Langkau ke kandungan utama

Mengajar anak supaya dapat mengaji dengan lancar?


Bagaimana mengajar anak melancarkan bacaan al-Quran?

Ada satu soalan yang baik daripada pembaca boleh dikira sambungan kepada post sebelum ini #tipsajaranakmengajidirumah

"Terbaik kak, ada tips tak nak suruh anak melancarkan bacaan? Dulu sebelum mengaji kita disuruh guru melancarkan bacaan yg sudah dimengajikan sebelum ini."

.

1. Untuk melancarkan bacaan sebaiknya melalui latihan berulangkali. Maknanya setiap hari pastikan anak mengaji at least 1 muka surat. Makin banyak dia mengaji, makin banyak dia berlatih, makin lancar bacaannya insha Allah.

2. Tunjukkan bacaan yang lancar dengan tajwid yang betul kepada anak. Saya pernah kongsikan sebelum ni, kita yang kena baca Quran dengan lancar dulu.

Ajak anak duduk di sebelah kita dan suruh dia dengar dan semak bagaimana kita mengaji. Pegang jarinya mengikut bacaan kita. Mana bacaan yang perlu dipanjangkan, tunjuk pada tanda bacaan tu dengan lama. Mana yang pendek dilajukan jari. Tunjuk sambil membacanya dengan tartil supaya anak dengar sendiri bacaan yang lancar Dari ibubapanya itu bagaimana.

3. Berikan dia tugasan untuk menyemak bacaan adik beradiknya yang lain dan perbetulkan jika ada tajwid yang salah dibaca. Suruh dia membacakan bacaan yang betul walaupun lambat. Tak apa. Berikan dia masa.

Latihtubi yang berterusan setiap hari akan melancarkan sendiri bacaannya dari masa ke masa, Insha Allah! :)

.
.
.

Rujukan post

Empat (4) cara mendorong anak terus mengaji :

Beberapa tahun lalu, saya ada berkongsi cara bagaimana boleh kita "tackle" kembali hati anak-anak apabila sampai 1 masa nanti anak secara tiba-tiba saja tidak mahu mengaji. Baca di sini. Lebih-lebih lagi anak lelaki. Dan fasa ini adalah bagi anak yg di bawah 6 tahun.

Anak lelaki memang banyak fikiran & kerenahnya jika sudah "boring" mahu mengaji. Samalah gayanya jika dia bermain, adakah mereka mampu duduk betah hanya dengan 1 jenis game?

Itu normal. Anak kita bukan setiap masa meningkat imannya. Atau punya iman yg statik tidak berganjak..

Anak kita adalah manusia biasa. Punya iman turun naiknya.

Itu realitinya.

Saya tidak mahu berkongsi hanya yg manis-manis belaka bagaikan anak-anak kita ini terlalu sempurna baiknya. Suruh mengaji - dia mengaji.

Tidak! Pasti ada cabarannya bukan?

Hakikatnya, anak kita seperti diri kita juga.

Mak ayah sekalian..
Lebih banyak baca al-Quran atau lebih banyak baca facebook?
Mendirikan solat 5 waktu + kerap melakukan solat-solat sunat atau lebih kerap buka facebook melebihi 5 kali sehari?
;)

Jangan salahkan anak jika anak tidak mahu mengaji seperti anak orang lain yg mampu khatam di usia muda jika jawapan kita bagi soalan di atas ini ialah kekerapan lebih 5 kali memihak kepada buka facebook berbanding al-Quran.

.

Bagi fasa seterusnya, apabila anak sudah mula naik al-Quran (biasanya 7 tahun ke atas) boleh mencuba ketiga-tiga cara ini :

1. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.

Bersetuju dengan permintaan anak untuk mengaji separuh mukasurat saja. Tak mengapa sedikit-sedikit. Jangan bergaduh jika anak tidak mahu baca habis 1 muka.

Babitkan "pengaruh rakan sebaya" (adik-beradik lain) untuk menyemak bacaan di sebelahnya walaupun kita ada menyemak bacaaan di hadapannya.

Kemudian, adik-beradik lain sambung membaca lagi separuh mukasurat tersebut dan dia pula yg menyemak bacaan adiknya itu. Dengan ini, di sebenarnya dapat membaca 1 mukasurat secara konsisten

* Dapatan : Semasa dia mengaji, terdapat banyak kesalahan panjang pendek & tersilap huruf dan baris. Tapi, bila dia menyemak bacaan adiknya, dia alert dan tahu huruf & baris serta panjang pendek yg betul. Ajaib! Dia belajar bacaan yg betul melalui "pengaruh rakan sebaya" yg kuat.

