رَبِّ هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ

Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh

وَاجْعَلْ لِي لِسَانَ صِدْقٍ فِي الْآخِرِينَ

Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian

وَاجْعَلْنِي مِنْ وَرَثَةِ جَنَّةِ النَّعِيمِ

Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim

وَلَا تُخْزِنِي يَوْمَ يُبْعَثُونَ

Dan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula -

يَوْمَ لَا يَنْفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ

Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun

إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ

Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera

وَأُزْلِفَتِ الْجَنَّةُ لِلْمُتَّقِينَ

Dan (pada hari itu) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertaqwa

(Surah ash-shua'ra)

Sabtu, 16 April 2016

# anak # falsafah

Kenapa ada orang dapat anak, ada orang tak ada anak?

Soalan KBAT Fathi (6 tahun) pada satu hari.

"Mak mak.. Kenapa orang yg dah kawen ada dapat anak, ada yg tak dapat anak?"

Fathi tiba-tiba bertanya sebelum tidur semasa sessi "golek golek atas katil".
Gulp! Masa nak tidur nilah masa dia nak jadi kritis pula..
.
.

Sebelum tu, soalannya berbunyi, "Kenapa kita boleh jumpa Allah kat syurga je bukan kat dunia?"
.
.

Beberapa minggu sudah soalan kenapanya berbunyi, "Kenapa anak anak kena binkan dengan abah dia bukan mak dia. Kan mak dia yg keluarkan dia dari perut?"
.
.

Tahun lalu pula soalan asasnya berbunyi,
"Macamana anak anak boleh jadi dalam perut mak dia?"

2 dari 3 soalan itu Fathi sudah tahu jawapannya. Hinggalah sekarang bila adiknya pula bertanya dia akan menjawab bagi pihak saya.

"Manusia kan dijadikan daripada tanah dan setitis air. Mak ada bacakan masa baca Quran haritu abang dengar."

Saya agak terkejut sebenarnya. Kerana jawapan itu bukan jawapan saya berikan. Saya cuma membaca terjemahan ayat yg saya baca tiap pagi semasa subuh waktu anak bangun dari tidur. Kebetulan dia mendengar dan nuur kefahaman itu melekat sendiri dalam akalnya.
Allahu akbar.




Lalu, soalan kali ini agak mencabar. Normal bagi anak anak seusianya bertanya "kenapa" beratus kali dalam sehari.

Saya ambil masa agak lama terdiam. Tiba tiba ilham datang menerjah.

"Dia bukan tak dapat anak cuma BELUM dapat anak lagi. Lambat laun kalau dia sabar Allah mesti bagi dia anak. Cuma cepat atau lambat je. Allah nak tengok dia boleh sabar sampai mana."

"Abis, kenapa ada orang yg cepat dapat anak? Dia tak payah sabar?"

"Orang yg lepas kawen cepat dapat anak tu pun kena sabar jugak. Cuma Allah nak tengok dia sabar sampai mana melalui anak anak pulak. Sabar tak rasa sakit nak keluarkan anak. Sabar tak bila anak sepahkan mainan tak kemas rumah dia. Sabar tak kalau anak dia sikit sikit menangis malam mengamuk macam fahmi. (Hahaha.. ) 
Semua anak, Allah bagi kepada mak dia untuk mengandung ada masanya sendiri. Kita tak boleh nilai orang dengan tengok berapa ramai anak dia ada. Sebab Allah maha tahu, maha pemberi rezki mana yg dia perlukan tak semestinya ikut apa yg dia mahu. 
Yg dapat anak cepat lepas kawen macam mak lahirkan abang dengan tiha (jarak setahun) Allah bagi rezki anak cepat pada mak tapi rezki lain lambatlah sikit. 
Yg dapat anak lambat pun Allah tetap berikan rezki lain cepat macam duit yg banyak, ekonomi yg kukuh, kesihatan yg baik, keluarga yg happy tak ada perbalahan. 
Ada rezki datang cepat, ada lah yg lambat sikit. Macam mak pernah cakap kat abang. Tak semua yg kita nak kita boleh dapat masa tu jugak kan. Kalau nak apa apa kena sabar. Allah mesti bagi."

"Ooo jadi anak dia datang macam rezki? Rezki pulak ada banyak jenis? Mak dia dapat duit banyak dulu supaya nanti dapat belikan banyak mainan untuk anak dia yg datang lambat? Kenapa ada anak yg datang cepat, ada yg lambat?"
(Amboi, bertalu talu tanda soalnya!)

Tarik nafas panjang.

"Sebaaabbbb...... Tiap anak tu ada masanya sendiri. Tak semestinya sama macam orang lain. Allah maha tahu nanti bila dia besar dia akan jadi orang yg hebat untuk zaman dia.
Mungkin anak dia datang lambat sikit supaya nanti anak dia jadi ketua yg hebat untuk generasi lebih muda dari abang yg lahir cepat ni. Kita tak tahu. Tapi Allah sangat tahu bila masanya yg paling sesuai anaknya datang cepat ke lambat untuk generasi zaman anaknya bila dia besar nanti. Abang nak jadi hebat tak bila besar nanti?"
"Oooo macamtu. Semua manusia yg Allah jadikan tu ada masanya? Ermm.. cita cita abang haritu nak jadi polis tapi nak tukarlah. Abang nak jadi angkasawan!"

"Ok bagus! Kalau abang nak jadi angkasawan, jadilah angkasawan alhafiz. Yg boleh menjelaskan sains dan teknologi dari kacamata al Quran. Boleh gitu?"

Fatihah pula menyampuk, "Teknologi tu apa mak?"

Tiba tiba suara abahnya menyergah, "Eh eh.. kenapa semua tak tidur lagi ni? Esok nak sekolah!"
.
.
.

Fuhhh.. Berasap kepala maknya nih. Kbat di malam hari mengalahkan final exam tahun akhir semasa di UIA dulu! Hehe...



Tiada ulasan:

#jdtblogger #teambloggerjohor