Selasa, 23 Julai 2019

Daripada buli kepada puji.



Roda hidup berputar.

"Mak, tadi kat sekolah abang dah solat zohor dengan kawan kawan."

"Oh, bagus balik sekolah dah solat. Siapa jadi imam? Abang ke?"

"Eh. Taklah. AI jadi imam. Suara dia kan kuat."

"AI dulu yg pernah main cekik cekik dengan abang tu ke masa pra dulu sampai leher abang ada kesan lebam?"

"Bukan. Itu H. AI ni yg selalu tolong abang bila budak budak cekik abang."

"Oo ok mak silap nama. H yg suka main cekik cekik tu. AI selalu datang selamatkan abang. AI ni yg budak pandai tu kan?"

"Ya. Dia memang pandai Dari pra dulu."

"Sekarang, S ada ejek abang, main bentes bentes kaki abang, cekik leher, baling baling beg atau buli abang lagi tak?"




"S ni dah jadi masalah besar sekarang buat abang mak. Sejak kelas rombak ni dia dah tak sekelas dengan abang, dia dah tak kacau abang lagi tapi hidup dia "mengacaukan" hidup abang. Dia dah tak berani buli abang sejak abang balas tumbukan dia haritu sebab dah tak tahan sangat. Tapi sekarang asal jumpa dia asyik puji abang pulak. Pelik betullah perangai S ni. Abang tah faham kenapa dia tetiba puji abang melangit."

😳

"Haa? Puji abang? Kenapa dia puji abang pulak? Ayat dia macamana?"

"Abang sekarang nak larikan diri je Dari terserempak dengan dia. Asal dia jumpa abang nanti adalah dia cakap abang ni baiklah, Ada kesabaran yg tinggilah, jujurlah depan kawan lain. Abang rimas. Tak tahu macamana nak hentikan dia Dari puji abang."

Wah.. Mak is impressed. 😏😏😏

Mak teringat 3 tahun sebelum ini, nama S selalu disebut kerana abang dibuli secara konsisten oleh orang yg sama. Sedap nama dia macam nama Nabi. Sebab itu mak ingat sangat namanya. Selain nama S ada juga nama yg lain. Termasuk bekas anak murid mengaji mak. Tapi itu sekali sekala.

Masa darjah 1 abang nangis nangis nak berenti sekolah. Mak suruh abang istikharah. Mak ajak abang berfikir Dari sisi positif & bertahan dengan beberapa step mempertahankan diri. Sehinggalah darjah 3 kemuncak abang dibuli hingga membabitkan airmuka, emosi & fizikal. Sangat biadap lagi melebihi kesabaran mak selama ni sebenarnya. Mana mana mak pun akan jadi emo. Tapi mak tak ingat macamana mak boleh melepasi kemuncak itu dengan abang.

Setiap kali dengar S ni membuli, mak teringin nak jumpa dia. Tapi mak kurangkan campur tangan direct dengan babitkan guru/sekolah.

Mak tak mahu apply "helicopter parenting". Selagi under control mak bagi ruang selesaikan sendiri secara man-to-man. Kerana abang lelaki. Budak budak lelaki ni mak faham "gurauan"nya tu tahap mana.

Abah pula berikan tips untuk elak dibuli lagi jangan berjalan/rehat sorang diri. Sentiasa berkawan dengan anak cikgu / pengawas kalau nak selamat. Haha.. Tapi tak menjadilah tips abah tu setakat ni. 😅

Fathi survive sendiri sebab prinsip dirinya yg berani katakan "NO". *Itupun puas dah mak psiko selama 3 tahun pertama ni.

Mak ingat lagi first time jumpa S kat restoran. Kebetulan kita tengah makan. Dia duduk meja depan kita pun tengah makan dengan ayah & adiknya.

Mula mula mak perasan meja dia. Mak tak tahu itu S. Yang mak perasan ayahnya sibuk pegang henfon main game. Anak anaknya makan sendiri sendiri. Tetiba budak lelaki tu tersenyum simpul curi curi pandang meja kita. Mak tengok abang. Abang macam nak cepat cepat habiskan makan Dan balik.