2. Jadilah suri teladan kepada anak.

Apabila anak lebih seronok bermain-main robotnya atau bergusti dengan adiknya selepas solat maghrib, panggil anak dengan baik untuk duduk di sebelah kita. Peluk dia.

Bukalah al-Quran dan bacalah bersama anak.

Suruh dia perhatikan bagaimana kita membaca al-Quran dengan tartil. Panjang pendeknya, dengungnya, makhrajnya. Suruh dia ddengar betul-betul dan suruh dia tunjukkan dengan jarinya mengikut apa yg kita baca.

Dapatan : Anak menjadi semakin alert dan mendapat contoh yg betul bagaimana membaca al-Quran secara tartil berbeza apabila dia membaca buku BM atai BI. Apabila kita membaca dengan tegas tanpa meleweh, sekejap saja dapat menghabiskan bacaan 1 muka surat. Dan mampu membaca bersama kita hingga 2 mukasurat. Mulakan sedikit-sedikit dulu.

3. Tak perlu kejar khatam al-Quran cepat. Beri ruang eksplorasi al-Quran.

Saya belajar ini daripada fathi. Pada 1 hari, dia bertanya kepada saya mengenai apa yg akan berlaku bila hari kiamat? Saya terus nyatakan yg itu semua Allah ada terangkan dalam al-Quran. Lalu, dia berminat untuk membacanya.

Bermula hari itu, dia lebih gemar mengaji dan kemudiannya membaca terjemahannya sekali. Dia mahu tahu mengenai kiamat, dia membuka surah an-naba' semula walhal dia sudah membaca al-baqarah.

Jika diikutkan.. Dia sendiri menurunkan bacaannya ke muqaddam selepas naik al-Quran. Tapi, bagi saya tak mengapa. Jika dia mahu membaca Iqra semula pun saya ok.

Kerana apa?

Saya bertanya kembali kepada diri saya.

Mengapa kita perlu paksa anak untuk mengaji supaya cepat khatam al-Quran?

Mahu anak cepat khatam al-Quran kemudian nak pergi mana?

Apa halatuju kita?

Apa niat sebenar kita mahukan anak fasih membaca al-Quran?

Apakah gunanya jika anak cepat khatam al-Quran dengan masih banyak lagi bacaan panjang pendeknya yg salah?

Akhirnya, ia menjadi saham kita di dalam kubur nanti dengan bacaan yg betul atau bacaan yg salah?

Saham yg manakah satu yg kita inginkan di kemudian hari?

Biar lambat, asal selamat.

Fathi di sekolah, dia masih mengaji Iqra. Katanya sengaja tak mahu beritahu cikgu yg dia sudah naik al-Quran.

Mendengarnya, juling-juling mata saya! Dia perlu jujur.

Tapi dalam masa yg sama, saya fikir tak mengapa jika dia sendiri rasa happy membaca Iqra berulangkali tanpa ada rasa terbeban atau paksaan dalam dirinya.

Di rumah, dia membaca al-Quran seperti biasa bermula surah al-baqarah.

Ada hari, datang moodnya mahu bereksplorasi dengan al-Quran, saya membiarkannya membaca muqaddam (juzuk amma) pula. Kerana juzuk amma adalah sesuai untuk dijadikan sesi tadabbur. Mulakan dengan surah yg pendek-pendek dan mudah difahami anak.

Dapatan : Apabila kita menjadi fleksibel, anak juga akan menjadi fleksibel dengan permintaan kita. Dia mudah mengikut kata. Dan lebih seronok untuk mengaji kerana membaca al-Quran bukanlah hanya mengenai "kena marah akibat salah membaca panjang pendek ayat" tetapi ia menjadi kamus rujukan pada bila-bila masa dia mahu mengetahui sesuatu yg bermain di fikirannya.

Raikan permintaan pengetahuannya!

Dan biarkan anak bereksplorasi dengan al-Quran. Tidak mengapa ambil masa untuk khatam al-Quran. Sekurang-kurangnya, anak dapat mempelajari untuk tadabbur al-Quran dan faham apa yg dibacanya.

Ia sesuatu yg boleh dibanggakan kerana anak dapat belajar bahasa Arab, bahasa syurga ini yg bukan bahasa ibundanya. Pasti memerlukan masa.

Tentulah berbeza dengan Imam Malik satu masa dahulu yg mana bahasa Arab merupakan bahasa percakapan beliau. Khatam di usia muda dengan memahami apa yg dibacanya.

Ukur baju di badan sendiri.

Berikan dorongan dan pengiktirafan di atas usaha dan kemahuan anak untuk terus suka mengaji.

