Langkau ke kandungan utama

Bedah buku 4 dalam 1!


Sejak Buku Saya Suka Mengaji ni release bulan Mei tahun lalu, saya masih belum berkesempatan lagi nak buat bedah buku ini disebabkan saya jatuh sakit 2 Kali masuk OT jalani pembedahan sekitar bulan Ogos & September. Kemudian, proses recovery memakan masa selepas itu.

Sehinggalah Mei tahun ini, buku seterusnya release iaitu Buku Rekod Mengaji Telaga Biru (tak sempat bergambor lagi dengan buku baru ni).

Maka, bedah buku yang pertama bagi tahun ini saya akan gabungkan 2 buku + 2 bahan bantu mengajar mengaji sekaligus bagi sesi kali ini yang saya namakan sebagai Santai Ilmu.

Diskaun bagi sesiapa yang sudah ada #bukusayasukamengaji.

Oleh kerana sebelum ini ada permintaan untuk saya buat perkongsian kaedah mengajar mengaji yang menyeronokkan Di taska & tadika, jadi saya juga akan sentuh isu isu berikut :

+ Bagaimana mengajar anak kecil mengaji tanpa membosankan?

+ Bagaimana mengajar orang dewasa mengaji semula daripada awal?

+ Bagaimana membantu anak menghafaz & tasmik hafazan secara santai tidak membebankan?

+ Bagaimana mengekalkan semangat anak anak untuk terus mengaji & menghafaz?


Untuk pendaftaran, boleh beri nama pada @fatiin haniisah

WhatsApp : http://wasap.my/60194216502/santaiilmusukamengaji

✔️ Boleh bawa anak anak. FOC untuk anak anak.🤗

✔️ Mee Bandung Muor asli yang saya pernah rekomen tempohari akan disediakan.😋

✔️ Demo bermain Kad Imbas Khadijah & #posterhijaiyyahsukamengaji.🤓

Insya-Allah.

Daftar segera! Tempat terhad untuk 20 orang sahaja.



#bedahbukuJB
#santaiilmubersamakhadijahgani

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mengandung anak luar nikah?

Nota : Pengalaman saya berjumpa dan menolong seorang remaja terlanjur adalah pengalaman yang harus saya kongsikan bersama agar ia menjadi iktibar buat semua. Apa yang tidak boleh saya lupakan di mana setelah dia melahirkan, anak luar nikah tersebut terpaksa ditinggalkan di wad NICU berikutan masalah jantung yang mengembang. Sepanjang bayi yang tidak dapat disusukan seperti biasa, remaja ini mengalami bengkak susu yang sangat teruk tapi tidak diketahui olehnya juga ibunya. Betapa bengkak susu itu sangat menyeksakan bagi ibu selepas melahirkan, percayalah, menjadi seorang ibu harus punya banyak informasi. Akhirnya, genap 14 hari anak luar nikah ini meninggal dunia. Boleh baca kisahnya di sini.  Berikutan pengalaman berharga ini saya terinspirasi untuk membuka pusat perlindungan remaja terlanjur dan anak terbuang satu hari nanti. Doakan saya. Mudah-mudahan dengan sedikit perkongsian di sini bermanfaat untuk mereka yang sedang tercari-cari jalan yang benar apabila sudah terlanjur...

Pendaftaran anak luar nikah

Dari peti soalan. Nota khas untuk Atty yg sudi bertanya. Sudah dihantar emel namun "Mail Delivery Failed".   Salam kak khadijah. Saya nak Tanya.. anak luar nikah yg dah hampir setahun tapi tak ada sebarang dokumen. Apa pekara terbaik yg boleh saya buat sebagai mak sedara Anak ni. Ibu kandung dia masih menjaga anak ni. Tapi dia xberani nk gi buat Surat beranak. Dia lahirkan baby ni kat Hospital private lepas tu lari. Semua doc termasuk ic ibu ditahan kat hospital tu. Sebagai makcik bdk ni. Saya mmg kesian. Apa boleh saya buat utk tlg. Sbb ibu kandung dia mcm xkisah. Akak tlg reply kat email saya attysqz@gmail.com. 27 Oktober 2013 3:24 PTG Assalamualaikum Atty. Didoakan moga tetap berada dalam keadaan yg sihat dan tenang. Maaf lambat relpy disebabkan keadaan akak kurang sihat. Berkenaan soalan atty mengenai anak saudara yg luar nikah. Sebenarnya, akak ada dapatkan pandangan dari seorang yg berpengalaman dan dah banyak tolong wanita mengandung luar nikah. Panggilnya M...

Permohonan tauliah guru al-Quran negeri Johor

Kerana makcik itu....... (Al fatihah). Stage 1. Alkisah, satu masa dahulu selepas sessi rehearsal dengan seorang ketua kumpulan yasin di Taman Universiti ini untuk majlis khatam al Quran sehari sebelum majlis pernikahan pada 16 Mei 2008, makcik ini menyuruh saya segera mendapatkan tauliah untuk mengajar ngaji. Ketika itu pada usia 26 tahun, saya hanya tertawa kecil dan berfikir yang tauliah mengajar ngaji tidak termasuk langsung dalam senarai kerjaya idaman saya. Maklumlah, graduate UIAM. (Moga Allah ampunkan dosa-dosa saya). Lagipula, saya membayangkan tauliah sebegitu hanya untuk makcik makcik veteran sahaja. Saya tidak nampak keperluan saya berbuat seperti yg disarankan beliau. Lalu, saya diamkan saja. Allah Maha Berkuasa.