رَبِّ هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ

Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh

وَاجْعَلْ لِي لِسَانَ صِدْقٍ فِي الْآخِرِينَ

Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian

وَاجْعَلْنِي مِنْ وَرَثَةِ جَنَّةِ النَّعِيمِ

Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim

وَلَا تُخْزِنِي يَوْمَ يُبْعَثُونَ

Dan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula -

يَوْمَ لَا يَنْفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ

Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun

إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ

Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera

وَأُزْلِفَتِ الْجَنَّةُ لِلْمُتَّقِينَ

Dan (pada hari itu) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertaqwa

(Surah ash-shua'ra)

Khamis, 1 Disember 2011

# keibubapaan # sudut pandang

Kecek-kecek malam hari 2.


Situasi 1, slot bersama Puan Jasmin dalam Ikim.fm pada hari Selasa jam 10 pagi. Etika anak-anak di rumah.
"Jadi ibu, jangan sesekali marah anak menjerit-jerit, mengherdik anak. Cuba gunakan frasa indah masa memanggil si anak. Contohnya, "Wahai bulan purnamaku Mohd Syafik, turunlah dari pokok itu! Ibu amat merinduimu dan ingin memelukmu.." Jangan sesekali tengking anak depan kawan-kawan dia. Bila kita guna bahasa yang bersopan dan berlemah lembut, akan datang dia pun akan guna perkataan yang bersopan bila bercakap dengan orang lain jugak. Kena ingat anak-anak ni takkan gagal meniru setiap tindak tanduk dan percakapan ibu ayahnya sendiri."

Situasi 2, di gerai burger.

Pakcik : Abanggg, dah besar nanti rajin pergi sekolah ye belajar pandai-pandai boleh jadi doktor.

Fathi : (tarik muka)..

Saya : Sorilah pakcik. Budak ni memang malu sikit pakcik.

Pakcik : Takpe, biasalah tu budak.. Anak sulung ke?

Saya : Ha ah.

Pakcik : Cucu pakcik semuanya perempuan! Lelaki sikit je boleh dibilang dengan jari! (Dia sebut semua nama anak-anaknya dan cucu lelaki yang rata-rata ada sorang je dalam 1 famili).

Saya : Takpelah pakcik.. Rezeki jugak namanya tu walaupun banyak perempuan. Sekarang ni perempuan memang makin ramai. Bijak-bijak.

Pakcik : (Mula bukak cerita cucu perempuannya hampir semuanya belajar tinggi. Senyum dan dengar jelah..) Pakcik nak bagitau awak eh. Jadi mak bapak ni rahsianya satu aje. Jangan jadi anjing menggongong bukit!



Saya : (Senyum dan mengangguk)..

Pakcik : Apa maknanya tu? Kalau anak buat salah ke jangan marah anak, jangan tengking anak, jangan herdik anak tu. Anjing sebelah rumah kalau menyalak awak sakit telinga tak? Haaa, macam tulah jugak kalau mak marah anak tengking-tengking, jerit-jerit kat anak. Dah macam anjing!

Saya : Abis kalau tak boleh nak kontrol macamana pakcik? Nak kontrol taknak jerit tapi terlepas jugak macamana?

Pakcik : Perasaan marah, apa kita rasa tu semua kat atas ni (sambil tunjuk kepala) boleh berubah-ubah. Tapi kena ingat kita ada ni (sambil tunjuk dada) iman... Apa kita baca tiap kali nak mulakan kerja atau nak buat sesuatu? Baca bismillah, baca astaghfirullah tiap kali rasa nak marah. Pastu bismillah, cakap baik-baik dengan anak, sayang dia.

Saya : Senyum dan mengangguk lagi.

Pakcik : Awak tau kalau pakcik nampak anak pakcik jerit-jerit marah cucu pakcik, pakcik buat apa?

Saya : Pakcik marah diorang balik ke?

Pakcik : Tak..

Saya : Pakcik tengking diorang balik ke?

Pakcik : Tak!

Saya : Abis tu?

