Langkau ke kandungan utama

Ada apa dengan surah al Hujurat?




"Harini, kita baca surah lain nak? Al baqarah ni kita sambung semula lepas habis kita baca al hujurat. 18 ayat je pun surah ni. Sikit je."

"Surah apa mak? Kenapa tiba tiba nak kena baca surah ni pulak mak?"

"Al hujurat. Maksudnya kamar kamar atau bilik bilik.

Mak nak sampaikan sesuatu pada abang & tiha sementara mak hidup lagi.




Sampai satu masa nanti abang & tiha makin dewasa akan ada Facebook sendiri & media sosial sendiri dan pandai guna internet sendiri, abang akan hidup pada 1 zaman di mana kita tak tahu siapa betul siapa salah.

Orang tu cakap dia betul, lain salah. Orang ni pulak cakap dia tak buat salah, orang lain yg tak betul.

Kita tak dapat pun nak bezakan mana betul, mana salah.

Yang hak nampak batil, yg batil nampak itu hak sebab ramai yg membenarkannya. Pengikutnya ramai. Dia percaya membuta tuli.

Abang & tiha kena baca dan beriman sepenuhnya dengan surah ni. Selain dari surah al kahfi untuk hadapi fitnah akhir zaman, surah al hujurat ni pun sama penting untuk abang, tiha dan semua anak anak orang islam pegang dan beriman dengannya.

"Zaman bila tu mak?"

"Zaman sekarang dah terjadi. Nanti bila abang & tiha dah besar baru abang akan faham apa mak cakap ni. Lagilah pening. Orang tu cakap macam tu. Orang ni cakap macamni. Semua cakap dia betul. Mana satu nak percaya & boleh kita ikut?

Abang kena faham betul betul surah al hujurat ni. Siapa yg percaya & ikut, insha Allah dia akan selamat dari fitnah akhir zaman.

Akan datang, semua berita yg datang, apapun yg dibaca kat internet datang dalam bentuk fasiq. Selagi kita tak selidik. Kita tak tahu betul ke tak. Islam suruh kita tabayyun. Selidik.

Kalau kita tak tahu, kena belajar. Sebab tu orang islam wajib tuntut ilmu walaupun jauh beribu batu. Supaya dia boleh tabayyun, selidik dengan ilmu yg sahih.

Atau, bertanya pada orang yg betul. Orang yg belajar dengan guru yg dia pernah jumpa. Selagi kita tak pasti, dia jatuh pada berita yg fasiq. Walaupun itu suatu yg baik. Kita tak tahu sumbernya dari mana, baik kita jauhkan. Tinggalkan terus jangan cuba ikut.

Jadi, APA dia guideline yg Allah dah ingatkan dalam Quran ni untuk kita ikut?

Allah sayang pada umatNya. Sebab tu Allah dah siapkan peringatan & panduan untuk umat Nabi Muhammad ni umat akhir zaman. Bilamana fitnah dunia akan berleluasa.

Abang nak tahu tak APA yg Allah ingatkan kita? Jom kita baca surah al hujurat ni semuanya. Bukan ambil dan faham potong potong ayat ok?

Kita baca asbabun nuzul dulu. Kenapa surah dan ayat ni diturunkan ek? Apa persamaannya dengan zaman sekarang? Bayangkan kalau Rasulullah ada sekarang?"

Bismillah...


#quranichomeschooling
#sukamengaji
#tadabburalquran
#didikanakabadke21


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Permohonan tauliah guru al-Quran negeri Johor

Kerana makcik itu....... (Al fatihah). Stage 1. Alkisah, satu masa dahulu selepas sessi rehearsal dengan seorang ketua kumpulan yasin di Taman Universiti ini untuk majlis khatam al Quran sehari sebelum majlis pernikahan pada 16 Mei 2008, makcik ini menyuruh saya segera mendapatkan tauliah untuk mengajar ngaji. Ketika itu pada usia 26 tahun, saya hanya tertawa kecil dan berfikir yang tauliah mengajar ngaji tidak termasuk langsung dalam senarai kerjaya idaman saya. Maklumlah, graduate UIAM. (Moga Allah ampunkan dosa-dosa saya). Lagipula, saya membayangkan tauliah sebegitu hanya untuk makcik makcik veteran sahaja. Saya tidak nampak keperluan saya berbuat seperti yg disarankan beliau. Lalu, saya diamkan saja. Allah Maha Berkuasa.

Bagaimana nak daftar pertubuhan alumni di ROS?

Semuanya bermula daripada satu idea. Semasa kami mendapat perkhabaran yang sekolah lama kami menghadapi sedikit kekangan untuk membaikpulih fasiliti, ada beberapa suara yang berbunyi "Sekolah dah tak ada duit ke?" - "Duit kerajaan pergi mana sampai semua dana dipotong?" Ini fenomena biasa. Semua orang berhak bertanya begitu dan begini. Itu hak mereka. Namun, saya tidak mahu memberi banyak alasan dengan hanya bertanya ke sana ke sini mengenai sesuatu yang kita sendiri tidak pasti malah tiada jawapan mengenainya. Jauh sekali mahu berspekulasi serta membawa sisi pandang ke arah 'mencari kesalahan orang lain'. Ia tidak membawa apa-apapun manfaat. Tiada hasil. Lalu, saya mendapat mesej daripada salah seorang kawan lama yang menyatakan hasrat jika boleh diwujudkan satu akaun khas bagi alumni menyalurkan semua sumbangan dana berbanding mengumpul melalui akaun persendirian, itu adalah lebih baik. Kelak, mana tahu sumbangan itu boleh dimanfaatkan me...

Mengandung anak luar nikah?

Nota : Pengalaman saya berjumpa dan menolong seorang remaja terlanjur adalah pengalaman yang harus saya kongsikan bersama agar ia menjadi iktibar buat semua. Apa yang tidak boleh saya lupakan di mana setelah dia melahirkan, anak luar nikah tersebut terpaksa ditinggalkan di wad NICU berikutan masalah jantung yang mengembang. Sepanjang bayi yang tidak dapat disusukan seperti biasa, remaja ini mengalami bengkak susu yang sangat teruk tapi tidak diketahui olehnya juga ibunya. Betapa bengkak susu itu sangat menyeksakan bagi ibu selepas melahirkan, percayalah, menjadi seorang ibu harus punya banyak informasi. Akhirnya, genap 14 hari anak luar nikah ini meninggal dunia. Boleh baca kisahnya di sini.  Berikutan pengalaman berharga ini saya terinspirasi untuk membuka pusat perlindungan remaja terlanjur dan anak terbuang satu hari nanti. Doakan saya. Mudah-mudahan dengan sedikit perkongsian di sini bermanfaat untuk mereka yang sedang tercari-cari jalan yang benar apabila sudah terlanjur...