رَبِّ هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ

Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh

وَاجْعَلْ لِي لِسَانَ صِدْقٍ فِي الْآخِرِينَ

Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian

وَاجْعَلْنِي مِنْ وَرَثَةِ جَنَّةِ النَّعِيمِ

Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim

وَلَا تُخْزِنِي يَوْمَ يُبْعَثُونَ

Dan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula -

يَوْمَ لَا يَنْفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ

Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun

إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ

Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera

وَأُزْلِفَتِ الْجَنَّةُ لِلْمُتَّقِينَ

Dan (pada hari itu) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertaqwa

(Surah ash-shua'ra)

Sabtu, 26 Ogos 2017

# anak # homeschooling

My Busybook KIK ~ anak terbaru 2017






Februari 2017.

Buat pertama kalinya busybook KIK dilancarkan. Projek ini sebenarnya dah bermula sejak 2 tahun sebelumnya lagi di peringkat perbincangan dan mencari krafter yang bersesuaian. Ia bersaiz A4 sebanyak 14 helai = 28 mukasurat kerana saya sekalikan pembelajaran huruf tunggal dan berbaris dalam satu mukasurat. Saya fikir, ianya lebih mudah kerana tak perlu asing-asingkan set huruf tunggal dengan yang berbaris. Anak-anak boleh belajar sekali jalan saja.

Alhamdulillah, awal tahun 2017, ianya dapat dilahirkan! Melihat barisan karya saya yang keluar tahun demi tahun membuatkan saya bersemangat mahu berkarya lagi setiap tahun akan datang insha Allah. Ia satu kepuasan peribadi dan kebebasan kerjaya bagi saya seorang surirumah. Alhamdulillah.


Batch pertama 10 set terawal ini mendapat sambutan yang menggalakkan walaupun ramai mengadu yang harganya mahal. Dalam tempoh yang diberikan (tak silap saya dalam 1 minggu) ianya habis ditempah oleh 10 nama tetapi berlaku penarikan tempahan pada saat akhir kerana terlalu lama menunggu. Perkara sebegini di luar jangkaan saya kerana krafter memerlukan masa dan adakalanya krafter mempunyai hal-hal keluarga seperti anak sakit dan sebagainya. Kerana itu, saya hanya mengambil bayaran setelah busybook siap dibuat.

Mujur ada sahaja yang menggantikan nama-nama tersebut dengan segera. Patah tumbuh, hilang berganti. Alhamdulillah. Allah memudahkan urusan ini.

Yalah, saya diberitahu oleh krafter, sejenis busybook memang mahal harganya kerana masanya dan ketelitiannya menyiapkan satu-satu set itu perlukan komitmen yang sangat tinggi! Semuanya hand made. Krafter juga mempunyai anak-anak kecil. Di sebelah paginya beliau bekerja di pejabat. Hanya di sebelah malam saja beliau punya masa untuk semua tempahan. Terpaksalah stay up.

Ibu bekerjaya Mommy Orked ni. Saya sangat kagum dengannya! Kalau saya pandai buat sendiri dah lama saya tolong beliau.. Hehe.. Tapi, biarlah saya serahkan kepada yang profesional.

Saya pernah bertanya kepadanya berapa harga busybook (BB) / quietbook (QB) paling mahal pernah dijualnya?

Jawabnya RM800 untuk 8 helai! Buyer adalah dari singapore. Tambahan pula, aktiviti dalam BB/QB tersebut memang leceh nak buat.

Nak menangis mendengornya! Bayangkan jika saya nak buat huruf hijaiyyah yang 28 itu + aktiviti saya perlukan 28 mukasurat?

Memang saya maklum sejenis BB/QB ini memang mahal. Kerana itu saya tak mampu membelinya untuk anak-anak sejak dari dulu. Hehe..

