Ahad, 3 Februari 2013

Ketika berhadapan tantrum anak

Dari peti soalan :

Soalan : As Salam, K Dah, Anak saya yang no 2-tahun depan masuk 4 tahun...suka sgt marah2 kalu ada yang tidak kene.kalu org kelantan kato 'nyetok'..nanti k dah tanya cik abang K Dah.. sehari dua ni dah pandai cakap..benci..kalu kita lambat cket buat /bg apa yang dia Nak..Di awal pagi,dia kerap jugak terjaga,menangis2 mintak susu..susah plak tu nak pujuk..macam mengigau... K Dah...tlg2 la bg tips..suka baca apa yang K Dah tulis..x berubah dr dulu...boleh jadi sumber rujukan..mmeng dr azali dah nampak bibit2 seorang pemimpin..

Jawapan : Biasanya apabila mendapat soalan, saya akan diuji dengan keadaan yg sama terlebih dahulu. Cepat atau lambat. Bukannya tak pernah diuji dengan keadaan yg sama sebelum ni, cuma apabila situasi begitu dah lama tak terjadi, ia buatkan saya terlupa apa yg saya dah lakukan secara spontan.

Hakikatnya, bukan semua perkara saya tahu. Malah, sebenarnya saya tak tahu nak jawab soalan kali ini bagaimana. Mohon sahabat lain juga dapat berkongsi serba sedikit tips yg diamalkan.



Apa yg saya boleh kongsikan. Ini bukanlah tips/cara terbaik. Mungkin kesannya takkan sama ke atas anak yg berlainan. Kerana manusia apalagi anak-anak adalah satu sistem yg kompleks.

Semasa check up bulanan seorang diri di Klinik Kesihatan kelmarin, saya menunggu selama 4 jam lamanya dengan 3 kali cucuk ambil darah dan sekali cucuk kancing gigi [nak beritahu jugak nih hehe]... Kalau 4 jam tu boleh sampai ke KL dah. Namun, selama 4 jam di sana walaupun dengan badan yg sangat penat kerana berjaga malam selama beberapa minggu anak yg demam panas menjadikan saya lebih kuat berfikir tentang gelagat ibu dan anak.

Semasa menunggu giliran, ada seorang ibu di hadapan saya bersama seorang anak perempuannya dlm lingkungan 2 tahun. Saya perhatikan anak ini asyik merengek kerana nak main beg tangan ibunya. Ibunya tak bagi. Dia menangis. Ibunya terpaksa beri juga tapi diikat tali beg tangan itu supaya tak meleret kerana anak mahu memakai beg itu di lehernya. Anaknya menangis lagi hingga duduk meraung di atas lantai.

Mereka bergaduh. Saya pandang lama ke muka anak itu. Dia cuma mahu mengikut seperti ibunya memakai beg tangan saja. Jika diikat tali itu bagaimana mahu kelihatan persis ibu? Kalau saya jadi anak itu saya akan berkata, adakah salah saya mahu ikut seperti ibu? [Anak ini masih belum boleh bercakap seperti Fatihah juga. Saya hanya menyelami isi hati anak ini yg masih belum bercakap hanya pandai berekspresi saja].

Ketika giliran ibunya sampai, anaknya ke depan ikut si ibu. Tiba-tiba bunyi benda jatuh dengan kuat sekali. Tengok-tengok anaknya terjatuh kerana bermain di atas penimbang berat di tepi ibunya tadi. Lalu saya terdengar misi berkata, "Mesti akak pening kepala betul dengan anak sorang ni ek? Akak duduk dulu nanti saya panggil lagi. Tak boleh dapat bacaan tekanan darah akak ni."

Dengan muka 'sakit hati' si ibu bangun keluar klinik dengan menarik tangan anaknya tadi secara rakus sekali. Saya rasa si ayah ada, kerana dia berkata pada anaknya, "Duduk luar dgn ayah!" Hmmm, saya tak nampak si ayah masuk ke dalam klinik utk menjaga sebentar anaknya semasa si ibu sedang dipanggil tadi. Mungkin si ayah sedang sibuk menghisap rokok di luar klinik.

