Langkau ke kandungan utama

4 bulan lamanya...

Lamanya tak buat apa2 dengan site nih..Dari Julai sampai sekarang Oktober baru boleh online. Tak tau la sejak mengandung ni terpaksa berkompromi dgn si anak dalam perut ni. Orang mengandung biasanya alah dengan benda2 macam bau2an ke, makanan ke, tempat ke tapi saya amat pelik sebab diri saya sendiri alah pada internet?!

Tiap kali online je dalam 5 minit mesti kepala dah pusing mcm nampak bintang2 walaupun di pagi hari..haha..sampai suami pun kena hadkan masa dia dpn komputer sebab saya yg dok belakang komputer ni akan mabok! Real maboknya mcm mabok laut!

Mabok pada bau2an pun ye juga! Amat pantanglah bila minyak berjumpa dengan bawang (aktiviti menumis dan seangkatan dengannya)..tiba2 terus muntah! Sepanjang Ramadhan memang saya tak memasak langsung..beli kat bazar je..Kesian pulak suami..Tapi nak buat macamana, azabnya tiap kali orang memasak mesti saya muntah. tak kiralah pagi petang siang malam..Suami kata nak buat camna, takkan nak halang orang lain memasak..hehehe...

Sepanjang tu jugak lah badan saya amat lemah disebabkan muntah tiap kali bau orang memasak..Bayangkanlah dok kat rumah flat 5 tingkat ni, orang atas bawah kiri kanan mestilah memasakkan? (eh,takde orang bawah sbb dok ground floor). Dengan selambanya saya pula memuntahkan..Atok nasihatkan jangan ikutkan sgt, nanti anak akan naik lemak! Atok cakap, lawan perasaan tu! Camna nak lawan, memang rasa nak muntah secara tiba2, tak boleh kawal lagi dah masa tu..tapi, hal2 lain ye saya lawan, macam kalau rasa malas atau rasa nak tidor je saya cuba lawan..Saya pun paksa diri mandi pagi..dengan doa mudah2an anak ni kelak janganlah malas mandi pagi!

Alhamdulillah sekarang kandungan dah nak masuk 5 bulan, hormon dah stabil, badan pun semakin selesa.. Apa yg penting saya dah jadi normal! Dah boleh memasak dengan bersenang-lenangnya! Siap menumis tu tarik nafas lagi dan berjoget2 kat dapor! haahaha..Saje buang tebiat..Memang ada benarnya cakap orang2 tua, kalau kita ikutkan sangat apa pembawakan anak dalam perut ni tak mustahillah dah besar nanti anak akan jadi macam tu jugak..Abah pulak nasihatkan, jangan keras hati/lawan cakap!Nanti anak lagi keras hati/suka lawan cakap..

Memang betullah orang kata, bila mengandung ni kadang-kadang kita tak jadi bukan diri kita..sebab pembawakan..barulah saya dapat rasa macamna emak 'membawak' keempat-empat anaknya nih dulu masa hidup susah..

Alkisah, rupanya saya ikut emak! Anak pertama tak boleh memasak..Makan je nak..hehe..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mengandung anak luar nikah?

Nota : Pengalaman saya berjumpa dan menolong seorang remaja terlanjur adalah pengalaman yang harus saya kongsikan bersama agar ia menjadi iktibar buat semua. Apa yang tidak boleh saya lupakan di mana setelah dia melahirkan, anak luar nikah tersebut terpaksa ditinggalkan di wad NICU berikutan masalah jantung yang mengembang. Sepanjang bayi yang tidak dapat disusukan seperti biasa, remaja ini mengalami bengkak susu yang sangat teruk tapi tidak diketahui olehnya juga ibunya. Betapa bengkak susu itu sangat menyeksakan bagi ibu selepas melahirkan, percayalah, menjadi seorang ibu harus punya banyak informasi. Akhirnya, genap 14 hari anak luar nikah ini meninggal dunia. Boleh baca kisahnya di sini.  Berikutan pengalaman berharga ini saya terinspirasi untuk membuka pusat perlindungan remaja terlanjur dan anak terbuang satu hari nanti. Doakan saya. Mudah-mudahan dengan sedikit perkongsian di sini bermanfaat untuk mereka yang sedang tercari-cari jalan yang benar apabila sudah terlanjur...

Permohonan tauliah guru al-Quran negeri Johor

Kerana makcik itu....... (Al fatihah). Stage 1. Alkisah, satu masa dahulu selepas sessi rehearsal dengan seorang ketua kumpulan yasin di Taman Universiti ini untuk majlis khatam al Quran sehari sebelum majlis pernikahan pada 16 Mei 2008, makcik ini menyuruh saya segera mendapatkan tauliah untuk mengajar ngaji. Ketika itu pada usia 26 tahun, saya hanya tertawa kecil dan berfikir yang tauliah mengajar ngaji tidak termasuk langsung dalam senarai kerjaya idaman saya. Maklumlah, graduate UIAM. (Moga Allah ampunkan dosa-dosa saya). Lagipula, saya membayangkan tauliah sebegitu hanya untuk makcik makcik veteran sahaja. Saya tidak nampak keperluan saya berbuat seperti yg disarankan beliau. Lalu, saya diamkan saja. Allah Maha Berkuasa.

Pendaftaran anak luar nikah

Dari peti soalan. Nota khas untuk Atty yg sudi bertanya. Sudah dihantar emel namun "Mail Delivery Failed".   Salam kak khadijah. Saya nak Tanya.. anak luar nikah yg dah hampir setahun tapi tak ada sebarang dokumen. Apa pekara terbaik yg boleh saya buat sebagai mak sedara Anak ni. Ibu kandung dia masih menjaga anak ni. Tapi dia xberani nk gi buat Surat beranak. Dia lahirkan baby ni kat Hospital private lepas tu lari. Semua doc termasuk ic ibu ditahan kat hospital tu. Sebagai makcik bdk ni. Saya mmg kesian. Apa boleh saya buat utk tlg. Sbb ibu kandung dia mcm xkisah. Akak tlg reply kat email saya attysqz@gmail.com. 27 Oktober 2013 3:24 PTG Assalamualaikum Atty. Didoakan moga tetap berada dalam keadaan yg sihat dan tenang. Maaf lambat relpy disebabkan keadaan akak kurang sihat. Berkenaan soalan atty mengenai anak saudara yg luar nikah. Sebenarnya, akak ada dapatkan pandangan dari seorang yg berpengalaman dan dah banyak tolong wanita mengandung luar nikah. Panggilnya M...