Tapi, kali ini saya nekad menerbitkan sendiri BB kerana alang-alang membayar mahal saya mahu memberikan pilihan kepada ramai ibubapa lain yang berfikir seperti saya untuk menjadikannya mempunyai manfaat yang tinggi iaitu sebagai bahan bantu mengajar anak-anak mengenal huruf al-Quran bukan sekadar bermain dan mengasah soft skillnya sahaja.

Saya bertanya lagi kepada krafter, ada tak sebelum ini orang menempah untuk aktiviti kenal huruf hijaiyyah?

Katanya ada saja. Alif Ba Ta dan jawi. Cuma huruf semata-mata sajalah. Tiada aktiviti apapun sebab tak tahu nak buat aktiviti apa. 

Dari situ, saya nekad sekali lagi untuk mengubah persepsi orang ramai. 

Bahawa untuk ajar anak mengenal huruf hijaiyyah pun tak semesti duduk senyap mengadap buku mengaji atau perlu hafal huruf semata-mata. Malah, sebenarnya anak-anak boleh mengenal huruf melalui bentuk dan ciri-ciri huruf yang sama dengan alam sekeliling yang sering dilihatnya. Tambah lagi, saya menterjemah persamaan bentuk itu dalam bentuk aktiviti yang boleh dimainkan anak melalui BB ini. 

Alif - tegak macam pokok - main buka tutup zip ke atas dan ke bawah

Ba - melengkung macam bawah kapal - rasa perbezaan material bentuk kapal dan ada air di bawahnya -m ba ada 1 titik di bawahnya

Ta - macam 2 mata dan mulut yang tersenyum - 2 mata (butang ketap) yang buka tutup

Dan seterusnya...

Jika anda sudah memiliki Kad Imbas Khadijah sebelum ini dan sudah biasa dengan penggunaannya, ia akan menjadi lebih mudah untuk bercerita dengan anak-anak sambil bermain mengenal huruf.

Cuma, bagi edisi BB ini saya ada menukarkan beberapa imej kerana kesukaran krafter untuk membuat aktiviti dengan imej tersebut dan agak kurang kemas. Saya menukarkan imej pada huruf dzal, ro & zay.

Pada mulanya, saya tidak tahu nak tukarkan kepada apa lalu saya bertanyakan anak-anak saya. Dengan laju mereka memberi idea yang Ro seperti bentuk pisang, Zay seperti pisang yang ada ulat di atasnya! Hahaha! Siap lukiskan untuk saya lagi..

Fathi juga mencadangkan supaya huruf Tha ditukarkan juga.. Nampaknya sikit-sikit lah dulu nak! Huruf Tha tu mak kekalkan juga gambar gigit lidah kerana ramai tak tahu menyebutnya dengan betul. Huruf Tha kata kuncinya "gigit lidah" supaya orang tahu menyebutnya dengan betul sejak kecil lagi iaitulah Tha BUKAN Sa.

Nak senang ingat, gigit lidah depan hujung sedikit dan sebutlah Tha! 

* Di sini, saya tidak menggunakan ayat "letakkan hujung lidah di atas gigi atas baris hadapan" untuk menyebutnya kerana ia terlalu complicated bagi seorang anak kecil memahaminya. Kerana itu bagi huruf Tha cukup sekadar kata kunci "gigit lidah". 



Sebenarnya, saya pernah mengingatkan ibubapa lain yang menggunapakai KIK sebelum ini. Gunakanlah apa saja persamaan bentuk dan rupa bagi mengajar anak kecil anda mengenal huruf. Tak semesti mengikut KIK ini secara total. Boleh mengubahnya mengikut kesukaan anak anda. KIK ini hanyalah salah satu kaedah atau idea yang saya kongsikan supaya ibubapa punya cara dan kaedah untuk mudah mengajar anak mengenal huruf. Kalau ada idea yang lebih baik, silakan! Kerana itu, kali ini BB berbeza daripada gambar-gambar dalam KIK sendiri. Ia boleh berubah-ubah!

