Langkau ke kandungan utama

Antara usaha dan tawakkal



Saya dan suami adalah Work-At-Home-Parents.

Dah 10 tahun suami saya kerja remote dari rumah. Meeting semua pakai VC ke serata alam buana. Dari bilik kecil dia tahu semua isu terkini di Rusia, Jepun, Philippine & memana lagilah lokasi rakan sekerjanya. Haruslah ada meja khas untuk dia sorang.

Bagi mak pula, meja kerja mak ialah meja dapur, atas katil ataupun iron board. Kat memana pun mak boleh buat kerja. Ini realitinya bila dah 10 tahun "Rumahku Ofisku" jua.

Duduk di rumah ni memang dah jadi "makanan" kami sejak 1 dekad dulu. Apalagi sejak mula tahu almarhumah nenek kena kanser bulan September tahun lepas, terus kuatkuasakan perintah kawalan pergerakan ke atas diri sendiri & anak2.

Pernah mak marah Fatihah & Fathi kerana lambat keluar balik sekolah. Katanya cikgu tahan sebab kena tolong susun kerusi meja untuk peperiksaan. Mak jadi emosional sangat sambil berkata,

"Lain kali cakap kat cikgu saya kena balik cepat cikgu. Nanti mak saya marah kalau keluar lambat. Nenek saya tinggal sorang kat rumah. Kalau jadi apa2 kat nenek bukan cikgu yg susah! Mak tak ada masa nak tunggu lama camni!"

Anak2 diam je bila mak dah mula naik hantu. Ya ya.. Mak memang emo sangat bila mengenangkan nenek tengah sakit dok sorang kat rumah masatu. Tapi mak tak ada pilihan lain.

Masa itu, mak cuma keluar untuk ambil anak sekolah (sebab abah meeting tengahari) & pergi kedai beli barang2 dapur je. Itupun tak boleh lambat sbb nanti nenek akan call suruh balik cepat.

Nak jumpa orang pun tak berani sebab takut bawa balik virus yg boleh jangkit kat nenek pulak nanti sebab imun nenek lemah selepas chemo. Orang nak datang rumah pun mak terpaksa sekat.

Bukan tak suka orang datang ziarah bawa doa tapi virus yg boleh menjangkiti ni akan memburukkan lagi keadaan orangtua yg semakin lemah. Kita tak tahu. Berdoa siang malam janganlah ada anak jatuh sakit. Nak maintain kesihatan anak 4 orang dengan jaga imun nenek jangan drop bukan mudah. Adakala mak rasa penat sangat.

Sepanjang cuti sekolah akhir tahun lepas hingga cuti sekolah sekarang, anak2 mak masih sabar teruskan hidup dengan dok dalam rumah diam2 walaupun dok bergaduh & meratib bosan.

Dengan keadaan sekarang yg berlaku tak banyak beza dari tahun lepas. Bagi kami, biasa saja kerana inilah rutin kami. Rutin yg berubah sejak almarhumah nenek sakit.

Buat semua yg berubah rutin hariannya disebabkan apa yg berlaku sekarang dan tak betah duduk Di rumah, anggaplah anda sedang menjaga pesakit kanser di rumah yg bila bila masa dia boleh dijangkiti dan memburukkan lagi tahap imunnya.

Jangan keluar atau berjumpa sesiapa kerana sesiapa itu berkemungkinan pembawa senyap kepada virus & kita boleh menjangkitinya. Berapa lama?

Jagalah kesayangan kita semua dengan sehabis sebaik selama masa yg ada. Selagi nafas masih diizinkanNya.

Tawakkal diletakkan lebih tinggi daripada usaha yg kecil ini. Usaha pula harus diserahkan sebulatnya kepada Yang Maha Tertinggi. Tawakkal yg betul itu tidak datang dengan meninggalkan usaha walau sekecil apapun.

Tawakkal tanpa usaha sekatan apapun, bermakna anda hanyalah menyerahkan leher untuk digigit beramai ramai oleh makhluk lain.

