Langkau ke kandungan utama

Hati kecil si anak



Masih ingat lagi cerita kawan Fatihah yang mengadu ibu ayahnya nak bercerai tempohari?

Semalam,

"Tadi kat sekolah kawan² tiha satu kumpulan semua marahkan tiha. S menangis."

"Hah, apa tiha dah buat sampai S menangis?"

Fatihah ketawa.

"Bukanlah mak. Tiha tak buat apa² pada S. Cikgu suruh nyanyi ikut kumpulan. S kan duduk sebelah tiha. Masa giliran kumpulan tiha nyanyi, S tiba² menangis. Tiha nyanyi tak keluar suara. Tu yang diorang marah tiha sebab tak dengor suara. S dah menangis takde suara dah."

"Oooo.. Ok baru mak faham. Cikgu suruh nyanyi lagu apa sampai S menangis? Tiha kenapa tak nangis sama?"

"Tiha tak nangis. Hihi.. Biasalah, tiha Kan baru belajar nak kuatkan suara. Pertama kali nyanyi memanglah tak dengor suara tiha. Tapi lepas diorang marah tiha, kali kedua Tu baru tiha nyanyi keluarkan suara. Kuuuat- kuaaaatttt! Baru semua terdiam.. Cikgu suruh nyanyi lagu Dalam buku teks Tu BM Tu. Nanti tiha tunjuk. Entahlah kenapa S menangis. Tapi tiha rasa sebab dia teringat mak ayah dia. Mak ayah S Kan baru bercerai. S Ada bagitahu tiha. Sebab Tu dia selalu ajak tiha datang rumah dia main sama² waktu petang."

Gulp!

Tak semena-mena, muka saya berubah. Bila tiha tunjuk lagu Dalam buku teks Tu ayat pertama je saya baca saya yang dapat rasa heartbroken S.😭😭😭

Allah..

"Habis, tiha peluk S tak masa dia tengah nangis Tu?"

Fatihah menggeleng malu. Dia masih tak tahu nak ber-reaksi macamana.

"Cikgu tahu tak S menangis? Cikgu datang peluk S tak?"

"Tak jugak. Cikgu kata biarkan S nangis sebab dia menghayati lagu Tu."

Erk!

"Cikgu tak tahu agaknya mak ayah S dah bercerai. Tak apa tiha. Lain Kali kalau nampak S menangis tiha datang kat dia peluk dia cakap, tak apa awak menangis bila rasa sedih atau rindu. Kita ada sebelah awak kalau awak nak peluk.

Hah, cakap gitu tau. Tiha tahu tak ada 2 sebab kenapa orang menangis bila menyanyi."

"Kenapa mak?"

"Satu, sebab dia menghayati dengan mendalam, tak semestinya dia mengalami. Dua, sebab dia sedang rasa sendiri Dalam hidup dia. It's ok S menangis. Tiha pujuk dia Dan cakap semuanya akan jadi ok."

.

Mohon para guru sekalian, peluklah anak muridmu yang menangis bila menyanyikan lagu ini. Bukan semua akan betul² menangis tanpa sebab.

Tidak perlu kita mencari salah sesiapa, malah tanggungjawab sosial kita harus mendidik anak murid kita yang masih kecil untuk memahami perihal orangtuanya supaya move forward dengan hati yang kuat.

P/s : Sekarang anda tahu kenapa saya lebih suka bercakap tentang isu kecil yang terpencil berbanding isu-isu viral.

#bahasamelayudarjahdua
#ceriteraanaksekolah
#cerminanmasyarakat

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Salam, Saya ingin bertanya. Bagaimana untuk mendaftarkan persekolahan anak jika ibu bapa tidak mendaftarkan perkahwinan?. Untuk maklumam dia berbangsa india

Catatan popular daripada blog ini

Mengandung anak luar nikah?

Nota : Pengalaman saya berjumpa dan menolong seorang remaja terlanjur adalah pengalaman yang harus saya kongsikan bersama agar ia menjadi iktibar buat semua. Apa yang tidak boleh saya lupakan di mana setelah dia melahirkan, anak luar nikah tersebut terpaksa ditinggalkan di wad NICU berikutan masalah jantung yang mengembang. Sepanjang bayi yang tidak dapat disusukan seperti biasa, remaja ini mengalami bengkak susu yang sangat teruk tapi tidak diketahui olehnya juga ibunya. Betapa bengkak susu itu sangat menyeksakan bagi ibu selepas melahirkan, percayalah, menjadi seorang ibu harus punya banyak informasi. Akhirnya, genap 14 hari anak luar nikah ini meninggal dunia. Boleh baca kisahnya di sini.  Berikutan pengalaman berharga ini saya terinspirasi untuk membuka pusat perlindungan remaja terlanjur dan anak terbuang satu hari nanti. Doakan saya. Mudah-mudahan dengan sedikit perkongsian di sini bermanfaat untuk mereka yang sedang tercari-cari jalan yang benar apabila sudah terlanjur...

Permohonan tauliah guru al-Quran negeri Johor

Kerana makcik itu....... (Al fatihah). Stage 1. Alkisah, satu masa dahulu selepas sessi rehearsal dengan seorang ketua kumpulan yasin di Taman Universiti ini untuk majlis khatam al Quran sehari sebelum majlis pernikahan pada 16 Mei 2008, makcik ini menyuruh saya segera mendapatkan tauliah untuk mengajar ngaji. Ketika itu pada usia 26 tahun, saya hanya tertawa kecil dan berfikir yang tauliah mengajar ngaji tidak termasuk langsung dalam senarai kerjaya idaman saya. Maklumlah, graduate UIAM. (Moga Allah ampunkan dosa-dosa saya). Lagipula, saya membayangkan tauliah sebegitu hanya untuk makcik makcik veteran sahaja. Saya tidak nampak keperluan saya berbuat seperti yg disarankan beliau. Lalu, saya diamkan saja. Allah Maha Berkuasa.

Pendaftaran anak luar nikah

Dari peti soalan. Nota khas untuk Atty yg sudi bertanya. Sudah dihantar emel namun "Mail Delivery Failed".   Salam kak khadijah. Saya nak Tanya.. anak luar nikah yg dah hampir setahun tapi tak ada sebarang dokumen. Apa pekara terbaik yg boleh saya buat sebagai mak sedara Anak ni. Ibu kandung dia masih menjaga anak ni. Tapi dia xberani nk gi buat Surat beranak. Dia lahirkan baby ni kat Hospital private lepas tu lari. Semua doc termasuk ic ibu ditahan kat hospital tu. Sebagai makcik bdk ni. Saya mmg kesian. Apa boleh saya buat utk tlg. Sbb ibu kandung dia mcm xkisah. Akak tlg reply kat email saya attysqz@gmail.com. 27 Oktober 2013 3:24 PTG Assalamualaikum Atty. Didoakan moga tetap berada dalam keadaan yg sihat dan tenang. Maaf lambat relpy disebabkan keadaan akak kurang sihat. Berkenaan soalan atty mengenai anak saudara yg luar nikah. Sebenarnya, akak ada dapatkan pandangan dari seorang yg berpengalaman dan dah banyak tolong wanita mengandung luar nikah. Panggilnya M...