Langkau ke kandungan utama

Hamil luar nikah

Dalam banyak-banyak emel yg diterima, emel yg satu ini meruntun jiwa saya. Lebih ringan hati saya ingin membantunya walaupun tidak kenal. Surat ini melambangkan keperibadiannya yg luhur lagi cantik. Bahasanya melambangkan pendidikannya yg bukan setakat SPM. 

Contohi penulisan emelnya adik-adik sekalian. Beginilah cara sepatutnya apabila kita mahukan nasihat atau pandangan seseorang yg tidak dikenali melalui emel atau di alam maya ini. 

Sedikit sebanyak menunjukkan walaupun anda tersilap dalam percaturan hidup ini sekurang-kurangnya anda masih ada adab dan bahasa yg baik sebagai aset anda mendapat rakan baru dalam hidup yg baru yg lebih diberkati Allah. Orang sekeliling akan memandang tinggi pada kita kerana bahasa kita.

Apabila kita mendoakan orang lain, beratus-ratus malaikat penduduk langit mendoakan yg sama untuk kita semula.

Sejauh dan sebesar mana dosa kita kepada Allah, IMAN adalah punca utama kita masih bernafas lagi hari ini seterusnya dapat melahirkan seorang bayi yg tak berdosa. Merasa berdosa lebih baik daripada tidak merasa berdosa sedikitpun. 

Allah sangat sayang kepada orang yg bertaubat dan mahu membaiki diri. Inilah hijrah yg terbaik. 



Dari Peti Soalan :

Salam puan. Saya AA, 24tahun, kandungan 5bulan. Saya nak bertanya masih ada tak rumah perlindungan yang boleh menerima saya. Dah banyak yang saya call, ada jawab dah penuh, hanya utk 18tahun & kemasukan hanya dibuka pada jan 2014. Sekarang ni saya dah buntu sama ada saya nak duduk sendiri sambil bekerja / terus cari rumah perlindungan. 

Mak saya pernah suruh gugurkan kandungan sebab dia taknak masa depan saya gelap. Dah banyak tawaran kerja saya tolak, mak taknak saya kerja jauh & hidup sendiri dgn kandungan. 

Tapi tindakan saya nak berjauhan sebab saya taknak dia malu. Pada mak, saya dah cukup membanggakan dia dengan sikap & pelajaran saya sebelum ni. Saya tak sampai hati mak sedih lagi. Kadang-kadang saya rasa bunuh diri penyelesaian terbaik tapi saya takut nak lakukan. Saya berdoa & solat macam biasa tapi terfikir amalan saya diterima lagi ke? Sebab saya rasa macam tuhan dah taknak tolong saya lepas saya buat dosa besar ni.

Maaf ganggu masa puan. Harap boleh luangkan sikit masa balas emel. T,kasih

Jawapan saya :

Salam kembali AA.

Alhamdulillah. Itu tandanya AA masih mempunyai iman. Selagi kita hidup di dunia ini iman yg paling penting utk kita teruskan kehidupan yg berbaki ini.

Kesilapan lalu hanyalah sebagai penanda aras utk kita lebih berhati-hati pada masa akan datang. Asalkan kita sedar itu adalah dosa dan segera bertaubat kepada Allah yg membenarkan benih itu terus hidup dalam rahim hidayah. Allah Maha Pengampun dosa-dosa besar.

Allah tak pernah zalim kepada hambaNya. Tiap apa yg jadi samada susah atau senang adalah sebagai tunjuk ajar Allah kepada kita tentang sesuatu dalam hidup kita. Mungkin ia tak baik utk orang lain tapi sebenarnya ia baik hanya utk kita. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Mungkin di tempat yg kita telefon itu benar-benar perlu menempatkan seseorang yg lebih memerlukan dari kita dan bahagian kita sebenarnya ada di tempat yg lebih baik.

Terima kasih kerana sudi bertanya.

Akak tahu hanya 1 tempat saja. Akak pernah berbual dan berjumpa dengan pemiliknya. Cuma tak tahulah sudah penuh atau tidak sekarang ini. Tapi syaratnya perlu datang ke rumah perlindungan itu bersama ibu ayah. Bolehkah begitu? 

Boleh cuba tanya di Baitussolehah. Datang dengan mak. 

Emailkan : baitus_solehah@yahoo.com  atau sms 0197799682


Jawapan balasnya :

Memang mak saya nak sangat saya masuk rumah perlindungan sebab dia risau kalau saya duduk jauh dari dia tanpa pengawasan orang yang lebih arif pasal hal ni.

Setiap hari saya cuma dapat mengadu pada Allah. Saya tak pandai nak kongsi masalah walaupun dengan mak sebab saya rasa orang lain pun ada masalah mereka sendiri. Susah nak cuba terus kuat dengan apa yang dah jadi sebab tu saya harap sangat ada persekitaran yang positif untuk saya jaga kandungan ni tanpa gangguan. 

