Langkau ke kandungan utama

Ajar anak sabar dan tidak membazir.


Setiap kali anak-anak meminta sesuatu dan mereka bersetuju untuk bersabar saya akan menegaskan kembali pelajaran yg mereka perolehi.

"Mak tak tipu kan? Bila kita sabar, kita boleh dapat banyak-banyak lagi. Asalkan kita sabar dulu. Sedap tak aiskrim ni?"

"Kita kena makan sampai habis. Tak baik membazir. Allah tak suka orang yg membazir."

"Kalau kita nak apa-apa, kita kena cakap-cakap (doa) pada Allah. Allah akan bagi apa yg kita minta kalau kita bersabar."

Mereka faham dan angguk. Ini antara dialog yg selalu gunakan malah kerap saya ulang-ulang beribu kali setiap kali ada 'isu' di antara anak-anak apabila mereka mula menangis atau membuat 'perangai'.



Malam semalam. Fatihah mahu sos ditambah lagi ke dalam pinggan walhal masih ada sos lagi yg berbaki.

Saya katakan, "Habiskan sos dalam pinggan dulu nanti dah habis baru tambah lagi. Tak baik kita membazir kan bang? Kalau membazir maksudnya?"

Si abang menjawab, "Kalau membazir nanti Allah marah. Bila Allah marah nanti Tiha mintak apa-apa tak dapat. Kalau kita sabar, kita boleh dapat banyak-banyak. Yg kita tak mintak pun nanti boleh dapat, Allah bagi."

Errr.... 'Bila kita sabar, yg tak minta pun kita boleh dapat'... Ayat ini agak baru saya mendengar dari mulutnya..

Hehe.. Dialog anak lebih baik daripada dialog saya.

Nota : Mengajar anak kecil dalam usaha menanamkan satu prinsip asas dalam hidup mereka memerlukan satu konsep mudah yg boleh difahami. Saya memang merancang untuk menanamkan asas prinsip : minta apa saja daripada Allah kerana Allah Maha Pemberi dan Allah adalah sebaik-baik tempat pergantungan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mengandung anak luar nikah?

Nota : Pengalaman saya berjumpa dan menolong seorang remaja terlanjur adalah pengalaman yang harus saya kongsikan bersama agar ia menjadi iktibar buat semua. Apa yang tidak boleh saya lupakan di mana setelah dia melahirkan, anak luar nikah tersebut terpaksa ditinggalkan di wad NICU berikutan masalah jantung yang mengembang. Sepanjang bayi yang tidak dapat disusukan seperti biasa, remaja ini mengalami bengkak susu yang sangat teruk tapi tidak diketahui olehnya juga ibunya. Betapa bengkak susu itu sangat menyeksakan bagi ibu selepas melahirkan, percayalah, menjadi seorang ibu harus punya banyak informasi. Akhirnya, genap 14 hari anak luar nikah ini meninggal dunia. Boleh baca kisahnya di sini.  Berikutan pengalaman berharga ini saya terinspirasi untuk membuka pusat perlindungan remaja terlanjur dan anak terbuang satu hari nanti. Doakan saya. Mudah-mudahan dengan sedikit perkongsian di sini bermanfaat untuk mereka yang sedang tercari-cari jalan yang benar apabila sudah terlanjur...

Pendaftaran anak luar nikah

Dari peti soalan. Nota khas untuk Atty yg sudi bertanya. Sudah dihantar emel namun "Mail Delivery Failed".   Salam kak khadijah. Saya nak Tanya.. anak luar nikah yg dah hampir setahun tapi tak ada sebarang dokumen. Apa pekara terbaik yg boleh saya buat sebagai mak sedara Anak ni. Ibu kandung dia masih menjaga anak ni. Tapi dia xberani nk gi buat Surat beranak. Dia lahirkan baby ni kat Hospital private lepas tu lari. Semua doc termasuk ic ibu ditahan kat hospital tu. Sebagai makcik bdk ni. Saya mmg kesian. Apa boleh saya buat utk tlg. Sbb ibu kandung dia mcm xkisah. Akak tlg reply kat email saya attysqz@gmail.com. 27 Oktober 2013 3:24 PTG Assalamualaikum Atty. Didoakan moga tetap berada dalam keadaan yg sihat dan tenang. Maaf lambat relpy disebabkan keadaan akak kurang sihat. Berkenaan soalan atty mengenai anak saudara yg luar nikah. Sebenarnya, akak ada dapatkan pandangan dari seorang yg berpengalaman dan dah banyak tolong wanita mengandung luar nikah. Panggilnya M...

Permohonan tauliah guru al-Quran negeri Johor

Kerana makcik itu....... (Al fatihah). Stage 1. Alkisah, satu masa dahulu selepas sessi rehearsal dengan seorang ketua kumpulan yasin di Taman Universiti ini untuk majlis khatam al Quran sehari sebelum majlis pernikahan pada 16 Mei 2008, makcik ini menyuruh saya segera mendapatkan tauliah untuk mengajar ngaji. Ketika itu pada usia 26 tahun, saya hanya tertawa kecil dan berfikir yang tauliah mengajar ngaji tidak termasuk langsung dalam senarai kerjaya idaman saya. Maklumlah, graduate UIAM. (Moga Allah ampunkan dosa-dosa saya). Lagipula, saya membayangkan tauliah sebegitu hanya untuk makcik makcik veteran sahaja. Saya tidak nampak keperluan saya berbuat seperti yg disarankan beliau. Lalu, saya diamkan saja. Allah Maha Berkuasa.