Semasa saya mahu menunggu giliran masuk ke bilik pula [sudah bertukar tempat], saya lihat si ibu tadi masih mundar mandir di tempat yg sama. Masih belum dapat lagi bacaan tekanan darah agaknya. Tiba-tiba saya terlihat anaknya tadi berjalan seorang diri mengambil air kotak dan sebungkus keropok di hadapan bilik doktor. Kemudian, dia berjalan terjengket-jengket perlahan-lahan sambil menuju ke arah ibunya yg sedang diambil tekanan darah di sebelah sana.

Saya tersenyum. Saya sudah agak anak ini kelaparan.

Logik : Saya sampai di klinik sejak jam 8.30 pagi lagi. Ibu ini dan anaknya sampai lebih dahulu dari saya. Saya lihat ibunya hanya membawa beg tangan yg kecil. Si anak sehelai sepinggang tanpa apa-apa bekalan/mainan. Budak-budak yg berusia 2-4 tahun biasanya hanya memikirkan 2 perkara saja dalam hidupnya. Makanan dan mainan. Jika tiada mainan, dia akan gunakan apa saja yg dia nampak untuk bermain. Dan apabila perut lapar dia akan membuat apa saja 'perangai' untuk minta disuapkan. Jika saya di tempat ibunya, awal-awal lagi saya akan pastikan perut si anak kenyang. Walaupun dah makan di rumah, belikan saja sekotak air dan sebungkus roti/keropok untuk dia pegang samada bermain atau mahu makan. Perangainya akan berlainan.

Hasilnya, kita tak perlu bergaduh dengan si anak pun di hadapan orang ramai.

Apa yg membuatkan saya berfikir itu betul? Saya terlihat pula seorang ibu dengan 2 orang anaknya. Si ibu siap mendokong beg besar berbentuk lebah berwarna kuning hitam. [Lawa beg itu!hehe..] 2 orang anaknya ini juga dalam lingkungan 2 - 4 tahun. Tak reti diam. Biasalah. Tapi, saya dengar ibunya memanggilnya setiap kali sudah jauh si anak merayap. Dengan nada perlahan saja si ibu memanggil.

"Nak air tak?" [Sambil membuka beg lebah di belakangnya]... Tiada adegan menjerit atau marah-marah pun jauh sekali memukul si anak di hadapan orang ramai.

Moral : Anak-anak memberontak atau menunjuk 'perangainya' kerana bersebab. Ada juga kadangkala 'anginnya' memang begitu maka dia ber'perangai' mengikut angin. Namun, sebagai ibu kita harus mengkaji mengapa 'anginnya' sehingga sebegitu rupa sekali. Alangkah, banjir luarbiasa pun dikaji oleh pegawai kaji cuaca untuk mengetahui hujan/angin jenis apa yg melanda, inikan pula 'perangai luarbiasa' anak kita sendiri. Ia perlu dikaji oleh ibu dan ayah.

Dalam hal begini, saya sangat suka si ayah juga dapat memainkan peranan tanpa perlu disuruh. Membuat anak, melahirkan anak seterusnya menjaga/mengkaji dan memahami/membesarkan anak juga memerlukan 2 pihak untuk bekerjasama. Ia takkan jadi melalui 1 pihak sahaja.

Untuk bercakap dengan anak-anak yg sudah bersekolah lain caranya. Untuk bercakap dengan anak-anak yg masih belum pandai bercakap pun lain juga bahasanya.

Anak saya Fatihah, 2 tahun masih belum pandai bercakap. Butir langsung 'ke laut'. Contohnya, petang tadi dia menangis-nangis kerana saya tak faham cakapnya. Suami juga berkerut dahi memandang saya. Biasanya si abang faham cakap si adik juga mengeluh, 'Aih, apalah tiha cakap ni tak faham pun'...

