رَبِّ هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ

Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh

وَاجْعَلْ لِي لِسَانَ صِدْقٍ فِي الْآخِرِينَ

Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian

وَاجْعَلْنِي مِنْ وَرَثَةِ جَنَّةِ النَّعِيمِ

Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim

وَلَا تُخْزِنِي يَوْمَ يُبْعَثُونَ

Dan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula -

يَوْمَ لَا يَنْفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ

Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun

إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ

Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera

وَأُزْلِفَتِ الْجَنَّةُ لِلْمُتَّقِينَ

Dan (pada hari itu) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertaqwa

(Surah ash-shua'ra)

Khamis, 10 April 2014

# keibubapaan # Peti soalan

Hak anak luar nikah.

Soalan :
Tanpa Nama berkata...
Salam, sy ingin meminta pandangan sedikit. Sy juga telah terlanjur, dan mempunyai seorang anak lelaki yg kini berumur hampir 2 tahun. Sy adalah ibu tunggal dan belum bernikah dan menjaga anak lelaki sy dengan pertolongan ibu bapa dan keluarga sy. Alhamdulillah semua ahli keluarga dpt memaafkan kesilapan yg telah sy lalukan dan dapat menerima sy dan anak sy. Masalah sy sekarang ialah apakah jalan yg terbaik utk sy melindungi anak sy daripada dosa yg telah sy lakukan? sy betul2 kesal dengan perbuatan sy dan rasa bersalah pada anak sy. Sy tidak mahu anak sy di pandang hina akibat perbuatan sy. masalah yg sy fikirkan adalah masa depan anak terutama apabila tiba masa utk bersekolah register anak ke sekolah dan urusan pendaftaran yg lain, kerana pada surat beranak bahagian bapa di tulis "tiada maklumat". Sy tahu bila tiba masanya dan masa yg sesuai utk anak sy memahami sy perlu memberi tahu perkara yg sebenar. Tetapi sekarang untuk melindungi namanya dan melindunginya daripada di ejek atau di pandang hina. Patutkah sy minta adik atau kakak yg sudah berkahwin mengambilnya sebagai anak angkat? Ini adalah semata mata utk pengurusan pendaftaran sekolah dan lain2 pada masa akan datang. Dan pada masa yg sama dpt menutup aib terutama bg anak sy. Tetapi jika sy bercadang untuk melalukan ini sy yg tetap membesarkan anak sy dan dia masih dalam jagaan sy. Pemberian anak angkat adalah semata mata pada kertas sahaja. sy perlukan pandangan tentang perkara ni. Harap dpt beri pandangan. Terima Kasih.
10 April 2014 12:37 PG

Jawapan :


Alhamdulillah, syukur puan sudah dapat melalui fasa awal dengan baik serta sudahpun bertaubat. Puan sudah dapat membuktikan bahawa berterus terang dengan ibubapa adalah langkah terbaik untuk masa depan anak. Namun, terdapat beberapa perkara teknikal apabila anak ini dewasa kelak yg kita harus fikirkan sejak kecil ini supaya anak ini dapat hidup bahagia seperti rakannya yg lain. Saya juga pernah memikirkan perkara yg serupa dan mempunyai kebimbangan yg sama.

Mengenai pendaftaran sekolah, ia tidak menjadi isu besar jika puan sudah ada surat beranak anak puan ini. Doakan anak ini akan bertemu guru yg dapat memahami dan masyarakat yg lebih empati di masa mendatang.

Kerana itu, saya amat menyeru kepada semua remaja yg sedang mengandung anak luar nikah, pastikan sijil kelahiran anak diperolehi sebelum keluar hospital dan terus daftar nama anak di JPN yg berdekatan. Jangan ditangguh dengan alasan tidak tahu meletakkan nama yg sepatutnya, jangan sewenang-wenangnya tidak mahu menggunakan bin/binti Abdullah atau terlalu takut tindakan diambil pihak JPN atau JKM. Jika bersama rumah perlindungan, JKM tidak akan masuk campur. Malah, mendapat ilmu baru dan bimbingan yg baik bagaimana mahu mengurus diri dan anak kelak. JPN juga tidak ambil apa-apa tindakan jika tiada maklumat tentang bapa. Kerana JPN akan merujuk kepada buku merah. Dan buku merah memang penting walaupun tidak mahu melahirkan di Hospital Kerajaan. Tidak kisah mahu melahirkan di mana sekalipun, namun jika kelahiran terjadi kurang daripada 36 minggu kandungan, hospital swasta akan menolak kes kepada hospital kerajaan juga akhirnya.

