Langkau ke kandungan utama

Tips beli barang sekolah anak dengan berhemah




First round shopping. Beli yang paling penting je dulu. Lain lain masih boleh gunakan lagi walaupun dah 2-3tahun. Bajet cukup cukup RM 200 untuk 3 orang anak. Next bajet cuma untuk yuran & buku sekolah, alatulis & kasut saja.

Mujur tempat fav yang murah ni depan rumah je. Semua baju jenis falcon & canggih termasuk beg sekolah ada diskaun 10% kat kedai Ah Seng. Kasut putih diskaun 40%. Kasut hitam diskaun 10% juga.

Ikut pengalaman lepas, sedikit tips Di sini saya nak kongsikan.

1. Jangan beli kasut murah RM 10 tu. Setengah tahun je dah rabak. Pilih yang tapak tebal. Mahal sikit pun tak apa. Pastikan boleh masuk 2 jari kat belakang bila anak cuba pakai kasut tu. Beli 1pasang pun dah cukup.

2. Jangan beli beg jenis pvc. Bertambah berat bila masuk buku. Lebih baik pakai beg jenis kain & padding tali beg tu tebal. Lebih tahan lasak & tak sakitkan tulang belakang anak. Beg troli - sesekali tidak🙅 Anak takkan guna roda troli. Naik tangga ke kelas dia akan pikul beg juga. Roda beg troli hanya tambah berat, leceh (sebab tali asyik terkeluar seret koridor bila guna roda end up tali beg cepat berjurai) Dan tambah sakit belakang anak bila pikul kat belakang. Batang troli beg tu sangat tak fleksibel dengan tulang belakang anak. Boleh terkehel bila buku banyak kena bawa.

3. Beli 2 helai kain sekolah jenis kain licin yang lipat 4 tepi Dan panjang 3 kali lipat Di pinggang semasa membeli. Kain licin memudahkan pergerakan anak Dan boleh pakai sampai 3 tahun. Pastikan anak perempuan pakai seluar panjang kat dalam semasa pakai kain sekolah. Kain dalam belum sesuai lagi untuk anak sekolah rendah.

4. Beli 2 pasang baju sekolah dah cukup sebab nanti dia akan bergilir jadual pakai baju sukan & baju beruniform (bagi tahap 2). Baju 1 jenis cotton, 1 jenis lagi jenis licin. Pastikan kain licin jenis tebal jangan nipis sangat. Jenis falcon tahan lasak. Canggih hanya ada jenis cotton memang tahan lasak. Pastikan belikan baju dalam putih untuk anak lelaki & perempuan.

5. Beli tudung jenis 2 lapis lebih tahan lasak & tak jarang macam tudung selapis. Kalau Beli tudung selapis hanya warna hitam saja untuk tudung sukan. Hitam selapis tak jarang. Beli awning lembut ya bukan awning keras.

6. Beli stokin yang jual 3 pasang sekali tu. Lebih jimat daripada beli sepasang / 2 pasang.

Apapun yang penting ikutlah bajet anda Dan berapa orang anak yang bersekolah. Anak yang baru nak naik darjah 1 akan lebih sikit belanjanya. Jadi kalau anak baru nak naik pra, jangan berbelanja sangat dulu. Macam Fahmi hehe.. Kasut & beg baru suruh dia tunggu tahun depan sebab masih boleh gunakan lagi yang tahun lepas. So, barulah dia excited nak masuk darjah 1 tahun depan kannnn...😊

Apa tips shopping anda pula? Meh kongsi kat sini supaya ramai lagi boleh take note mana yang mungkin kita terlupa.

