Langkau ke kandungan utama

Asah fokus anak kecil


Dahulu, saya sering berhadapan situasi anak-anak yg susah duduk diam di dalam kereta. Baca saja artikel dalam blog saya yg ditulis semasa Fathi dan Fatihah masing-masing berumur 3 dan 2 tahun. Semasa itu, mereka sangat lasak apabila di dalam kereta.

Namun, pada satu hari Fathi memberi saya sekeping cd untuk dipasangkan dalam radio. Saya lihat oh, ini cd percuma yg saya dapat bersama pembelian Muqaddam Bergambar sedikit masa dahulu. Di mana Fathi dapat pun saya tak tahu. Dia yg selalu main-main kemudian entah ke mana.

Ianya cd Juzuk 'Amma. Pertama kali memasangnya hati terus terpaut kerana lagu dan lenggok bacaannya sangat merdu sekali ditambah pula surah-surah dalam Juzuk 'Amma pendek-pendek dan sangat 'bermelodi'.

Sejak itu, setiap kali masuk ke dalam kereta Fathi memasang sendiri cd itu. Selalu juga bergaduh apabila saya dan tuan suami mahu mendengar cd ceramah yg diupload. Namun, kebanyakan masa cd Juzuk 'Amma yg dipasang. Hingga sudah boleh menghafal lagu bacaannya.

Fathi kata dia suka dengar orang baca al-Quran. Fatihah pun suka!



Tak berapa lama kemudian, saya nampak kesannya. Mereka lebih senyap daripada biasa. Jika perjalanan jauh sedikit, mereka tertidur begitu sahaja. Apabila bangun tidur, sangat tenang pula sikap masing-masing.

Sesudah beberapa bulan, setiap kali masuk ke dalam kereta saja umpama syurga buat kami. Senyap. Duduk baik-baik saja. Hanya sekali sekala bergaduh mahu duduk di tengah mahu air-cond lebih hehe..

Dan apabila mereka masuk ke kereta orang lain, mereka bergaduh semula. Tidak duduk diam.

Saya berfikir-fikir bagaimana mahu menyelesaikannya.. Takkan saya perlu menjual cd Juzuk 'Amma pula?

Untuk menyuruh dan mengharap anak duduk diam di dalam kereta, kita perlu 'duduk diam' juga bersama mereka.

"Eh eh... Cantiknya awan tu! Mak nampak awan tu macam bentuk ......... kepala gajah lah!"

Dan mereka terus datang dan duduk diam bersama kita melihat awan dan mendengar cerita tentang haiwan-haiwan atau bagaimana awan boleh menjadi cantik seperti itu? Apa perasaannya melihat awan-awan yg cantik dan menenangkan?

"Bila mak tengok awan kan Fathi, Fatihah, mak rasa macam ....... dalam syurga! Bila kita tengok awan yg cantik kita katakan apa?"

"Subhanallah!"

Moto utama : Tak perlu dicubit atau dimarah-marah anak yg tidak duduk diam dalam kereta.

Ulasan

Mesra Impianku berkata…
Nak kene try ni Kak Da...
Zuhair ngan Zinnirah pun payah duk diam lam kete...

Catatan popular daripada blog ini

Mengandung anak luar nikah?

Nota : Pengalaman saya berjumpa dan menolong seorang remaja terlanjur adalah pengalaman yang harus saya kongsikan bersama agar ia menjadi iktibar buat semua. Apa yang tidak boleh saya lupakan di mana setelah dia melahirkan, anak luar nikah tersebut terpaksa ditinggalkan di wad NICU berikutan masalah jantung yang mengembang. Sepanjang bayi yang tidak dapat disusukan seperti biasa, remaja ini mengalami bengkak susu yang sangat teruk tapi tidak diketahui olehnya juga ibunya. Betapa bengkak susu itu sangat menyeksakan bagi ibu selepas melahirkan, percayalah, menjadi seorang ibu harus punya banyak informasi. Akhirnya, genap 14 hari anak luar nikah ini meninggal dunia. Boleh baca kisahnya di sini.  Berikutan pengalaman berharga ini saya terinspirasi untuk membuka pusat perlindungan remaja terlanjur dan anak terbuang satu hari nanti. Doakan saya. Mudah-mudahan dengan sedikit perkongsian di sini bermanfaat untuk mereka yang sedang tercari-cari jalan yang benar apabila sudah terlanjur...

Permohonan tauliah guru al-Quran negeri Johor

Kerana makcik itu....... (Al fatihah). Stage 1. Alkisah, satu masa dahulu selepas sessi rehearsal dengan seorang ketua kumpulan yasin di Taman Universiti ini untuk majlis khatam al Quran sehari sebelum majlis pernikahan pada 16 Mei 2008, makcik ini menyuruh saya segera mendapatkan tauliah untuk mengajar ngaji. Ketika itu pada usia 26 tahun, saya hanya tertawa kecil dan berfikir yang tauliah mengajar ngaji tidak termasuk langsung dalam senarai kerjaya idaman saya. Maklumlah, graduate UIAM. (Moga Allah ampunkan dosa-dosa saya). Lagipula, saya membayangkan tauliah sebegitu hanya untuk makcik makcik veteran sahaja. Saya tidak nampak keperluan saya berbuat seperti yg disarankan beliau. Lalu, saya diamkan saja. Allah Maha Berkuasa.

Pendaftaran anak luar nikah

Dari peti soalan. Nota khas untuk Atty yg sudi bertanya. Sudah dihantar emel namun "Mail Delivery Failed".   Salam kak khadijah. Saya nak Tanya.. anak luar nikah yg dah hampir setahun tapi tak ada sebarang dokumen. Apa pekara terbaik yg boleh saya buat sebagai mak sedara Anak ni. Ibu kandung dia masih menjaga anak ni. Tapi dia xberani nk gi buat Surat beranak. Dia lahirkan baby ni kat Hospital private lepas tu lari. Semua doc termasuk ic ibu ditahan kat hospital tu. Sebagai makcik bdk ni. Saya mmg kesian. Apa boleh saya buat utk tlg. Sbb ibu kandung dia mcm xkisah. Akak tlg reply kat email saya attysqz@gmail.com. 27 Oktober 2013 3:24 PTG Assalamualaikum Atty. Didoakan moga tetap berada dalam keadaan yg sihat dan tenang. Maaf lambat relpy disebabkan keadaan akak kurang sihat. Berkenaan soalan atty mengenai anak saudara yg luar nikah. Sebenarnya, akak ada dapatkan pandangan dari seorang yg berpengalaman dan dah banyak tolong wanita mengandung luar nikah. Panggilnya M...