Mak tanya, abang kenal ke budak tu? Barulah abang jawab itulah S.

Terus berkaca kaca mata mak. Hajat mak tetiba dimakbulkan sepantas kilat. Ada ayahnya. Mana mak dia? Abang jawab mak dia kerja kot.

Mak pelik. Hari Sabtu kerja?

Oklah. Mak berkira kira masatu. Nak confront dengan ayahnya ke tak ek. Ayahnya nampak sibuk dengan henfon tak lepas pandangannya. Barulah mak faham kenapa abang kata S seorang yg ketagih game sebab dia cekik abang dulu pun katanya kerana dia nak tiru macam game yg dia main. Obses setiap hari dok bercerita tentang game yg dia main sampai tak solat. Matanya merah bila ke sekolah. Adik perempuannya dah bergolek atas lantai. Tak dihiraukan ayahnya. S dah merayap ke meja kita.

Kasihan lah pulak. Getus hati mak.

Daripada rasa "dendam" nak marah tetiba bertukar jadi kasihan sangatlah pulak.

*Hati mak mak kaannn. 😇

Dia datang ke meja kita. Mak terus tegur dia. Abang buat buat tak kenal pandang tempat lain.

"Awak S eh? Kawan sekelas Fathi?"

Dia senyum. Dia terus datang rapat ke Fathi membisikkan sesuatu. Mak senyum.

"S, awak dah makan? Adik awak nak apa tu nangis sampai golek golek kat lantai?" Mak rileks je.

"Entah dia nak apa entah. Saya dah makan dah."

Mak senyum lagi pandang dia atas bawah atas bawah.

"S nak makan apa apa lagi? Makcik belanja awak dengan adik."

"Eh takyahlah makcik. Saya dah kenyang. Nak balik dah ni."

Ooo ok. Sopan dia menjawabnya. 😏

Nampak ayahnya tak tahan dah dengan anak perempuannya yg bergolek golek itu terus panggil S balik. Dia baru perasan anaknya itu dah merayap ke meja kami. Dan nampak nak jadi "hijau" dah tu.

"Fathi, aku balik dulu. Nanti jumpa kat kelas!" S berbasa-basi.

Fathi buat muka "ada aku kesah". Mak terus bagi "ucapan penutup".

"Eh, nak balik dah S? Haa nanti kat sekolah main sama sama elok elok ya. Taknak main cekik cekik lagi macam Dalam game, bentes bentes kaki pun takmoh lagi boleh? Main baik baik & hati hati supaya tak ada orang sakit & tercedera lagi. Boleh?"

Dia senyum tersipu sipu.

Sejak daripada perkenalan singkat itu, bila mak ke sekolah Fathi (atas apapun Majlis sekolah) selalunya dialah yg akan tegur mak dulu. Mak tak perasan pun dia tetiba Ada kat belakang mak.

"Makcik, makcik mak Fathi eh? Nak saya panggilkan Fathi tak?"

Mak senyum. "Boleh! Terima kasih S!"

Mak sebut Nama dia terang terang. Hidungnya nampak kembang kuncup. Mak sangat tahu reaksi wajah sebegini sama seperti anak murid mengaji mak bila dipuji selepas habis mengaji. Biasanya, walaupun ucapan terima kasih dengan menyebut namanya pun dah cukup buatkan dia rasa dihargai kerana sebelum ni dia tak pernah dihargai walaupun sekali Di rumah. Mak cam reaksi sebegitu.

Sampailah Fathi naik darjah 4 tahun ini. Sekarang, semuanya berubah.

Tiada lagi ejekan atau "main kasar". Hilang dengan sendiri semenjak warning Kali terakhir yg betul betul serius untuk mak panggil polis datang sekolah atau mak datang sekolah bawa dia ke balai polis jika dia sentuh lagi Fathi.

Alhamdulillahi 'ala kulli haal. Pengalaman hidup yg berhikmah.

Dan bila semuanya berlalu kini, mak minta abang tuliskan sesuatu Di blog supaya dapat berkongsi nasihat & berkongsi rasa dengan orang lain yg mungkin akan ada melalui roda yg sama.