Inilah cabaran kita menjadi ibubapa yg mahu mendidik anak di abad ke-21 ini untuk menyukai al-Quran sepertimana mereka suka mengadap Didi & friends setiap hari! :)


4. Bermain dengan buku X-plorasi surah-surah al-Quran.



Fathi menulis, Fatihah memegang al-Quran dan menyelak-nyelak mukasuratnya sambil membaca dari awal terjemahan surah hingga habis. Persis mereka membaca ensiklopedia & kamus untuk mencari sesuatu dengan penuh khusyuk!

Rupa-rupanya, mereka sedang mencari Nabi apakah yg disebut di akhir surah al-Maidah?
Gigih membaca satu persatu muka, akhirnya saya memberikan sedikit panduan untuk mereka mencari jawapan bagi semua soalan. Melaluinya, mereka membaca al-Quran siap terjemahannya.
Mengaji dengan cara fun!

*Mak pun tumpang enjoy untuk faham al-Quran. Banyak juga mak belajar perkara baru. Subhanallah! :)

Selamat berusaha..

#quranichomeschooling
#sukamengaji
#mendoronganaksukamembacaalquran
#didikanakabadke21

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mengandung anak luar nikah?

Nota : Pengalaman saya berjumpa dan menolong seorang remaja terlanjur adalah pengalaman yang harus saya kongsikan bersama agar ia menjadi iktibar buat semua. Apa yang tidak boleh saya lupakan di mana setelah dia melahirkan, anak luar nikah tersebut terpaksa ditinggalkan di wad NICU berikutan masalah jantung yang mengembang. Sepanjang bayi yang tidak dapat disusukan seperti biasa, remaja ini mengalami bengkak susu yang sangat teruk tapi tidak diketahui olehnya juga ibunya. Betapa bengkak susu itu sangat menyeksakan bagi ibu selepas melahirkan, percayalah, menjadi seorang ibu harus punya banyak informasi. Akhirnya, genap 14 hari anak luar nikah ini meninggal dunia. Boleh baca kisahnya di sini. 

Berikutan pengalaman berharga ini saya terinspirasi untuk membuka pusat perlindungan remaja terlanjur dan anak terbuang satu hari nanti. Doakan saya.

Mudah-mudahan dengan sedikit perkongsian di sini bermanfaat untuk mereka yang sedang tercari-cari jalan yang benar apabila sudah terlanjur.

Apa yang p…

Coklat ada sepanjang masa.

Untuk makluman semua, walaupun saya tak banyak update entri tentang coklat tak bermakna saya tak buat coklat lagi. 
Coklat saya ada dijual di Jusco Taman Universiti setiap hari sepanjang masa tanpa cuti. Anda boleh masuk melalui pintu Jusco yang belakang sekali berdekatan KFC, PizzaHut dan tempat mainan kanak-kanak yang bertoken itu. Kemudian ke hadapan sedikit menuju ke tangga bergerak. Betul-betul sebelum tangga bergerak anda akan nampak booth ini. 
Namanya di atas tertulis TAQWA CEMERLANG. Menjual banyak kuih-muih tradisional, kerepek, dan bahulu sedap fresh masak di situ. Di hadapannya adalah kedai Lovely Lace dan Poh Kong. 
Tempat lelaki berbaju oren itu berdiri adalah tempat coklat saya dipamerkan. Nampakkan bekas yang kecil-kecil itu? Tinggal satu saja lagi coklat dalam bekas kecil ini yang mengandungi 30 biji coklat campuran. Dan yang ada setiap hari adalah lollychoc dan chocbar yang dipamerkan di bahagian tepi.

Terhenti di persimpangan.

Sejak akhir-akhir ini saya ditemukan dengan suatu peristiwa yang agak sukar untuk saya hadam. Sepanjang hidup saya yang baru menginjak 30 tahun ini, saya terpilih untuk melalui peristiwa sebegini untuk saya belajar dan menghadam sesuatu di sebaliknya. Sesuatu yang sangat berat untuk saya fahami. Kerana itu saya terhenti agak lama untuk memahaminya dan gagal menulis apapun di sini seperti biasa. Ianya sangat besar dalam hidup saya. Saya nukilkan di sini agar menjadi pedoman dan peringatan kepada kita semua khususnya kepada remaja perempuan yang bakal melangkah ke alam wanita sebenar agar peliharalah darjatmu~

KETERBUKAAN DALAM TERTUTUP, TERTUTUP DALAM KETERBUKAAN

Saya suka menonton rancangan 'Born in every minutes' di Biochannel astro @ 731.. Saya suka melihat gelagat ibu-ibu melahirkan di sebuah hospital dan melihat betapa sibuknya misi dan doktor melayan gelagat ibu mengandung serta menyambut kelahiran bayi di setiap jam dan minit. Kebiasaannya sudah pasti pasangan yang suda…