Terima kasih bagi kata-kata yang dapat tenangkan hati saya. 

Ye saya cuba call Baitussolehah hari ni ye. Harap sangat dapat sebab saya nak ada masa untuk bentuk diri lebih baik.

Terima kasih sangat-sangat sebab layan saya dengan baik walaupun saya ni hina. Semoga Allah beri kebaikan utk akak dan keluarga.

Saya menjawab kembali :

Tiada siapa yg lebih mulia atau lebih hina dalam dunia ni. Kita semua adalah sama di sisi Allah. 

Hanya orang yg tahu dan sedar akan dosanya dan kemudian dia segera bertaubat, maka dialah mendapat pengampunan dari Allah. Itu lebih mulia.

“Maka barangsiapa yang bertaubat, sesudah melakukan kejahatan itu dan membaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al Maidah: 39)

Allah berikan kekuatan buatmu AA dan keluarga untuk terus tabah menempuh jalan ini dan semoga semuanya dalam selamat sejahtera di bawah jagaanNya.




Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Kawan mengandung tapi dia xnk berkkahwin dgn llki tu . Cmna nk buat sijil kelahiran baby tu ye ??

Catatan popular daripada blog ini

Mengandung anak luar nikah?

Nota : Pengalaman saya berjumpa dan menolong seorang remaja terlanjur adalah pengalaman yang harus saya kongsikan bersama agar ia menjadi iktibar buat semua. Apa yang tidak boleh saya lupakan di mana setelah dia melahirkan, anak luar nikah tersebut terpaksa ditinggalkan di wad NICU berikutan masalah jantung yang mengembang. Sepanjang bayi yang tidak dapat disusukan seperti biasa, remaja ini mengalami bengkak susu yang sangat teruk tapi tidak diketahui olehnya juga ibunya. Betapa bengkak susu itu sangat menyeksakan bagi ibu selepas melahirkan, percayalah, menjadi seorang ibu harus punya banyak informasi. Akhirnya, genap 14 hari anak luar nikah ini meninggal dunia. Boleh baca kisahnya di sini. 

Berikutan pengalaman berharga ini saya terinspirasi untuk membuka pusat perlindungan remaja terlanjur dan anak terbuang satu hari nanti. Doakan saya.

Mudah-mudahan dengan sedikit perkongsian di sini bermanfaat untuk mereka yang sedang tercari-cari jalan yang benar apabila sudah terlanjur.

Apa yang p…

Bagaimana nak daftar pertubuhan alumni di ROS?

Semuanya bermula daripada satu idea.

Semasa kami mendapat perkhabaran yang sekolah lama kami menghadapi sedikit kekangan untuk membaikpulih fasiliti, ada beberapa suara yang berbunyi "Sekolah dah tak ada duit ke?" - "Duit kerajaan pergi mana sampai semua dana dipotong?"

Ini fenomena biasa. Semua orang berhak bertanya begitu dan begini. Itu hak mereka.

Namun, saya tidak mahu memberi banyak alasan dengan hanya bertanya ke sana ke sini mengenai sesuatu yang kita sendiri tidak pasti malah tiada jawapan mengenainya. Jauh sekali mahu berspekulasi serta membawa sisi pandang ke arah 'mencari kesalahan orang lain'. Ia tidak membawa apa-apapun manfaat. Tiada hasil.

Lalu, saya mendapat mesej daripada salah seorang kawan lama yang menyatakan hasrat jika boleh diwujudkan satu akaun khas bagi alumni menyalurkan semua sumbangan dana berbanding mengumpul melalui akaun persendirian, itu adalah lebih baik. Kelak, mana tahu sumbangan itu boleh dimanfaatkan membantu ke sekola…

Coklat ada sepanjang masa.

Untuk makluman semua, walaupun saya tak banyak update entri tentang coklat tak bermakna saya tak buat coklat lagi. 
Coklat saya ada dijual di Jusco Taman Universiti setiap hari sepanjang masa tanpa cuti. Anda boleh masuk melalui pintu Jusco yang belakang sekali berdekatan KFC, PizzaHut dan tempat mainan kanak-kanak yang bertoken itu. Kemudian ke hadapan sedikit menuju ke tangga bergerak. Betul-betul sebelum tangga bergerak anda akan nampak booth ini. 
Namanya di atas tertulis TAQWA CEMERLANG. Menjual banyak kuih-muih tradisional, kerepek, dan bahulu sedap fresh masak di situ. Di hadapannya adalah kedai Lovely Lace dan Poh Kong. 
Tempat lelaki berbaju oren itu berdiri adalah tempat coklat saya dipamerkan. Nampakkan bekas yang kecil-kecil itu? Tinggal satu saja lagi coklat dalam bekas kecil ini yang mengandungi 30 biji coklat campuran. Dan yang ada setiap hari adalah lollychoc dan chocbar yang dipamerkan di bahagian tepi.