Terimalah...
https://fathimohdkamal.blogspot.com/2018/06/cara-saya-atasi-diri-daripada-buli.html

.

Hidup ini berputar. Kita semua belajar daripada ketidaksempurnaan orang lain supaya kita jadi lebih kuat, tabah & berusaha lebih baik.

Jika kita tak suka orang buat kat kita, maka kita jangan ikut Sebijik apa macam dia lakukan pada kita. Membalas tindakan yg sama takkan menjadikan situasi lebih baik. Malah, apa bezanya kita dengan dia. Hanya skali sekala bila batasan sudah dicerobohi tindakan yg sama boleh diambil sebagai mempertahankan diri. Bijak menilai situasi.

Mak percaya, setiap anak dilahirkan baik. Semua anak. Baik pada asalnya.

Hanya Cara seseorang dibesarkan yg membentuk seorang anak menjadi pembuli kepada orang lain Di sekolah kerana hidupnya yg mungkin telah "dibuli" sejak lama Di rumah. Lalu, ia terbias Di sekolah.

* Ibu ayah sekalian, nilaikan semula tindak tanduk anda Di rumah supaya anda pastikan anak anda tidak membawa tindak tanduk yg serupa ke sekolah.

Macam abang cakap, sentiasa memaafkan Dalam masa yg sama tegas dalam batasan. Setiap orang ada "kejahatan" & kebaikannya. Terpulang pada apa kita mahu fokuskan & nasihatkan dia walaupun dia pernah menyakiti kita. Seseorang boleh berubah pada bila bila masa.

Allah jualah Maha Pemberi Hidayah. Berbaik sangka pada setiap takdir yg menimpa.

P/s : Melalui pengalaman saya ini, suka saya mencadangkan ;

1. Bacalah Al Mathurat setiap kali menggosok baju sekolah anak. Niatkan semoga tubuh anak kita terpelihara dengan bacaan ini pada setiap inci. Berdoa juga supaya anak kita tidak terus dibuli atau menjadi pembuli. Banyakkan istighfar.

2. Jumpa secara santai dengan pembuli sahaja di luar kawasan sekolah. Borak borak biasa macam tiada apa. Jangan terus menyerang / mempersalahkan pembuli. Perhatikan, dengar & rasakan emosi yg ada Dalam diri pembuli. Pasti ada sebab mengapa Di sekolah rendah lagi dia berperangai sebegitu.

Jangan sesekali terus melenting bila kita dengar cerita hanya Di sebelah pihak. Kadangkala, anak kita "bergurau" pun boleh tahan juga kasarnya.

3. Berbual & layan dengan baik. Niatkan supaya layanan baik kita kepada dia ini akan dicontohinya supaya kelak dia boleh berkawan dengan anak kita dengan baik semula.

Orang baling tahi, kita balas bunga. Niatkan akhlak ini sebagaimana kita mahu mencontohi sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Pasti akan ada hikmah terbesar bila kita buat sesuatu kerana mahu mengikut sunnah baginda.

4. Merintih & mengadulah kepada Allah dalam solat malam kita. Doa seorang ibu kepada anaknya tiada hijab.

"Peganglah" hati pembuli anak kita melalui pujukan dari Allah. Setiap airmata & keresahan hati, bila kita mengadu pada Allah pasti Allah akan pujuk kembali dengan diilhamkan jalan penyelesaian yg baik baik. Insya-Allah. Tahan diri dari mengadu Di medsos kerana kelak kita juga akan menyesal kerana ia tidak membantu apa apa malah, emosi marah adalah perangkap terbesar manusia berbuat dua kali salah berbanding satu.

Ceritanya belum selesai sehinggalah kemarahan anda pudar & anda boleh lihat hikmah Di sebalik wujudnya watak "antagonis" Dalam hidup anak anda.

💖 Always.
Khadijah Gani

*Dipersilakan share jika ia dapat membantu.

#ceriteraanaksekolah
#buli
#bukansekadarhomeschooling

Tiada ulasan:

Bedah buku 4 dalam 1!

Sejak Buku Saya Suka Mengaji ni release bulan Mei tahun lalu, saya masih belum berkesempatan lagi nak buat bedah buku ini disebabkan say...