Langkau ke kandungan utama

Hari nak kiamat



"Mak, tak lama lagi hari nak kiamat ke mak?" Fatihah memecahkan kesenyapan di dalam kereta semasa saya sedang memandu petang itu.

Erk! Mujur mak dah biasa dengan "latihan-latihan" berbentuk unsangkarable begini. Mata mak je juling-juling sambil dahi dikerutkan dengan gigihnya sambil memandang lampu isyarat di hadapan macam nampak tak nampak.

"Emmmm.... Kenapa tiha cakap macamtu?"

"Tak adalah.. Semalam kawan Tiha kat sekolah beritahu hari nak kiamat sebab dia nampak langit warna merah!"

"Ooo.. Langit warna merah... Jadi, dia rasa dunia nak kiamat haritu?"



"A ah.. Dia cakap kalau langit warna merah hari nak kiamat. Lepas tu dia bergaduh dengan lagi sorang kawan Tiha. Kawan Tiha lagi satu tu cakap langit merah sebab matahari."
Baru dahi mak hilang kerutannya.

"Aaaaa pandai kawan Tiha. Abis tu Tiha sokong yg mana satu? Yang cakap hari nak kiamat ke, yg cakap sebab matahari?"

"Tiha tak sokong mana-mana. Tiha dengar je diorang bergaduh."

"Ooooo Tiha tak gaduh sama ek? Baguss.. Abis, Tiha rasa siapa yg betul?"

Tiba-tiba, Fathi mencelah.

"Abang rasa kawan Tiha yg cakap sebab matahari tu yg betul. Sebab abang pernah nampak langit warna merah jugak! Masa kat kelantan." ujarnya bersungguh tanpa diminta.

"Masa abang tengok langit warna merah tu waktu apa?"

"Masatu abang rasa abang bangun awal pagi sangat dalam pukul 7 kot. Bila abang keluar cari nenek, abah mana masa tulah abang nampak langit kat depan rumah tu warna merah! Haritu bukan kiamat pun. Dia warna merah kuning macam tu. Sebab matahari nak keluar kan?"

"Tiha rasa macamana? Apa pandangan Tiha?" saja ingin mendengar pengetahuannya pula.

"Tiha tak tau. Kadang Tiha percaya hari nak kiamat. Kadang Tiha rasa sebab matahari je macam kawan Tiha cakap tu. Tiha pun tak tau."
Pengakuannya jujur.

"Haaa betullah. Matahari bila nak keluar atau tenggelam, langit akan jadi warna oren, kuning, merah.. Tu namanya pembiasan cahaya. Bila nak kiamat tu semua orang pun tak tahu bila. Tapi kiamat memang akan terjadi. Bila kiamat jadi nanti, kita semua akan terpisah dan mati. Lepas tu kita akan dihidupkan semula kat padang masyhar untuk diperhitungkan amalan kita sepanjang hidup kat dunia.

Rasulullah ada ingatkan. Jangan kita bergaduh bila datangnya hari kiamat tapi kita kena persiapkan diri untuk hari kiamat nanti. Maknanya, bila kiamat jadi nanti, kita dah tak ada masa dah nak bertaubat lagi, nak buat baik pada orang lain lagi untuk kumpul pahala banyak-banyak. Hari kiamat jadi je maknanya masa dah habis. Sebab tu kita kena siapkan diri sebelum kiamat datang. Kita kena buat baik dan berakhlak seperti akhlak Rasulullah."

"Mak, nanti bila kiamat ibu yg mengandung pun akan terkeluar kan anak dia dari perut? Kalau anak kecik pun akan terlepas dari ibu dia peluk kan?"

"Ya. Betul tu. Mana abang tahu?"

"Yang ibu mengandung tu ustazah kat sekolah yg cakap. Yang budak kecik tu abang ingat mak yg cakap sebab mak ada beritahu mak takut kalau farihin terlepas dari mak peluk, nanti tak jumpa farihin & anak-anak mak lagi."

Allah... Sebak.

"Ya. Betul. Abang ingat apa yg cikgu ajar dan abang ingat apa yg mak ajar. Bagus abang. Sebab tu abang, Fatihah, Fahmi jangan lupa apa mak ingatkan dari sekarang. Sentiasa berakhlak macam akhlak Nabi.

Macamana akhlak Nabi? Orang baling batu, baling tahi pada Nabi pun Nabi buat apa? Dia sabar kan. Jadi, setiap kali kita disakiti, orang tak suka ke, selalu niat untuk kita sabar banyak-banyak sebab kita nak ikut Nabi.

Bila kita niat untuk buat baik pada orang dan berakhlak macam akhlak Nabi, nanti kat padang masyhar Rasulullah akan kenal kita dari jauh.. Dia akan cakap ini umatku yg berusaha untuk mengikuti jejakku. Mari ke mari. Rasulullah akan panggil kita jalan dulu. Orang lain yg ramai-ramai kat padang masyhar tu semua terpaksa tunggu lama panas terik tapi bila Rasulullah kenal kita, kita dapat syafaat Nabi, boleh terus jalan dulu."

"Syafaat Nabi tu apa mak? Masa kat padang masyhar nanti matahari sejengkal je kan atas kepala kita mak?"