Inilah contoh yg terbaik! Daftar nama anak seperti biasa di JPN bersama waris (kerana itu berterus terang kepada ibubapa amat penting walaupun diugut sampai kena bunuh, berterus terang dengan cara yg baik sangat perlu). Untuk keluar hospital juga bersama waris barulah tiada masalah semasa pendaftaran nama anak. Jika tidak punya waris, langkah terbaik adalah pergi mendapatkan bantuan dan perlindungan dari rumah kebajikan dan perlindungan yg menjaga remaja yg mengandung tanpa bernikah.

Apabila surat beranak sudah diperolehi, sekurang-kurangnya masa depan anak itu sudahpun terjamin. Yg penting buat surat beranak.

Dan puan jangan risau, walaupun masyarakat menggelarnya sebagai "Anak tidak sah taraf" namun, tiadalah taraf apapun bagi semua umat manusia kerana kita semua adalah taraf hamba Allah! Jangan ambil hati sangat dengan gelaran masyarakat beri. Yg lebih penting bagaimana kita mahu berhadapan dengan Allah kelak dan di mana taraf kita di sisi Allah. Sungguh, Allah sangat mencintai orang-orang yg bertaubat walaupun dosanya setinggi gunung. Dan Allah sangat murka dan tidak suka kepada orang-orang yg sombong yg tidak pernah sekelumit pun berasa dirinya perlu bertaubat. Na'uzubillahi mindzalik! Puan sungguh bertuah..

Secara teknikalnya, pada pendapat saya adalah lebih baik jika puan membuat wasiat sebelum apa-apa terjadi kepada puan dan keluarga puan. Wasiat harta sepeninggalan sejak awal lagi supaya kelak misalannya puan sudah berkahwin lain, anak-anak lain tidak bergaduh dengan anak puan yg seorang ini dan sudah tentu anak puan ini tidak dapat hak apa-apa. Ia adalah untuk memastikan yg anak puan ini mendapat haknya ke atas kehidupan yg puan usahakan kini. Jika apa-apa terjadi kepada puan, anak ini tidak dapat menuntut apa-apa hak pun di mahkamah kerana statusnya sebagai tidak sah taraf.

Saya juga mendapat nasihat dari seorang Pemilik Pusat Perlindungan Remaja Terlanjur yg banyak pengalaman menguruskan kes sebegini. Ini nasihatnya :


Bagi situasi yang dihadapi oleh puan tanpa nama, kakak puan boleh memohon anak puan sebagai anak angkat. Sijil Kelahiran akan ditukar dengan Sijil Anak Angkat. Segala maklumat di dalam Sijil Kelahiran Asal tidak ada lagi melainkan maklumat diri anak dan nama ibu. Dalam Sijil Pendaftaran Anak Angkat cuma ada nama anak, nama ibu kandung, nama ibu angkat dan ayah angkat. Didoakan dengan usaha ini sedikit sebanyak mengurangkan kecederaan emosi anak kecil ini pada masa akan datang.

Mengikut prosedur kami, keluarga angkat perlu mengisi borang permohonan dan di interview oleh pihak kami. Keutamaan diberikan kepada suami isteri yang telah berkahwin selama 7 tahun ke atas. Ada beberapa perkara yang kami akan nilai cthnya aspek kewangan, solat dan kesihatan.

Seterusnya kami akan pertemukan waris, penghuni dan keluarga angkat utk mereka berbincang. 
Setelah anak lahir keluarga angkat perlu hadir dan mmberikan persetujuan samaada mahu meneruskan atau tidak. 

Bayi perlu menyusu ibu selama mana ibu kandung berada di pusat pemulihan ini dan pada masa yang sama keluarga angkat perlu bersedia menyusukan juga. 

Apabila selesai tempoh 8 bln penghuni di sini maka proses penyerahan akan dilakukan di mahkamah. (Proses pengangkatan) iaitu yang perlu hadir adalah waris, penghuni dan keluarga angkat.

Jika puan mempunyai kemusykilan lanjut, saya boleh memperkenalkan puan dengan Pemilik Rumah Perlindungan ini dan mendapatkan khidmat nasihatnya. Boleh Whats App/sms saya di 0197175093 (Khadijah Gani). Mudah-mudahan sedikit sebanyak dapat meleraikan kebimbangan puan.

Wallahu A'lam..

Tiada ulasan:

Label

#jdtblogger #teambloggerjohor