Ahad, 10 April 2016

Psikologi anak kecil mengaji


(Seperti yg telah saya kongsikan sebelum ini di dalam Closed Group Usrah Suka Mengaji tapi ini dengan penambah info buku mngaji terbaru khusus juga bagi menjawab soalan dari seorang ibu mengenai buku mengaji yg berwarna warni dan berilustrasi).

Akan tiba satu masa anak kita tidak mahu mengaji. Hanya tiba tiba.

Ajarlah apapun, tiba masanya dia hanya tidak mahu meneruskan rutin biasanya.

Ibu ayah.... Tingkatkan kesabaran yg ada.

Tarik nafassssss.
Seperti permainan. Anak kecil tidak akan betah dengan hanya bermain satu jenis permainan sahaja. Juga amat mustahil menonton hanya satu jenis kartun sahaja.

Begitu juga anak kecil tidak mampu menggunapakai hanya satu jenis pembelajaran / bahan bantu mengajar sahaja.

Di sini, saya suka mengesyorkan beberapa buku mengaji yg menjadi alternatif buat saya dan anak anak selain buku mengaji Iqra.





1. Iqra at Taisir a.k.a buku ustaz don (anak saya yg panggil sedemikian kerana ada muka beliau di cover walhal bukan ustaz don yg tulis hehe..)

Ia penuh warna warni di dalamnya. Anak anak kecil memang suka sesuatu yg colourful dan ada lukisan comel seperti dirinya.



Pernah satu ketika, Fathi tidak mahu meneruskan mengaji Iqra 4. Katanya susah. Ayatnya panjang panjang, abang tak pandai. Dan dia hanya tidak mahu mengaji walau banyak cara saya memujuknya.
Saya biarkan dahulu. Berinya sedikit ruang dan masa.

Sehinggalah 6 bulan kemudian. Dia bermain di perpustakaan mininya dan terjumpa buku ustaz don ini lalu membawanya kepada saya. Katanya mahu mengaji dari taisir 1 semula.

Jika saya mementingkan diri dan mahu menjaga airmuka saya sebagai guru mengaji, sudah tentulah saya malu apabila anak sendiri berusia 6 tahun ini masih mengaji di iqra 1.

Saya berlapang dada. Tidak perlu apa yg dikejar. Saya memandang masa hadapan juga kemahuannya sendiri (yg mahu mengaji dengan sendiri tanpa arahan) patut diraikan dan dipuji.
(Walaupun setelah 6 bulan menahan kesabaran).

Saya ingatkan setelah lama tinggal mengaji, dia pasti terlupa beberapa huruf. Namun rupanya, dia membaca taisir 1 habis dalam 1 malam saja.

Taisir 2 habis dalam malam kedua hinggalah dia memerlukan 4 hari saja untuk sampai ke taisir 4. Dia yg seronok mengaji banyak mukasurat kerana katanya mudah saja rupanya. Tidaklah susah mana bila sudah sampai taisir 4.

Saya katakan, "Kan betul mak kata mengaji tak susah pun. Abang cuma perlu fokus pada huruf apa dan baris kat mana je. Tiba tiba je nanti abang boleh ngaji ayat yg panjang kan. Abang tak boleh terpengaruh dengan ayat yg abang nampak panjang dulu. Cuba baca je terus. Abang mesti boleh punya."

"Betul betul betul mak cakap. Baru abang tahu yg mengaji ni tak susah mana pun. Mulai harini abang akan fokus!"

Jawabnya sambil bersemangat.

Adapun bagi Fatihah, anak perempuan saya ini tiadalah masalah besar. Dia mampu mengaji walaupun Iqra buku yg sama. Sentiasa rajin seperti biasa. Tiada banyak alasannya..hehe..

Di sinilah saya nampak perbezaannya antara anak lelaki & perempuan.







2. Muqaddam juzuk amma ini saya belikan untuk mereka untuk tujuan hafazan. Mereka sudah menghafaz beberapa surah pendek yg mudah.

Bagusnya muqaddam juzuk amma ini kerana mempunyai makna per kata dalam 3 bahasa & hukum tajwid pada setiap bacaan. Juga berwarna warni.

Walaupun masih belum memahami sepenuhnya mengenai hukum tajwid, namun ia akan membantu mereka di masa hadapan untuk mendalami aplikasi hukum tajwid..

Termasuk saya juga bagi menjadi panduan untuk mengajar tajwid yg lengkap kelak. Di bahagian belakangnya sudah lengkap dengan senarai hukum tajwid.

Adalah satu kewajipan untuk kita mengajar mengaji berserta tajwid. Tidak boleh dipisahkan keduanya.
Tidak boleh juga mengajar mengaji hanya salah satu saja daripadanya. Walaupun ke atas anak kecil, berikan pendedahan awal.

Ia umpama irama dan lagu. Berpisah tiada. Jika terpisah, rosaklah lagu pincanglah irama.

Makhraj dan tajwid sangat penting. Itu yg menentukan bacaan al Quran kita.

Bak kata ustaz Hj. Bachok Tumpak, "Kita ni dah terlanjur. Baca kalimah dulu dah tua baru nak belajar makhraj dan tajwid. Sepatutnya belajarlah tajwid dan makhraj dulu.

** Boleh bergabung dalam Usrah Online Suka Mengaji di Telegram. Saya berkongsi ilmu tajwid dan makhraj dengan ibu ibu yg mahu memperbaiki bacaan. Silakan.






3. Buku mengaji Belajar membaca al Quran bertajwid dalam masa 50 jam pula adalah pemberian kasih sayang dari seorang ibu yg mempunyai anak Celebral Palsy iaitu Puan Afidah Ayob.

