رَبِّ هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ

Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh

وَاجْعَلْ لِي لِسَانَ صِدْقٍ فِي الْآخِرِينَ

Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian

وَاجْعَلْنِي مِنْ وَرَثَةِ جَنَّةِ النَّعِيمِ

Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim

وَلَا تُخْزِنِي يَوْمَ يُبْعَثُونَ

Dan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula -

يَوْمَ لَا يَنْفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ

Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun

إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ

Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera

وَأُزْلِفَتِ الْجَنَّةُ لِلْمُتَّقِينَ

Dan (pada hari itu) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertaqwa

(Surah ash-shua'ra)

Ahad, 7 Mei 2017

# isu semasa # Peti soalan

Percepatkan pernikahan anak.



Saya tak pasti ini bulan apa.. Dalam masa 24 jam saja saya menerima 3 emel dan 1 private message yg berkaitan mengandung luar nikah.. Allah.. :(

Ada yg saya tak mampu membalasnya. Maafkan saya. Kerana saya tak tahu mahu memberikan pendapat yg bagaimana.

Apabila soalan yg hadir semuanya mengenai sudah termengandung semasa dalam tempoh pertunangan dan menunggu tarikh nikah lama lagi. Dengan alasan tidak mahu tergesa-gesa untuk bernikah atau apa saja alasan lain mengikut logik akal dan kehendak (baca : ego) kita, Allah ada perancangan yg lebih baik untuk kita hadami. Allah lah sebaik-baik Maha Perancang! Ada sesuatu yg Allah mahu kita belajar daripadanya.



"Assalamualaikum pn.khadijah. sya 20tahun sya dah bertunang tahun ni dan bulan 12 sya akan bernikah tapi sya tga mengandung usia kandungan 4bulan 2minggu dan org tua sya tk tahu lg. Jadi tujuan saya nk mntk pendapat kakak mcm mne nk bgthu ibu saya yg saya tga mengandung sbb ibu sya tga sibuk and happy uruskan majlis perkahwinan sya bulan 12 ni.jadi sya tkut nk singgung perasaan dia dan sya takut majlis sya nt ibu sya tak happy.sbb majlis ibu yg sponsor dia yg beriye.klau ikot sya 20hb may ni sya cadang nk nikah tp tk bersanding tp keluarga tidak setuju sbb ad yg kata awal sgt and sbb bnyk hutang kne selesaikan jadi takde duit nk buat mjlis ibu suruh tggu bulan2 baru boleh adakan majlis nikah n sanding.ibu saya pentingkan adat jd sya keliru sbb ibu sya lambatlan majlis nikah kerana dia tak tahu yg sya mengandung duedate sya bulan 10 2017 sya nikah bulan 12 2017.apa yg perlu sya buat ? biar sya tak malukan ibu dgn orang sbb saya mengandung ank luar nikah.mcm mana sya nk terangkan.tolong bantu saya perlu ke sya nikah senyap2 tnpa pengetahuan org tua. Sbb ibu single parents dia yg besarkan saya jd sya tnk tgok dia sedih.tolong mintak pendapat cerah."

.
.
.

Ibu ayah, mohon caknalah "perkembangan diri" anak-anak yg sedang bertunang. Jika dia minta mempercepatkan tarikh nikah, percepatkanlah. Mungkin ada sebabnya. Dengarkan dulu penjelasannya. Bertenang dan tarik nafas dalam-dalam.

Saya tak layak memberi nasihat kepada ibu ayah yg lebih jauh makan garam dari saya. Perjalanan saya juga masih jauh dan tidak tahu bagaimana liku-liku di hadapan. Namun, bagi mewakili anak-anak yg adakala terkhilaf dalam hidupnya, kita perlu menelan sebuah kepahitan yg mendukacitakan.

