Langkau ke kandungan utama

Mendorong anak cilik suka bertudung.





Fatihah mula konsisten memakai tudung sejak umurnya 3 tahun. Sekarang, Fatihah masuk 4 tahun semakin terbiasa dengan tudung. Dan juga lebih suka berbaju kurung atau t_shirt lengan panjang. Hingga di rumah pun tak mahu buka tudung.

Ada sekali saya tinggalkan dia dan abangnya di rumah adik ipar untuk bermain dengan sepupunya. Selama 3 jam itulah dia bermain di dalam rumah dengan memakai tudung!

Untuk mendorong anak cilik memakai tudung (tidak wajib, optional) :

1. Selalu memuji usahanya mahu memakai tudung. Contoh, "Mak suka tengok anak mak ni pakai tudung. Nampak manis, comel, sopan. Cuba tanya nenek comel tak Tiha?" > Berikan dia keterujaan.



2. Nyatakan kelebihan memakai tudung. Contoh, "Bila tiha pakai tudung boleh ikut mak jalan jalan, pergi kedai, pergi mana mana pun. Kalau hujan pun kita selamat sebab tak kena hujan atas kulit kepala. Nanti tak demam." > Di sini akan menyebabkan anak lelaki pula yg terkebil kebil. "Abang kalau taknak kena hujan pakailah songkok!"hehe..

3. Berikan dia "rasa kepunyaan" yg istimewa. Contoh, "Meh sini mak buatkan bunga stail tudung Fatihah. Ambil brooch bunga besar, lipat lipat kecil kain tudung di tengah secara menegak, pinkan! Haaa, nilah tudung gaya Fatihah! Tiha sorang je yg pakai tudung gaya ni tau. Orang lain nanti tiru gaya eksklusif Tiha ni. Best tak bunga ni?" > Dia akan angguk angguk dengan best sekali.

Nota : Bunga dalam gambar di atas adalah hadiah pemberian seorang anak mengaji yg mendoakan cikjah akan kaya satu hari nanti. Semasa itu saya tak tahu buat apa dengan pemberiannya itu dan secara tiba tiba tercetuslah idea "Tudung Stail Fatihah" ini.

Boleh diciplak dan tukar nama Fatihah kepada nama anak perempuan tuan puan. Saya izinkan. Mudah mudahan menjadi asbab anak anak rela dan suka memakai tudung hingga ke akhir hayat. Bi iznillah...

Tambahan : Ibubapa boleh mengajar anak beberapa prinsip asas sejak kecil ini.

1. Pakai tudung untuk menutup aurat. "Malu jika orang nampak."

2. Tak perlu tudung yg mahal untuk nampak cantik dan comel. Kita boleh buat dia cantik bukan dia yg buat kita jadi cantik.

3. Simpan duit masuk tabung haji supaya dapat pergi Mekah buat haji!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Permohonan tauliah guru al-Quran negeri Johor

Kerana makcik itu....... (Al fatihah). Stage 1. Alkisah, satu masa dahulu selepas sessi rehearsal dengan seorang ketua kumpulan yasin di Taman Universiti ini untuk majlis khatam al Quran sehari sebelum majlis pernikahan pada 16 Mei 2008, makcik ini menyuruh saya segera mendapatkan tauliah untuk mengajar ngaji. Ketika itu pada usia 26 tahun, saya hanya tertawa kecil dan berfikir yang tauliah mengajar ngaji tidak termasuk langsung dalam senarai kerjaya idaman saya. Maklumlah, graduate UIAM. (Moga Allah ampunkan dosa-dosa saya). Lagipula, saya membayangkan tauliah sebegitu hanya untuk makcik makcik veteran sahaja. Saya tidak nampak keperluan saya berbuat seperti yg disarankan beliau. Lalu, saya diamkan saja. Allah Maha Berkuasa.

Bagaimana nak daftar pertubuhan alumni di ROS?

Semuanya bermula daripada satu idea. Semasa kami mendapat perkhabaran yang sekolah lama kami menghadapi sedikit kekangan untuk membaikpulih fasiliti, ada beberapa suara yang berbunyi "Sekolah dah tak ada duit ke?" - "Duit kerajaan pergi mana sampai semua dana dipotong?" Ini fenomena biasa. Semua orang berhak bertanya begitu dan begini. Itu hak mereka. Namun, saya tidak mahu memberi banyak alasan dengan hanya bertanya ke sana ke sini mengenai sesuatu yang kita sendiri tidak pasti malah tiada jawapan mengenainya. Jauh sekali mahu berspekulasi serta membawa sisi pandang ke arah 'mencari kesalahan orang lain'. Ia tidak membawa apa-apapun manfaat. Tiada hasil. Lalu, saya mendapat mesej daripada salah seorang kawan lama yang menyatakan hasrat jika boleh diwujudkan satu akaun khas bagi alumni menyalurkan semua sumbangan dana berbanding mengumpul melalui akaun persendirian, itu adalah lebih baik. Kelak, mana tahu sumbangan itu boleh dimanfaatkan me...

99 hari emak yang kuat - Krukenberg

Sejak Julai lalu tak update blog ni. Entry terakhir pada bulan terakhir sambut birthday sama-sama dengan mak buat kali terakhir - 13 & 14 Julai 2019. Dan kemudian Allah izinkan saya mengadakan bengkel bedah buku yang terakhir sebelum saya nekad melepaskan semuanya demi menjaga dan merawat emak sepenuh masa dengan tenang. Alhamdulillah. Kita diberi pelbagai nikmat dan kegembiraan bersama-sama sekeluarga. Alhamdulillahi 'ala kulli haal. Akhir bulan Ogos 2019, semuanya bermula. Emak disahkan mengalami kanser ovari terlebih dahulu. 8 September, barulah disahkan bacaan tinggi Cancer Marker pada ovari DAN usus. Stage 4.