Langkau ke kandungan utama

Anak tidak boleh duduk diam?

Dari peti soalan :

Mohon nasihat dan pandangan macam mane nak ajar anak duduk makan tidak berjalan2 terutamanya di hentian r&r. anak2 sya berumur 1 dan 3 tahun..

Jawapan :

Anak-anak saya pun makan berjalan juga puan...hehe.. Cuma, kalau di tempat orang ramai saja dia boleh makan senyap dan tidak bergerak. Selalunya, bila sudah habis makan, saya yg galakkan mereka berlari dan main kejar-kejar dalam kawasan yg berhampiran. Mereka main kejap kemudian lari semula ke arah saya.. Saya suruh lari jauh-jauh sikit, mereka tak mahu pula..hihi..

Bagi saya, adalah normal anak-anak berjalan-jalan / berlari-larian ke sana sini seluas alam yg terbentang ini puan. Itu tandanya mereka kanak-kanak normal kerana adanya keinginan meneroka tempat baru melalui pergerakan. Kanak-kanak penuh dengan imaginasi dan eksperimentasi. Mereka akan gunakan keseluruhan deria yg ada.



Apa yg perlu hanyalah pantauan dan sedikit kawalan daripada kita supaya mereka tidak berlari / berjalan ke tengah jalanraya yg sesak atau boleh mengganggu meja makan atau terlanggar kerusi orang lain. Itu saja.

Puan hanya perlu menunjukkan pada mereka bagaimana untuk duduk yg baik di meja makan. Bukan melalui arahan tapi perbuatan. Ini kerana anak kecil tidak faham bagaimana yg dimaksudkan dengan duduk diam atau duduk yg baik di meja makan walhal yg dia nampak adalah kerusi dan meja yg boleh dibuat bermain atau dipanjat.

Semasa saya mula memperkenalkan mereka dengan meja makan, saya katakan begini, "Abang, Tiha tengok mak dan abah duduk macamana. Tengok eh tengok eh.. Duduk kat sini, kaki kat bawah, tangan letak kat sini. Ni namanya duduk baik-baik. Semua orang makan duduk baik-baik supaya nanti makanan tak tumpah, air tak tumpah, rumah pun bersih."

Mereka memang senang dibawa keluar kerana mereka mampu duduk dengan baik dan makan sendiri hingga kini. Cuma, di rumah mereka juga sama seperti orang lain. Berjalan dan bermain semasa makan.

Adalah lumrah anak kecil tidak boleh duduk diam. Itu semulajadi dan semua kanak-kanak memang begitu. Walaupun marah berulangkali ia tidak membantu sedikitpun. Mereka akan terus buat lagi. Tak kira di luar atau di dalam rumah. Dengan memarahinya atau mencubitnya hanya akan menambah stres kepada kita. Mereka akan tetap melakukannya berulangkali. Dan akhirnya, kasihan mereka badan berbirat.

Mereka akan lebih terseksa jika duduk diam. Tapi, ada beberapa perkara yg boleh mengembalikan fokus ke atas meja makan atau apa jua situasi yg kita mahukan jika mereka tidak mahu duduk diam.

Secara asasnya, walau apa jua situasinya, untuk mengembalikan fokus sesuatu kepada anak-anak adalah dengan bercerita. Berbual apa saja. Seperti yg saya ceritakan bagaimana saya 'duduk bersama anak dalam kereta' dengan tujuan mahu mereka duduk diam dalam kereta, kita tidak boleh hanya dengan memberikannya arahan dan marah-marah. Memang tak jalan.

Sama juga situasinya jika puan mahu anak-anak duduk diam makan di meja, puan juga harus 'duduk bersama anak di meja'. Maksudnya, puan boleh bercerita apa saja atau bermain apa saja diatas meja bersama anak-anak supaya apa yg puan main itu lebih menarik daripada daya tarikan tanah di sekelilingnya..

Apa sahaja mengikut kreativiti dan kesukaan anak-anak puan.

Jika tidak mampu juga, suapkan saja anak-anak makan sambil mereka bermain yg ringan-ringan. Yang penting, mereka mahu makan, itu sudah cukup bagus.

Saya teringat kata-kata emak saya. "Dah nama pun budak-budak. Memanglah kena bergerak aktif. Kalau dapat anak tak boleh bergerak, lain dah jadinya.. Kan kesian tengok anak-anak kecil yg tak boleh bergerak tu. Tak dapat rasa nikmatnya berjalan/berlari.. "

Dan apabila saya bertanya kepada anak saya, "Fatihah, masa makan kita kena duduk diam ke lari-lari?"

Dia beri jawapan menyakat, "Lari!"

"Kenapa kena lari? Kan tak bagus makan lari-lari kan? Nanti muntah, wek...!"

"Sebab..... Tiha nak main!"

Benar puan. Bagi anak-anak kecil, masa adalah emas. Pada waktu bila saja mereka tidak bermain, hingga makan pun mereka terpaksa bermain.. hehe...

Ingin saya kongsikan sedikit lagi tips.

Baru-baru ini suami membeli makanan di restoran bersama anak-anak saya 2 orang. Manakala, saya bersama yg kecil duduk menunggu di dalam kereta. Semasa tempahan dibuat, saya melihat suami saya membuat satu rutin di luar kebiasaan.