Hidup ini tak selalunya indah. Anak kita adakalanya tersilap langkah, maafkan dia. Sejauh mana pun kesilapan seorang anak, sebagai seorang ibu yg melahirkannya, kita perlu terima dan harus juga menelannya bulat-bulat. Yakinlah, ada pengajaran di sebaliknya dan kasih sayang Allah tidak bertepi. Allah itu tidak pernah menzalimi hambaNya, bahkan hambaNya lah yg sering menzalimi dirinya sendiri.

Lagi 2 mesej yg serupa saya terima. Takut untuk berterus terang kepada orangtua menjadi punca dan sedang menunggu tarikh nikah yg lama lagi walhal bayi semakin membesar hari ke hari.

Lagi 1 mesej pula dah selamat melahirkan. Dia juga dahulu takut memberitahu ibunya tapi bila minta pandangan dan nasihat saya, tak kira atas alasan apa sekali pun, saya akan menasihatkan berterus terang kepada orangtua adalah langkah terbaik. Bagaimana caranya? Part ini yg susah saya terangkan.

Nasihat saya, bangunlah di tengahmalam. Lakukan solat taubat dan tahajjud. Mintalah pandangan dan pendapat Allah bukan pendapat saya. Allah pasti akan dorong bagaimana cara yg terbaik buatmu.
Bukan saya. Saya tidak tahu apa-apa mengenai kamu dan ibu ayahmu. Tapi, Allah! Dialah yg menciptakan hati-hati kamu dan ibu ayahmu.

Sekarang, apabila dia sudah melahirkan bayi tersebut hidupnya lebih tenang kerana ada ibunya di sisi dan prosedur soal siasat JKM menjadi lebih mudah. Bagi yg tidak memasuki mana-mana rumah perlindungan. Percayalah, seorang ibu boleh menelan seberapa banyak kepahitan dalam hidupnya. Malu, sudah letak ke tepi. Yg lebih penting adalah nyawa.

.

Ibu ayah yg diuji, memang kita marah dan tidak redha dengan maksiat anak kita lakukan atas nama agama. Rasailah kemarahan dan dukacita itu. Namun, di akhir hari, bangunlah di tengahmalam mencari kekuatan diri untuk meneruskan hari esok. Perkara sudahpun terjadi. Tiada satu manusia pun yg dapat memahami kita dan bantu memberi kekuatan untuk menelan segala kepahitannya, Namun, ada satu-satunya tempat yg harus kita kembali iaitulah Sumber segala kekuatan di langit dan di bumi, Allah Ta'ala!

Laa hawla wa laa quwwata illa billah. Tiadalah daya usaha kita melainkan dengan bantuan Allah. Berpeganglah pada zikir ini. Ibu ayah, akan menjadi kuat tanpa menyedari yg kita sebenarnya kuat untuk melalui ketentuan ini.

Percepatkanlah pernikahan anak.
Percepatkanlah pernikahan anak.
Percepatkanlah pernikahan anak.

Jangan disusahkan semata-mata adat, kesihatan, rezki atau demi 'pandangan manusia'. Apa saja alasannya. Kerana akhirnya kita tetap akan kembali mencari 'pandangan Allah'. Bersusah payahlah sekarang, daripada kita terpaksa bersusah payah semula di kemudian hari.

Usahakanlah dan uruskanlah dengan sekadarnya. Percepatkanlah!

Moga kita bertemu ketenangannya.

P/S : Tahniah dan seluruh penghormatan saya buat ibubapa yang berjaya menikahkan anak di usia muda. Ia keputusan yang memang berat. Tetapi ia terbaik demi menjaga keturunan dan agama.

#daripetisoalan
#hiduppenuhpilihan

1 ulasan:

Siti Rohaida Yusof berkata...

kalau saya pun,saya akan suruh dia berterus terang dengan keluarganya.Anak yang di dalam tu tidak berdosa,fikirkan masa depan anak yang di dalam kandungan yang masih boleh diselamatkan masa depannya...

Label

#jdtblogger #teambloggerjohor