Langkau ke kandungan utama

اتقوا الله ، خوف & رجع : COVID-19



Satu hari, Farihin (4.5 tahun) bertanya,
"Mak, Allah kan jaga nenek sekarang. Tapi, kenapa kita kena doakan untuk nenek pulak?"

Erk. Mak terkedu sekejap.

Allah jaga nenek mestilah lebih baik dari mak jaga nenek dulu. Berada di sisi Allah mestilah keadaannya baik baik saja. Takkanlah Allah nak biarkan nenek seorang diri terumbang ambing kat sana kan?

Inilah corak pemikiran anak kecil yang masih belum memahami keperluan beragama dengan betul. Belum matang.

Lalu, hari ini ramailah anak anak muda termasuk yang tak berapa muda singgah di kotak komen mufti kita dan tanpa segan silu menulis,

"Ustaz, apa hukumnya orang yang takutkan virus lebih daripada takutkan Allah?"

Ini pula corak pemikiran orang besar yang tersepit lalu terperangkap di dalam pemikiran anak kecil. Tak matang.

Saya bertanya kepada anak anak kecil saya,
"Fathi & Fatihah, kita kena takutkan Allah atau kita kena takutkan penyakit/virus?"

"Ermmm... Kita takutkan Allah lah sepatutnya. Kalau kena penyakit pun boleh sembuh."

"Jadi, kalau kita takutkan Allah?"

"Allah jugak yang turunkan penyakit tu. Buat apa nak takutkan penyakit tu. Baik takutkan Allah yang boleh buat penyakit tu, Allah jugak nanti yang boleh hilangkan & sembuhkan kita dari sakit tu."

"Ok baiklah. Kita balik pada asas. Apa itu takut? Kalau kita takut kat penyakit / virus, kita buat apa?"

"Mmm, kita ambil langkah berjaga jaga?"

"Betul! Kita nak HINDARI atau taknak kena penyakit tu betul? Semua mak taknak anak dia sakit jadi mak mak ni akan cuba macam macam cara supaya anak dia tetap sihat tak terkena penyakit / virus. Betul?"

"Betul."

"Ok. Kalau kita takut pada Allah, apa kita buat? Kita nak HINDARI atau lari dari Allah jugak ke?"

"Tak!"

"Ok. Bila kita takut pada Allah, kita buat apa?"

"Kita buat apa yang Allah suruh, tinggalkan apa yang Allah larang."

"Ok. Itu asasnya. Apa yang Allah suruh & apa yang Allah larang tu maksudnya apa? Kita nak dekatkan lagi diri kita pada Allah. Betul tak? Bukan nak jauhkan diri kita dari Allah. Kan?"

"Ooo kkkk.." *Mata juling juling.

"Maknanya.. Takut kita pada sesuatu ciptaan Allah atau apapun kat dunia ni tak boleh disamakan dengan macamana kita takut pada Allah. Abang takut lipas. Lipas mati tepi pintu pun jauh sebatu abang taknak lalu kat pintu tu. Orang takut hantu, kalau nampak hantu ke ponti ke terus lari berbatu batu tak cukup tanah.

Maksud takut manusia faham ialah jauhkan diri bila takutkan sesuatu. Tapi berbeza bila kita Rasa takut pada Allah! Kita makin nak dekat dengan Allah. Kita takut Allah murka kalau buat dosa lagi kat dunia ni. Kita nak dekat lagi dengan Allah.

LGBT yang tahu diri dia dimurkai Allah kerana ubah jantina tu pun sanggup beribadah sampai kat Mekah sana semata mata nak Rasa dekat dengan Allah.

Kita takut Allah. Sebab tu kita nak dekat lagi dengan Allah. Baca ayat ayat Allah (Al Quran) Rasa dekat dengan Allah. Ada tak orang takut dengan Allah taknak baca Al Quran sebab Rasa takut dia macam takutkan penyakit?"

"Takkk..."

"Sebab itulah, aqidah kita kena jaga. Macamana orang boleh samakan Rasa takut Allah dengan benda lain? Mak tak fahamlah orang orang ni. Ok lagi satu. Masa abang dengan Tiha kecik dulu selalu tanya mak,

Mak, Allah tu ada tangan tak? Habis macamana Allah bagi rezeki?

Mak, Allah sambut birthday tak macam kawan abang?

Mak, Allah tu kuat macam superman ke?

Masa tu apa mak jawab?"

"Mak kata Allah tak sama macam manusia. Jadi kita tak boleh bayangkan Allah sama macam mana mana makhlukNya."

"Bagus Tiha ingat lagi!"

"Itulah basic aqidah mak terapkan dari kecik. Bila dah besor kena ingat! Tak boleh kita samakan Allah itu macam manusia apalagi kita samakan perasaan kita macam makhluk lain. Rasa takut pada Allah ataupun kemurkaanNya itu takkan bawa kita jauhkan diri daripadaNya. Tapi bila kita sebagai manusia biasa yang Allah cipta ada rasa takut dengan sesuatu kat dunia ni, Rasa Tu akan buatkan kita taknak dekatinya langsung. Beza sangat!

Dalam Al Quran pun ada sebut Allah berikan Rasa takut pada manusia supaya apa? Supaya kita kembali pada Allah. Kembali macamana?

