رَبِّ هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ

Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh

وَاجْعَلْ لِي لِسَانَ صِدْقٍ فِي الْآخِرِينَ

Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian

وَاجْعَلْنِي مِنْ وَرَثَةِ جَنَّةِ النَّعِيمِ

Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim

وَلَا تُخْزِنِي يَوْمَ يُبْعَثُونَ

Dan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula -

يَوْمَ لَا يَنْفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ

Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun

إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ

Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera

وَأُزْلِفَتِ الْجَنَّةُ لِلْمُتَّقِينَ

Dan (pada hari itu) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertaqwa

(Surah ash-shua'ra)

Jumaat, 23 Disember 2016

# anak # falsafah

Bagaimana lembutkan hati anak-anak?


*Kongsi semula tulisan lama.

Apabila mendapat soalan dan emel, saya rasakan tidak layak menjawabnya. Ia amat berat untuk saya. Maafkan saya kerana mengambil masa yg lama.

Soalan : Macamana hendak melembutkan hati anak-anak?


Jawapan : Saya sudah agak yg saya bakal mengalami ujian begini setiap kali saya mendapat soalan. Baru-baru ini, saya ditemukan dengan sepasang ibubapa yg punya 3 orang anak (dalam jagaannya) dan 2 orang lagi berada di kampung. Anak-anaknya subhanallah!

Saya dan emak saya susah tidur malam itu disebabkan pertemuan kami petang itu.

Sebelum ini, pernah juga saya berjumpa kanak-kanak hyperactive. Begitu juga anak anak murid mengaji ada juga yg begitu. Namun, yg ini hyperactivenya sangat terlebih.

Lalu, saya abaikan saja mereka untuk berbuat sesuka hatinya.

Dalam begitu, saya suka memerhati.

Setiap kali anaknya mengambil barang, keluar masuk bilik, melompat ke sana ke mari, berlari keluar
masuk rumah berkaki ayam, memusing-musingkan kerusi, mengambil dan bermain dengan remote control dan tv, mengambil buku dan bermain dengan macam-macam lagi, pasti si ibunya menjerit di hadapan kami (tuan rumah) seperti dia menjerit di rumahnya sendiri. Seterusnya menggertak setiap seorang anak anaknya. Si ibu baru berusia 25 tahun.





Saya hanya duduk di tepi kerusi memerhatikan dahulu bagaimana si ibu menyelesaikan kelakuan anak-anaknya. Adakala, saya menyelesaikan sendiri situasi itu. Bila si anak mengambil kalkulator. Saya mengajak si anak meneka nombor. Nampak si anak mahu bermain dengan saya.

Namun, si ibu terus merampas kalkulator itu dan menyembunyikannya. Menangis pula si anak dan terus mengamuk dan menunjukkan tantrumnya di situ (di rumah emak saya).

Setelah lama berbual begitu begini, barulah saya membuka ruang perbincangan dengannya. Jika tidak, biasanya saya hanya mendiamkan diri kerana bagi saya tidak elok saya seperti mahu mengajarnya pula. Dia lebih tahu anak-anaknya..

Saya katakan begini.

"Kadangkala, ada sesetengah anak bila tak mahu dengar cakap kita bukan disebabkan anak nakal atau degil. 
Tapi, kitalah yg tersalah beri arahan kepadanya. Ada beberapa keadaan yg anak-anak kita berbeza dalam menerima arahan atau boleh faham apa yg kita nak beritahu padanya.
Ia bukan penyakit tapi ia satu cabaran yg perlu diambil tahu oleh ibu ayah. Akak cadangkan awak pergi berjumpa Pakar Perkembangan Kanak-kanak di hospital kerajaan.
Ada banyak perkara dalam dunia kanak-kanak yg dinamakan Autism, ADHD untuk kita kenalpasti supaya kita boleh tahu cara yg betul beri arahan pada anak-anak. 
Lagipula, bila anak-anak tak boleh bercakap sampai umur 6 tahun ini, biasanya memang kita perlu usahakan sesuatu. Usahakan banyak perkara. Jangan biarkan tak buat apa-apa. 
Selain tu, dunia keibubapaan sangat luas. Kita kena sentiasa belajar. Kalau mereka tak mahu dan tak boleh duduk diam (diam hanya semasa tidur) maknanya awak kena fikirkan banyak teknik dan cara supaya mereka bertiga ni duduk diam. Misalnya, buatkan mereka permainan."

Ketika ini dia menjawab bahawa sudah terlalu banyak mainan diberikan kepada anak-anak tapi bersepah saja yg lebih. Habis tunggang langgang rumah dibuatnya!

