Ramadhan tahun ini dengan cara yang terbaik kerana kita belum pasti lagi akan menemui Ramadhan yang berikutnya. Jika ini dilatih dari sekarang, percaya akan lahir dari rumah kita para bijak pandai,sarjana malah para duat yang bersedia untuk berkorban demi untuk kebangkitan Islam. Sesungguhnya pilihan ditangan anda...bisikan dan godaan Syaitan telah dihapuskan dengan rahmat Allah s.w.t pada ketika ini, yang tinggal hanya nafsu kita semata-mata...inilah masa untuk kita berubah...
  • Selepas Solat Maghrib bersegera Makan Malam, Makan Malam yang baik ialah satu makanan ruji(contohnya nasi, gandum, jagung dan sebagainya), satu jenis lauk dan satu jenis sayur. Pastikan mencecah secubit “Garam/Sole Booster” menggunakan jari manis ke lidah sebelum makan untuk mengaktifkan fungsi gigi dan tiriod. Sebaik-baiknya tidak melengah-lengahkan waktu makan malam serta mengambil masa yang panjang untuk makan, ringkaskan makan malam seringkas yang mungkin. Akhiri makan dengan mencecah secubit “Garam/Sole Booster” menggunakan jari manis k lidah.Selepas makan malam digalakkan mengambil 5ml Jus Harmoni atau segelas susu harmoni untuk membantu meningkatkan tenaga segera agar tidak mengantuk semasa solat isyak, terawikh dan tadarus. Sebaik-baiknya jika ada kesempatan mandi selepas makan malam, jika sesiapa yang berkemampuan “bilasan mandi menggunakan Aromaterapi D-7” sangat membantu menyegarkan badan dan kekuatan segera untuk beribadah dan tidur yang lena. Selepas terawikh luangkan sedikit masa untuk tadarus atau sekurang-kurang membaca Al-Quran, sekurag-kurangnya satu mukasurat, sebaik-baiknya 5-10 mukasurat atau lebih.
    • Ingat buruk makan seseorang itu, buruk/pendeklah akalnya. Apabilah makan ingat 5 organ ini, iaitu perut, hati, buah pinggang, hempedu dan buah pinggang. Sebab itulah dalam Islam hikmahnya diwajibkan puasa, supaya organ-organ ini yang bekerja sepanjang tahun telah terbeban dengan tabiat makan kita yang berlebihan, jadi direhatkan organ ini pada siang harinya agar berlaku pemecahan glukogen tepu pada hari kita untuk ditukar menjadi tenaga, proses ini berlaku pada tahap yang penting, tahap pertama bermula daripada terbit fajar hinggalah ker waktu berbuka(pada tahap ini penguraian glukogen tepu akan mula berlaku(biasa disertai dengan tanda sedikit mengantuk terutama selepas zuhur-namun sebaik-sebaiknya jangan tidur,yang terbaik pada waktu ini melakukan kerja yang melibatkan lebih sedikit pemikiran dan penggunaan akal), tahap kedua, waktu berbuka puasa, waktu ini sedikit tenaga baru diperlukan bertujuan untuk memecah dan mencantumkan nutrien dan mineral yang terurai pada tahap pertama kepada bentuk yang ringkas dan senang ditukar bentuk, jadi sebahagian besar tujuan berbuka puasa bukanlah semata-mata untuk menghilang lapar dan dahaga, namum memerlukan tenaga segera untuk membantu proses ini agar tidak terbantut, inilah rasionalnya anda perlu makan makanan yang mudah dan senang serta ringkas proses penghadamannya. Sebagai booster fizikal untuk membantu agar fasa ini berlangsung dengan sempurna maka perlulah ada satu keadaan penyelarasan neuro dan fisiologi tubuh, ini semua akan berlaku apabila setiap pemikirang yang berfokus disertai dengan gerakan-gerakan yang sekata, inilah rahsia Solat Tarawikh yang banyak bilangan rakaatnya dan dilakukan dalam keadaan santai serta diselangi dengan kerehatan. Amat malanglah bagi sesiapa yang pada ketika ini tidur atau sekadar berbual-bual kosong, menonton tv dan sebagainya. Sudah pasti untuk kerja-kerja sebenar pada tahap kedua pemecahan glukogen tepu tidak akan berlaku dengan sempurnanya,melainkan hanya semata-mata keletihan sahaja.
  • Tidur awal, sebaik-baiknya tidak melebihi pukul 12.00 malam, ingat tiada tidur tanpa bersugi dan wuduk, pada ketika ini boleh gunakan “Aromaterapi D-7” dengan kaedah sapuan pada anggota wuduk. Pastikan lampu ditutup dan tidur dalam suasana gelap atau cahaya yang samar sahaja, elakkan tidur dalam cahaya yang terang kerana ianya boleh menyebabkan kesan asidifikasi dalam darah yang menyebabkan kita keletihan pada keesokkannya. Maafkan semua orang, pasang niat untuk bangunan awal untuk Qiamullail dan sahur.
    • Tahap Ketiga akan bermula apabila kita tidur, sebab itulah dalam bulan Ramadhan tidur adalah satu aktiviti yang sangat penting dan perlu diberi perhatian yang sewajarnya. Setelah kesemua glukogen tepu telah terurai ke tahap nutrien dan mineral yang ringkas sepenuhnya, maka ianya memerlukan kekuatan penyusanan dan pengagihan serta penukaran kepada bentuk tenaga yang diperlukan oleh sistem tubuh berdasarkan kepada kepentingan dalam mengekalkan keseimbangan (homeostasis) kehidupan. Ini semua akan berlaku apabila segala tekanan emosi, minda dan fizikal diredakan sepenuhnya melalui proses tidur yang delta ataupun juga amalam yang 100% bersifat rohani seperti tadarus dan sebagainya. Sebab itulah disaran tidur dengan sempurna, bersugi-membantu membersih mulut daripada tekanan bakteria jahat yang mengganggu, berwuduk-berupaya meleraikan tekanan radikal bebas secara fizikal pada lapisan kulit,malah juga meleraikan radikal bebas dalam bentuk rohani seperti dosa-dosa kecil akibat daripada kehidupan semasa, tempat tidur yang bersih-mengurang tekanan sekitaran seperti habuk, hama, bau busuk dan sebagainya, membaca doa tidur - melepaskan tekanan kebergantungan kita kepada makhluk kepada Allah s.w.t 100%, memaafkan kesalahan orang-melepaskan tekanan emosi, menghalalkan hutang -melepaskan tekanan fizikal daripada mengharapkan bayaran sehinggakan gangguan pada tidur, membaca ayat suci Al-Quran-melepaskan tekanan daripada gangguan yang tidak kelihatan, tidur dalam gelap-menghilangkan tekanan medan elektromagnetik daripada cahaya lampu yang akan menyebabkan kesusutan oksigen dalam darah dan sebagainya. Kesimpulannya tidur adalah satu amalan yang menyempurnakan tahap ketiga proses pembetulan sistem kehidupan semasa menghadapi ramadhan ini.