P/s : Siapa yang ada baju/seluar/kain sekolah terpakai yang masih elok lagi cuma anak dah tak muat nak pakai, boleh bagi saya. Saya akan kumpulkan baju sekolah terpakai untuk anak anak Raudhatul Maryam. Saya akan serahkan Dalam program Sabtu ni. Insha Allah. Pastikan yang masih elok lagi ya. Bukan yang dah koyak. ðŸ˜Ž

#ceriteraanaksekolah
#bilaanakeksaitednaknaiksekolah

Ulasan

Siti Yang Menaip berkata…
betul. invest sikit duit beli yang berkualiti dapat pakai lama. samalah dulu xde nye dapat kasut baru baju baru tetiap tahun. gunalah selagi tak rabak. beg sek tingin nak kartun2 xdapat hehe.. tapi penah sekali beg tarik. lepas tu rosak hurmm beli yang kain =P

Catatan popular daripada blog ini

Mengandung anak luar nikah?

Nota : Pengalaman saya berjumpa dan menolong seorang remaja terlanjur adalah pengalaman yang harus saya kongsikan bersama agar ia menjadi iktibar buat semua. Apa yang tidak boleh saya lupakan di mana setelah dia melahirkan, anak luar nikah tersebut terpaksa ditinggalkan di wad NICU berikutan masalah jantung yang mengembang. Sepanjang bayi yang tidak dapat disusukan seperti biasa, remaja ini mengalami bengkak susu yang sangat teruk tapi tidak diketahui olehnya juga ibunya. Betapa bengkak susu itu sangat menyeksakan bagi ibu selepas melahirkan, percayalah, menjadi seorang ibu harus punya banyak informasi. Akhirnya, genap 14 hari anak luar nikah ini meninggal dunia. Boleh baca kisahnya di sini.  Berikutan pengalaman berharga ini saya terinspirasi untuk membuka pusat perlindungan remaja terlanjur dan anak terbuang satu hari nanti. Doakan saya. Mudah-mudahan dengan sedikit perkongsian di sini bermanfaat untuk mereka yang sedang tercari-cari jalan yang benar apabila sudah terlanjur...

Permohonan tauliah guru al-Quran negeri Johor

Kerana makcik itu....... (Al fatihah). Stage 1. Alkisah, satu masa dahulu selepas sessi rehearsal dengan seorang ketua kumpulan yasin di Taman Universiti ini untuk majlis khatam al Quran sehari sebelum majlis pernikahan pada 16 Mei 2008, makcik ini menyuruh saya segera mendapatkan tauliah untuk mengajar ngaji. Ketika itu pada usia 26 tahun, saya hanya tertawa kecil dan berfikir yang tauliah mengajar ngaji tidak termasuk langsung dalam senarai kerjaya idaman saya. Maklumlah, graduate UIAM. (Moga Allah ampunkan dosa-dosa saya). Lagipula, saya membayangkan tauliah sebegitu hanya untuk makcik makcik veteran sahaja. Saya tidak nampak keperluan saya berbuat seperti yg disarankan beliau. Lalu, saya diamkan saja. Allah Maha Berkuasa.

Pendaftaran anak luar nikah

Dari peti soalan. Nota khas untuk Atty yg sudi bertanya. Sudah dihantar emel namun "Mail Delivery Failed".   Salam kak khadijah. Saya nak Tanya.. anak luar nikah yg dah hampir setahun tapi tak ada sebarang dokumen. Apa pekara terbaik yg boleh saya buat sebagai mak sedara Anak ni. Ibu kandung dia masih menjaga anak ni. Tapi dia xberani nk gi buat Surat beranak. Dia lahirkan baby ni kat Hospital private lepas tu lari. Semua doc termasuk ic ibu ditahan kat hospital tu. Sebagai makcik bdk ni. Saya mmg kesian. Apa boleh saya buat utk tlg. Sbb ibu kandung dia mcm xkisah. Akak tlg reply kat email saya attysqz@gmail.com. 27 Oktober 2013 3:24 PTG Assalamualaikum Atty. Didoakan moga tetap berada dalam keadaan yg sihat dan tenang. Maaf lambat relpy disebabkan keadaan akak kurang sihat. Berkenaan soalan atty mengenai anak saudara yg luar nikah. Sebenarnya, akak ada dapatkan pandangan dari seorang yg berpengalaman dan dah banyak tolong wanita mengandung luar nikah. Panggilnya M...