Langkau ke kandungan utama

Anak kecil dan Selawat ke atas Nabi


Secara fitrahnya, manusia dilahirkan untuk belajar.

Anak kecil (6 tahun ke bawah) akan belajar untuk mengetahui sesuatu melalui apa saja deria. Namun, kita selalu memandang bahawa mereka belajar hanya melalui mata.

Fatihah (3 tahun) bertanya saya berulangkali.

"Mak, marhaban tu apa?"

Saya hanya mendiamkan diri buat beberapa minit kerana hilang suara akibat sakit tekak yg teruk dialami sejak 3 hari yg lalu. Tiba-tiba Fathi (4 tahun) terus menjawab,

"Marhaban tu solawat pada Allah lah."



Abahnya menambah.

"Marhaban tu selawat pada Rasulullah. Kalau pada Allah namanya zikir."

"Ooo, jadi marhaban solawat pada Rasulullah bukan pada Allah. Zikir tu macamana abah?"

"Zikir tu kita sebut Ya Allah.. Ya Allah.. Ya Allah.."

"Oh, baru abang tauuu. Abang suka marhaban! Solawat pada Rasulullah."

"Tiha pun suka!"

Saya pun menambah. "Macammana abang tahu pasal selawat?"

Seperti biasa, Fathi menekup mukanya dengan tapak tangan. (Bermaksud yg dia sudah buat/tahu sesuatu dengan sendirinya tanpa saya ajar atau sesiapa yg ajarkan). Kalau saya ajar, dia akan cakap 'Mak yg ajar'.

Perkataan 'selawat' saya belum ajarkan lagi kepadanya memandangkan saya sendiri terkial-kial bagaimana mahu menerangkan apa itu selawat kepada anak 4 tahun ini. Sangka saya, mungkin ianya agak berat bagi umurnya.

Bila diingat-ingat semula, penggunaan kata selawat hanya saya gunakan sekali-sekala ketika dalam usrah saya bersama anak-anak mengaji. Tapi, banyak kali dan setiap hari ketika masuk ke dalam kereta.

Ini kerana saya dan tuan suami lebih gemar mendengar ceramah agama yg di download seterusnya dipasang dalam kereta. Sudah lama saya tidak mendengar lagu. Setiap kali ceramah, pasti akan ada selawat yg diulang-ulang oleh tuan ustaz di dalam radio dan kami menyambutnya seperti biasa.

Barulah saya sedar. Fathi cepat menangkap apa yg didengarinya. Walaupun ianya sebutan yg pantas dan kecil. Dia mengumpul maklumat. Dan akhirnya dia dapat satukan apa itu selawat yg selalu didengarinya semasa dalam kereta dengan marhaban yg dihadirinya bersama jiran-jiran selama 3 malam berturut-turut yg lepas.

Sekarang, ada ketikanya saya mendengar Fathi berselawat seorang diri ketika sedang bermain..

Allahumma solli 'ala Muhammad.

Nota penting : Anak-anak memang suka menonton kartun kegemaran mereka. Walaupun kita menghalangnya dengan pelbagai cara sekalipun mereka tetap mahu menonton sesuatu dalam bentuk kartun.

Lalu, kitalah ibubapanya yg harus MENGIMBANGI apa yg mereka tonton/lihat biar sama dengan apa yg mereka dengar dan rasa (pengalaman). Pendidikan yg baik tidak menjadi hanya dengan mengawal apa yg mereka tonton saja dan membiarkan mereka terus mendapat input yg 'lemah' melalui apa yg mereka dengar.

Imbangkan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Permohonan tauliah guru al-Quran negeri Johor

Kerana makcik itu....... (Al fatihah). Stage 1. Alkisah, satu masa dahulu selepas sessi rehearsal dengan seorang ketua kumpulan yasin di Taman Universiti ini untuk majlis khatam al Quran sehari sebelum majlis pernikahan pada 16 Mei 2008, makcik ini menyuruh saya segera mendapatkan tauliah untuk mengajar ngaji. Ketika itu pada usia 26 tahun, saya hanya tertawa kecil dan berfikir yang tauliah mengajar ngaji tidak termasuk langsung dalam senarai kerjaya idaman saya. Maklumlah, graduate UIAM. (Moga Allah ampunkan dosa-dosa saya). Lagipula, saya membayangkan tauliah sebegitu hanya untuk makcik makcik veteran sahaja. Saya tidak nampak keperluan saya berbuat seperti yg disarankan beliau. Lalu, saya diamkan saja. Allah Maha Berkuasa.

Bagaimana nak daftar pertubuhan alumni di ROS?

Semuanya bermula daripada satu idea. Semasa kami mendapat perkhabaran yang sekolah lama kami menghadapi sedikit kekangan untuk membaikpulih fasiliti, ada beberapa suara yang berbunyi "Sekolah dah tak ada duit ke?" - "Duit kerajaan pergi mana sampai semua dana dipotong?" Ini fenomena biasa. Semua orang berhak bertanya begitu dan begini. Itu hak mereka. Namun, saya tidak mahu memberi banyak alasan dengan hanya bertanya ke sana ke sini mengenai sesuatu yang kita sendiri tidak pasti malah tiada jawapan mengenainya. Jauh sekali mahu berspekulasi serta membawa sisi pandang ke arah 'mencari kesalahan orang lain'. Ia tidak membawa apa-apapun manfaat. Tiada hasil. Lalu, saya mendapat mesej daripada salah seorang kawan lama yang menyatakan hasrat jika boleh diwujudkan satu akaun khas bagi alumni menyalurkan semua sumbangan dana berbanding mengumpul melalui akaun persendirian, itu adalah lebih baik. Kelak, mana tahu sumbangan itu boleh dimanfaatkan me...

Mengandung anak luar nikah?

Nota : Pengalaman saya berjumpa dan menolong seorang remaja terlanjur adalah pengalaman yang harus saya kongsikan bersama agar ia menjadi iktibar buat semua. Apa yang tidak boleh saya lupakan di mana setelah dia melahirkan, anak luar nikah tersebut terpaksa ditinggalkan di wad NICU berikutan masalah jantung yang mengembang. Sepanjang bayi yang tidak dapat disusukan seperti biasa, remaja ini mengalami bengkak susu yang sangat teruk tapi tidak diketahui olehnya juga ibunya. Betapa bengkak susu itu sangat menyeksakan bagi ibu selepas melahirkan, percayalah, menjadi seorang ibu harus punya banyak informasi. Akhirnya, genap 14 hari anak luar nikah ini meninggal dunia. Boleh baca kisahnya di sini.  Berikutan pengalaman berharga ini saya terinspirasi untuk membuka pusat perlindungan remaja terlanjur dan anak terbuang satu hari nanti. Doakan saya. Mudah-mudahan dengan sedikit perkongsian di sini bermanfaat untuk mereka yang sedang tercari-cari jalan yang benar apabila sudah terlanjur...