Pakcik : Saya lempang diorang sampai mulut berdarah!

Saya : Senyum dan mengangguk lagi dan lagi (dalam hati, garangnya pakcik nih!)

Pakcik : Saya memang garang! Saya pantang tengok mak bapak ni marah anak-anak tengking-tengking, jerit-jerit! Eh, itu darah daging saya jugaklah.. Yang awak tengking-tengking anak tu ingat diorang apa? Binatang nak ditengking-tengking?!!

Saya : Abis pakcik dulu tak pernah marah ke dengan anak-anak pakcik?

Pakcik : Tak! Makin diorang buat silap makin pakcik cakap baik-baik, sayang diorang. Tak payah jerit-jerit. Cakap elok-elok. Pakcik tengok anak-anak pakcik dengan anak-anak yang selalu kena tengking ni lain. Anak pakcik pun ramai lelaki. Dah berjaya.

(Ya, beliau ada menyebut tak silap anaknya 2 orang tinggal di Australia). Tapi, saya taknak tanya pulak hal-hal peribadi anak-anaknya.. Biarlah.. Tiba-tiba..

"Kak, burger dah siap!"

Pakcik : Awak ingat apa yang pakcik cakapkan ni.. Ni satu-satunya wasiat pakcik pada awak! (sambil jari telunjuknya dan matanya memandang tepat ke anak mata saya).. Wah, seram sejuk pulak saya rasakan masa tu..!

Situasi 3, satu malam di rumah berbual bersama suami.

Saya : Yang, tadi ada sorang pakcik tua tu tiba-tiba dia bagi wasiat kat saya. Dia cakap serupa macam ma dah cakap dulu masa saya berbual dengan ma (ibu mertuaku). Ma pun cakap dia tak suka bengkeng-bengkeng dengan anak. Saya ingat lagi dia kata, nak marah anak ni jangan bagi dia takut kat kita tapi bagi dia fikir kenapa kita marah dia. Bila kita marah sampai anak takut nanti dia tak dapat berfikir dengan baik. Tak taulah kenapa pakcik tu pun tetiba datang kat saya cakap benda yang sama.

Suami : Orang lain nampak tak pakcik tu?

Saya : Eh, awak ni nak berdrama pulak! Nampak la kot... Tapi, takde orang pun berbual dengan dia. Dia cuma duduk kat tepi gerai tu je tengok orang tu masak burger. Eh tapi, Fathi nampak! Fathi siap tarik muka lagi.. huhu.... (Seram sejuk dah nih..)

---------------- Off topik sekejap pasal 'kewujudan' pakcik tu dan sambung semula.

Suami : Dari kecik kat rumah kitorang tak pernah ada rotan. Ma tak percaya pada rotan. Kalau kitorang buat salah, ma marah tapi lepas tu dia cerita. Itu ini.. Jadi kitorang tahu yang kitorang kena marah sebab buat salah dan tahu sebab-musababnya.

Saya : Kalau macam tu ma tak percayalah jugak cikgu yang guna rotan kat sekolah?

Suami : Itu lain. Memang dah tugas cikgu tu ngajar untuk guna rotan atas sebab tertentu. Tapi dengan mak bapak ni lain. Misalnya, awak kenal sorang ni. Awak percaya pada dia. Dia faham awak, awak faham dia. Jadi, bila dia marah mesti awak tak kecik hati kan dengan dia sebab awak faham kenapa dia marah. Tapi, bila seseorang yang kita percaya, kita kenal tapi dia tak faham kita dan kita tak faham dia tiba-tiba marah kita tak tentu pasal. Awak kecik hati tak?

Saya : Hmmm, kalau saya tak faham keadaan dia saya kecik hati jugak!

