Langkau ke kandungan utama

Buku : Saya Suka Mengaji

 


Saya masih ingat lagi proses buku kedua saya ini diterbitkan semasa PBAKL 2018. Semua tim editorial Telaga Biru menjadi serba gelabah kerana mahu mengejarkan tarikh tepat keluarannya iaitu akhir bulan April 2018. 

Saya di Johor ini juga turut sama menggelabah dalam masa yang sama teruja apabila impian seumur hidup mahukan buku yang terbit khusus untuk Pesta Buku Antarabangsa KL sebegini. Editor bahasa dan editor shariah ketika itu bertungkus lumus membawa karya saya ini hingga pulang ke rumah dan berjaga hingga lewat malam demi menyiapkan semua kerja editorial dan reka letak buku ini.

Dua minggu sebelum tarikh PBAKL, buku mesti sudah masuk kilang untuk cetakan. Pada proses ini juga saya belajar sesuatu. Proses cetakan buku juga ada banyak proses bukan sekadar masuk-cetak-terbit.

Proses untuk kulit buku sahaja memerlukan masa seminggu kerana pada kulit buku sebenarnya kita punya pilihan samada mahu kosong sahaja tanpa corak ataupun ada corak. Kulit buku juga perlu melalui proses "perlicinan" supaya buku dapat bertahan dan tidak rosak. Saya tak pasti apa istilahnya tapi bila anda membeli buku akan nampak pada kulit buku hadapan dan belakangnya dalam keadaan licin dan berkilat. Itu semua adalah proses lapisan demi lapisan selepas buku siap dicetak. Dan ianya memerlukan kesabaran yang tinggi. Sebuah buku, ia tidak terjadi dengan mudah.

Jika anda perhatikan, buku-buku saya ada lapisan bercorak pada muka kulit buku. 


Mujurlah buku ini ngam-ngam siap keluar daripada kilang pada petang hari sebelum keesokannya saya datang ke PBAKL untuk promosi buku "fresh from oven" ini. Alhamdulillah. Ia pengalaman yang sangat mahal lagi berharga untuk saya di sepanjang hidup 37 tahun ini.

Sejak daripada pengalaman itulah saya sudah serik tak mahu kejar tarikh PBAKL untuk keluarkan buku lagi. Hehe.. Bukan serik apa. Kerana saya kasihankan tim editorial yang bersengkang mata dan ke hulu ke hilir demi menyiapkan buku saya ini dan beberapa buku yang lain. Walaupun itu sudah memang kerja mereka sejak azali namun, saya memahami tekanan setiap buku yang perlu diterbitkan mengikut tarikh tertentu seperti dalam tempoh 2 minggu PBAKL. 

Bagi saya, cukuplah dengan pengalaman satu buku ini. Tahun seterusnya saya tidak target lagi untuk terbitkan buku khusus untuk PBAKL. Lainlah jika memang sudah hantar manuskrip lagi awal. Itu terletak pada budi bicara dan kepakaran editor perolehan untuk menetapkan tarikh buku diterbitkan adakah sempat untuk PBAKL tahun tersebut.

Pada tahun ini, PBAKL 2020 ditunda akibat penularan wabak covid-19. Malaysia dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan demi membendung penularan wabak ini. 

Maka, ramai juga penerbit dan penulis yang saya ikuti sepatutnya ada buku bakal terbit PBAKL tahun ini terpaksa tertangguh. Percayalah, saya boleh bayangkan dan saya boleh rasakan tekanan anda. Buku kebanyakannya tersekat di kilang dalam proses percetakan. Proses inilah proses yang paaalinggg resah sebenarnya. Inikan pula tersekat di kilang kerana PKP yang dekat sebulan ini dan berkemungkinan akan berlanjutan lagi. Wallahu a'lam.

Penerbit buku yang paling sakit sebenarnya. Dengan vakum masa ini, banyak perkara tidak boleh dapat dipastikan hatta menerima manuskrip baru juga tidak mampu dilakukan. Banyak kerugian bakal terjadi.

Dengan segala kepayahan buat masa ini, saya mendoakan semoga semua penerbit buku di Malaysia dan para penulis yang tersekat bukunya di kilang akan dikurniakan jalan keluar dengan segera dan diberikan suasana PBAKL 2020 nanti (khabarnya dalam bulan Jun atau akhir tahun) dengan lebih selamat dan lebih baik kelak.  Insya Allah.

Berbalik kepada buku Saya Suka Mengaji, ia sebenarnya adalah kompilasi kisah pengalaman saya mengajar mengaji di rumah. Ya, sebelum ini saya menerbitkan kisah-kisah ini melalui Ebook pada tahun 2015. 

Pada 2018, saya tambahbaik dan olah semula dengan tips dan panduan mengajar anak kecil mengaji dengan seronok dan hepi-hepi saja tanpa perlu marah-marah. 

