Langkau ke kandungan utama

Ibrah kisah maryam

Throwback.

Setahun yg lalu.

Seperti biasa, kesesakan lalulintas setiap petang membolehkan saya menjadi pendengar setia Ikim.fm setiap hari Ahad, Isnin, Selasa dan Khamis.

Setiap ahad petang jam 6, satu segmen berbahasa inggeris membicarakan satu tajuk yang biasa biasa namun, kupasannya luar biasa! Ilmu baru untuk saya mencerap pengetahuan.

Surah Maryam.

Biasa dibaca dan pernah mendengar kupasan mengenai surah ini.

Sungguh, ilmu Allah maha luas. Kupasan dan sudut pandang berbeza dapat difahami kali ini.

4 perkara utama yang harus dipelajari dari kisah Maryam. Wanita terbaik sepanjang zaman (wanita terpilih melalui ujian sebegini bagi keseluruhan penciptaan manusia).

1. Ada 2 komponen penting dari kisah Maryam yang juga boleh dijadikan asas pendidikan anak anak dan keluarga menjadi insan hebat di dunia juga akhirat.

I) Rasa kebergantungan yang tinggi kepada Allah Ta 'ala dan amal ibadahnya.

II) Menanamkan sifat kerja sukarelawan (voluntary mission) dalam masyarakat.




2. Terdapat 3 ujian hebat yang dialami Maryam (radiyallahu 'anha) yang harus kita semua jadikan ikutan dalam melalui ujian hidup hari ini.

I) Mengandung tanpa lelaki.
Allah tidak menciptakan sesuatu (buruk atau baik) tanpa tujuannya atau sia sia. Ujian Allah sentiasa ada kepada hamba yang disayangiNya samada dalam kesenangan atau kesusahan.

Allah menciptakan satu kesusahan hanya kerana mahukan kita menjadi seorang insan yang lebih tabah dan kuat pergantungannya kepada Allah. Kadangkala akal selalu mengatakan susah tetapi sebenarnya Allah tahu kita mampu dan dapat melaluinya.

Lumrah hidup, kita akan sentiasa diuji dengan perkara/orang yang kita sayang.

 Anak, kesihatan, harta benda.

Mengapa Allah memilih Maryam untuk melalui ujian mengenai anak? Malah, ujian yang hadir tidak masuk dek akal langsung apabila wanita suci yang masanya dihabiskan di dalam mihrab untuk beribadah, akhirnya boleh mengandung?

Maha suci Allah yang menciptakan dunia ini penuh dengan peraturanya. Namun harus diingat Allah boleh saja bila bila masa melangkaui peraturan duniawi ini. Tiada yang mustahil bagi Allah.

II) Menggoncangkan pohon kurma ketika hendak melahirkan.
Bagaimana seorang wanita yang sedang dalam kesakitan dan lemah longlai dapat menggoncangkan pohon kurma yang besar yang kebiasaannya orang akan memanjat pohon kurma untuk mengambil buahnya?

Maha suci Allah yang menciptakan setiap kesusahan itu bersama kesenangan.

Ramai orang yang tersilap mentafsir ayat ini.
إن مع العسرى يسرا فإن مع العسرى يسرا
Kebanyakan kita memahami selepas kesusahan akan tiba kesenangan. 
Namun, sebenarnya ayat Allah ini menyebut ma'a (bersama) bukan selepas.
Sebenarnya, bersama kesusahan itu ada kesenangannya.

Tapi, semasa kita rasa susah itu kita terlalu memandang akan kesusahan tersebut hingga tidak nampak kesenangan yang hadir bersama-sama dengannya.

Ubah pandangan. Lihatlah kesenangan yang ada di sebalik kesusahan yang dihadapi.

III) Selepas melahirkan, jangan tinggalkan (sembunyikan) anak. Bawa bayi ketengah masyarakat dan ikutlah petunjuk dari Allah.

Ujian ini adalah yang paling hebat buat Maryam. Jika berlaku kepada orang lain mungkin boleh hilang imannya.

Di saat orang sekeliling mula menuduh dan mencerca serta menyuruh kita berputus asa, itulah ujian terhebat bagi manusia. Namun, Maryam tetap mengikut petunjuk Allah.

Jangan membalas / menjawab segala soalan dan cercaan masyarakat. Diam dan tunjukkan ke arah bayi.



Kesimpulan.

