Langkau ke kandungan utama

Komik Zine Geng Suka Mengaji Kat Rumah Cik Jah






Entah macamana baru teringat saya pernah hasilkan e-comic dengan hasil keuntungan jual KIK satu masa dulu. Beranikan diri mencuba sesuatu yang baru lalu saya gigih mencari Illustrator yang sudi bekerjasama hingga bertemu pelukis komik Faisal Nordin Dan pelukis cover Emira Jimin😊

Dulu, tak terfikir nak jadikan booklet. Dan tak tahu kewujudan zine. Tetiba dapat idea nak jadikan dalam bentuk zine Dan inilah hasilnya. Taraaa...

Sekarang, Fathi & Fatihah dah boleh baca jadi mereka jadi pembaca pertama edisi printed. Dia kata kenapa muka diorang tak ada Dalam komik ni? Haha.. Dan komik mak ni tak sama macam komik lain yang pernah diorang baca. Lain Dari yang lain. 😁

Apa boleh buat. Bila mak nak buat sesuatu, mak tak suka sama macam orang lain. Kena Ada lain sikit supaya orang ingat jejak mak.

Ya, komik ni sangat amatur (budak baru nak belajar) tetapi penuh intipati nasihat. Pengalaman mengajar mengaji & usrah bersama anak-anak mengaji yang direkodkan jadi kenangan terindah bersama ibrah. Bila Fathi & Fatihah dah boleh baca sekarang, nasihat yang sama mereka boleh dapat baca Dan masih relevan dengan usianya yang meningkat dewasa. Walhal sewaktu pengalaman ini direkodkan, mereka masih lagi kecil belum bersekolah.

Bila membaca semula, sungguh ia jadi kenangan mak yang terindah dapat mendidik Dan belajar daripada anak anak yang berbeza latar belakang. Banyak ibrah yang terkesan Dalam jiwa mak. Memori yang mendalam.😌
💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖

Tempahan hanya melalui Print On Demand (POD). 

Ada 38 mukasurat dengan 6 tajuk. RM 8.
Sebahagiannya saya niatkan untuk salurkan pada bekas anak anak murid saya yang yatim & miskin. Insha Allah.

Ada sesiapa yang berminat?
Boleh pm saya. ☺️

Ulasan

Siti Yang Menaip berkata…
menariknya. ada bakat memang seronok. dah komersial ke ? komersial kan la.. mesti dapat sambutan. we need materials macam ni untuk pembacaan anak2 kecil.

Catatan popular daripada blog ini

Mengandung anak luar nikah?

Nota : Pengalaman saya berjumpa dan menolong seorang remaja terlanjur adalah pengalaman yang harus saya kongsikan bersama agar ia menjadi iktibar buat semua. Apa yang tidak boleh saya lupakan di mana setelah dia melahirkan, anak luar nikah tersebut terpaksa ditinggalkan di wad NICU berikutan masalah jantung yang mengembang. Sepanjang bayi yang tidak dapat disusukan seperti biasa, remaja ini mengalami bengkak susu yang sangat teruk tapi tidak diketahui olehnya juga ibunya. Betapa bengkak susu itu sangat menyeksakan bagi ibu selepas melahirkan, percayalah, menjadi seorang ibu harus punya banyak informasi. Akhirnya, genap 14 hari anak luar nikah ini meninggal dunia. Boleh baca kisahnya di sini.  Berikutan pengalaman berharga ini saya terinspirasi untuk membuka pusat perlindungan remaja terlanjur dan anak terbuang satu hari nanti. Doakan saya. Mudah-mudahan dengan sedikit perkongsian di sini bermanfaat untuk mereka yang sedang tercari-cari jalan yang benar apabila sudah terlanjur...

Permohonan tauliah guru al-Quran negeri Johor

Kerana makcik itu....... (Al fatihah). Stage 1. Alkisah, satu masa dahulu selepas sessi rehearsal dengan seorang ketua kumpulan yasin di Taman Universiti ini untuk majlis khatam al Quran sehari sebelum majlis pernikahan pada 16 Mei 2008, makcik ini menyuruh saya segera mendapatkan tauliah untuk mengajar ngaji. Ketika itu pada usia 26 tahun, saya hanya tertawa kecil dan berfikir yang tauliah mengajar ngaji tidak termasuk langsung dalam senarai kerjaya idaman saya. Maklumlah, graduate UIAM. (Moga Allah ampunkan dosa-dosa saya). Lagipula, saya membayangkan tauliah sebegitu hanya untuk makcik makcik veteran sahaja. Saya tidak nampak keperluan saya berbuat seperti yg disarankan beliau. Lalu, saya diamkan saja. Allah Maha Berkuasa.

Pendaftaran anak luar nikah

Dari peti soalan. Nota khas untuk Atty yg sudi bertanya. Sudah dihantar emel namun "Mail Delivery Failed".   Salam kak khadijah. Saya nak Tanya.. anak luar nikah yg dah hampir setahun tapi tak ada sebarang dokumen. Apa pekara terbaik yg boleh saya buat sebagai mak sedara Anak ni. Ibu kandung dia masih menjaga anak ni. Tapi dia xberani nk gi buat Surat beranak. Dia lahirkan baby ni kat Hospital private lepas tu lari. Semua doc termasuk ic ibu ditahan kat hospital tu. Sebagai makcik bdk ni. Saya mmg kesian. Apa boleh saya buat utk tlg. Sbb ibu kandung dia mcm xkisah. Akak tlg reply kat email saya attysqz@gmail.com. 27 Oktober 2013 3:24 PTG Assalamualaikum Atty. Didoakan moga tetap berada dalam keadaan yg sihat dan tenang. Maaf lambat relpy disebabkan keadaan akak kurang sihat. Berkenaan soalan atty mengenai anak saudara yg luar nikah. Sebenarnya, akak ada dapatkan pandangan dari seorang yg berpengalaman dan dah banyak tolong wanita mengandung luar nikah. Panggilnya M...