Kelak, mana tahu KIK cetakan ketiga nanti yang akan diterbitkan oleh Telaga Biru, Insha Allah, juga akan mengalami beberapa perubahan imej setelah berbincang dengan ramai pihak. Lagi banyak idea saya dapat bersama tim Telaga Biru! Saya amat menghargainya dan menerimanya dengan hati terbuka. Syukur, alhamdulillah..


Ogos 2017.






Bagi edisi kedua ini, saya mendapat ilham secara tiba-tiba pada satu malam selepas tahajjud. Ia sebenarnya adalah idea daripada abang saya sendiri semasa awal-awal dahulu saya ingin menerbitkan BB ini saya ada meminta nasihat dan pandangan beberapa ahli keluarga yang lain. Abang saya menasihatkan saya untuk membuatnya asing huruf tunggal dan berbaris. Semasa itulah, dialog abang saya berulang-ulang di telinga saya.

Saya berfikir macamana nak buat asing? Padahal saya mahu orang membelinya lengkap sekali dalam 1 tempat lebih senang. Tak payah banyak sangat set kena buat.

Tiba-tiba, idea BB bersaiz mini A5 sama seperti kad imbas terbit!

Makanya, saya memberitahu krafter yang edisi kali ini saya mahu membuat edisi mini. Set huruf tunggal dan set huruf berbaris diasingkan.

Makanya, saya tak memberati ibubapa dengan harga yang mahal. Mana yang mampu membeli 1 set saja dulu bolehlah beli. Tak perlu beli kedua-dua set. Dan kali ini saya membuat 2 kali bayaran juga dengan tujuan tidak mahu memberati ibubapa. Ikutlah kemampuan sekadarnya. Jika mahu membayar 3 kali juga boleh. Saya fleksibel dan memahami.

Alhamdulillah, edisi kedua ini mendapat sambutan yang di luar jangkaan saya juga, hingga tak cukup tangan dibuatnya untuk saya PM seorang demi seorang. Bersabarnya.. Tunggu giliran.

Bagi memudahkan proses menempah, bolehlah yang berminat isi borang ini sahaja dengan syarat bersetuju dengan terma dan syarat yang dinyatakan. Semua detail ada dalam borang ini > http://bit.ly/2w6303G

Nombor giliran akan terus diberikan selepas borang diterima di sini. Ini lebih memudahkan saya juga sebenarnya. Jika PM saya pun saya akan minta isi borang ini dulu kerana perlu merekodkan nama-nama orang lain yang sudah membuat deposit dan menyusunnya mengikut giliran. Saya perlulah adil untuk menetapkan giliran.

Namun begitu, saya harap anda dapat memahami jika terpaksa menunggu lama. Ini kerana BB dibuat hanya selepas tempahan dilakukan dengan deposit. Bahan-bahan kraf sekarang pun sama naik harganya makanya, mudah-mudahan dengan deposit ini dapat meringankan kos awal krafter untuk menyediakan bahan-bahannya.


Di sini juga saya ingin berterima kasih kepada Puan Fatimah Mohd Yunus kerana kesudiannya menjadi krafter terawal menyiapkan prototaip My Busybook KIK ini sebelum bertukar krafter kepada Mommy Orked di JB dan perubahan demi perubahan dibuat sehinggalah kemenjadiannya yang sekarang.

Ya, bukan sedikit kos yang dikeluarkan. Sehingga satu masa dulu saya pernah give up dan pasrah jika rancangan menerbitkan BB ini tidak dapat diteruskan. Tapi, akhirnya ternyata di setiap tekanan itu adanya peluang untuk kita menambahbaik pekerjaan. Ada saja jalan keluar yang Allah tunjukkan. Alhamdulillah.



Oh ya.. BB edisi kedua ini juga sama mempunyai 14 helai = 28 mukasurat + 2 cover depan belakang namun, ia tidak didatangkan bersama free gift poster hijaiyyah KIK seperti set BB edisi pertama dahulu ya! Ini kerana poster sudah semakin surut dan nak habis. Jika mahu, boleh dibeli berasingan.


Lanjut di :





Tiada ulasan:

Label

#jdtblogger #teambloggerjohor