1. Kita takkan tahu satu satu ujian itu di dalam kemampuan kita hinggalah kita dapat melaluinya.

2. Maha suci Allah yang menciptakan setiap ujian yang hadir adalah untuk menjadikan kita seorang hamba Allah yang lebih baik dan lebih tabah serta kuat dari sebelumnya.

3. Allah memilih kita melalui ujian yang hebat getirnya bukanlah disebabkan kita yang terhebat tetapi adalah kerana kita harus menyampaikan misi ummah di sebalik ujian tersebut.

4. Didiklah anak mengikut 2 komponen penting dalam kisah Maryam ini. Ujian yang berlaku dalam hidup ini hanyalah untuk kita terus bergantung harap dan percaya pada nusrah Allah.

Kembalilah kepadaNya.

Dan kembalikan semula untuk ummah supaya manusia mendapat kebaikan dalam hidayahNya.

‪#‎tipsantaididikanak‬

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mengandung anak luar nikah?

Nota : Pengalaman saya berjumpa dan menolong seorang remaja terlanjur adalah pengalaman yang harus saya kongsikan bersama agar ia menjadi iktibar buat semua. Apa yang tidak boleh saya lupakan di mana setelah dia melahirkan, anak luar nikah tersebut terpaksa ditinggalkan di wad NICU berikutan masalah jantung yang mengembang. Sepanjang bayi yang tidak dapat disusukan seperti biasa, remaja ini mengalami bengkak susu yang sangat teruk tapi tidak diketahui olehnya juga ibunya. Betapa bengkak susu itu sangat menyeksakan bagi ibu selepas melahirkan, percayalah, menjadi seorang ibu harus punya banyak informasi. Akhirnya, genap 14 hari anak luar nikah ini meninggal dunia. Boleh baca kisahnya di sini.  Berikutan pengalaman berharga ini saya terinspirasi untuk membuka pusat perlindungan remaja terlanjur dan anak terbuang satu hari nanti. Doakan saya. Mudah-mudahan dengan sedikit perkongsian di sini bermanfaat untuk mereka yang sedang tercari-cari jalan yang benar apabila sudah terlanjur...

Permohonan tauliah guru al-Quran negeri Johor

Kerana makcik itu....... (Al fatihah). Stage 1. Alkisah, satu masa dahulu selepas sessi rehearsal dengan seorang ketua kumpulan yasin di Taman Universiti ini untuk majlis khatam al Quran sehari sebelum majlis pernikahan pada 16 Mei 2008, makcik ini menyuruh saya segera mendapatkan tauliah untuk mengajar ngaji. Ketika itu pada usia 26 tahun, saya hanya tertawa kecil dan berfikir yang tauliah mengajar ngaji tidak termasuk langsung dalam senarai kerjaya idaman saya. Maklumlah, graduate UIAM. (Moga Allah ampunkan dosa-dosa saya). Lagipula, saya membayangkan tauliah sebegitu hanya untuk makcik makcik veteran sahaja. Saya tidak nampak keperluan saya berbuat seperti yg disarankan beliau. Lalu, saya diamkan saja. Allah Maha Berkuasa.

Pendaftaran anak luar nikah

Dari peti soalan. Nota khas untuk Atty yg sudi bertanya. Sudah dihantar emel namun "Mail Delivery Failed".   Salam kak khadijah. Saya nak Tanya.. anak luar nikah yg dah hampir setahun tapi tak ada sebarang dokumen. Apa pekara terbaik yg boleh saya buat sebagai mak sedara Anak ni. Ibu kandung dia masih menjaga anak ni. Tapi dia xberani nk gi buat Surat beranak. Dia lahirkan baby ni kat Hospital private lepas tu lari. Semua doc termasuk ic ibu ditahan kat hospital tu. Sebagai makcik bdk ni. Saya mmg kesian. Apa boleh saya buat utk tlg. Sbb ibu kandung dia mcm xkisah. Akak tlg reply kat email saya attysqz@gmail.com. 27 Oktober 2013 3:24 PTG Assalamualaikum Atty. Didoakan moga tetap berada dalam keadaan yg sihat dan tenang. Maaf lambat relpy disebabkan keadaan akak kurang sihat. Berkenaan soalan atty mengenai anak saudara yg luar nikah. Sebenarnya, akak ada dapatkan pandangan dari seorang yg berpengalaman dan dah banyak tolong wanita mengandung luar nikah. Panggilnya M...