Langkau ke kandungan utama

Tentang sabar



Sedang saya menolong emak membuat karipap, Fatihah datang seperti biasa bertanya, "Mak tengah buat apa ni?"

"Tolong nenek buat karipap. Nenek nak jual esok."

"Nak tolong!"

"Boleh. Tiha tolong mak jaga adik kat depan ok. Kalau adik tidur baru boleh mak buat kerja. Kalau adik bangun mak tak boleh siapkan karipap ni."

Fatihah menjengah adiknya di luar. Beberapa minit kemudian dia datang semula. Terus panjat kerusi dan duduk atas meja.

"Mak, lambatnya mak siapkan ni."



"Bukan lambat. Tapi sabar. Kita kena sabar nak siapkan karipap ni. Fatihah nak makan karipap kan? Fatihah kena sabar dulu."

"Mak, sabar tu macamni eh.." Sambil tangannya mengusap-usap dada. Seperti yg saya tunjukkan semasa awal pengenalan tentang sabar kepada anak-anak.

"Bagus Fatihah, Tiha dah tahu sabarlah! Macamni senanglah mak nak buat kerja. Nanti mak goreng karipap banyak-banyak untuk Fatihah yg sabar ok!"

"Mak, kalau kita sabar, tak nangis-nangis boleh dapat makan banyak-banyak eh?" Dia mengulangi dialog saya setiap hari apabila abangnya atau dia yg kadangkala menangis dahulu mahukan sesuatu.

"Betul! 30 bintang untuk Fatihah! Fatihah ingat apa yg mak cakaplah.. Bagus bagus bagus.. Macamni mak siapkan cepat-cepat karipap ni nanti kita makan sama-sama ok.."

Bersemangat dia turun meja dan keluar menjenguk adiknya semula.

Nota : Anak kecil memerlukan daya imaginasi yg tinggi untuk memahami sesuatu yg baru. Dengan memberi arahan supaya mereka sabar, tunggu atau memarahi mereka semula dengan perkataan "Tak tahu sabar ke?!" hanya akan membuatkan mereka tidak belajar apa-apa dan tidak tahu pun bagaimana sabar yg sepatutnya.

Gambarkan sabar dengan 'sesuatu di dada'. Usap dada. Di situ letaknya sabar. Tak boleh nampak maka kita buatkan ia seolah-olah nampak.

Untuk mengajar anak bersabar, kitalah yg harus hadam ilmu sabar terlebih dahulu. Bukan semata-mata berkata, "Sabar jelah."

Bukankah jalan menuju syurga Allah itu penuh dengan hikmah dan kesabaran?

Pejam mata pada kesalahan.

Tahan marah.

Ubah perkataan.

Dan dunia akan berubah!

;)


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mengandung anak luar nikah?

Nota : Pengalaman saya berjumpa dan menolong seorang remaja terlanjur adalah pengalaman yang harus saya kongsikan bersama agar ia menjadi iktibar buat semua. Apa yang tidak boleh saya lupakan di mana setelah dia melahirkan, anak luar nikah tersebut terpaksa ditinggalkan di wad NICU berikutan masalah jantung yang mengembang. Sepanjang bayi yang tidak dapat disusukan seperti biasa, remaja ini mengalami bengkak susu yang sangat teruk tapi tidak diketahui olehnya juga ibunya. Betapa bengkak susu itu sangat menyeksakan bagi ibu selepas melahirkan, percayalah, menjadi seorang ibu harus punya banyak informasi. Akhirnya, genap 14 hari anak luar nikah ini meninggal dunia. Boleh baca kisahnya di sini.  Berikutan pengalaman berharga ini saya terinspirasi untuk membuka pusat perlindungan remaja terlanjur dan anak terbuang satu hari nanti. Doakan saya. Mudah-mudahan dengan sedikit perkongsian di sini bermanfaat untuk mereka yang sedang tercari-cari jalan yang benar apabila sudah terlanjur...

Permohonan tauliah guru al-Quran negeri Johor

Kerana makcik itu....... (Al fatihah). Stage 1. Alkisah, satu masa dahulu selepas sessi rehearsal dengan seorang ketua kumpulan yasin di Taman Universiti ini untuk majlis khatam al Quran sehari sebelum majlis pernikahan pada 16 Mei 2008, makcik ini menyuruh saya segera mendapatkan tauliah untuk mengajar ngaji. Ketika itu pada usia 26 tahun, saya hanya tertawa kecil dan berfikir yang tauliah mengajar ngaji tidak termasuk langsung dalam senarai kerjaya idaman saya. Maklumlah, graduate UIAM. (Moga Allah ampunkan dosa-dosa saya). Lagipula, saya membayangkan tauliah sebegitu hanya untuk makcik makcik veteran sahaja. Saya tidak nampak keperluan saya berbuat seperti yg disarankan beliau. Lalu, saya diamkan saja. Allah Maha Berkuasa.

Pendaftaran anak luar nikah

Dari peti soalan. Nota khas untuk Atty yg sudi bertanya. Sudah dihantar emel namun "Mail Delivery Failed".   Salam kak khadijah. Saya nak Tanya.. anak luar nikah yg dah hampir setahun tapi tak ada sebarang dokumen. Apa pekara terbaik yg boleh saya buat sebagai mak sedara Anak ni. Ibu kandung dia masih menjaga anak ni. Tapi dia xberani nk gi buat Surat beranak. Dia lahirkan baby ni kat Hospital private lepas tu lari. Semua doc termasuk ic ibu ditahan kat hospital tu. Sebagai makcik bdk ni. Saya mmg kesian. Apa boleh saya buat utk tlg. Sbb ibu kandung dia mcm xkisah. Akak tlg reply kat email saya attysqz@gmail.com. 27 Oktober 2013 3:24 PTG Assalamualaikum Atty. Didoakan moga tetap berada dalam keadaan yg sihat dan tenang. Maaf lambat relpy disebabkan keadaan akak kurang sihat. Berkenaan soalan atty mengenai anak saudara yg luar nikah. Sebenarnya, akak ada dapatkan pandangan dari seorang yg berpengalaman dan dah banyak tolong wanita mengandung luar nikah. Panggilnya M...