  • Sebaik-baik bangun untuk Qiamullail ialah pukul 3 pagi (mungkin sedikit susah, namum usahakan secara bersungguh-sungguh, badan yang betul-betul sihat sememangnya mempunyai kemampuan ini, jika tidak maknanya anda masih belum sihat dengan sempurna terutamanya bagi orang lelaki). Bangun, bersihkan diri daripada hadas, wuduk dengan sempurna, mulakan Qiamullail dengan solat sunat wuduk, taubat, tahajjud dan hajat. Sebaik-baik solat malam ialah berdiri membaca ayat-ayat Al-Quran dengan lebih lama daripada biasa. Bersahurlah pada bahagian yang hujung, iaitu dalam lingkungan 45 minit sebelum Imsak, jumlah maksimun boleh diambil semasa sahur ialah tidak melebihi jumlah makan malam tadi, namun sebaik-baiknya ¼ daripada jumlah makan malam sebelumnya. Bersahurlah jika terpaksa walaupun dengan kurma dan air mineral sahaja bagi mereka yang tidak suka bersahur. Pada ketika ini penggunaan “Garam/Sole Booster” adalah amat digalakkan. Jika juadah bersahur masih belum siap dan kita telah selesai Qiamullail adalah lebih baik menunggu dengan membaca Al-Quran bagi kaum lelaki, namun membantu isteri menyediakan juadah juga sangat digalakkan. Kepada surirumah/isteri/wanita ringkaskan juadah bersahur, jangan habiskan banyak masa untuk memasak, bahagikan juga masa anda untuk Qiamullail dan membaca Al-Quran. Disinilah peranan kerjasama dalam keluarga, suami dan anak ya ng dewasa perlu peka untuk meringankan kerja isteri/ibu. Tutuplah sahur anda dengan mengambil “5ml Jus Harmoni atau secawan susu harmoni” untuk memberikan tenaga segera bagi menghadapi puasa seharian. Bagi lelaki Solat Subuh Berjemaah di Masjid/Surau, manakala wanita bersegera solat di rumah masing-masing. Pastikan anda tidak tidur selepas subuh, jagailah sepanjang hari solat-solat wajib seperti Zuhur dan Asar dengan sesempurna mungkin, iaitu lelaki berjemaah di Masjid/Surau di tempat kerja atau sebagainya, manakala wanita jagainya solat dengan di awal waktu.
    • Bahagian adalah bahagian yang sangat penting, ialah proses pada tahap keempat dimana pada bahagian ini penukaran bahan kepada sifat tenaga 100% akan berlaku yang lahir melalui proses-proses yang berperingkat-peringkat. Ini kerana hipotalamus merupakan pusat berfungsinya empat hormon yang berpengaruh terhadap daya tumpuan iaitu serotonin, dopamine, norepinephrine dan acetycholine. Hormon-hormon ini diuja keluar melalui penyerapan tenaga alam semasa sujud dan rukuk pada waktu yang bermula daripada 3.00 pagi hingga 5.30 pagi,akhirnya menyelaraskan percatuman nya dengan enzim dan co-enzim yang dihasilkan melalui pembakaran nutrien pada tahap 1 hingga 3 sebelum ini. Hasilnya memberi reaksi psikologi klinikal yang melahir 4 sifat utama iaitu tenang, sabar, ikhlas dan redha. Disinialh hikmahnya ganjaran yang berganda-ganda Allah s.w.t letakkan pada sesiapa yang menghidupakan 2/3 akhir malam, ini semua sebagai latihan kepada manusia supaya apbila berakhir Ramadhan semua momentum ini dapat diteruskan menjadi rutin kehidupan seharian. Jangan rosakkan semua ini dengan makan sahur yang berlebihan atau tanpa sahur langsung selepas daripada Qiamullail, ini kerana bersahur dengan sederhana menggantikan tenaga yang susut semasa memadankan tenaga alam yang diserap dengan enzim/co-enzim tadi, namum tidak bersahur langsung akan menyebabkan berlakunya kelompangan tenaga yang mengakibat keletihan yang amat terasa selepas Zuhor pada siangnya,manakala berlebihan sahur akan mengakibat bebanan pada sistem penghadaman dan sistem hormon yang akan mengakibatkan kita sangat mengantuk pada waktu paginya terutama pada waktu Dhuha. Tidur selepas waktu Subuh juga boleh menyebabkan terhentinya proses pada tahap ke-empat ini kerana hilangnya fungsi Hipotalamus sebagai koordinator pencantuman tenaga dengan enzin/co-enzim, akibatnya sifat yang baik tidak terbentuk dan lebih teruk lagi enzim/co-enzim yang telah terhasil tadi tidak digunakan dan akan mendap pada darah yang boleh mengakibatkan sakit sendi, pedih pada ulu hati, sesak nafas dan juga sakit kepala.
  • Semua perkara yang ditekan diatas adalah perkara yang sedikit luar daripada kebiasaan kita, juga disini saya tidak menekankan beberapa perkara seperti doa berbuka puasa, doa makan, doa sesudah makan dan beberapa amalan sunnah yang lain kerana saya menganggap anda sudah melakukannya, bukannya ianya tidak penting, semoga sangkaan ini me njadi realiti kehidupan anda seharian.
  • Cadangan/saranan ini adalah kepada mereka yang sihat, tidak mengalami apa-apa penyakit kekal seperti darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. Jika sesiapa yang inginkan cadangan yang spesifik bagi penyakit atau masalah tertentu dan inginkan rawatan semulajadi, sila hubungi Perunding Profesional RK-i.