Dari jauh, saya mengkagumi Aiman (6 tahun) yg sudah pandai mengaji dan kenal huruf sejak kecil. Lebih lagi saya mengkagumi kecekalan ibunya yg mengajarnya sendiri di rumah.
Walaupun 50 jam itu bersifat subjektif tapi saya tertarik dengan buku ini kerana Aiman dapat membacanya.

Sejak setahun lalu, saya sedang dalam kajian mengenai kepelbagaian buku mengaji yg ada di pasaran hari ini. Saya berhajat untuk menerbitkan satu buku mengaji yg berinovasi menyantuni keperluan anak kecil termasuklah anak anak istimewa agar hak mereka tidak dinafikan.

Sebelum itu, haruslah saya cuba try test pada anak anak sendiri dahulu.
Ternyata buku ini lebih seimbang. Lebih terang dan berstruktur sama seperti Muqaddam lama yg diperbaharukan.

Fathi dan fatihah membaca buku ini bermula dengan subjek baris yg bercampur. Lebih ringan dan pendek pendek menyebabkan mereka selesa kerana dapat laju membacanya..hehe..

Paling bagusnya, di awal buku ini ada pengenalan kepada huruf tunggal BUKAN seperti buku lain terus dimulakan dengan huruf berbaris atas.

Fahmi (2 tahun) juga dapat menggunapakai buku ini dengan mengenalpasti huruf tunggal yg sudah diketahuinya.

Nanti saya kongsikan butiran caranya bagaimana boleh kita perkenalkan anak kecil dengan disiplin buku walau hakikatnya amat payah.

Hanya buku ini monotone, tidak berwarna warni menyebabkan fathi mahu membaca sikit demi sedikit. Ya, anak seorang ini serba serbinya perlu kena dengan gayanya.. Sabor sajalah maknya ini.







4. Satu lagi buku mengaji terbaru yg saya jumpa di Badan bookstore plaza angsana JB ialah Muqaddam Nur al Hayah jilid 1. Siri pendidikan pra sekolah bestari. Tapi jika saya mahu terbitkan buku mngaji sendiri saya kira saya akan menerbitkan yg serupa dengan buku muqaddam ini.

Lengkap silibusnya. Terang tulisannya.

Bermula dengan huruf tunggal. Membezakan huruf melalui titik dan bentuk.

Seterusnya, silibus lengkap seperti muqaddam lama tetapi dengan penambahbaikan yg sangat relevan dengan masakini. Menariknya ia diselang selikan dengan satu muka tulisan al Quran sebenar agar anak tahu bagaimana aplikasinya.

Tulisannya juga kemas dan tepat. Tidak seperti Iqra yg mana tulisannya tebal dan bersambung agak kurang kemas hingga anak yg bari beljar mengaji susah untuk melihat huruf yg bersambung.


Jika saya bekerja di kementerian pendidikan bahagian agama saya pasti akan menukarkan buku bacaan wajib digunapakai pelajar tahap 1 ini di semua sekolah seluruh Malaysia. Ada buku mengji dengan kaedah muqaddam ini lebih relevan dan mudah dibaca pelajar tahap 1.

Jika silibus matapelajaran lain sudah updated, mengapa subjek J Qaf ini tidak boleh updated bukunya?
.
Perkara paling penting yg ingin saya sampaikan di sini ialah jika kita mengajar anak asas tempat berpijak yg betul dari kecil iaitu

+ kenal huruf tunggal (melalui bentuk & ciri)

+ tahu fungsi baris atas, bawah, depan dan tanwin (melalui emoticons)

+ kenal huruf yg bersambung (transformers)

+ kenal tanda tajwid yg lain (hukum nun mati & tanwin, hukum mim mati & tanwin, sabdu dll

berilah apa jua jenis buku mengaji dan kaedah membaca, dalam beberapa minit saja anak kecil dapat membacanya.

Ini akan mbantu mereka lebih lancar mengaji di kemudian hari. Tidak perlu reversed ke belakang semula apabila tiba membaca pada hukum mad harfi muthaqqal & mad harfi mukhaffaf.

Perlu diberi perhatian bahawa membaca al Quran adalah sangat berbeza dengan membaca buku ABC.

Mengapa ketika mengaji kita wajib membacanya hingga telinga dapat mendengar manakala ketika membaca novel kita membacanya secara senyap sekejap saja habis satu novel boleh dibaca?
.
.
.

1. Tempat berpaut harus pada yg utuh dan kuat. Ajari anak dengan asas membaca al Quran yg betul.

2. Tukar buku bacaan apabila anak sudah mula memberikan alasan.

3. Berikannya sedikit ruang dan masa.

4. Tidak marah marah / memaksa tetapi cuba menawarkan kepadanya satu cara yg lebih menyeronokkan.

5. Teruskan berdoa & berusaha yg termampu.

Allah sentiasa memandang pada usaha kita BUKAN hasilnya.

‪#‎mendoronganaksukamengaji‬


Nota : Jika mahu saya belikan salah satu buku mengaji yg dicadangkan, boleh letak nama di aini. Saya kumpul oder dulu. Jika sempat ke sana nanti saya beli sekaligus saja. Insha Allah.

1 ulasan:

amz berkata...

Puan, terima kasih atas catatan. Saya kongsi catatan puan, ya. Moga jadi panduan buat saya dan rakan-rakan mengajar anak-anak kami. InsyaAllah

Hidup di dunia untuk bersusah.

Mak siap basuh baju pagi tadi. Petang baru mak sempat nak sidai. Mak pun keluarkanlah baju bawa ke ampai. Rasanya macam tak sempat juga me...