Suami : Sebab tulah dulu kalau ma marah, kitorang faham. Sebab ada bonding. Awal-awal lagi ma dah buat bonding dengan anak-anak dia. Jadi bila dia marah, kita tahu sebab apa dan faham keadaan dia macamana sampai kitorang pun fikir kitorang patut kena marah. Ibubapa sekarang ni marah anak tapi lepas tu takde bonding. Tu yang sebabkan anak tu tak puas hati kenapa dia kena marah. Takde bonding. Marah gitu je pastu biarkan. Lagi satu, ma dulu tak pernah marah anak dia depan orang. Biasanya kalau kitorang salah laku, balik rumah baru kena marah. Kalau orang datang rumah mengadu anak dia gitu gini, ma diam je dengar orang tu cakap dulu. Orang tu balik baru ma tanya kitorang semula betul ke tak.

Saya : Ma kan wanita bekerjaya jugak dulu. Macamana ma bina bonding dengan anak 7 orang?

Suami : Ma balik menoreh lepas zohor pastu masak, sembahyang, rehat jap. Lepas asar tu sebelum pergi kebun pulak ma ajar kitorang ngaji, membaca. Kalau ada masa kosong sikit ma bercerita. Jadi kitorang rasa selesa bila ma bercerita tu. Saya dah pandai membaca masa umur 4-5 tahun. Bila masuk darjah 1 semua orang baru belajar mengeja saya boring. Tu yang darjah 2 saya suka baca buku sejarah peradaban dunia tingkatan 4 kena marah dengan ma. Periksa tak lulus sebab asik baca buku orang besar dia kata.

Saya : Tulah... Saya rasa pointnya jadi mak ni bonding paling kuat tu bila dapat ngajar ngaji anak sendiri kan? Haa, nanti anak kita saya ajar sendiri semuanya. Tapi, kalau ajar anak awal-awal masuk sekolah dia dah pandai susah jugak kang. Dia cepat boring.

Suami : Sebab tu tugas mak bapak kena alirkan bakat dia ke arah yang sepatutnya. Misalnya dia pandai baca. Kena galakkan dia dengan buku-buku yang bagus. Bagi buat assignment ringkas. Budak jadi boring bila dah pandai baca, masuk sekolah boring sebab kena ngeja semula pastu dia terbiar je tak dibimbing. Tak digalak. Dulu, saya boring saya yang cari bahan bacaan sendiri. Tu yang sampai baca sejarah tingkatan 4,5 masa darjah 2. Tapi bestlah sejarah! Sebab tu saya baca! Saya rasa masa tu macam satu dunia baru yang saya jumpa bila saya baca buku sejarah. Macam-macam boleh tau! Dulu, bahan bacaan kat sekolah kampung pun terhad. Tak banyak. Jadi, tu jelah pilihan yang ada.

Saya : Jadi, kesimpulannya memang kita tak boleh marah anak jerit-jeritlah. Saya dengar kat ikim pun Puan Jasmin cakap macam tu. Tips keibubapaan. Tu yang saya ubah panggil Fathi bulan purnamaku, Tiha jadi bulan sabitku!hehe...

Suami : No definitive guide in parenting. Semua orang jadi hari ni berdasarkan apa yang diorang dapat masa kecil. Didikan semua orang tak sama. Bila nak aplikasikan pada anak-anak jugak tak sama. Kita tak boleh nak samakan semua tips keibubapaan tu pada semua anak-anak. Kadang-kadang kita dengar tapi bila buat kat anak sendiri tak jadi. Buat kat anak orang lain jadi pulak.

Saya : A ah ek.. ada orang yang masa kecik dia puas kena tengking, kena marah, kena kurung. Tapi bila besar berjaya, ok aje. Ada yang dari kecil tak kena marah bila dah besar kaki naik kepala pulak! Maksudnya tips keibubapaan sekarang ni terlalu idealis ke? Tak praktikal. Macam pakcik tu pulak cakap berdasarkan pengalaman dia dan kajian dia yang dah berjumpa ramai orang dalam hidup dia. Masih boleh digunapakai ke? Jadi, nasihat mana kena ikut. Ilmu parenting yang idealis atau pengalaman pakcik yang dah hidup lama?