2 ulasan:

Raje Atikah berkata...

dijah, langkah mengelak keletihan tu da bagus dah tp awat tulisan terang sgt, x nampak ko tulis ape.thanks for the tips.
selalunye kite bulan2 pose ni ari isnin-jumaat masak, sabtu mkn luar, ahad beli bazar..ade org terbalik caranye isnin-jumaat g bazar sbb x sempat masak, tp kite selalunye da masak kuah/sambal sesiap mlm tu utk soknye..maklumlah,tkt x sempat pas balik keje..hehehehe...

Khadijah Gani berkata...

Tips-tips tu smua bkn kite yg tulis laa.. kite copy paste dari sumber saja.. dipanjang-panjangkan mana yg bermanfaat.. sumber asal ada kat link tajuk 'Jom tukar....' tuh.. jd gitulah hasilnya lps copy-paste..

Ok la tuh Je.. makan yg masak sendiri lg byk dari membeli.. ikut keadaan masing2.. mana yg larat.. hehe.. nak cite nih.. oleh kerana tahun ni bln ramadhan tak mengandung jd kite nak try ubah tabiat membeli kat bazar..hehe.. almaklumlah, 2 tahun sblm ni asik mengandung jek, nak masak tak boleh, asik beli kat bazar je kojenya.. tak senonoh kannn! jd tahun ni ramadhan dgn azam baru utk berubah..hehe..

#jdtblogger #teambloggerjohor