Langkau ke kandungan utama

Mendidik anak solat part 3

Soalan :

Anak sy 6 tahun. kalo nak ajar start dr takbir tu, terus buat 3 rakaat ke klo contoh magrib
atau cukup sekadar kita buat 1 rakaat utk permulaan ?
Dah lama sy google panduan camni akhirnya dpt bc kat wall akak


Jawapan :

Ajarkan anak mengikut rakaat yg lengkap. Maghrib 3 rakaat. Kerana rakaat pertama bacaannya alfatihah dan surah.
Rakaat kedua ada tahiyyat awal.
Rakaat ketiga hanya bacaan alfatihah tiada surah dan tahiyyat akhir.

Kesemua rakaat ada pelajarannya tersendiri.


Mudahnya solat kerana bacaan zikirnya hanya perlu diulang ulang. Anak kecil amat mudah ingat apabila diulang ulang.

Allah jualah sebaik baik pemberi ilham.

Semasa awal mengajar anak dulu juga anak saya fathi ada bertanyakan soalan KBAT yg membuatkan saya sentap seketika kerana tak pernah terfikirkan soalan sebegitu.

"Mengapa ada rakaat kena baca surah, ada rakaat tak payah baca surah?"


Kerana mahu berdiskusi lebih baik lagi saya terjumpa rakaman youtube ini. Apa yg saya tulis dalam post sebelum ini lengkap dijelaskan lagi oleh Ustaz Don di sini. Moga kita semua beroleh pencerahan yg lebih jelas.


* Persediaan yg sama untuk mula melatih anak berpuasa tahun ini. Solat datang dulu daripada puasa. Orang yg solat, konfem puasa. Orang yg puasa? Fikir fikirkan.. *




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Permohonan tauliah guru al-Quran negeri Johor

Kerana makcik itu....... (Al fatihah). Stage 1. Alkisah, satu masa dahulu selepas sessi rehearsal dengan seorang ketua kumpulan yasin di Taman Universiti ini untuk majlis khatam al Quran sehari sebelum majlis pernikahan pada 16 Mei 2008, makcik ini menyuruh saya segera mendapatkan tauliah untuk mengajar ngaji. Ketika itu pada usia 26 tahun, saya hanya tertawa kecil dan berfikir yang tauliah mengajar ngaji tidak termasuk langsung dalam senarai kerjaya idaman saya. Maklumlah, graduate UIAM. (Moga Allah ampunkan dosa-dosa saya). Lagipula, saya membayangkan tauliah sebegitu hanya untuk makcik makcik veteran sahaja. Saya tidak nampak keperluan saya berbuat seperti yg disarankan beliau. Lalu, saya diamkan saja. Allah Maha Berkuasa.

Bagaimana nak daftar pertubuhan alumni di ROS?

Semuanya bermula daripada satu idea. Semasa kami mendapat perkhabaran yang sekolah lama kami menghadapi sedikit kekangan untuk membaikpulih fasiliti, ada beberapa suara yang berbunyi "Sekolah dah tak ada duit ke?" - "Duit kerajaan pergi mana sampai semua dana dipotong?" Ini fenomena biasa. Semua orang berhak bertanya begitu dan begini. Itu hak mereka. Namun, saya tidak mahu memberi banyak alasan dengan hanya bertanya ke sana ke sini mengenai sesuatu yang kita sendiri tidak pasti malah tiada jawapan mengenainya. Jauh sekali mahu berspekulasi serta membawa sisi pandang ke arah 'mencari kesalahan orang lain'. Ia tidak membawa apa-apapun manfaat. Tiada hasil. Lalu, saya mendapat mesej daripada salah seorang kawan lama yang menyatakan hasrat jika boleh diwujudkan satu akaun khas bagi alumni menyalurkan semua sumbangan dana berbanding mengumpul melalui akaun persendirian, itu adalah lebih baik. Kelak, mana tahu sumbangan itu boleh dimanfaatkan me...

99 hari emak yang kuat - Krukenberg

Sejak Julai lalu tak update blog ni. Entry terakhir pada bulan terakhir sambut birthday sama-sama dengan mak buat kali terakhir - 13 & 14 Julai 2019. Dan kemudian Allah izinkan saya mengadakan bengkel bedah buku yang terakhir sebelum saya nekad melepaskan semuanya demi menjaga dan merawat emak sepenuh masa dengan tenang. Alhamdulillah. Kita diberi pelbagai nikmat dan kegembiraan bersama-sama sekeluarga. Alhamdulillahi 'ala kulli haal. Akhir bulan Ogos 2019, semuanya bermula. Emak disahkan mengalami kanser ovari terlebih dahulu. 8 September, barulah disahkan bacaan tinggi Cancer Marker pada ovari DAN usus. Stage 4.