Di Akhirnya, bila kita kembali kepada Allah, USAHA inilah yg akan dipersembahkan bersama sama TAWAKKAL yg tinggi agar Allah menerima usaha kita sebagai ibadah kerana fitrah seorang hamba Allah yg lemah memerlukan usaha sedayanya untuk takdir yg lebih baik. Semoga Allah angkat usaha kecil kita ini tergolong dalam golongan orang yg bertawakkal dengan usaha yg betul & taqwa yg benar.

Aamiin aamiin ya rabbal'alamiin.

Nota : Pintu Ke 7 iaitu Pintu Al-Ayman , iaitu pintu orang yang bertawakkal pada Allah yang masuk dalam syurga tanpa hisab dan tanpa siksa.

#covid19
#stayathome

P/s : Rumah bersepah itu normal. Biarkan. Itu menunjukkan ada manusia manusia normal yg sedang duduk dalam rumah tu. Chill je.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Permohonan tauliah guru al-Quran negeri Johor

Kerana makcik itu....... (Al fatihah). Stage 1. Alkisah, satu masa dahulu selepas sessi rehearsal dengan seorang ketua kumpulan yasin di Taman Universiti ini untuk majlis khatam al Quran sehari sebelum majlis pernikahan pada 16 Mei 2008, makcik ini menyuruh saya segera mendapatkan tauliah untuk mengajar ngaji. Ketika itu pada usia 26 tahun, saya hanya tertawa kecil dan berfikir yang tauliah mengajar ngaji tidak termasuk langsung dalam senarai kerjaya idaman saya. Maklumlah, graduate UIAM. (Moga Allah ampunkan dosa-dosa saya). Lagipula, saya membayangkan tauliah sebegitu hanya untuk makcik makcik veteran sahaja. Saya tidak nampak keperluan saya berbuat seperti yg disarankan beliau. Lalu, saya diamkan saja. Allah Maha Berkuasa.

Bagaimana nak daftar pertubuhan alumni di ROS?

Semuanya bermula daripada satu idea. Semasa kami mendapat perkhabaran yang sekolah lama kami menghadapi sedikit kekangan untuk membaikpulih fasiliti, ada beberapa suara yang berbunyi "Sekolah dah tak ada duit ke?" - "Duit kerajaan pergi mana sampai semua dana dipotong?" Ini fenomena biasa. Semua orang berhak bertanya begitu dan begini. Itu hak mereka. Namun, saya tidak mahu memberi banyak alasan dengan hanya bertanya ke sana ke sini mengenai sesuatu yang kita sendiri tidak pasti malah tiada jawapan mengenainya. Jauh sekali mahu berspekulasi serta membawa sisi pandang ke arah 'mencari kesalahan orang lain'. Ia tidak membawa apa-apapun manfaat. Tiada hasil. Lalu, saya mendapat mesej daripada salah seorang kawan lama yang menyatakan hasrat jika boleh diwujudkan satu akaun khas bagi alumni menyalurkan semua sumbangan dana berbanding mengumpul melalui akaun persendirian, itu adalah lebih baik. Kelak, mana tahu sumbangan itu boleh dimanfaatkan me...

Mengandung anak luar nikah?

Nota : Pengalaman saya berjumpa dan menolong seorang remaja terlanjur adalah pengalaman yang harus saya kongsikan bersama agar ia menjadi iktibar buat semua. Apa yang tidak boleh saya lupakan di mana setelah dia melahirkan, anak luar nikah tersebut terpaksa ditinggalkan di wad NICU berikutan masalah jantung yang mengembang. Sepanjang bayi yang tidak dapat disusukan seperti biasa, remaja ini mengalami bengkak susu yang sangat teruk tapi tidak diketahui olehnya juga ibunya. Betapa bengkak susu itu sangat menyeksakan bagi ibu selepas melahirkan, percayalah, menjadi seorang ibu harus punya banyak informasi. Akhirnya, genap 14 hari anak luar nikah ini meninggal dunia. Boleh baca kisahnya di sini.  Berikutan pengalaman berharga ini saya terinspirasi untuk membuka pusat perlindungan remaja terlanjur dan anak terbuang satu hari nanti. Doakan saya. Mudah-mudahan dengan sedikit perkongsian di sini bermanfaat untuk mereka yang sedang tercari-cari jalan yang benar apabila sudah terlanjur...