"Ya. Betul. Matahari dekat sangat kat kepala. Panas. Orang ramai bersesak-sesak. Syafaat Nabi tu bila Rasulullah kenal siapa pengikutnya dengan ikhlas. Siapa yg beriman dengannya walaupun tak pernah jumpa Nabi. Siapa yg ikut akhlak Nabi nanti Nabi akan kenal kita.

Macamana Nabi nak kenal kita dalam berjuta-juta manusia kat padang masyhar tu nanti? Rasulullah akan tahu. Kita tak tahu macaman. Rasulullah je yg kenal. Sebab tu jangan bergaduh bila kiamat nak jadi. Yang penting, apa persediaan kita sebelum kiamat akan terjadi.

Niat kita kena sentiasa nak ikut Nabi. Rasulullah akan sayang dan aka kenal kita nanti. Insha Allah. Moga kita akan terpilih oleh Rasulullah untuk dapat syafaatnya. Dan doa banyak-banyak moga nanti kita semua akan ditemukan balik dalam syurga."

*Sebak

.
.
.

Sunyi.

Sepi.

3 budak kecil termenung jauh duduk termangu di belakang kereta.
1 budak lagi tidur dengan nyenyaknya dalam car seatnya.

"Dah sampai rumah. Jom turun!"

Masing-masing baru tersedar dari "bayangan" yg jauh.

.
.
.

Tak kiralah siapakah kita satu masa dahulu.

Hari ini, satu lembaran baru untuk satu perjalanan yg jauh di masa hadapan.
Moga kita semua 1 hari nanti tergolong dalam umat yg dikasihi Nabi dan memperoleh syafaatnya kelak. Ameen.

Allahumma solli 'ala muhammad wa 'ala aali muhammad..

#anakkunciperingatan
#sayangrasulullah
#didikanakabadke21
#didikanawal

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mengandung anak luar nikah?

Nota : Pengalaman saya berjumpa dan menolong seorang remaja terlanjur adalah pengalaman yang harus saya kongsikan bersama agar ia menjadi iktibar buat semua. Apa yang tidak boleh saya lupakan di mana setelah dia melahirkan, anak luar nikah tersebut terpaksa ditinggalkan di wad NICU berikutan masalah jantung yang mengembang. Sepanjang bayi yang tidak dapat disusukan seperti biasa, remaja ini mengalami bengkak susu yang sangat teruk tapi tidak diketahui olehnya juga ibunya. Betapa bengkak susu itu sangat menyeksakan bagi ibu selepas melahirkan, percayalah, menjadi seorang ibu harus punya banyak informasi. Akhirnya, genap 14 hari anak luar nikah ini meninggal dunia. Boleh baca kisahnya di sini.  Berikutan pengalaman berharga ini saya terinspirasi untuk membuka pusat perlindungan remaja terlanjur dan anak terbuang satu hari nanti. Doakan saya. Mudah-mudahan dengan sedikit perkongsian di sini bermanfaat untuk mereka yang sedang tercari-cari jalan yang benar apabila sudah terlanjur...

Permohonan tauliah guru al-Quran negeri Johor

Kerana makcik itu....... (Al fatihah). Stage 1. Alkisah, satu masa dahulu selepas sessi rehearsal dengan seorang ketua kumpulan yasin di Taman Universiti ini untuk majlis khatam al Quran sehari sebelum majlis pernikahan pada 16 Mei 2008, makcik ini menyuruh saya segera mendapatkan tauliah untuk mengajar ngaji. Ketika itu pada usia 26 tahun, saya hanya tertawa kecil dan berfikir yang tauliah mengajar ngaji tidak termasuk langsung dalam senarai kerjaya idaman saya. Maklumlah, graduate UIAM. (Moga Allah ampunkan dosa-dosa saya). Lagipula, saya membayangkan tauliah sebegitu hanya untuk makcik makcik veteran sahaja. Saya tidak nampak keperluan saya berbuat seperti yg disarankan beliau. Lalu, saya diamkan saja. Allah Maha Berkuasa.

Pendaftaran anak luar nikah

Dari peti soalan. Nota khas untuk Atty yg sudi bertanya. Sudah dihantar emel namun "Mail Delivery Failed".   Salam kak khadijah. Saya nak Tanya.. anak luar nikah yg dah hampir setahun tapi tak ada sebarang dokumen. Apa pekara terbaik yg boleh saya buat sebagai mak sedara Anak ni. Ibu kandung dia masih menjaga anak ni. Tapi dia xberani nk gi buat Surat beranak. Dia lahirkan baby ni kat Hospital private lepas tu lari. Semua doc termasuk ic ibu ditahan kat hospital tu. Sebagai makcik bdk ni. Saya mmg kesian. Apa boleh saya buat utk tlg. Sbb ibu kandung dia mcm xkisah. Akak tlg reply kat email saya attysqz@gmail.com. 27 Oktober 2013 3:24 PTG Assalamualaikum Atty. Didoakan moga tetap berada dalam keadaan yg sihat dan tenang. Maaf lambat relpy disebabkan keadaan akak kurang sihat. Berkenaan soalan atty mengenai anak saudara yg luar nikah. Sebenarnya, akak ada dapatkan pandangan dari seorang yg berpengalaman dan dah banyak tolong wanita mengandung luar nikah. Panggilnya M...