Balik pada asas. Rasa takut pada Allah akan buatkan kita nak dekat lagi dengan Allah. Berdua duaan dengan Allah tanpa orang tahu atau orang nampak. Hanya kita & Allah. Kita mengadu pada Allah. Kita pulangkan pengharapan Tertinggi pada Allah tanpa ada interference manusia lain. Sweet tak?

Itu yang Allah nak.

Manusia sekarang nak beribadah pun nak tunjuk kat satu dunia ambil gambor depan kaabah. Kurang adab namanya. Nak dekat dengan Allah atau followers IG sendiri?

Masjid tutup sebab nak bagi beberapa hari dibersihkan sepenuhnya. Lagi sebulan nak puasa ni harapannya bolehlah kita semua datang beramai-ramai ke masjid masa tu. Kalau tak buat pembersihan dan kuarantin sekarang, bulan depan sila-silap tak dapat kita terawih kat masjid kalau keadaan makin tak terkawal. Kan lagi sedih kalau jadi gitu! Haaa, ini dok kecam mufti mufti yang buat keputusan ni semua tindakan pengecut takutkan virus Dari takutkan Allah. Patut ke kita cakap macam tu?"

"Err mak. Mak ni macam ustazahlah. Panjang sangat ni mak bercakap."

Iyalah... Mak cakap berjela ni faham ke tak?

#betulkanaqidah
#covid19


Ittaqullah.
اتقوا الله 
Takutkan Allah TAK SAMA dengan kita takutkan sesuatu yang bersifat makhluk. Tang mana yang sama?
Jangan samakan.

خوف 
Takut masjid jadi punca fitnah pada agama kerana menyebarkan penyakit. Takut kita jadi punca orang lain sakit. Inilah ajaran Islam. 
Khauf.
Fitrah dan emosi biasa bagi setiap manusia normal. Dengan perasaan takut inilah  membolehkan terbitnya perasaan seterusnya iaitu raja'.  

رجع 
Kembali kepada Allah. Melalui satu ketakutan perlunya kita kembali kepada Allah dengan setinggi-tinggi pengharapan. رجع tak memerlukan tempat yang spesifik. 
  Raja'.
Kembalilah kepada Allah melalui banyak cara. Usah rigidkan melalui tempat. Allah itu tiada bertempat. Malah tidak memerlukan tempat.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Permohonan tauliah guru al-Quran negeri Johor

Kerana makcik itu....... (Al fatihah). Stage 1. Alkisah, satu masa dahulu selepas sessi rehearsal dengan seorang ketua kumpulan yasin di Taman Universiti ini untuk majlis khatam al Quran sehari sebelum majlis pernikahan pada 16 Mei 2008, makcik ini menyuruh saya segera mendapatkan tauliah untuk mengajar ngaji. Ketika itu pada usia 26 tahun, saya hanya tertawa kecil dan berfikir yang tauliah mengajar ngaji tidak termasuk langsung dalam senarai kerjaya idaman saya. Maklumlah, graduate UIAM. (Moga Allah ampunkan dosa-dosa saya). Lagipula, saya membayangkan tauliah sebegitu hanya untuk makcik makcik veteran sahaja. Saya tidak nampak keperluan saya berbuat seperti yg disarankan beliau. Lalu, saya diamkan saja. Allah Maha Berkuasa.

Bagaimana nak daftar pertubuhan alumni di ROS?

Semuanya bermula daripada satu idea. Semasa kami mendapat perkhabaran yang sekolah lama kami menghadapi sedikit kekangan untuk membaikpulih fasiliti, ada beberapa suara yang berbunyi "Sekolah dah tak ada duit ke?" - "Duit kerajaan pergi mana sampai semua dana dipotong?" Ini fenomena biasa. Semua orang berhak bertanya begitu dan begini. Itu hak mereka. Namun, saya tidak mahu memberi banyak alasan dengan hanya bertanya ke sana ke sini mengenai sesuatu yang kita sendiri tidak pasti malah tiada jawapan mengenainya. Jauh sekali mahu berspekulasi serta membawa sisi pandang ke arah 'mencari kesalahan orang lain'. Ia tidak membawa apa-apapun manfaat. Tiada hasil. Lalu, saya mendapat mesej daripada salah seorang kawan lama yang menyatakan hasrat jika boleh diwujudkan satu akaun khas bagi alumni menyalurkan semua sumbangan dana berbanding mengumpul melalui akaun persendirian, itu adalah lebih baik. Kelak, mana tahu sumbangan itu boleh dimanfaatkan me...

99 hari emak yang kuat - Krukenberg

Sejak Julai lalu tak update blog ni. Entry terakhir pada bulan terakhir sambut birthday sama-sama dengan mak buat kali terakhir - 13 & 14 Julai 2019. Dan kemudian Allah izinkan saya mengadakan bengkel bedah buku yang terakhir sebelum saya nekad melepaskan semuanya demi menjaga dan merawat emak sepenuh masa dengan tenang. Alhamdulillah. Kita diberi pelbagai nikmat dan kegembiraan bersama-sama sekeluarga. Alhamdulillahi 'ala kulli haal. Akhir bulan Ogos 2019, semuanya bermula. Emak disahkan mengalami kanser ovari terlebih dahulu. 8 September, barulah disahkan bacaan tinggi Cancer Marker pada ovari DAN usus. Stage 4.