Suami : Sebab tu perlu adanya kajian. Tu kerja psikologis atau kaunselor lah. Diorang buat kajian dan keluarkan teori. Tapi tak semuanya applicable pada anak sendiri. Setiap orang berbeza.

Saya : Jadi kita kena try and error lah. Cuba semua tips keibubapaan, mana yang sesuai dengan anak kita barulah gunapakai. Abis macam pakcik tu pun ada kajiannya jugak. Melalui pengalaman dia, jumpa orang macam-macam, dia buat kajian jugak.

Suami : Memang dia buat kajian jugak tapi tak terkawal. Kajian yang bagus tu bila ianya terkawal.

Saya : Terkawal macamana tu?

Suami : Yelah, mungkin pakcik tu jumpa orang dari kalangan sedara mara je atau jiran-jiran je yang ada set demografik yang setara. Tapi bila kaunselor yang buat kajian dia lebih terkawal misalnya ok sekian dapatan mesti dari demografik yang keluarga dengan pendapatannya dalam sekian sekian. Yang ni pulak mungkin dalam demografik tahap pendidikan sekian sekian.. Macam-macamlah. Lebih teratur dan terkawal. Barulah reliable.

Saya : Ooo ok... Patutlah selama ni saya perhatikan ada orang marah jerit-tengking kat anak dia sebab mungkin pendidikan yang dia terima dari kecik dulu sama macam tu. Dan dia taktau cara baru untuk kawal anak. Dia nak tiru apa yang mak bapak dia buat dulu. Tapi setengah orang tahu itu tak sihat untuk anak dan berubah tak mahu ikut yang lama. Tapi akhirnya, masing-masing anak tetap menjadi. Cuma, kunci utamanya doa emak tulah sendiri.

Suami : Sebab tu kita tak boleh nak salahkan orang kalau orang ni jerit, orang ni tak jerit kat anak. Jadi mak bapak mesti lebih tau macamana anak tu sendiri. Situasi kita tak sama macam orang lain, orang lain pun tak sama macam kita. No definitive guide in parenting. Dalam al-Quran pun tak cakap tentang langkah-langkah atau tips keibubapaan satu-satu. Yang ada cuma prinsip asas sebagai garis panduan. Maknanya, tips keibubapaan ni sentiasa berubah dan tak boleh aplikasikan pada satu-satu langkah tertentu aje.

Saya : A ah ek. Dalam Quran cuma ada cerita keibubapaan dalam surah Yusuf. Memaafkan anak-anak yang sangat nakal dan luar kawalan sampai sanggup buang adik sendiri. Lagi satu surah Luqman. Tapi, kenapa dalam surah Luqman dia tak sebut tentang ibubapa jangan tengking anak-anak? Yang ada, anak-anak jangan tinggikan suara pada mak bapak. Kenapa dalam surah Luqman banyak cakap pasal the do's and dont's anak-anak bukan ibubapa?

Suami : Takde langkah tertentu untuk didik anak. Takde betul atau salah dalam didik anak. Tapi Quran lebih tekankan garis panduan atau limit anak-anak kepada ibubapa. Cara / langkah / tips boleh berubah. Sesuaikan ikut zamannya. Asalkan prinsip asas / garis utama yang dalam Quran tu tak dilanggar. Senang je dalam Islam nih.

Saya : Hmmm...


1. Didiklah anak, amanah Allah kepada kita, dengan air tangan kita sendiri.


 2. Berjalanlah seiringan kerana kita saling memerlukan. Kita belajar daripada mereka dan mereka belajar melalui kita.


3. Bina bonding. Try and error. Semua orang, tua muda, kecil besar ada kelemahan. Jika silap, tutup mata dan maafkan kesalahan mereka dengan bimbingan. Mereka akan belajar untuk menutup mata dan memaafkan kesalahan kita juga.



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

soalan kamal tu "pakcik tu wujud ke?" belum terjawab... sy pun nk tau gak jwpnnya sbb sy pon ada satu cerita ttgnya..

#jdtblogger #teambloggerjohor