Fatihah berkata "Nak ti." Saya kata, roti? - tak. Mandi? - tak. Ngaji? - tak. Biasanya apabila 3 kali cubaan dia akan 'meraung' kerana tak faham cakapnya dan dia akan bergolek-golek di lantai. Tak tahu nak buat apa. Kerana mahu maghrib kena mandikannya segera. Sepanjang dalam bilik air dia meraung! Keluar bilik air menangis lagi. Ok. Saya tarik nafas dalam-dalam. Kali ni ubah strategi.

Dia kata nak 'Ti'.... Saya kata, "Ok boleh... Pergi ambik sendiri kat belakang." [Saya hanya meneka, saya betul-betul tak tahu apa bendanya.] Dia terus pergi tanpa berbaju pun ke belakang. Saya suruh suami tengokkan. Dia buka peti sejuk. Dia tunjuk tempat sejuk beku. 'Ti'.... Suami kata yg mana satu? Dia kata 'Ti'...

Dari jauh saya baru faham. Dia nak AISKRIM [yg baru dibeli semalam]. Tak ke 'ke laut' bunyinya tuh? hehe..

Moral : Apabila kita tak faham cakap anak, anak juga akan memprotes! Bukan salah dia kerana tak pandai cakap lagi. Tapi sebagai ibu kita harus bermati-matian memahami apa yg mahu dikatakan si anak samada ianya tersurat mahupun tersirat. Mahu tak mahu itu sudah menjadi tugas seorang ibu/ayah. Tak boleh ditolak atau di 'pass' kepada orang lain pula untuk cuba memahaminya.

Anak-anak kecil ini juga takkan faham jika kita bercakap sama 'bahasa' dengan anak-anak yg dah bersekolah. Kerana itu apabila kita bercakap, "Jangan gaduh dengan abang kerana abang yg banyak tolong ibu ke kedai."-contohnya.. Dia tak faham. Dia akan bergaduh bermati-matian lagi.

Atau, "Jangan pukul adik. Allah tak suka." Dia tak mampu utk faham. Malah, akan sampai peringkat, dia akan bertanya semula, mana Allah? Mana syurga? Mana neraka? 'Bahasa' kanak-kanak di bawah usia 7 tahun sangat berisiko apabila kita menggunakan terma-terma 'ghaib' seperti dosa, pahala, syurga, neraka. Apabila anak-anak belum mampu membezakan yg bersih dan yg kotor, maka mereka belum lagi seorang mukallaf yg mampu mengimani sesuatu yg tak nampak. Ia cuma 'belum masanya' lagi tapi kita sudah bercakap mengenainya.

Kecuali! Sejak awal lagi kita sudah banyak memperkenalkan Allah melalui ciptaanNya. Kita menanamkan iman kepada seusutu yg tak nampak itu berulangkali supaya masuk ke dasar hatinya.

Hasilnya, dia tak bertanya sesuatu yg dia sendiri sudah biasa mendengarnya. Seperti Fathi, walaupun masih pelat bercakap, dia kenal Allah melalui persekitarannya.

Rumusan :

1. Apabila anak mahukan sesuatu, pantang untuk kita menjawab TAK BOLEH / JANGAN. Katakan saja boleh, tapi...... [sambunglah apa-apa yg sesuai ketika itu].

Contohnya, Ok boleh tapi kita sembahyang dulu. Boleh tapi tengok 1 kali je lepastu kita mandi. Boleh, tapi kita makan dulu.

2. Apabila si anak mahukan juga sesuatu tapi ia membahayakannya atau tak bagus, terangkan saja. Pantang juga bercakap TAK BOLEH/JANGAN atau bertanya semula NAK APA? Atau jangan sesekali memarahinya tak pasal-pasal.

