Langkau ke kandungan utama

Selective Mutism Sindrom



Fahmi : 🎼 Nyat ensong matekaji semariseng🎶🎶 Ben laden🎶🎶

Mak : Fahmi tahu ke lagu ni? Faham tak lirik dia?

Fahmi : Entahlah. Mi pun tak tau. Tapi selalu dengar K nyanyi kat sekolah. K kan mak suka sangat nyanyi lagu ni kat sekolah tak berhenti henti sampai waktu belajar dengan waktu rehat pun dia nyanyi pastu kena marah dengan cikgu. Sampai Mi pulak dah boleh hafal lagu dia nyanyi.

Mak : Oh iya? Habis, kat sekolah Mi ikut tak K menyanyi sama?

Fahmi : Tak. Sebab mana boleh bercakap masa belajar dengan masa makan. Jadi Mi senyap jelah. Tak baik kan kalau kita bercakap masa tengah makan apalagi kalau menyanyi.

Mak : Aaaaa.. Yelah betul jugak Tu. Habis time bila Fahmi berbual atau bercakap dengan kawan kawan?

Fahmi : 😅

Selective Mutism sindrom ialah apabila Di sekolah perwatakannya sangat berbeza daripada ketika dia berada Di rumah. Untuk menghadapi anak dengan isu ini pentingnya pendedahan ke sekolah / tadika supaya dia boleh belajar untuk mengatasainya.

Sama ada alasan ataupun rasa anxiety yang belum mampu diurus lagi, bercakap Dan berbual dengan orang lain selain ahli keluarga sendiri adalah sesuatu yang paling sukar Dan seram untuk dilakukannya.
Anak dengan isu ini hanya tidak mampu berbual atau ada eye contact dengan strangers.

Terus berikan dorongan kepada anak. Tidak perlu push. Dan tidak perlu menghukum jika ada anak murid anda tidak mampu menjawab soalan simple anda tanpa membalas pandangan anda.

Sentiasa mulakan ice breaking dengan nyanyian tapi Dalam masa yang sama tidak mengharapkan dia mampu ikut menyanyi. Dia cuma kemam-kemam saja. Percayalah, balik ke rumah nanti baru dia akan menyanyi dengan baik sekali! Dan maknya pula yang akan menadah telinga. 😄

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Permohonan tauliah guru al-Quran negeri Johor

Kerana makcik itu....... (Al fatihah). Stage 1. Alkisah, satu masa dahulu selepas sessi rehearsal dengan seorang ketua kumpulan yasin di Taman Universiti ini untuk majlis khatam al Quran sehari sebelum majlis pernikahan pada 16 Mei 2008, makcik ini menyuruh saya segera mendapatkan tauliah untuk mengajar ngaji. Ketika itu pada usia 26 tahun, saya hanya tertawa kecil dan berfikir yang tauliah mengajar ngaji tidak termasuk langsung dalam senarai kerjaya idaman saya. Maklumlah, graduate UIAM. (Moga Allah ampunkan dosa-dosa saya). Lagipula, saya membayangkan tauliah sebegitu hanya untuk makcik makcik veteran sahaja. Saya tidak nampak keperluan saya berbuat seperti yg disarankan beliau. Lalu, saya diamkan saja. Allah Maha Berkuasa.

Bagaimana nak daftar pertubuhan alumni di ROS?

Semuanya bermula daripada satu idea. Semasa kami mendapat perkhabaran yang sekolah lama kami menghadapi sedikit kekangan untuk membaikpulih fasiliti, ada beberapa suara yang berbunyi "Sekolah dah tak ada duit ke?" - "Duit kerajaan pergi mana sampai semua dana dipotong?" Ini fenomena biasa. Semua orang berhak bertanya begitu dan begini. Itu hak mereka. Namun, saya tidak mahu memberi banyak alasan dengan hanya bertanya ke sana ke sini mengenai sesuatu yang kita sendiri tidak pasti malah tiada jawapan mengenainya. Jauh sekali mahu berspekulasi serta membawa sisi pandang ke arah 'mencari kesalahan orang lain'. Ia tidak membawa apa-apapun manfaat. Tiada hasil. Lalu, saya mendapat mesej daripada salah seorang kawan lama yang menyatakan hasrat jika boleh diwujudkan satu akaun khas bagi alumni menyalurkan semua sumbangan dana berbanding mengumpul melalui akaun persendirian, itu adalah lebih baik. Kelak, mana tahu sumbangan itu boleh dimanfaatkan me...

99 hari emak yang kuat - Krukenberg

Sejak Julai lalu tak update blog ni. Entry terakhir pada bulan terakhir sambut birthday sama-sama dengan mak buat kali terakhir - 13 & 14 Julai 2019. Dan kemudian Allah izinkan saya mengadakan bengkel bedah buku yang terakhir sebelum saya nekad melepaskan semuanya demi menjaga dan merawat emak sepenuh masa dengan tenang. Alhamdulillah. Kita diberi pelbagai nikmat dan kegembiraan bersama-sama sekeluarga. Alhamdulillahi 'ala kulli haal. Akhir bulan Ogos 2019, semuanya bermula. Emak disahkan mengalami kanser ovari terlebih dahulu. 8 September, barulah disahkan bacaan tinggi Cancer Marker pada ovari DAN usus. Stage 4.