Nak marah juga sebab susah nak suruh anak duduk diam mengaji?

Boleh.. Boleh juga nak marah anak pun. Tiada masalah. 

Tips nak marah pun ada saya kongsikan dalam buku ini. Jangan risau, saya bukanlah seorang yang poyo atau terhindar daripada perasaan marah. Saya juga manusia biasa pernah mengalami apa yang anda alami bila mengajar anak di rumah. 

Dengan tempoh PKP ini eloklah kita mulakan semangat yang baru untuk berazam mengajar anak kita mengaji di rumah sendiri. Sekali sekala belajar dari guru mengaji lain secara online pun okey. 

Ambil kesempatan ini untuk menanam saham anda pada anak-anak dengan mengajar sendiri anak mengaji. Agak-agak tak boleh juga sebab cepat nau jadi hijau kembang kempis hidung maka, jatuhlah hukum WAJIB anda memiliki dan menghadami buku ini. Hehe..

Buat masa ini, hanya buku ini sahaja yang masih mempunyai stok di tangan saya. Buku lain sudah kehabisan stok. Sudah order stok yang baru juga tersekat tak sampai-sampai ke tangan saya lagi disebabkan PKP. Harap memahami. Insya Allah saya restok baru selepas Hari Raya nanti.

Untuk pembelian, sila Whats App :











Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Permohonan tauliah guru al-Quran negeri Johor

Kerana makcik itu....... (Al fatihah). Stage 1. Alkisah, satu masa dahulu selepas sessi rehearsal dengan seorang ketua kumpulan yasin di Taman Universiti ini untuk majlis khatam al Quran sehari sebelum majlis pernikahan pada 16 Mei 2008, makcik ini menyuruh saya segera mendapatkan tauliah untuk mengajar ngaji. Ketika itu pada usia 26 tahun, saya hanya tertawa kecil dan berfikir yang tauliah mengajar ngaji tidak termasuk langsung dalam senarai kerjaya idaman saya. Maklumlah, graduate UIAM. (Moga Allah ampunkan dosa-dosa saya). Lagipula, saya membayangkan tauliah sebegitu hanya untuk makcik makcik veteran sahaja. Saya tidak nampak keperluan saya berbuat seperti yg disarankan beliau. Lalu, saya diamkan saja. Allah Maha Berkuasa.

Bagaimana nak daftar pertubuhan alumni di ROS?

Semuanya bermula daripada satu idea. Semasa kami mendapat perkhabaran yang sekolah lama kami menghadapi sedikit kekangan untuk membaikpulih fasiliti, ada beberapa suara yang berbunyi "Sekolah dah tak ada duit ke?" - "Duit kerajaan pergi mana sampai semua dana dipotong?" Ini fenomena biasa. Semua orang berhak bertanya begitu dan begini. Itu hak mereka. Namun, saya tidak mahu memberi banyak alasan dengan hanya bertanya ke sana ke sini mengenai sesuatu yang kita sendiri tidak pasti malah tiada jawapan mengenainya. Jauh sekali mahu berspekulasi serta membawa sisi pandang ke arah 'mencari kesalahan orang lain'. Ia tidak membawa apa-apapun manfaat. Tiada hasil. Lalu, saya mendapat mesej daripada salah seorang kawan lama yang menyatakan hasrat jika boleh diwujudkan satu akaun khas bagi alumni menyalurkan semua sumbangan dana berbanding mengumpul melalui akaun persendirian, itu adalah lebih baik. Kelak, mana tahu sumbangan itu boleh dimanfaatkan me...

Mengandung anak luar nikah?

Nota : Pengalaman saya berjumpa dan menolong seorang remaja terlanjur adalah pengalaman yang harus saya kongsikan bersama agar ia menjadi iktibar buat semua. Apa yang tidak boleh saya lupakan di mana setelah dia melahirkan, anak luar nikah tersebut terpaksa ditinggalkan di wad NICU berikutan masalah jantung yang mengembang. Sepanjang bayi yang tidak dapat disusukan seperti biasa, remaja ini mengalami bengkak susu yang sangat teruk tapi tidak diketahui olehnya juga ibunya. Betapa bengkak susu itu sangat menyeksakan bagi ibu selepas melahirkan, percayalah, menjadi seorang ibu harus punya banyak informasi. Akhirnya, genap 14 hari anak luar nikah ini meninggal dunia. Boleh baca kisahnya di sini.  Berikutan pengalaman berharga ini saya terinspirasi untuk membuka pusat perlindungan remaja terlanjur dan anak terbuang satu hari nanti. Doakan saya. Mudah-mudahan dengan sedikit perkongsian di sini bermanfaat untuk mereka yang sedang tercari-cari jalan yang benar apabila sudah terlanjur...