Contohnya - Katakan "Eii tengok benda ni tajam. Boleh berdarah kalau kena tangan. Sakit tau. Bagi pada mak balik, boleh?" Dia akan berhenti bermain sendiri. Minta baik-baik, cakap baik-baik. Di lain hari dia akan belajar utk bercakap baik dgn kita pula. Walaupun sekali dua seperti 'tak jalan' atau 'naik minyak', niatkan saja untuk anak kita ini belajar bercakap baik pada orang lain kelak sepertimana yg sedang kita tunjukkan sekarang. Tak mengapa jika dia tak terus turuti perlakuan kita.

3. Jika dia mahukan sesuatu juga di khalayak ramai seperti di shopping complex, panggilnya supaya dekat dengan anda. Katakan dengan nada perlahan saja tak perlu membuat muka TAK BOLEH.

Contohnya - "Fathi, mari sini kejap mak nak cakap ni.. Mainan tu mahal. Mak takde duit sekarang. Kita tengok mainan lain nak?" Jika kita tak memalukannya [memanggilnya dengan suara yg tinggi dan secara jauh], si anak akan belajar untuk tidak memalukan kita juga.

Jika dia tak mahu lepaskan juga, berbual saja dengannya seperti sedang menimbang-nimbang kenapa perlu dibelikan untuknya. Yang paling efektif, layankan saja dahulu. Kemudian, sedikit-sedikit 'divert' perhatiannya kepada benda lain. Dari bahagian mainan kepada bahagian pakaian atau makanan. Apa saja. Asalkan 'ada sesuatu' yg dia boleh pegang sendiri dan meletakkan sendiri di kaunter pembayaran persis seperti kita yg suka membeli barang dan membayarnya sendiri. Hakikatnya, anak-anak ini hanya mahu meniru perbuatan kita. Itu saja.

Biasanya, jika anak saya mahu mainan itu dan ini saya akan cuba berkompromi (tawar-menawar) dengan mereka untuk menukar idea kepada makanan atau buku/alatulis. Saya akan nyatakan saja kelebihan itu semua berbanding mainan yg mahal-mahal. Biasanya mereka boleh bertolak ansur kerana awal-awal lagi kita juga sudah 'membuka pintu kompromi dan perdamaian' kepada mereka.

Biarkan mereka pegang sendiri barang mereka dan meletakkan sendiri di kaunter pembayaran. Malah, anak-anak saya selepas meletakkan barang-barang kepunyaannya sendiri 'dengan bangganya' di hadapan cashier, mereka akan menolong mengeluarkan barang-barang saya dari bakul ke atas kaunter tanpa suruhan pun.

Nota penting : Anak-anak bukanlah musuh kita untuk kita 'berlawan' setiap masa. Mereka tak perlu dilawan. Ikut saja 'rentaknya' dan perlahan-lahan kita ubah perhatian mereka supaya mereka mampu mengawal emosi dan tindakbalas luar jangkaan mereka di hadapan orang ramai.

Jika kita berkeras, mereka akan jadi lebih keras. 'Berkeras' bukanlah jalan terakhir yg baik untuk kita menyelesaikan masalah tertentu dengan anak-anak. Bukan juga cara yg utama untuk 'mendiamkan' mereka. Jauh sekali menjadi satu-satu cara untuk menggertak mereka supaya tidak melakukan perangai yg sama lagi.

Ada hari dia 'berangin'. Cuba 'bermain layang-layang' dengannya. Ada hari dia elok saja tingkahlakunya, berikan pujian dan perhatian lebih kepadanya. Dengan itu, anak-anak akan punya persepsi bahawa untuk mendapatkan perhatian dan kasih sayang ibu dan ayah mereka bukan dengan cara 'ketika membuat perangai saja' malah sebenarnya semasa berkelakuan baik ibu dan ayah akan lebih memberi sepenuh perhatian dan kasih sayang tanpa diminta.

Wallahu a'lam..



Tiada ulasan:

Hidup di dunia untuk bersusah.

Mak siap basuh baju pagi tadi. Petang baru mak sempat nak sidai. Mak pun keluarkanlah baju bawa ke ampai. Rasanya macam tak sempat juga me...