Langkau ke kandungan utama

Selamat Hari Raya Aidilfitri!


Keluarga sebelah suami di Pasir Mas, Kelantan.
Tahun ini dapat berkumpul 5 daripada 7 beradik. Alhamdulillah. 


Keluarga saya di JB. 
Dapat berkumpul 4 beradik selepas 2 Syawal. Sebab itu baju raya dah tak ada. Semuanya sedang dibasuh. Hehe..




Tahun 2019 ini "tahun adjustment".

Sepatutnya tahun ini giliran beraya di Johor 1 Syawal berikutan tahun lepas 1 Syawal di Kelantan. Tapi, selepas perbincangan dengan semua 4F dan abahnya kami sepakat tahun ni 1 Syawal di Kelantan sebab nak adjust giliran supaya dapat beraya 1 Syawal tahun depan dengan mak long pula selepas bertahun lamanya tak dapat beraya 1 Syawal dengan mak long 4F lebih lebih lagi Muhammad Zaid (anak susuan saya). 

Kebetulan juga tahun ini cuti hari raya panjang bersambung dengan cuti sekolah sebab itulah kami balik awal ke Kelantan dan beraya 1 Syawal di sana. Tahun depan konfem tak dapat lagi cuti sekolah serentak dengan cuti hari raya lagi kan?

Sistem giliran beraya bagi saya adalah sesuatu yang fleksibel dan boleh sentiasa dibawa berbincang dan bertukar pada bila bila. Apalagi bila anak anak dah besar begini, boleh dibawa berbincang & ambil undian nak beraya di mana. Kalau ikutkan anak anak, semuanya mahu beraya di Kelantan sebab baru feel balik kampung berjam-jam lamanya nak sampai ke Kelantan. Hehe.. Tapi, masa inilah kena fahamkan anak-anak yang giliran beraya itu perlu dibuat kerana lebih adil untuk mak dan abah. Namun, adil itu sangat subjektif. bergantung pada keadaan dan situasi.

Berlaku adil itu bukanlah terletak pada jumlah yang sama banyak - satu untuk kau, satu untuk aku- tanpa boleh bertukar dan tegas mengikut. Tetapi berlaku adil itu bila kita meletakkan keperluan dan tuntutan giliran itu mengikut kadaran semasa dengan waktu dan keadaan. Tidak perlu terlalu jumud dengan sistem giliran namun, ia hanya dijadikan guideline dan panduan yang asas untuk diikuti sahaja.

Jadi, tak perlulah suami isteri bergaduh nak balik beraya mana setiap tahun ya. Jauh atau dekat, giliran kita atau dia, sama samalah cari apakah yang memberati keperluan pada ketika itu. 

Bermesyuaratlah dan ambilkira suara anak anak juga supaya mereka dari awal lagi rasa dihargai dan merasa semangat kekeluargaan bila tiba hari raya - sama sama jadi decision maker dengan memberikan beberapa faktor yang perlu difikirkan.

 Inilah kunci utama mendidik anak anak tahu dan kenalpasti keutamaan (priorities) dalam keluarga dan mampu membuat keputusan mengikut keutamaan. Lebih penting lagi ini adalah salah satu usaha untuk menanam pemikiran dan semangat suka balik kampung sampai bila bila walaupun selamanya duduk di bandar. Juga dapat mendidik anak anak untuk fikirkan orang lain juga (makcik pakcik lain) di kala hari raya. Usahlah berfikir tentang diri kita sahaja.

Bukankah itu semangat yang kita mahukan daripada anak anak bila mereka semakin membesar kelak?

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin buat semua yang sudi mengikuti blog ini sejak dari dulu lagi. Jika pernah saya menulis sesuatu yang mengguriskan hati, mohon jangan disimpan sendiri lagi, maafkan saya di atas kekhilafan diri ini.

Love always.

Minal 'aaidiin wal faaizin
Taqabballahu minna wa minkum.
Eid mubarak!




17 Jun 2019.
13 Syawal 1440H.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Permohonan tauliah guru al-Quran negeri Johor

Kerana makcik itu....... (Al fatihah). Stage 1. Alkisah, satu masa dahulu selepas sessi rehearsal dengan seorang ketua kumpulan yasin di Taman Universiti ini untuk majlis khatam al Quran sehari sebelum majlis pernikahan pada 16 Mei 2008, makcik ini menyuruh saya segera mendapatkan tauliah untuk mengajar ngaji. Ketika itu pada usia 26 tahun, saya hanya tertawa kecil dan berfikir yang tauliah mengajar ngaji tidak termasuk langsung dalam senarai kerjaya idaman saya. Maklumlah, graduate UIAM. (Moga Allah ampunkan dosa-dosa saya). Lagipula, saya membayangkan tauliah sebegitu hanya untuk makcik makcik veteran sahaja. Saya tidak nampak keperluan saya berbuat seperti yg disarankan beliau. Lalu, saya diamkan saja. Allah Maha Berkuasa.

Bagaimana nak daftar pertubuhan alumni di ROS?

Semuanya bermula daripada satu idea. Semasa kami mendapat perkhabaran yang sekolah lama kami menghadapi sedikit kekangan untuk membaikpulih fasiliti, ada beberapa suara yang berbunyi "Sekolah dah tak ada duit ke?" - "Duit kerajaan pergi mana sampai semua dana dipotong?" Ini fenomena biasa. Semua orang berhak bertanya begitu dan begini. Itu hak mereka. Namun, saya tidak mahu memberi banyak alasan dengan hanya bertanya ke sana ke sini mengenai sesuatu yang kita sendiri tidak pasti malah tiada jawapan mengenainya. Jauh sekali mahu berspekulasi serta membawa sisi pandang ke arah 'mencari kesalahan orang lain'. Ia tidak membawa apa-apapun manfaat. Tiada hasil. Lalu, saya mendapat mesej daripada salah seorang kawan lama yang menyatakan hasrat jika boleh diwujudkan satu akaun khas bagi alumni menyalurkan semua sumbangan dana berbanding mengumpul melalui akaun persendirian, itu adalah lebih baik. Kelak, mana tahu sumbangan itu boleh dimanfaatkan me...

99 hari emak yang kuat - Krukenberg

Sejak Julai lalu tak update blog ni. Entry terakhir pada bulan terakhir sambut birthday sama-sama dengan mak buat kali terakhir - 13 & 14 Julai 2019. Dan kemudian Allah izinkan saya mengadakan bengkel bedah buku yang terakhir sebelum saya nekad melepaskan semuanya demi menjaga dan merawat emak sepenuh masa dengan tenang. Alhamdulillah. Kita diberi pelbagai nikmat dan kegembiraan bersama-sama sekeluarga. Alhamdulillahi 'ala kulli haal. Akhir bulan Ogos 2019, semuanya bermula. Emak disahkan mengalami kanser ovari terlebih dahulu. 8 September, barulah disahkan bacaan tinggi Cancer Marker pada ovari DAN usus. Stage 4.