Biasanya, walau duduk sebentar (tak kira di mana) suami akan mengeluarkan telefon pintarnya dan mengakses internet (memang itu sudah kerjanya). Namun kali ini saya lihat berbeza.

Suami terus saja bercakap-cakap dan membuat sesuatu 'aktiviti' di tengah meja hingga saya nampak anak-anak terpaku perhatiannya ke tengah meja dan tidak bergerak. Saya agak mungkin suami sedang bercerita tentang sesuatu kerana saya lihat dari jauh tangannya membuat suatu bentuk di atas meja sambil anak-anak cuba menepis tangan abahnya itu dengan gelak ketawa.

Kali ini, saya berikan sepenuh pujian dan tabik spring saya kepada suami kerana berusaha untuk keluar dari rutin harian (tidak melihat telefon pintarnya dan mengakses internet) ketika bersama anak-anak di luar rumah. Apalagi ketika memesan makanan di restoran!hehe..

Jika anak-anak tidak boleh duduk diam di satu tempat, kitalah (ibubapanya) yg harus mengusahakan untuk kembalikan fokus mereka kepada satu arah supaya mereka mampu dan tahu untuk duduk dengan sendirinya. Tiada jalan singkat lain. Berceritalah dan bereksperimentasilah bersama anak-anak.

Dengan marah-marah atau jeritan suara yg tinggi, tiada gunanya.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mengandung anak luar nikah?

Nota : Pengalaman saya berjumpa dan menolong seorang remaja terlanjur adalah pengalaman yang harus saya kongsikan bersama agar ia menjadi iktibar buat semua. Apa yang tidak boleh saya lupakan di mana setelah dia melahirkan, anak luar nikah tersebut terpaksa ditinggalkan di wad NICU berikutan masalah jantung yang mengembang. Sepanjang bayi yang tidak dapat disusukan seperti biasa, remaja ini mengalami bengkak susu yang sangat teruk tapi tidak diketahui olehnya juga ibunya. Betapa bengkak susu itu sangat menyeksakan bagi ibu selepas melahirkan, percayalah, menjadi seorang ibu harus punya banyak informasi. Akhirnya, genap 14 hari anak luar nikah ini meninggal dunia. Boleh baca kisahnya di sini. 

Berikutan pengalaman berharga ini saya terinspirasi untuk membuka pusat perlindungan remaja terlanjur dan anak terbuang satu hari nanti. Doakan saya.

Mudah-mudahan dengan sedikit perkongsian di sini bermanfaat untuk mereka yang sedang tercari-cari jalan yang benar apabila sudah terlanjur.

Apa yang p…

Bagaimana nak daftar pertubuhan alumni di ROS?

Semuanya bermula daripada satu idea.

Semasa kami mendapat perkhabaran yang sekolah lama kami menghadapi sedikit kekangan untuk membaikpulih fasiliti, ada beberapa suara yang berbunyi "Sekolah dah tak ada duit ke?" - "Duit kerajaan pergi mana sampai semua dana dipotong?"

Ini fenomena biasa. Semua orang berhak bertanya begitu dan begini. Itu hak mereka.

Namun, saya tidak mahu memberi banyak alasan dengan hanya bertanya ke sana ke sini mengenai sesuatu yang kita sendiri tidak pasti malah tiada jawapan mengenainya. Jauh sekali mahu berspekulasi serta membawa sisi pandang ke arah 'mencari kesalahan orang lain'. Ia tidak membawa apa-apapun manfaat. Tiada hasil.

Lalu, saya mendapat mesej daripada salah seorang kawan lama yang menyatakan hasrat jika boleh diwujudkan satu akaun khas bagi alumni menyalurkan semua sumbangan dana berbanding mengumpul melalui akaun persendirian, itu adalah lebih baik. Kelak, mana tahu sumbangan itu boleh dimanfaatkan membantu ke sekola…

Coklat ada sepanjang masa.

Untuk makluman semua, walaupun saya tak banyak update entri tentang coklat tak bermakna saya tak buat coklat lagi. 
Coklat saya ada dijual di Jusco Taman Universiti setiap hari sepanjang masa tanpa cuti. Anda boleh masuk melalui pintu Jusco yang belakang sekali berdekatan KFC, PizzaHut dan tempat mainan kanak-kanak yang bertoken itu. Kemudian ke hadapan sedikit menuju ke tangga bergerak. Betul-betul sebelum tangga bergerak anda akan nampak booth ini. 
Namanya di atas tertulis TAQWA CEMERLANG. Menjual banyak kuih-muih tradisional, kerepek, dan bahulu sedap fresh masak di situ. Di hadapannya adalah kedai Lovely Lace dan Poh Kong. 
Tempat lelaki berbaju oren itu berdiri adalah tempat coklat saya dipamerkan. Nampakkan bekas yang kecil-kecil itu? Tinggal satu saja lagi coklat dalam bekas kecil ini yang mengandungi 30 biji coklat campuran. Dan yang ada setiap hari adalah lollychoc dan chocbar yang dipamerkan di bahagian tepi.