Saya menjawab kembali.

"Bukan maksud akak belikan mainan. Tapi awak buatkan mainan. Buat aktiviti dengan mereka.  
Misalnya, awak kata anak-anak awak selalu koyakkan buku sampai suratkhabar sekalipun kan? Tak apa, lain kali awak longgokkan surat khabar lama biarkan mereka koyak koyakkan sampai kecil.  
Awak lukiskan banyak bentuk bulat, tigasegi, segiempat, apa-apa jelah dan beri mereka gam. Suruh masing-masing gamkan suratkhabar yg dah koyak kecil-kecil tu dalam bentuk yg awak lukis. 
Sediakan mainan untuk anak BUKAN bererti belikan banyak lagi mainan untuk mereka duduk diam tapi awak yg kena fikirkan mainan yg awak boleh buatkan untuk mereka duduk diam.  
Jadi, awak tak perlu lagi jerit-jerit, marah-marah anak setiap masa. Tak ada gunanya kita marah dan jerit pada anak walau sejuta kali dalam sehari pun sebab kejap lagi dia akan tetap buat semula benda yg sama. Jadi, berhenti menjerit."


Si ibu mengangguk-angguk kepalanya dan berkata..

"Itu yg saya selalu sakit kepala tengok perangai masing-masing macamni tiap hari kak. Tu yg saya terpaksa kurung mereka dalam rumah."

Emak pula mencelah.

"Awak kena cari ilmu lagi. Sampai bila awak boleh kurung anak-anak awak?  
Makin besar mereka makin pandai dan kuat. Boleh tendang pintu, pecahkan cermin. 
Tengok, makcik ni yg dah tua ni pun baru tahu tentang cara lain yg boleh suruh anak duduk diam. Kalau anak makcik tak beritahu, makcik pun tak tahu. 
Lagi satu, awak kena banyakkan baca al-Quran dalam rumah. Bukan baca Yasin je pastu buat air Yasin renjis-renjis keliling rumah. Anak-anak akan tenang bila ada ayat al-Quran hidup dalam rumah sendiri."


Banyak lagi yg kami bincangkan.

Kesimpulannya, untuk melembutkan hati anak-anak sebenarnya ia bermula sejak mereka di dalam kandungan lagi dan ketika masih kecil.

Secara asasnya, ada bacaan tertentu yg kita perlu selalu bacakan kepada anak kita semasa mereka bayi lagi. Boleh rujuk di sini.

Namun, apabila segalanya sudah terjadi (rebung sudah jadi buluh), jangan bersedih hati. Ada banyak teknik dan cara yg kita boleh belajar sesuai dengan dunia keibubapaan yg sangat mencabar hari ini.

Aplikasikan apa saja teknik yg dipelajari secara konsisten.

Boleh juga amalkan al-Fatihah, ayatul Qursiy, Yasin dan surah al-ikhlas setiap kali selepas solat dan diniatkan ke atas ruh nama anak-anak.

Ucapkan yg baik-baik dan cium peluk anak semasa mereka baru tidur.

Ketika itu, hati anak-anak sangat mudah diisi dengan doa dan kata-kata.

Kawal apa yg masuk ke dalam minda bawah sedarnya selain mengawal apa yg masuk ke dalam perutnya. Jangan biarkan mereka tidur di hadapan atau bersama TV, radio mahupun internet. Dan jangan terlalu membiarkan anak anak makan sesuatu yg manis sepanjang masa. Sugar intake sangat penting.

Selagi kita berusaha, Insha Allah, akan ada petunjuk dan pertolongan daripada Allah dalam memberi kita kesabaran atas ujian yg Allah berikan ini.

Janganlah dibandingkan anak-anak kita dengan yg lain kerana semestinya anak-anak yg lahir dari rahim kita adalah anak-anak yg terbaik untuk kita dan pasangan kita. Bahkan, tiada satupun anak dalam dunia ini yg sempurna dan baik sepanjang masa. Kerana sifat manusia sendiri tidak pernah ada yg sempurna.

Jangan mengharapkan kesempurnaan daripada anak-anak.

Sungguh, Anak dan Harta itu boleh menjadi fitnah buat kita. Allah pasti akan menurunkan ujian dalam kedua-dua bentuk ini dalam kehidupan setiap manusia.

Di akhirnya, Allah ingin melihat dan menilai siapakah di kalangan kita yg lebih baik amalannya (respon ke atas ujian) dan siapa pula yg tidak baik sangkaannya. Maka, Allah mengikut seperti sangkaan hambaNya..

Fi amanillah..



Tiada ulasan:

#jdtblogger #teambloggerjohor