Langkau ke kandungan utama

Kebebasan kerjaya surirumah




Buat sementara waktu, saya akan hibernate sebentar dari facebook.

Ada tugas baru sejak lantikan sebagai Timbalan Pengerusi KSPSIJB tempohari. Berat rasa amanah ini. Banyak yg perlu dirombak dan diberi nafas baru.

Untuk beberapa ketika, saya akan menumpukan aktiviti pada kelab.

Dalam waktu terdekat ada PC Course yg perlu diuruskan dengan baik. Sesiapa yg berminat mengembangkan kerjaya surirumah, bolehlah ikut jejak saya dengan bermula di sini. ;)

♻ Pendaftaran secara online di > http://goo.gl/uHQydo

.

Seminggu ini juga dapatlah merasa menjadi Pegawai Kreatif cum Designer untuk kelab. Hehe.. Tempohari, dapat merasa kerjaya Editor Video.

Lepas ni, kita tukar lagi kerjaya sebagai Webmaster pula ya menyusun strategi membangunkan sebuah website ala-ala The Vocket! Jangan risau, saya tak tiru. Saya hanya mahu buat yg lebih baik dalam kapasiti penulis yg sedida ada dan punya originaliti tersendiri. Insha Allah, doakan!



Ini semua kenangan terindah sepanjang 34 tahun hidup di dunia ini. Syukur dapat berbakti kepada masyarakat dengan kebolehan yg kecil ini.

Alhamdulillah, dapat merasa pelbagai jenis pekerjaan.

Kebebasan kerjaya. Itulah yg diidamkan selama ini.

Saya pilih apa yg saya nak buat. Tanpa tekanan. Pro-aktif!

Untuk simpanan peribadi, saya simpan sedikit kenangan hasil stay up di malam hari di sini.

Fungsinya nanti akan dapat dilihat sedikit masa lagi.

(Canva.com)

 (Canva.com)


(Conceptboard App @ Google Drive)







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Permohonan tauliah guru al-Quran negeri Johor

Kerana makcik itu....... (Al fatihah). Stage 1. Alkisah, satu masa dahulu selepas sessi rehearsal dengan seorang ketua kumpulan yasin di Taman Universiti ini untuk majlis khatam al Quran sehari sebelum majlis pernikahan pada 16 Mei 2008, makcik ini menyuruh saya segera mendapatkan tauliah untuk mengajar ngaji. Ketika itu pada usia 26 tahun, saya hanya tertawa kecil dan berfikir yang tauliah mengajar ngaji tidak termasuk langsung dalam senarai kerjaya idaman saya. Maklumlah, graduate UIAM. (Moga Allah ampunkan dosa-dosa saya). Lagipula, saya membayangkan tauliah sebegitu hanya untuk makcik makcik veteran sahaja. Saya tidak nampak keperluan saya berbuat seperti yg disarankan beliau. Lalu, saya diamkan saja. Allah Maha Berkuasa.

Bagaimana nak daftar pertubuhan alumni di ROS?

Semuanya bermula daripada satu idea. Semasa kami mendapat perkhabaran yang sekolah lama kami menghadapi sedikit kekangan untuk membaikpulih fasiliti, ada beberapa suara yang berbunyi "Sekolah dah tak ada duit ke?" - "Duit kerajaan pergi mana sampai semua dana dipotong?" Ini fenomena biasa. Semua orang berhak bertanya begitu dan begini. Itu hak mereka. Namun, saya tidak mahu memberi banyak alasan dengan hanya bertanya ke sana ke sini mengenai sesuatu yang kita sendiri tidak pasti malah tiada jawapan mengenainya. Jauh sekali mahu berspekulasi serta membawa sisi pandang ke arah 'mencari kesalahan orang lain'. Ia tidak membawa apa-apapun manfaat. Tiada hasil. Lalu, saya mendapat mesej daripada salah seorang kawan lama yang menyatakan hasrat jika boleh diwujudkan satu akaun khas bagi alumni menyalurkan semua sumbangan dana berbanding mengumpul melalui akaun persendirian, itu adalah lebih baik. Kelak, mana tahu sumbangan itu boleh dimanfaatkan me...

Mengandung anak luar nikah?

Nota : Pengalaman saya berjumpa dan menolong seorang remaja terlanjur adalah pengalaman yang harus saya kongsikan bersama agar ia menjadi iktibar buat semua. Apa yang tidak boleh saya lupakan di mana setelah dia melahirkan, anak luar nikah tersebut terpaksa ditinggalkan di wad NICU berikutan masalah jantung yang mengembang. Sepanjang bayi yang tidak dapat disusukan seperti biasa, remaja ini mengalami bengkak susu yang sangat teruk tapi tidak diketahui olehnya juga ibunya. Betapa bengkak susu itu sangat menyeksakan bagi ibu selepas melahirkan, percayalah, menjadi seorang ibu harus punya banyak informasi. Akhirnya, genap 14 hari anak luar nikah ini meninggal dunia. Boleh baca kisahnya di sini.  Berikutan pengalaman berharga ini saya terinspirasi untuk membuka pusat perlindungan remaja terlanjur dan anak terbuang satu hari nanti. Doakan saya. Mudah-mudahan dengan sedikit perkongsian di sini bermanfaat untuk mereka yang sedang tercari-cari jalan yang benar apabila sudah terlanjur...