Langkau ke kandungan utama

Rutin berubah


Blog ini sudah bersarang tebal! Fuhhh~~~

Sungguh, sejak kerja-kerja mengusahakan sendiri Kad Imbas Khadijah (self-publishing) dan kemudiannya diikuti dengan penerbitan Poster Belajar Hijaiyyah Suka Mengaji, sejak itu saya tidak lagi dapat menulis di blog ini.

Ya, saya mengaku ianya berlaku dengan pantas. Saya masih terkial-kial dalam pengurusan masa. Tumpuan saya lebih kepada anak-anak hingga saya tidak mampu mewujudkan sedikit masa untuk update sesuatu di sini. Kebanyakan masa saya hanya sempat update status hanya di FB. Dan kemudian recycle semula untuk dijadikan entry di blog ini.

Ampunkan saya wahai pembaca sekalian. Ini memang kelemahan saya.

Lagipula, cuti balik ke Kelantan tempohari digunakan sebaiknya bagi menyiapkan manuskrip Mendorong Anak Suka Membaca al-Quran sebanyak 26 bab. Alhamdulillah sudah siap semuanya. Dan sudahpun menerima maklumbalas daripada Penerbit.

Selepas ini banyak lagi projek yang bakal mengambil tempat. Mudah-mudahan fikiran saya dapat fokus kepada satu-satu perkara dan dipermudahkan urusan bagi menjayakannya. Insha Allah. Antara projek yang sedang berbaris :


1. Komik Geng Suka Mengaji
> Sekarang di peringkat draf dan perbincangan bersama ilustrator Tuan Faisal Nordin (Studio ICe). Insha Allah akan diterbitkan sendiri (self-publishing sekali lagi) dan sedang mencari-cari Investor yang berminat.




2. Buku Mendorong Anak Suka Membaca al-Quran
> Sekarang di peringkat editing dan sudah mendapat lampu hijau daripada Penerbit. Insha Allah akan diterbitkan oleh Tim Hadith Psikologi tahun hadapan.




3. Penerbitan Kad Imbas Khadijah Cetakan Ketiga dengan penambahbaikan dan launching Aplikasi Android Kad Imbas Khadijah
> Masih dalam perangkaan dan penelitian. Dalam pertimbangan samada menyerahkan hakmilik penerbitan atau menyerahkan hakmilik pengedaran kepada tim khas yang lain. Juga sedang menunggu Investor yang berminat.


4. Branding dan Official website "Suka Mengaji.Com" dan penubuhan Grup bagi memudahkan perbincangan dan perkongsian.


5. Penubuhan "Skuad Suka Mengaji" untuk bergerak ke Tadika dan Sekolah Rendah bagi membantu guru-guru bagi pelajar yang masih lemah mengenali huruf Hijaiyyah dan membaca al-Quran.
> Mengalu-alukan volunteer di sekitar Johor Bahru. Jika ada skuad "Fun with English" di sekolah-sekolah mengapa tidak ada skuad "Suka Mengaji" pula di masa akan datang?


Doakan saya. Doakan saya. Doakan saya.

Tiada kuasa saya melainkan hanya dengan kuasa dan bantuan Allah Ta'ala.

Saya juga turut mendoakan kesejahteraan dan kesihatan sahabat-sahabat dari kejauhan ini.

Ma'assalaamah.


Ulasan

ija ramli berkata…
Alhamdulillah tak sabar tunggu projek seterusnya dilancarkan..menarik!
Hana Ulya Ahmad berkata…
Assalamualaikum,
Kak Djah!!
Ingat saya lagi tak?
Allah...terjumpa blog akak ketika sedang google tentang ISBN..
I'm impressed. Subhanallah..
Allah muliakan akak dengan kelebihan ini..
Subhanallah..
Saya doakan akak berjaya. InsyaAllah. Ameen..
Khadijah Gani berkata…
Waalaikumussalam hana!!

Ingatlah hana..hehe.. Alhamdulillah, apa yg ada je hana.

Ooo hana nak self publishing apa ya? Boleh akak tolong mana2 yg patut..hehe..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Jemput datang lagi ya. Dan selamat maju jaya! Akak doakan hana dipermudahkan urusan dan berjaya juga dalam bidang yg diceburi. ;)

Catatan popular daripada blog ini

Permohonan tauliah guru al-Quran negeri Johor

Kerana makcik itu....... (Al fatihah). Stage 1. Alkisah, satu masa dahulu selepas sessi rehearsal dengan seorang ketua kumpulan yasin di Taman Universiti ini untuk majlis khatam al Quran sehari sebelum majlis pernikahan pada 16 Mei 2008, makcik ini menyuruh saya segera mendapatkan tauliah untuk mengajar ngaji. Ketika itu pada usia 26 tahun, saya hanya tertawa kecil dan berfikir yang tauliah mengajar ngaji tidak termasuk langsung dalam senarai kerjaya idaman saya. Maklumlah, graduate UIAM. (Moga Allah ampunkan dosa-dosa saya). Lagipula, saya membayangkan tauliah sebegitu hanya untuk makcik makcik veteran sahaja. Saya tidak nampak keperluan saya berbuat seperti yg disarankan beliau. Lalu, saya diamkan saja. Allah Maha Berkuasa.

Bagaimana nak daftar pertubuhan alumni di ROS?

Semuanya bermula daripada satu idea. Semasa kami mendapat perkhabaran yang sekolah lama kami menghadapi sedikit kekangan untuk membaikpulih fasiliti, ada beberapa suara yang berbunyi "Sekolah dah tak ada duit ke?" - "Duit kerajaan pergi mana sampai semua dana dipotong?" Ini fenomena biasa. Semua orang berhak bertanya begitu dan begini. Itu hak mereka. Namun, saya tidak mahu memberi banyak alasan dengan hanya bertanya ke sana ke sini mengenai sesuatu yang kita sendiri tidak pasti malah tiada jawapan mengenainya. Jauh sekali mahu berspekulasi serta membawa sisi pandang ke arah 'mencari kesalahan orang lain'. Ia tidak membawa apa-apapun manfaat. Tiada hasil. Lalu, saya mendapat mesej daripada salah seorang kawan lama yang menyatakan hasrat jika boleh diwujudkan satu akaun khas bagi alumni menyalurkan semua sumbangan dana berbanding mengumpul melalui akaun persendirian, itu adalah lebih baik. Kelak, mana tahu sumbangan itu boleh dimanfaatkan me...

Mengandung anak luar nikah?

Nota : Pengalaman saya berjumpa dan menolong seorang remaja terlanjur adalah pengalaman yang harus saya kongsikan bersama agar ia menjadi iktibar buat semua. Apa yang tidak boleh saya lupakan di mana setelah dia melahirkan, anak luar nikah tersebut terpaksa ditinggalkan di wad NICU berikutan masalah jantung yang mengembang. Sepanjang bayi yang tidak dapat disusukan seperti biasa, remaja ini mengalami bengkak susu yang sangat teruk tapi tidak diketahui olehnya juga ibunya. Betapa bengkak susu itu sangat menyeksakan bagi ibu selepas melahirkan, percayalah, menjadi seorang ibu harus punya banyak informasi. Akhirnya, genap 14 hari anak luar nikah ini meninggal dunia. Boleh baca kisahnya di sini.  Berikutan pengalaman berharga ini saya terinspirasi untuk membuka pusat perlindungan remaja terlanjur dan anak terbuang satu hari nanti. Doakan saya. Mudah-mudahan dengan sedikit perkongsian di sini bermanfaat untuk mereka yang sedang tercari-cari jalan yang benar apabila sudah terlanjur...